SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Oktober 2010

PEMUDA BN DAN MTUC ANJUR FORUM GAJI MINIMUM RABU DEPAN

Bernama
5/10/2010




KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada 13 Okt ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata forum yang diadakan di Hotel Putra bermula pukul 8.30 pagi itu adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui makmal Pemuda BN.

"Objektif forum ini adalah bagi membincangkan dan menghalusi segala pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada kerajaan," katanya dalam laman blognya www.rembau.net.my pada Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda BN berkata pihak penganjur juga menjemput orang ramai untuk menghadiri forum tersebut dan memberi pandangan serta buah fikiran berhubung topik gaji minimum di negara ini.

"Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat di samping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34 peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung iaitu RM720 sebulan.

Malahan, katanya, isu ini menjadi semakin relevan unjuran daripada usaha kerajaan mentransformasi hala tuju serta merancakkan aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan sasaran kapita rakyat ditahap RM49,500 setahun.

"Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji terendah pekerja," katanya.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS juga telah bercadang dari awal akan mengadakan cuma tunggu tempat dan waktu yg sesuai

Tanpa Nama berkata...

gaji minimum cerita tak ada penghujungnya dari dulu hingga sekarang bosan dah

Tanpa Nama berkata...

gaji minimum memang perlu tapi elaun sesetengah jabatan kerajaan kenapa tidak sama terutama elaun perumahan? masih ada jabatan elaun perumahannye RM 180.Masih ade ke rumah sewa RM 180 sebulan?

Tanpa Nama berkata...

apa le asyik ulang gaji minimum....

bosan kata orang malaysia, bose kata orang kelantan...kehkehkehkeh...

ini isu mana ada kita punya kerajaan mau layan beb...

baik mereka layan 1Malaysia yg kita pun tak faham apa tu...kehkehkehkeh...

Rahman Nanyan berkata...

usaha yang amat wajar disokong. Pemuda Umno dan BN sebenarnya dari dahulu lagi memang amat prihatin tentang masalah PA dan pekerja swasta. tidak seperti Pemuda Pembangkang (Pepem) yang dianggotai pas pkr dap, mereka tidak peduli masalah rakyat, yang penting hanyalah untuk memenuhkan tembolok mereka dengan wang dan kekayaan. Seperti kelantan, kedah da Penang, semua anggota PEPEM asyik berebutkan kontrak sahaja, hanya BN dan UMNO yang membela rakyat dan membayar gaji PA

Tanpa Nama berkata...

Isu basi utk memamaikan rakyat utk menyokong pemerintah yg zalim. Itu pemuda Datuk pun tarak, mentri pun tarak, bapak mertua pun tarak. Macam anjing salak bukit. Habuk pun tarak