16/10/2010
PENJAWAT awam dan kakitangan swasta di Seremban bersorak mendengar pembentangan Bajet 2010 yang dibentangkan Najib di Parlimen, semalam.Sumbangan dihargai terutama komitmen jaya inisiatif kerajaan
KUALA LUMPUR: Bajet 2011 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak semalam memberi pelbagai insentif menarik kepada penjawat awam, pegawai kontrak dan pesara kerajaan di seluruh negara, antaranya pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan kadar bantuan mengurus jenazah.
Perdana Menteri berkata, ia sebagai menghargai sumbangan semua pihak termasuk penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan dan dengan harapan supaya penjawat awam terus berusaha.
Katanya, bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak. “Kerajaan juga bersetuju memansuhkan PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011.
“Ia adalah usaha berterusan dalam menyedia kerangka penilaian lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam,” katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini terhadap penjawat awam dan pesara kerajaan selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. Beliau berkata, perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi dengan kementerian dan agensi tidak dibenar untuk menambah bilangan PKS baru. Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
“Kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 bagi Kumpulan Sokongan Dua dan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000. “Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011,” katanya

18 ulasan:
"PENJAWAT AWAM DAPAT PELBAGAI INSENTIF MENARIK"
Apa yang menariknye ni.. salah tu.. Sektor SWASTA dapat pelbagai insentif menarik. baru betul..
betul betul betul.....saje je terbalikkan ayat tu...faham2 jela
gambar tu yg mengangkat tangan semuanya pengampu kaki bodek tegar.
"PENJAWAT AWAM DAPAT PELBAGAI INSENTIF MENARIK"
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...KENA KENCING LAGI KITA NI...HAHAHAHAHAHAHAHAHA
tu gambar berlakon ke apa? sungguh memalukan
tu gambor bukanya diaorang sokong beb..diaorang angkat PENUMBOK la..
betul betul punye menarik bajet 2011...kene kencing idup2,,,,
dorang tu kaki bodek pm, angkat kaki orang mcm ni tak boleh pakai..phuuiiiii.
kerajaan kita akan kembali insaf jika kita menginsafkan mereka...
caranya??
mudah....
apa dia???
mudah....agak2 le...time masuk ruang kecik selalunya di sekolah2, 5 tahun sekali...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
PENJAWAT AWAM KENA TIPU!
CUTI BERSALIN 90 HARI= 3 ORANG ANAK SAHAJA
PELEPASAN CUKAI UNTUK IBUBAPA DINAIKAN KE RM5000.SEJAK 2007 DALAM BORANG E-FILING SUDAH RM5000, APA YANG NAIKNYA?
gambar tu rakyat asing yg baru dapat jadi warganegara tuh... biasa la nak idup kat Malaysia la katakan.....
Naikkan pinjaman perumahan ke RM450000? Siok didengar tapi cuba kira berapa yang kena dibayar setiap bulan? Tanpa kira faedah pun kena sekitar RM2000 sebulan.
Berapakah penjawat awam yang sanggup bayar? Siapa berani pinjam? Yang gred 48 ke bawah dengan gaji RM3000 berani pinjam ke?
Yang tua tua bergred kanan pula sudah ada rumah sudah tentu tidak akan pinjam lagi.
Jadi untuk apa 'insentif' ini diberikan?
budak muda la dengar insentif tu cam gula-gula ja....bah-bah...leh li rumah baru...hutang baru.....bankrap baru...aHlong baru...kubur baru...kain kapan baru....buat apa tambah .....dahlah bank bukan mudah nak lulus loan sebabnya had pinjaman cuma 60% jumlah gaji....manalah ada gred bawah 41 leh beli rumah semahal 400k cam tu...najib tak belajar sekolah kot
menarik apekebendanya.
Ya betul tu...banyak yang menarik...cuma kita yang tak nampak dan rasa....
ampu memang mudah..ketawalah seluas luasnya..dlm poket masa tengah ampu tu entah2 ada RM2 je...
say bergaji antara Rm1000 - Rm1200 layak RM120k sebelum ini.. lepas ni akan jadi berapa pulak hadnya?
sebab kelayakan tertinggi RM360k dah meningkat sebanyak RM90k menjadi RM450K. so macam mana pengiraannya?
RM120k + RM90k = RM210k ke???
sesiapa tolong jelaskan please..
muka nak masuk surat khabar
action! (ok angkat tangan!)
belakunnnn!
lepas tu..
wau muka aku masuk BH lah!
potong simpan buat kenangan.
cuba tanya dia orang sekarang!
MALU la
Catat Ulasan