SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Ogos 2011

NAJIB BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SERI PERDANA

Bernama
11/8/2011

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama lebih 1,000 tetamu di kediamannya di Seri Perdana, di sini Khamis.

Mereka yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin Pemuda dan Wanita Barisan Nasional (BN), badan bukan kerajaan (NGO) belia dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Antara yang kelihatan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim dari Darul Ruqayyah, Bangi dan Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri bersama tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya solat Isyak dan sunat tarawih.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada ulasan

N48 insaf berkata...

ni kan majlis utk BN, kenapa PAK OMAR pun ada sekali? kata sebagai penjawat awam x boleh berpolitik dan berpihak? mesti profesional kononnya.

Tanpa Nama berkata...

ala.. bukan salah pon pegi majlis berbuke puasa.. tak kesah ka BN ka pembangkang ka.. Pak Omar boleh pi mana2 majlis dia nak pi,, nama pon kesatuan sekerja kan,, Kalau kat negeri pembangkang pon dieorang jemput kakitangan kerajaan,, tak salah dieorang pi.. sama2 lah kita mencari berkat Ramadhan ya... jazakAllah.

Tanpa Nama berkata...

Presden, Pergi tu jangan bawak perut saja .. muncung mulut tu mesti baca sikit kpd PM. Ayat-ayat power .. antaranya PA kirim salam. Bila dah samapai salam tu kena habaq ler kat PM, ... bila nak umum kenaikan gaji? elaun? insentif? Mesti PM angguk-angguk. Bajet 2012 kot!

Sah dia bawak pi perut aja....dan bodekan untuk jadi Dato

Tanpa Nama berkata...

Sape yg taja majlis buka posa tu ha? PM bayar ka atau klim kat JPM? Entah leee....

Tanpa Nama berkata...

Presden, Pergi tu jangan bawak perut saja .. muncung mulut tu mesti baca sikit kpd PM. Ayat-ayat power .. antaranya PA kirim salam. Bila dah samapai salam tu kena habaq ler kat PM, ... bila nak umum kenaikan gaji? elaun? insentif? Mesti PM angguk-angguk. Bajet 2012 kot!

Sah dia bawak pi perut aja....dan bodekan untuk jadi Dato

Last2 jawapannya akur disebabkan kekangan kewangan.. jawapan pasti.

isniza berkata...

i nak tanya betul ke cola sudah tarik.cola dah tarik ,biarlah kenaikan gaji mesti ader.baru betul

Tanpa Nama berkata...

Cola?
duit raya ???
he .. he .. slamat raya.