SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Disember 2010

NAJIB NAFI CIPLAK KONSEP 1 MALAYSIA

Bernama
21/12/2010




KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini Selasa.

Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakah perkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

"Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep One Israel yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar.

Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama.

Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh.

Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh Ceupacs, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya.

"Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu...saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum...tetapi kita harus bersikap realistik...kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan," katanya.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam.

"Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF," kata beliau.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan.

Katanya ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan.

"Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa.

"Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkat barisan hadapan dalam kerajaan," katanya yang turut menggesa Ceupacs memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan.

Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untuk menerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bg bonus takde duit...hulur kat bini ada pulak duit! Cilaka punya PM..

Tanpa Nama berkata...

kebanyakkan pihak swasta memberi bonos ../ TNB dapat lebih dari 2 bulan bonos. Apadah jadilah kepada penjawat awam. !!!!!!!!. Tahun depan hanya akan dapat 0.3 bulan bonos . Ha.ha. ha...... Jika boleh cari kerja kedua .... kos hidup dah naik !!!!! Jangan harap banyak bantuan daripada kerajaan ?????

cari jalan lainlah untuk dapat duit!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

opp..jangan buat 2 kerja..salah beb..

bulan 4 tahun depan jangan lupa...undi apa? PR...

Tanpa Nama berkata...

terina kasih !!!! satu cadangan yang baik !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kata Tun Mahathir Rizab Negara kita ada hampir 300 billion RM takakanlah nak bayar bonus sampai kena pinjam tabung IMF ,lepastu saya tengok ahli cuepac yg hadir ternganguk2 pula, wa kakaka lawaklah

Tanpa Nama berkata...

Duit kita pun kita tak pandai nak agih2kan sampai nak kena pinjam bank sana2 sini.. pastu ada hati nak beri bonus.. Padan muka penjawat awam bagus tak payah beri bonus kerja pun malas..

Tau nya bonus naik gaji itu ajer lain tak pulak nak buat perubahan. Hidup bersederhana ajer. Adakah kita pasti gaji kita terima setimpal dengan kudart yang kita keluarkan. Jangan diakhirat kita ditanyer. Masa tu sapa pun tak leh nak tolong. Tak kan nak mintak Pak Omar tolong jugak.. pandai2 la jawab sendiri.

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU ..DALAM KES ALTANTUYA NANTI NAJIB JAWABLAH DGN ROSMAH KAT AKHIRAT NANTI YERR.

KALAU ANWAR BENTANGKAN BUKTI2 APCO TU ..KORANG INGAT MEDIA MASSA NAK LAPURKAN ..PIRAAAH . DASAR PENJILAT BONTOT ..

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah...tuhan akan membantu kita..kita berdoalah semoga hati kita takkan berubah sewaktu nak memangkah nnt...Pakatan tetap di hati.

Saudara Thaibah al-Qanuni Al-Banjari berkata...

UMNO APCO 1ISRAEL

Tanpa Nama berkata...

SETUJU dgn Rabu, Disember 22, 2010 4:56:00 PM