Berita Harian
2011/08/10
PENGUMUMAN pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam tentunya disambut dengan perasaan gembira oleh semua kakitangan kerajaan. Selain itu, kerajaan juga akan membuat Bayaran Khas Kewangan kepada semua pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas yang akan dikreditkan pertengahan bulan ini, tepat pada masanya bagi membantu 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan khususnya beragama Islam membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Pemberian berkenaan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan semua penerima tidak lupa bersyukur di atas rezeki yang diterima dan dapat diterjemahkan dengan tekad untuk berkhidmat lebih gigih agar produktiviti jabatan masing-masing dapat dipertingkat. Peningkatan produktiviti ini seterusnya bermakna hasil kerajaan akan bertambah, dan peluang untuk mendapat bonus selanjutnya pada masa depan menjadi lebih cerah. Di samping itu, penerimanya tidak harus membazir dengan berbelanja melebihi kemampuan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Perbelanjaan tidak berhemah akan hanya membawa kepada kenaikan harga barangan berikutan peningkatan permintaan mendadak dan ini seterusnya akan bermakna wang bonus itu hanya dapat dimanfaatkan oleh golongan peniaga semata-mata.
Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan pembayaran bonus dan bayaran khas itu. Walau apa sekali pun, pemberian bonus dan bayaran khas itu sekali lagi membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap nasib penjawat awam dan pesara kerajaan khususnya, serta rakyat secara amnya yang sudah tentu terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan menjelang Aidilfitri. Namun, kita berharap hasrat murni kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam dan pesara ini tidak dinafikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara melampau. Sikap tamak haloba segelintir peniaga ini banyak kelihatan pada Ramadan ini yang menyaksikan kenaikan harga juadah berbuka puasa seperti kuih muih yang kini dijual lebih mahal berbanding sebelumnya. Keadaan ini tidak akan berlaku jika pengguna lebih berhemah dan bijak dengan membeli barang yang perlu saja. Dalam pada kakitangan awam menikmati bonus hari raya, mereka yang bertugas dalam sektor swasta turut menaruh harapan untuk mendapat imbuhan sama. Perkara ini sebenarnya di luar pertimbangan kerajaan, sebaliknya terletak kepada keputusan majikan masing-masing. Namun, demi meringankan beban kewangan pekerja, kita berpendapat ada baiknya majikan sektor swasta memikirkan kaedah untuk membayar sebahagian bonus tahunan pekerjanya pada musim hari raya.
2011/08/10
PENGUMUMAN pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam tentunya disambut dengan perasaan gembira oleh semua kakitangan kerajaan. Selain itu, kerajaan juga akan membuat Bayaran Khas Kewangan kepada semua pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas yang akan dikreditkan pertengahan bulan ini, tepat pada masanya bagi membantu 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan khususnya beragama Islam membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Pemberian berkenaan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan semua penerima tidak lupa bersyukur di atas rezeki yang diterima dan dapat diterjemahkan dengan tekad untuk berkhidmat lebih gigih agar produktiviti jabatan masing-masing dapat dipertingkat. Peningkatan produktiviti ini seterusnya bermakna hasil kerajaan akan bertambah, dan peluang untuk mendapat bonus selanjutnya pada masa depan menjadi lebih cerah. Di samping itu, penerimanya tidak harus membazir dengan berbelanja melebihi kemampuan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Perbelanjaan tidak berhemah akan hanya membawa kepada kenaikan harga barangan berikutan peningkatan permintaan mendadak dan ini seterusnya akan bermakna wang bonus itu hanya dapat dimanfaatkan oleh golongan peniaga semata-mata.
Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan pembayaran bonus dan bayaran khas itu. Walau apa sekali pun, pemberian bonus dan bayaran khas itu sekali lagi membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap nasib penjawat awam dan pesara kerajaan khususnya, serta rakyat secara amnya yang sudah tentu terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan menjelang Aidilfitri. Namun, kita berharap hasrat murni kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam dan pesara ini tidak dinafikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara melampau. Sikap tamak haloba segelintir peniaga ini banyak kelihatan pada Ramadan ini yang menyaksikan kenaikan harga juadah berbuka puasa seperti kuih muih yang kini dijual lebih mahal berbanding sebelumnya. Keadaan ini tidak akan berlaku jika pengguna lebih berhemah dan bijak dengan membeli barang yang perlu saja. Dalam pada kakitangan awam menikmati bonus hari raya, mereka yang bertugas dalam sektor swasta turut menaruh harapan untuk mendapat imbuhan sama. Perkara ini sebenarnya di luar pertimbangan kerajaan, sebaliknya terletak kepada keputusan majikan masing-masing. Namun, demi meringankan beban kewangan pekerja, kita berpendapat ada baiknya majikan sektor swasta memikirkan kaedah untuk membayar sebahagian bonus tahunan pekerjanya pada musim hari raya.
32 ulasan:
Dengan kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi, pemberian bonus dapat sedikit sebanyak membantu PA dalam membuat persediaan menyambut Syawal. Pastinya banyak wang akan dihabiskan menyiapkan pakaian, biskut/kuih muih, duit raya dan kos pengangkutan/penyelenggaraan.Namun pasca raya, ramai yg akan menyelesaikan hutang kad kredit, ansuran perabut baru, rumah terbuka yg pastinya memberi kejutan. So, berbelanjalah mengikut kemampuan dan tidak terikut2 dgn org lain.
nak jimat ape beb.. bonus rm500 jea.. harga brg melambung naik..minyak pun mahal.. ape cite.. hal ehwal pengguna kena pantau la hingga ke kampung-kampung.. tak nampak pun pegawai dan staf hal ehwal pengguna pantau harga brg.. tido kea,,? menteri pun kena turun padang.. la..jgn pandai cakap jea.. jgn cakap tak serupa bikin beb..
Tanpa Nama berkata...
nak jimat ape beb.. bonus rm500 jea.. harga brg melambung naik..minyak pun mahal.. ape cite.. hal ehwal pengguna kena pantau la hingga ke kampung-kampung.. tak nampak pun pegawai dan staf hal ehwal pengguna pantau harga brg.. tido kea,,? menteri pun kena turun padang.. la..jgn pandai cakap jea.. jgn cakap tak serupa bikin beb..
Jumaat, Ogos 19, 2011 11:40:00 AM
aku sokong 100% jangan pandai bercakap je turun padang tgk kesusah rakyat... tanpa rakyat siapa korang....
Tuan tau, di Sabah sekarang susah sangat cari minyak masak murah yang dibuat daripada kelapa sawit. yang ada minyak masak yang dibuat daripada jagung dan bunga matahari yang mahal harganya. macam mana mau berjimat..huhuhh
nak jimat g mana lagi erk..bonus tu cukup utk menampung tambang perjalanan bersama anak2 jer..belum lagi persiapan lain.Yg gaji besar boleh le berjimat...
Lambat ceta... dah abis dah.. bayar hutang lapok hehe..
Nak berhemah apa lagi, kami dah cukup berhemah dalam perbelanjaan tapi tengok sekarang bil elektrik pun lani RM120 dulu RM80 je... tu bil elektrik belum beli ayam, ikan semuanya harga melambung dari awal tahun da.....
Betul itu..dan terima kasih alhamdulillah..dapat juga sedikit wang perbelanjaan untuk keluarga. Namun begitu...ada sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan...itupun umat Islam kita sendiri yang berniaga di bazaar Ramadhan menaikkan harga. Ayam percik seekor RM17 hingga RM20 di Bazaar Sungai Siput (U), kuih 3 RM1.20..ada yg jual 3 utk RM1..kata sebiji 30sen tapi 3 RM1 plak... . Peniaga Cina pula tukar harga dahulu kepada harga mahal untuk sementara kerana Raya dah nak dekat. Baju Melayu sepasang kosnya lebih RM150, baju kebaya plak RM180 keatas..Semuanya mahal. Walaupun bonus diterima tak cukup untuk keluarga besar macam I namun I tetap bersyukur sekiranya duit itu halal dan kerana Allah S.W.T.
Ya, saya setuju tu cik Rahman.Sedangkan orang kita yang ambil kesempatan manakan pula orang lain kan. Dua bulan lepas semasa saya beli baju melayu untuk majlis kahwin 2 harga masa 2 RM80 je i2pun boleh tawar lagi sehingga RM60 tapi sekarang kan mahal jgak. Saya baru je beli satu pasang yang termurah pun RM180. Bazaar plak masalah besar ni. Hari pertama saya beli bubur 1.40,hari kedua plak 1.50.Aik biar betul ni.Saya tanya peniaga 2 kan dia kate takde duit kecik/syiling untuk tukar duit. Hai apalah nak jadi ni. Kita ni kakitangan awam setakat makan gaji. Kerja macam mana keras sekerasnye pun dapat gaji yang sama je.Tapi syukurlah dapat bonus 1/2 bulan gaji.Lagi 1/2 bulan dapat hujung tahun kot untuk perbelanjaan anak ke sekolah.InsyaAllah.
Terima kasih kerajaan memerintah kerana memberi bonus setengah bulan. Kurang sikit beban ini. Alhamdulilah. Dan Kepada MINDA PENGARAH kami kakitangan kerajaan (yang saya tahu lah kebanyakan daripadanya) dari mula kerja dah berbelanja berhemah kami beli barangan yang paling murah shopping kat pasaran ku, kat JJ jauh sekali... Dah cukup dah berhemah tapi kerajaan sepatutnya menjalankan penguatkuasa dalam mengcontrol barangan seharian. Dulu kami seminggu sekali boleh makan daging ayam, sekarang harga ayam mak hei... malas la nak cerita... sedih bro....
Sebelum ini tiada bonus atau bukan waktu pembayaran bonus pun harga barang melambung naik...saya tak setuju sepenuhnya disebabkan bonus PA disaran untuk berbelanja berhemah...bonus hanya sekali setahun dan minimum Rm500...gaji bulanan yg tak naik2 tu lah yang sepatutnya di Minda Pengarang dan sarankan untuk kerajaan..PM, JPA dan badan berkenaan untuk membuat pelarasan gaji dikala ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaaan kos hidup harian yang kian meningkat...Sekian.
