SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Januari 2011

SEKTOR AWAM DIMINTA BERI PELUANG KEPADA OKU

Utusan Malaysia
29/1/2011




>KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau OKU yang berkelulusan ijazah nak diberi jawatan kerani dan kerja bawahan dalam sektor kerajaan. rugilah kelulusan yang mereka ada...begitu juga, kerani yang sempurna yang memiliki kelulusan ijazah dan diploma. kalau begitu, bagi elaun khas bagi mereka (OKU) yang menjawat jawatan rendah di dalam kerajaan yang memiliki ijazah dan diploma untuk menyeimbangi taraf kelulusan yang mereka ada dan kakitangan awam lain yang sempurna. barulah ok...

Tanpa Nama berkata...

yang tu aku setuju...OKU patut diberi peluang menjawat jawatan tinggi contoh OKU Ketua Pengarah Imigresen...dahlah OKU...imigresen nak orang sihat tubuh badan...tak jalannnnn!!!!

Ir. Rosli berkata...

sektor awam tak perlu di beri peluang pada sapa-sapa!
bagi peluang pada Omar Osman dah!!

Senyap jer sektor awam yang di terajui CUEPACS pasal kenaikan minyak!

Nampaknya, kerajaan suka2 boleh naikkan harga minyak..

Sektor awam dah tidak terbela sekarang!

2bz4money berkata...

JPA sepatutnya mengkaji semula kedudukan perjawatan yg sesuai bagi OKU. Terdapat jawatan seperti operator telefon/PAR/PRA dan penyelidik yang boleh ditawarkan khas buat OKU dan bukannya diisi oleh orang normal.

Mungkin CUEPACS sendiri boleh meminta JPA mengisi jawatan pentadbiran yg diiklankan baru2 ini diisi oleh golongan OKU. Barulah cakap serupa bikin..

Tanpa Nama berkata...

gaji pun x naik naik setor dah terbela dah kesian sokogan 2 gaji x cukp ank ramai bila la gaji nak naik kenapa cueps x bela dulu

Peniaga Karipap berkata...

JANGAN BAGI OKU KERJA KERAJAAN!!
TERTAMBAH LAGI 'KURANG UPAYA' MEREKA.
YANG CUKUP SIFAT INI PUN DAH JADI MACAM ORANG CACAT.

TAK PAYAH LAAA OKU!

Tanpa Nama berkata...

Bukan OKU saja yg tidak terbela PA yang ada kelulusan Ijazah pun tidak dinaik pangkat ataupun dilantik ke jawatan lantikan Gred 41 mengikut kelayakan akademik PA apatak lagi OKU mereka tu tidak sempurna anggota badan. PA bertahun2 telah berkhidmat dgn kerajaan ada Ijazah tidak tidak dibela oleh kerajaan sekarangcountero

Tanpa Nama berkata...

Bukan OKU saja yg tidak terbela PA yang ada kelulusan Ijazah pun tidak dinaik pangkat ataupun dilantik ke jawatan lantikan Gred 41 mengikut kelayakan akademik PA apatak lagi OKU mereka tu tidak sempurna anggota badan. PA bertahun2 telah berkhidmat dgn kerajaan ada Ijazah tidak tidak dibela oleh kerajaan sekarangcounteropr

Tanpa Nama berkata...

kalau xmampu bleh pakai minyak ron95..murah jer...sauadara IR. ROSLI mesti org yg berkemampuan yg tinggi...sebab tuan marah kenaikan minyak ron97..kita diberi pilihan tuan,nak yg A atau yg B..kalau A mahal..gunakan lah B..jgn cari kesalahan pihak lain..cermin diri dulu tuan..betul ker tindakan kita selama ni...tepuk dada tanya iman,pilihan di tangan kita..jadi lah pengguna yg bijak...

Tanpa Nama berkata...

POK NAJIB SEDANG MEMIKIRKAN MACAM MANA NAK BAWAK PULANG STUDENT2 KAT MESIR. BANYAK KOS TU NAK BELANJA BAWAK BALEK STUDENT. TU LAH NAJIB BILA PA MINTAK NAIK GAJI ,MINTAK BONUS MACAM2 ALASAN TANAK BAGI. SEKARANG NI TERIMA LAH HABUAN KAU. PIKIR NAJIB ..PIKIR NAJIB. BINCANG DGN BIG MAMA ..BIG MAMA ORANG YG BIJAK . PI HANTAR BIG MAMA KAT MESIR BUAT TINJAUAN. OK

rashidi berkata...

pengguna yang bijak ialah orang2 BN sahaja. parti lain semuanya ejen Israel dan kaki zina, hanya yang membela islam bersana UMNO

Tanpa Nama berkata...

Rashidi, kau memang katak bawah tempurung. Tulis tak guna fakta. Kau sekolah ke tidak? Kerajaan BN/UMNO yang guna khidmat APCO syarikat Yahudi Israel, kununnya sebagai Perunding! Yang ke 2, yang buat zina tu, kau tanyalah TS Rahim Tambi Chik, tanyalah Chua Soi Lek, tanyalah berapa ramai pemimpin umno yang terlibat dalam kes berzina tapi semua media tutup. Akhir sekali, cuba kau tanya Razak Baginda, kenapa Altantuya di hancurkan dengan C4?

