Berita Harian
2011/01/04
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Perusahaan pada 26 November tahun lalu, yang menyebabkan hak hampir 40,000 pekerja dinafikan untuk mendapatkan penetapan dan kenaikan gaji selama lima tahun.
Mahkamah Perusahaan sebelum ini, memutuskan Perjanjian Bersama bagi penetapan dan kenaikan gaji itu, bermula pada November tahun lalu selama tiga tahun dan akan berakhir pada 2013, yang menyebabkan hak pekerja dinafikan kerana perjanjian itu sebenarnya tamat pada 30 Jun 2008. Semakan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, melalui Tetuan Kesavan & Co.

NUPW selaku pemohon, menamakan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan Mahkamah Perusahaan sebagai responden pertama dan kedua.
Seramai 250 pekerja ladang dan kilang kelapa sawit dari Johor dan Perak berada di pekarangan kompleks mahkamah di sini, untuk memberi sokongan kepada NUPW dalam usaha mendapatkan gaji lebih baik.
Seramai 250 pekerja ladang dan kilang kelapa sawit dari Johor dan Perak berada di pekarangan kompleks mahkamah di sini, untuk memberi sokongan k
Terbitkan Catatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan