Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my
9/1/2011
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu kira-kira 10,000 bekas pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam sejak hujung tahun lalu.
Presiden CUEPACS, Omar Osman (gambar) berkata, pihaknya akan cuba berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran secepat mungkin bagi membantu kira-kira 2,000 bekas pekerja rendah awam (PRA) yang tidak disambung perkhidmatan mereka.
“Kita akan mulakan dengan Kementerian Pelajaran kerana ia melibatkan sejumlah besar kakitangan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu.
“CUEPACS juga akan berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang terlibat dengan penamatan kontrak pekerja dianggarkan berjumlah lebih 10,000 orang di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu semasa kakitangan awam di sini, hari ini.
Antara yang ditamatkan kontrak termasuk 77 bekas PRA di Kangar, Perlis yang menceritakan nasib mereka selepas ditamatkan kontrak kepada Utusan Malaysia pada hari tahun baru lalu.
Dianggarkan kira-kira 2,000 PRA di bawah Kementerian Pelajaran ditamatkan kontrak bermula 31 Disember lalu sementara ramai lagi menerima nasib sama di peringkat agensi atau pejabat negeri-negeri seluruh Malaysia.
Omar bagaimanapun memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan jumlah sebenar pekerja yang tidak dilanjutkan tempoh kontrak mereka daripada keseluruhan 50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam di seluruh negara.
“Kita masih menyiasat jumlah sebenar yang terlibat dan masih mendapat maklum balas dari negeri-negeri. CUEPACS akan cuba membantu bermula dengan agensi yang paling banyak menamatkan kontrak pekerja.
“Ada kakitangan kontrak yang diambil sebagai pekerja sambilan yang bekerja mengikut hari tertentu tetapi kita akan cuba membantu terutamanya mereka yang sudah berusia dan sukar mendapat pekerjaan lain,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan pertama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Rabu ini mengenai sistem baru yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai Julai 2011.
“Kita tidak mahu sistem PTK diserap ke dalam sistem baru ini kerana mahu prestasi kerja, senioriti dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) menjadi penentu kenaikan pangkat dan gaji kakitangan awam.
“Perbincangan dengan JPA ini diharap dapat memfokuskan sistem baru kepada tugas kakitangan berkenaan. Kita akan melihat sistem baru ini secara menyeluruh bersama JPA sebelum sistem PTK dimansuhkan sepenuhnya Jun ini,” katanya.
Selain itu, Omar menyatakan CUEPACS juga akan membincangkan usaha menaik taraf gred skim perkhidmatan dengan JPA bagi menyelaraskan semua gred sedia ada mengikut kelayakan, kemampuan dan tugas hakiki setiap kakitangan awam.
8 ulasan:
Mohon maaf Tuan Presiden,
Kami pekerja kontrak dari Kelantan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan telah lama hilang status PA. Kami diberhentikan pada tahun 2007/2008.
Tuan Presiden telah membawa Memorandum kami dan menyerahkan kepada Dato Seri Hisyamudin (Menteri Pelajaran ketika itu)semasa Konvensyen UMNO di Putrajaya.
Tuan Presiden juga telah menyerahkan Memorandum kami ke PM.
Boleh kami tahu perkembangannya?
Adkah kami masih ada harapan untuk berkhidmat kerana ada antara kami yang telah berkhidmat sehingga 15 tahun sbg PA.
Mohon maaf Tuan Presiden,
Kami juga ingin dibela sekali lagi bersama-sama dengan rakan2 kami di Perlis, Perak, Pulau Pinag, Terengganu, dll.
Mohon bantuan ...
salam tuan presiden. kami pegawai kontrak s41 dipelbagai agensi kerajaan memohon untuk dipertimbang supaya diserapkan ke jawatan tetap. kami sudah bertugas lebih daripada tiga tahun dan lima tahun. kami faham terma dan syarat2 kontrak namun bagi kami memberhentikan pegawai2 kontrak bukanlah cara terbaik dikala "rakyat didahulukan" semakin mendapat tempat. kami tidak memilih kerja namun rezeki kami terdapat di sini (skim kontrak). sudah banyak kali berusaha untuk mencari kerja yang lebih terjamin namun masih tidak menampakkan sebarang sinar. kepada yab perdana menteri, dengarlah rintihan kami ini. terima kasih.