Tanpa Nama berkata...

OKU (Orang Kuat Umno) mendapat tempat tertinggi di Johor. Hj Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor telah berkempen di PRK DUN Tenang. Hj Markom, anda patut bertanding pada PRU13 nanti. Buktikan kehebatan anda!!

Rakyat Yang Insaf berkata...

Itulah dia segelintir Rakyat Malaysia yang tidak pernah bersyukur tinggal di Malaysia.

Berduyun-duyun Rakyat Luar mencari rezeki di Malaysia yang kita cintai ini.

Senang untuk meruntuhkan Malaysia, sukar untuk membangunkannya semula.

Oleh itu........jangan sesekali bersetongkol dengan bangsa asing ini meruntuhkan Ketuanan Melayu yang kita bina ini.

Jangan mudah diperkuda dan gula-gulakan oleh Kaum Pendatang ini.
Yang rugi nanti Bangsa Melayu sendiri, akan melutut di tepi gantang.

Jangan anak cucu cicit kita nanti mengutuk kita yang bersetongkol dengan kaum pendatang ini .

Insaflah wahai pencacai-pencacai yang tidak sedar diuntung ini.

Rakyat Biasa berkata...

Ir. Rosli adalah salah seorang Rakyat Malaysia yang Bodoh. Otak buh kat kepala Lutut.

nama ajer Ir.

Dr. Rosli berkata...

Apalah nak jadi dengan Rakyat yang bodoh lagi bahalol ni.

Dr Muhammad Rejab berkata...

kesian PA bodoh yang sangkakan jika sokong pembangkang maka ingin meruntuhkan malaysia.

kami para pensyarah IPTA amat hairan juga adakah kamu yang menyokong UMNO tegar ingin terus menerus meredha dan merelakan hasil bumi negara diseleweng habis2an oleh puak2 atasan UMNO laknatullah ini?

adalah penyokong UMNO tegar ini melupakan betapa institusi beraja dan sultan2 telah dihina oleh pemimpin UMNO semasa krisis perlembagaan lalu dan sekarang dengan mudahnya melabelkan penyokong pembangkang sebagai anti-raja?

betapa pentadbiran pakatan rakyat sekarang jelas menunjukkan betapa kerajaan amat mampu meningkatkan hasil dengan pengurangan penyelewengan dan ketirisan, itu masih tidak mampu mencelikkan golongan UMNO yang buta politik itu?

gunakanlah akal kamu ke arah kebenaran dan keredhaan, ingatlah firman Allah "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." (Hud: 113), jika cenderung pun dh masuk neraka, apatah lagi jika menyokong dan mengundinya.

MasyaAllah

Benci pd Rakyat Bodoh berkata...

pokok persoalan bukan tidak bersyukur jo..rakyat sepatutnya dapat LEBIH lg jika tiada nya ketirisan,rasuah,salah guna kuasa dan songlap duit rakyat oleh kerajaan BN yg lebih lama memerintah LEBIH LAMA dari mat arab si Hosni Mubarak tue..BN bukan x baguz tetapi oleh kerana dah terlalu lama memerintah nampak duit rakyat dah nampak macam duit mak bapak diaorang..x nampak ke bermacam macam skandal yg melibatkan berjumlah ber bilion duit rakyat di selewengkan jo..senang nya kita memaafkan diaorang yer dengan sekampit beras atau duit ehsan 500 bantuan banjir..huhu..baek punya rakyat..entah lah x reti depa nak habaq!!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan menghina orang OKU wahai Peniaga Karipap mpga Allah membalas hinaan kamu itu

Tanpa Nama berkata...

Saya sendiri seorang penjawat awam yang OKU. Bagi saya OKU memang perlu diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam. Ini kerana supaya mereka dapat kejar arus permodenan yang pesat dinegara kita. Tidak diakui ada sedikit kepincangan dalam memilih calon OKU untuk diterima dlm sektor awam.
OKU tidak meminta banyak, sekiranya jawatan yang ditawarkan adalah PAR,PPK,PT atau sebagainya mereka mampu buat tugas yang diamanahkan.
Sekiranya OKU ditawarkan jawatan tertinggi seperti PTD mengikut kelulusan ijazah, saya rasa ia boleh menjalankan tugas seperti biasa. Ini kerana tugas PTD banyak berada didalam pejabat dan bilik mesyuarat.

Unknown berkata...

shahrul hairy bin anuar
umur 21
01126653652
cleaner
no 5 tingkat 3 blok rumah pangsa parit mesjid 82000 pontian johor
Oku,Cacat anggota. Tangan kanan lumpuh...accident

Unknown berkata...

shahrul hairy bin anuar
umur 21
01126653652
cleaner
no 5 tingkat 3 blok rumah pangsa parit mesjid 82000 pontian johor
Oku,Cacat anggota. Tangan kanan lumpuh...accident