SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Mei 2011

PROSPEK PENGGANTI PTK BERKUATKUASA 1 JULAI

Bernama
19/5/2011


PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini Khamis.

Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

"Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Katanya kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Katanya hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi 'cemerlang dan berpotensi tinggi', 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau 'memerlukan pembangunan'.

Abu Bakar berkata pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.

"Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.

"Manakala faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri," katanya.

Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.

"Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya," katanya.

Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.

Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

"Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai," katanya.

Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.

Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA supaya kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu; dan kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.

"Selepas pergi mana-mana kursus atau meningkatkan kompetensi tetapi balik tidak juga dapat kenaikan pangkat. Jadi, kita mahu mana-mana penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan kompetensi dan potensi, supaya balik tanpa temuduga terus mendapat kenaikan yang cemerlang dan istimewa," katanya.

Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

-- BERNAMA

______________________________________________________________________

Gambar dari Media Cuepacs





30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakan-rakan:
cepat amalkan doa ni!!
WAAMPU SANA, WAAMPU SINI..

HAHAHAHAHA!!!1

Tanpa Nama berkata...

" Pelarasan gaji berkuatkuasa 1 Julai ",Prospek Pengganti PTK Berkuatkuasa 1 Julai"dibatalkan...baru ok

Tanpa Nama berkata...

Saya dah tak kisah. Terima kasih sistem PTK yang amat menyenangkan kami PA muda. Senang aje saya lulus peperiksaan dah sekarang sudah di gred 54. Yang senior masih ramai di gred 48. Hahahahaahaha

Tak payah risau sistem baru lagi dah.

Terima kasih PTK.

Tanpa Nama berkata...

sistem ini mcm SSB juga... CUEPACS buta...

Tanpa Nama berkata...

mcm mane plak bagi kaki kipas??? mesti berita ni seronok di dengar...bagi yang x pandai kipas, ngaga mulut je la jwpnye....

Tanpa Nama berkata...

nganga luas2...hehehhe

N17 Veteran berkata...

1% je guru yg dapat habuan? sama mcm tahun2 lepas, yg PA lain dengan penuh kebodohan menganggap semua guru selalu dapat kenaikan, padahal 1% je yop, kahkah.. tu pun org yg sama dapat tiap2 tahun, 400,000 guru lain tu melopong 2x5 dengan lain PA jua.

padan muka semua, yg hadir ms TPM datang tu bukannya rela, tapi dipaksa dan ada diangkut dengan bas. Tepuk tangan pun muka kelat.

Gomen gebang dalam paper dan TV mcm semua guru dapat habuan, tu yang PA lain pun turut mempamerkan kerendahan IQ dengan memberi komen yang bukan2. Dengan bini aku yg cikgu sek ren pun nganga sekali besar2...

Tanpa Nama berkata...

Ptk yang tidak menyebelahi golongan senior mesti akan diubah cepat2. Sebab tulah golongan muda memberontak. Kerajaan jadi mangsa. Harap dapat perhatian kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Yang dah lama kerja mesti expert kipas punyer. Yang muda dan masih lurus bendul akan jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

kami ini bukan memohon prospek
pengganti ptk kami memohon penambahan elaum rumah tuan dan
elaun willayah itu pun tidak boleh
kah .

Tanpa Nama berkata...

abes tu...PA yg dh dh lulus PTK tu nk wat pe ngan PTK tu..nak kene ambik propek ni plak...hampeh toolll ler..

Tanpa Nama berkata...

aku hairan ni dah bulan mei, nak melaksana 01 julai satu apa pun belum nampak, mesyuarat je selalu, menghabiskan duit makan percuma, tiap2 hari kata sistem menganti PTK bermula 01 julai, sampai sekarang belum satu apa pun belum berhasil hairan.....

AKU PAP berkata...

Betul yang dah lulus PTK berada di tahap P3 tu nak ambil prospek apa?Mkan sampai pencen la jawabnya.Tak perlu semua tu yang kami nak penyelarasan gaji atau elaun elaun lain.

wslarry berkata...

buang masa betul jer..asyik minum jer

Tanpa Nama berkata...

PA KALAU BANYAK SONGEH SANGAT HANTAR JE SURAT BERENTI KERJA..AMACAM??ADA BERANI??TAKKAN AKAN BERANI PUNYA..KERANDUT TELOR MASUK KE DALAM SEKOR2...HANYA BERANI PUNG PANG PUNG PANG KAT SINI JE...

Tanpa Nama berkata...

Lihat guru2 lepasan diploma sudah nak naik pangkat pula...kesimpulannya semua guru naik pangkat...MACAM MANA DGN PA LAIN...TENGOK SAJA KAH???

Tanpa Nama berkata...

Cikgu lagi......

Tanpa Nama berkata...

betul jugak...kalaudah tak puashati hantar jesurat berenti...ramai lg yang nak kerja...tapi beranikah mereka yg tak puas hati tu?

Tanpa Nama berkata...

yang cakap tu berenti dulu,kita celen!amacm!kan dah ckap,nak susah kije kerjaan,tknak kije berenti!menyusahkan org,kerjaan tk suruh ,ko yg mntk sndri,rmai lg adikä aku nk kije tk dpt..dia kte klu bg gji 5 rtus pn dia sngup!amacm!

Tanpa Nama berkata...

dku mmg dah berenti...dulu aku N17 kat Kem.Perusahhan Utama..(sekarang KPPK)...banyak yang aku tak puas hati,pasal tu aku berenti..
so ko nak kata apa?ko pulak berenti kejer...aku cabar ko balik...ada telur???

Tanpa Nama berkata...

dah tak dapat tu kata gaji 300 ratus pun sanggup (maklum la masa tu kemaruk sangat nak join gov.sector)...

tunggu la bila dah dapat,jadi kaki bersungut kat sini jugak la minta naik gaji la,bonus la,pelarasan la...gaji ciput la..nak undi PR la mcm abg dia tu jugak..

poorahhhh....

Tanpa Nama berkata...

harap PROSPEK tak dikaitkan dengan ganjaran macam aras 4 dulu....yg dapat pun berapa kerat ja....lebih baik peruntukan tu diagihkan melalui COLA atau ITP...pasti semua dapat merasa....dah tak perlu CUEPACS bising2 pasal anjakan lagi.....

Tanpa Nama berkata...

hehe!ayahda mara?nnti kna jual telo tu?hehe..bila la nk nik ron 95 ni,tk sbar rasenye..

Tanpa Nama berkata...

aku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?

Tanpa Nama berkata...

aku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?

Sabtu, Mei 21, 2011 7:12:00 PM

Setuju dengan Tanpa Nama di atas..Kalau dok suruh orang letak jawatan, sampai bila PA nak dapat apa yang nak di tuntut. Tuntut sikit ja suruh letak jawatan. tuntut sikit suruh letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

ku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?

Sabtu, Mei 21, 2011 7:12:00 PM

Setuju dengan Tanpa Nama di atas..Kalau dok suruh orang letak jawatan, sampai bila PA nak dapat apa yang nak di tuntut. Tuntut sikit ja suruh letak jawatan. tuntut sikit suruh letak jawatan.

Setuju sangat...kenapa nak lenturkan semangat orang lain tuk tuntut hak masing2? Sepatutnya beri lagi idea2 bernas cara nak ketengahkan isu nie bukan mematikan semangat orang...nie la kalau orang berfikir dengan telur bukan akal...akai ada..

guard kedai emas berkata...

sebenarnya tak berani nak berenti kerja sebab umur dah tua...mentaliti orang melayu ni kalau dah kerja kerajaan sure terjamin seumur hidup dari hidup sampai mampus biarpun dalam hati bersungut macam2 tak puas hati...takut berenti kerja pasal nanti tak leh makan rasuah dah..maklum la dah kerja swasta ....kan???

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs jangan pakai tantatangan aje ...
risiko untuk PA perlu diambilkira sebelum bersetuju !!!!!

Dan lagi bolehkah Cuepacs bagi pihak PA tandatangan dokumen dgn KPPA?

Tlg betulkan aku jika aku salah anggap ...sepatutnya, semua Kesatuan / Persatuan kakitangan melalui Presiden masing-masing tandatangan dokumen tersebut.

Presden cuepacs cuma wakil kpd kesatuan (+-450 ribu orang ahli shj) yang bergabung dgn cuepacs ....

Tanpa Nama berkata...

buat exam mcm ptk pun yang level P&P ramai meniru... copy assigment kawan... apa daa...

kenaikan pangkat secara "recommendation" pun sama jer... kipas lipas jer dapat...

jadi apa lagi cara yang sesuai...

Tanpa Nama berkata...

Salam En. Ceupacs...

Diharap perkara yang saya nak suarakan disini medapat perhatian pihak tuan sewajarnya... Disebabkan pemansuhkan sistem PTK berkuatkuasa tahun ni Anjakan Gaji bagi Aras 4 juga dimansuhkan. Betul kan?? Saya rase amat terkilan kerana saya adalah pegawai lantikan tahun 2008 dan telah meduduki PTK dan mendapat aras 4. Sepatutnya saya layak menerima anjakan gaji selepas saya memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan didalam Pekeliling bil 4, 2002. Oleh kerana perkhidmatan saya hanya cukup 3 tahun pada tahun 2011, (menurut JPA) saya hanya layak mendapat anjakan gaji pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, saya tetap tidal layak berikutan sistem anjakan ini telah dimansuhkan. Saya rasa amat terinaya. Pada pendapat saya anjakan gaji untuk kes macam saya perlu juga di proses pada tahun depan walaupun ianya telah mansuh...

PA yang rasa sedey...