The Malaysia Insider
Oleh G. Manimaran
December 08, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memutuskan untuk meletakkan calonnya merebut jawatan setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atas alasan penyandangnya “banyak masalah” dan mahu mengembalikan integriti badan induk itu.
NUTP mencalonkan Lok Yim Pheng merebut jawatan setiausaha agung yang kini disandang oleh Ahmad Shah Mohd Zin.
Lok juga kini merupakan setiausaha agung NUTP.
Beliau juga telah dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Ini bukan kali pertama NUTP, kesatuan gabungan terbesar dan antara kesatuan yang mempunyai undi terbanyak dalam persidangan perwakilan Cuepacs, menghantar pemimpinnya bertanding jawatan tertinggi dalam kongres itu.
Sebelum ini, Datuk N. Siva Subramaniam pernah menjadi setiausaha agung dan kemudian sebagai presiden Cuepacs.
“Kami memutuskan untuk meletakkan calon NUTP bertanding jawatan setiausaha agung dengan harapan mahu membawa perubahan dalam Cuepacs. Kami tidak mahu Cuepacs ada kepimpinan yang lemah dan tiada integriti,” kata Presiden NUTP Hashim Adnan kepada The Malaysian Insider.
Sambil menekankan jawatan setiausaha agung adalah kedudukan penting, Hashim yang merupakan salah seorang naib presiden Cuepacs berkata, “dengan meletakkan calon baru, harapan kami Cuepacs akan mendapat pemimpin baru, yang lebih mantap.”
Hashim berkata, pihaknya meletakkan calon mereka dengan harapan dapat menukar setiausaha agung yang menurutnya mempunyai banyak “masalah” dalam menguruskan kongres itu.
Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan masalah yang dimaksudkan.
“Sebab itu kami memutuskan untuk mencabar Ahmad Shah bagi jawatan setiausaha agung,” kata Hashim lagi.
“Cuepacs perlu ada satu pasukan yang kuat, jadi kami hendak membetulkan keadaan dalam Cuepacs,” kata beliau yang mengakui pihaknya masih mahukan Omar Osman kekal sebagai presiden.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Ahmad Shah menggesa Omar berundur untuk memberi laluan kepada orang lain menyandang jawatan itu.
Omar masih belum mengesahkan sama ada akan bertanding atau tidak tetapi dipercayai akan dicabar oleh Ramli Omar.
Kontrak perkhidmatan Omar, 58, disambung lagi sejak September lalu, tetapi tidak diketahui berapa lama.
“Kami penyokong pencalonan Omar bertanding lagi jawatan presiden,” kata Hashim.
Lok yang dihubungi enggan mengulas mengenai pencalonannya sehingga beliau dapat mengesahkan penerimaan pencalonan, yang tarikh akhirnya 15 Disember ini.
“Saya akan ulas selepas saya sahkan pencalonan, saya belum menerima notis (pengesahan penerimaan pencalonan lagi),” katanya.
Pemilihan Cuepacs akan berlangsung 22 Disember sempena persidangan perwakilan dua hari yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

3 ulasan:
saudara ahmad shah..xperlulah sedara melatah sekiranya saudara dipihak yg benar..masalahnya ramai yg tahu apa yg dimaksudkan dgn saudara yg "bermasalah " tu cuma masih diberi kesempatan utk sedara perbetulkan..jgn bising2 nanti sendiri yg malu..
betul tu setuju dengan "aku perwakilan berkata"...dah diberi peluang selama 3 tahun utk perbetulkan tp masih ditakuk lama....mengambil semua perkara remeh...sedangkan kesatuan gabungan terkial-kial utk bergerak....jadi pikir2kanlah wahai perwakilan...beri undi anda pada yang berwibawa dan hampir pasti boleh buat kerja....
WAHAI JAWATANKUASA TERTINGGI SAYA TAK NAK SALAHKAN SESIAPA TETAPI CUMA PERSOALAN MANA PERGINYA SYARIKAT YANG MENDAPAT KELULUSAN MEMBUAT SMS DAN DUITNYA.
BEGITU JUGA DENGAN DUIT SUMBANGAN KETIKA DILULUSKAN PELARASAN GAJI LALU DAH DIUMUMKAH?
Catat Ulasan