SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Disember 2010

OMAR KEKAL JAWATAN PRESIDEN CUEPACS

Bernama
24/12/2010





KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman mempertahankan jawatannya setelah menewaskan presiden Kesatuan Kakitangan Am Mardi Ramli Omar pada pemilihan kongres itu yang berlangsung di sini Rabu.

Omar mendapat 816 undi berbanding lawannya 154 undi.

Keputusan pemilihan bagi penggal 2010-2013 itu diumumkan pada hari terakhir konvensyen tritahunan ke-25 kongres itu di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada Khamis.

Dua jawatan timbalan presiden disandang oleh Azih Muda dan Zainal Ismail manakala jawatan setiausaha agung dimenangi oleh Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng yang menewaskan penyandang Ahmad Shah Mohd Zin dan seorang lagi calon Ku Azmi Ku Ibrahim.

Jaafar Mansor pula dipilih sebagai setiausaha kewangan.

Bercakap kepada pemberita, Omar berkata Cuepacs akan meneruskan perjuangan bagi menaikkan taraf skim perkhidmatan mengikut perubahan kelayakan selain berusaha meningkatkan jumlah kesatuan gabungan.

Katanya Cuepacs juga mahu melaksanakan keanggotaan wajib dan automatik bagi semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.

Beliau berkata surat rasmi akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya apa juga penambahbaikan, latihan, bonus dan kenaikan gred diberi keutamaan kepada mereka yang menganggotai kesatuan di bawah Cuepacs.

"Kita tak mahu penjawat awam yang tidak menjadi anggota kesatuan menumpang perjuangan Cuepacs kerana faedah yang diperolehi esok akan dinikmati bersama. Kita mahu bagi mereka yang layak, mereka wajib masuk kesatuan," katanya.

"Mereka tidak boleh memberi alasan tidak memperoleh apa-apa faedah dengan menyertai kesatuan. Ada juga yang tidak menghormati perjuangan Cuepacs," katanya.

Menurutnya ketika ini hanya 560,000 anggota menyertai gabungan Cuepacs berbanding 900,000 penjawat awam yang layak.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah,,,,omar. keranamu terus menjadi boss PA, maka aku comfirm PA tak akan mendapat bonus 13 tahun lagi berturut turut kerana mu ialah kaki bodek najib

Tanpa Nama berkata...

Dapat RM3 juta. Mulut dah kena bisu. Kerusi dapat yang empuk. Masalah kos hidup penjawat awam, aahhh pirraahhh...janji aku jadi boss yang selesa...

Tanpa Nama berkata...

TUAN KU HJ OMAR OSMAN PRESIDEN CUEPACS PERJUANGKAN NASIB GURU YANG DI PISAHKAN DARI ANAK DAN ISTERI KERANA BERTUGAS GI TEMPAT LAIN CONTOH NYA DI SABAH SUAMI DAH 3 TAHUN BERTUGAS DI PENDELAMAN SARAWAK MINTA PINDAH KESABAH HARAP DAPAT BERKUMPUL DENGAN ANAK DAN ISTERI YG BERTUGAS DT TAWAU SABAH.YA ALLAH KALINYA KENA BERTUGAS DI SEKOLAH HULU TELUPID SANDAKAN SABAH TOLONG LAH TUAN PRESIDEN.........

Tanpa Nama berkata...

Ahli ada 300K pun susah nak kawal.. nak lagi 6,7 ratus K... boleh jaga ke...