Kepada CUEPACS, tengok2lah nasib kakitangan kontrak di Jabatan Agama, Majlis Agama.....kerja banyak, tanggung jawab besar tapi status kontrak diberi....
Begitu juga guru2 agama Negeri Johor.....mereka bersusah payah mendidik anak bangsa Melayu Muslim yang bermacam2 kerenah......
Belalah nasib mereka juga......jangan mereka diketepikan........
mereka juga manusia yang punya keluarga dan keinginan.......mereka bukannya wali yang mana setiap kali lepas solat ada terselit note RM 50........atau boleh berjalan atas air, atau boleh tukarkan air jadik minyak Honda Cub......
Mereka juga manusia...
salam yab perdana menteri, tuan presiden
kami merupakan guru siswazah kontrak (PRE) dari perak yang berkhidmat dengan kementerian pendidikan, pada perbentangan budget yang lalu datuk seri najib razak telah mengumumkan penyambungan kontrak untuk setahun pada tahun 2011, tapi apa yang dikesali kami guru siswazah kontrak tidak disambungkan perkhidmatan kami lagi,adakah hanya janji kosong datuk saje...untuk halwa telinga rakyat?? tolong la bela nasib kami, kebaykkan dari kami sudah punya keluarga, komitmen dan tanggungjawab...dengan kos hidup yang semakin meningkat naik sekarang banyak perbelanjaan...kementerian pelajaran tolong jawab.....
Dato', harap dapat membantu kami Pekerja Rendah Awam R1 yang telah lama bekerja dengan pihak KPM dan telah diberhentikan kontrak pada 31 Dec 2010. Dah hampir sebulan berlalu, masih tidak ada sebarang berita baik buat kami. Makan minum anak dan isteri perlu dijaga, pinjaman bank perlu dilunaskan... harap Dato' dapat membantu kami...
seperti biasa isu-isu seperti ni akan senyap sapu masuk bawah karpet..dan pekerja PRA akan terus menanti.
Mohon maaf Tuan Presiden,
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan.kini sudah hampir memasuki kebulan keempat , namun tiada khabar berita kami ketahui akan status perkhidmatan kami sebagai PRA (Kontrak ). Nasib kami diragut dengan bagitu kejam sekali,tanpa menghiraukan siapa kami, senang ke?,susah ke ?,makan ke ?............
" DIMANAKAH SLOGAN RAAYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ?
Fikirkanlah wahai tuan presiden...
Sebahagian daripada PRA kontrak itu adalah golongan BUMIPUTRA ?
Salam Tuan Presiden.
Penamatan Pekerja kontra in sedikit sebanyak akan memberi impak kepada kecekapan dalam sistem pengurusan.Contohnya di sabah dan sarawak, bilagan pekerja (kerani) amat kurang...cuba bayangan cuma ada 20 staff (termasuk kerani dipinjam dari sekolah) untuk menguruskan pentabiran di PPD (pejabat pelajaran Daerah).surat perkeliling juga sudah keluar mengenai pemulagan peminjaman kerani dari sekolah. Hal ini pasti membebankan tugas.jika seblum ini seorang pegawai mengurus 10 bidang kini dah bertambah menjadi 20 .. hal ini amat membebankan. Penamatan pekerja kontrak dengan alasan duit kerajaan tak cukup untuk membayar gaji pekerja kontrak.hal ini amat tidak munasabah.adakahan ekonomi negara kita semakin bertambah baik atau semakin nazak? Kerajaan bukan main lagi menyatakan ekonomi bekerbang pesat.. tapi duit untuk membayar gaji tidak mencukupi? saya sebnarnya kasihan melihat pekerja kontrak yang ditamatkan kerja. Ada sebilagan yang telah berbelas tahun bekerja sebagai kerja kontrak. tapi tidak disambung.Pegelaman dan kepakaran mereka amat diperlukan.. Kenapa tak serap terus ke jawatan tetap? Dahlah elaun tak ada Kwsp pun tak ada.Saya mohon Dato' belalah nasib mereka. KEPAKARAN DAN PENGELAMAN MEREKA AMAT KAMI PERLUKAN.
Catat Ulasan