SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Ogos 2011

HAMPIR 10,000 ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT BERTUGAS SEPANJANG OPS RAYA

Bernama
23/8/2011




KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Lapan puluh peratus atau 9,920 orang daripada keseluruhan 12,400 anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bertugas sepanjang Ops Raya 2011 bermula hari ini hingga 6 Sept bagi mengawasi insiden melibatkan kebakaran dan kemalangan di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata hanya 20 peratus anggota yang akan bercuti semasa perayaan Aidilfitri tahun ini.

"Kesemua anggota bomba ini kena siap sedia pada musim raya untuk menangani kejadian yang tidak diingini dengan cepat, pantas dan berkesan," katanya selepas merasmikan Majlis 'Ops Raya' 2011 di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak 254 buah balai bomba akan terlibat dalam 'Ops Raya' untuk membuat rondaan di jalan persekutuan, jalan bandaran dan lain-lain di sepanjang tempoh 'Ops Raya' berlangsung.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat rondaan dengan menggunakan pesawat udara dari Unit Udara jabatan masing-masing di seluruh negara," katanya.

"JBPM juga dikenal pasti sebagai agensi penyelamat utama bagi menangani insiden yang melibatkan kebakaran, kemalangan, Kemalangan Jalan Raya (RTA) dan bahan kimia berbahaya (HAZMAT)," katanya.

Sementara itu katanya pemeriksaan akan dilakukan di semua tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, pasar raya dan hiburan awam di mana kompaun maksimum sebanyak RM500 akan dikenakan kepada sesiapa yang didapati menyimpan barangan berbahaya pada musim perayaan.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Slamat raya utk ahli bomba. Slmt bertugas.
SELAMAT PULANG PERANTAU ....... keluarga dan sahabat menanti kepulangan mu dengan selamat. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

tAHNIAH KEPADA JABATAN BOMBA MALAYSIA DI ATAS TANGGUNGJAWAB DAN KEPERCAYAAN YANG TELAH KERAJAAN BERIKAN.

ibnu ishaq berkata...

kepada semua warga forum cuepacs diucapkan selamat hari raya Aidilfitri.Saya memohon maaf seandainya terdapat salah dan silap,terkasar bahasa,tersilap kata.Kepada yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ye...

salam eidulfitri
Ibnu Ishaq

Tanpa Nama berkata...

warga kesihatan tak pernah dipandang pun d musim perayaan ni.asyik2 tentera .polis dan bomba.mmg tak penting lah warga hesihatan ni dlm kerajaan.walaupun yg bertugas d musim prayaan ni,. kesian benar2 kesian.walhal bnyk yg bertugas d musim prayaan ni.terutama sklai yg keja syif

Tanpa Nama berkata...

salam raya, salam lebaran, maaf dipinta, tangan ditadahkan,pohon doa, mengalas harapan, berakhirnya puasa, menjaga keselamatan..syabas buat warga bomba. Saya syorkan agar ditubuhkan JPAM disetiap jabatan dan agensi kerajaan agar sama-sama memikul tanggungjawab untuk negara.

Che Gayah binti Senapi berkata...

10000 anggota bomba dan penyelamat bekerja keras demi rakyat, bukti jelas betapa BN sentiasa mengutamakan rakyat. Hnya ahli UMNO dan BN sahaja yang sanggop mengorbankan diri demi kesejahteraan semua.

Tanpa Nama berkata...

nampak tak pengorbanan PA.. sanggup tak beraya bersama keluarga.. 1.2 juta PA selayaknya menerima kenaikan pangkat dan penyelarasan gaji..dalam budget tahun nie.. Tahniah semua PA di atas pengorbanan mu..!!! amin..!!

Tanpa Nama berkata...

IT MAN di Cupecs ngko puasa brape lama daa ..
asyik brita sama ...............................................................................................................
taada brita lain ngko cari???????

cupec tidur ngko pun tiduk jugak !!!!

Tanpa Nama berkata...

kat Cuepacs mana ada IT man daaa..

Setakat buat blog kat blogspot yang percuma ni budak dua tahun yang pandai main Angry Bird pun tau buat dah sekarang ni..

Pastu artikel kat sini pulak copy and paste. Perbincangan pulak tak ditapis walhal option untuk menapis telah disediakan blogspot.

Anak Pegawai bomba berkata...

mana imbuhan khas untuk ahli BOMBA?
Takkan dengan bonus 1/2 bulan gaji tu jer?

Ular kapak berkata...

Bomba bukan kerja tangkap ular ke?

Tanpa Nama berkata...

PA skg nie ada Phd, Master,
ijazah dan diploma.. bagilah tajuk mencabar pembentukan ekonomi negara.. PA berpendapatan tinggi dsbnye.. ape da..tajuk nie untuk budak darjah 6.. buat malu jea beb..!!

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL