Media Cuepacs
5/12/2010
Tujuan pekeliling ini adalah untuk menjelaskan mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
PTK telah diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi. PTK telah dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.
Dalam Pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun 2011.
Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.
Untuk keterangan lanjut (sila klik disini)

19 ulasan:
"Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun 2011"
renung2kan...fikir2kan lah wahai penjawat awam sekalian... ada udang sebalik mee...hehehe
Ya.. satu perkara utk lengahkan kenaikan pangkat! Bagaimana dengan pegawai yang telah lulus PTK. Masih tiada kenaikan! Dulu kata secara "automatik", kemudian "temuduga". Masih ingat dulu.. syarat kenaikan pangkat perlu hadiri kursus BTN! mula2x paksa! lepas tu suka hati nak pegi ke tak nak! hahaha... ape dah jadi?!! makin hari makin banyak syaratnye... Seniority, BTN, PTK, Interview, exam tu.. exam ni.. lepas ni apa pulak!! last2x dekat pencen baru naik pangkat... sambung belajar?!! hahaha.. belambak pegawai dah graduate tapi.. paham2x sajalah.. certificate masuk frame aje...
sistem kenaikan pangkat yang lembab, bengap, dan tidak rasional. banyak ketidakadilan berlaku. hanya pengampu-pengampu saja yang dinaikan pangkat...
CUEPACS memerlukan kepimpinan baru yang boleh memperjuangkan nasib dan kebajikan PA di Malaysia.
Kepimpinan Omar Osman tidak sesuai dan tidak serasi dengan PM Najib.
CUEPACS perlu kepimpinan yang berani berjuang dan bukan setakat pemimpin yang setaraf dengan tukang lelong di pasar malam.
(KGB)
habis tu aku yang hanya tinggal lagi setahun je lagi untuk KUP setelah semua syarat PTK dah dipenuhi.. kena tunggu lagi!! baru nk angan2 dapat naik pangkat.. kena tunggu lagi la nampaknya.. adil ke macam tu!!??
Percaya tak, aku lulus ptk,lulus btn,berkhidmat selama 33 tahun, 2x dpt APC.tak pernah menegak/melintang dlm SSB, sampai pencen ptk setakat3,4.Akhirnya tak pernah naik pangkat sepanjang perkhidmatan.
PTK hapus...takyah pergi BTN laa mcm nie takder faedah pergi BTN.
Kita tunggu PP baru nanti. Tunggu Jun 2011. Kita lihat siapa yang kena .... Kata Arwah Ibrahim Pendek.
lepas PTK ni apala agknya rncgan kerajaan ya.Lebih baik ke atau lebih membebankan.Sewajarnya hapuskan syarat2 kenaikan pgkt dan anjakan gaji yg x munasabah.Skim jwtn PT(P/O)N17 perlu dinaiktarafkan.
lepas PTK ni apala agknya rncgan kerajaan ya.Lebih baik ke atau lebih membebankan.Sewajarnya hapuskan syarat2 kenaikan pgkt dan anjakan gaji yg x munasabah.Skim jwtn PT(P/O)N17 perlu dinaiktarafkan.
Mansuh??? Abis tu cam ne kami yg bakal menduduki peperiksaan ptk pada 21hb nie?? x faham la..
Aku xtau status aku skang tentang anjakan gaji..ptk1 oktober 2010 aritu dah lulus aras 4 dua2 paper,tapi btn xbuat lagi dah daftar dari 2008,last2 btn lak dimansuhkan..so mcm mana anjakan gaji akuni??tanya btn dorg suh tanya jpa,tanya jpa suh tanya JPM..mcm main2 aja..so mcm mana???tlg saper2 ada problem mcm aku,mcm mane status skang??
macam2 komen menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan...cuba tanya dr anda sndr..layak ke tak?biasa org nak naik pangkat,sbb beria nk naik gaji...apa pun kalau penjawat awam ramai yang bagus...kita da lama maju..komen ikhlas
saya plak lain citer,ptk dah lulus 4-4 tahun 2009, btn dah pergi tapi skt plak tak cukup 3 tahun berturut-turut.aku dijangkakan dapat anjakan 2012.so saya kena tunggu skt tahun ni (2011) itupun kalau penilai bagi 80 keatas kalau dia bagi bawah 80 alamat aku kena mula 3 tahun lagi dan kemungkinan 2014 baru dapat.aku rugi anjakan aku beberapa tahun.lepas mansuhkan ptk aku taktau apa yang akan terjadi pada keputusan aku tu 4-4.adakah masih digunakan atau dimansuhkan juga.aku harap cuepacs dapat menjelaskan perkara ini.saya juga cadangkan sesiapa penjawat awam yang telah mendapat 4-4 terus mendapat anjakan pada tahun berikutnya tanpa ada karenah birokrasi didalam jabatan.
Alhamdulillah, utk mengembalikan hak kepada pekerja namun penilaian ini jangan pula yang telah dapat kembali menguasainya umpama pisang berbuah dua kali saja. Setelah dua puluh tahun berkhidmat selama ini baharu saya dapat menikmatinya berbanding dengan junior saya yang tak sampai sepuluh tahun.
Nak suruh kengkawan nilai serupa malaikat ka mereka sedangkan integriti menjadi pertikaian. Siapa mereka untuk menaikkan seseorang melainkan kroni-kroni sahaja jawabnya. Ada yang tak merasa sampai kini dan terus merana sebab bos tak peduli pun. Apa yang penting bukan organisasi tapi air liur basi untuk kesenangan masa pencen mereka.
Adaka nak suruh orang atas bawah nilai, x logik. Nanti jadi kronik macam politik, siapa hipokrik dan bermuka-muka nampak bagus dan yang x pandai bodek naya
Nampaknya apa yang cuepacs dok minta bukan menyenangkan tapi dilihat menyusah dan faedah kepada pegawai gred atasan. Orang JPA buat syarat dan peraturan yang berpihak kepada mereka bukan kepada golongan bawahan.
bukan yang tergantung dalam ptk boleh dinaikkan mengikut pertimbangan lembaga penilaian kompetensi ke???sila rujuk pp132010
Catat Ulasan