Bagusla 1.27juta orang penjawat awam dapat bonus tahun 2011 dekat nak raya ini .Tapi kalau sampai pinjam duit KWSP orang swasta untuk bayar bonus apa kata mereka pula. Setiap bulan sebahagian duit gaji orang swasta dipotong selepas mereka berpenat lelah dan menahan maki hamun dari bos mereka. Nasib mereka lain ada kerja adalah gaji,tidak macam kita tak ada kerja pun dapat gaji siap bonus lagi bila kita pencen.Perlu diingatkan 11juta orang pencarum KWSP berbanding 1.27juta kita boleh mengubah jauh senario politik negara kalau mereka mogok.Tolonglah lain kali kita dapat bonus seranan kita pada KWSP supaya membenarkan pencarum boleh mengeluarkan RM500 atau RM1000 dari akaun dua KWSP mereka, supaya turut tidak terbeban dan iri hati dengan kita. Lihatlah kes FELDA memimjam RM6 bilion dari KWSP dan siap guna buat bayar bonus peneroka mereka . Duit KWSP orang swasta sebolehnya jangan diganggu untuk bayar bonus orang kerajaan. malu rasanya , renung-renungkan lah.
Terima kasih kepada kerajaan kerana pemberian bonus,tapi kenaikan harga barang keperluan sapa nak bendung?,kalau setakat rm 500(duit balik kampung dan servis motor pun tak lepas) bukan nak takbur,apa yang ada untuk masa ini bagaimanan dengan penjawat awam yg menpunyai keluarga yg besar dan bergaji kecil belum lagi keperluan utk hari raya,kerajaan kalau nak tolong rakyat kena kaji betul permasalhan rakyat jangan tahun guna2 nak bubuh bonus,pengaagihan kekayaan mestilah sama rata
Aku rasa dah tiba masanya CUEPACS memebuat koperasi sendiri dengan mewajipkan ahli memotong satu sen (RM0.01) seorang. Apalah nak kirakan dengan satu sen tu. Tapi dengan jumlah 1.27 juta orang ahli=1,270,000 x 1 sen =RM 12,700 banyak tu. Duit tu boleh buat berniaga. Bayangkan setahun duit tu terkumpul dah boleh buka PETROL PAM dah . Kalau kita nak melabur dalam restoren,kedai mamak,kedai runcit,kedai satay,bundle,pinjaman wang sah,kedai butik kain tudung,banyak lagi bisnes boleh buat. Betul kata pendapat kawan kita di atas jangan harap bonus dari kerajaan perintah , RM 3 bilion nak dibayar . Kesudahannya duit KWSP orang swasta yang kita pakai,malu betul kita .Kita kena belajar berdikari majukan diri, untuk faedah semua ahli. Mana tahu esok koperasi kita berjaya. Pada masa itu kita bukan saja dapat bonus yang diberi tapi juga dividen dari koperasi.Benda ini tidak mustahil sebab lihatlah TONY FERNADES CEO Air Asia, Mana tahu koperasi CEUPACS ada syarikat kapal terbang sendiri ,hotel sendiri ,malah kelab bola sepak sendiri .pada masa tu ahli terkejut dapat bonus sebab contohnya RM500 bonus campur RM500 dividen koperasi. Wowwwwww !!!!!!!!!!
Siapa yang patut berjimat....kita ke kerajaan....Anak 7 orang...dapat bonus RM 500...camana.....tapi Alhamdulillah...ada gak duit tambahan yg kerajaan bagi tu...tapi kalau nak berkata2 tu tengok sikit.....kami dah habis berjimat dah ni..
Saya ingin menyanggah catatan minda pengarang bahawa panjawat awam patut berhemah belanja bonus elak lambungan harga. Minda Pengarang sepatutnya tahu berapa kerat penjawat awam yang dapat RM1500 keatas. Selebihnya mendapat kurang RM1000 kebawah.
Bukannya pun penjawat awam dapat RM3-4000 seorang. Apa yang hendak dijimatkan?.Kalau setakat RM500 tu belanja persiapan raya pun tak lepas, kena cari alternatif tambahan yang lain bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat ini. Yang menjadi lambungan harga ni adalah sikap menteri itu sendiri. Minda Pengarang kalau tak tahu derita penjawat awam tak usahlah karang cerita mengenai bonus ni...dapat senyap sudahlah...buat apa nak bising2 satu dunia walhal dapat RM500 je. Sikap bising seperti Minda Pengarang ni lah yang akan melambungkan harga.....Kepada Minda Pengarang berfikir dulu sebelum buat ulasan.
MENTERI BAYANGAN BERKATA....TERIMA KASIH ATAS KEPERHATINAN KERAJAAN DI ATAS DUIT BONUS YANG TAK SEBERAPA INI DAPAT JUGA MERINGANKAN BEBAN BAGI GOLONGAN TURUS,JUSA,KUMPULAN A DAN B,KUMPULAN C DAN D,CUKUPKAH BAGI MEREKA?PERMINTAAN 2 BULAN JADI SETENGAH BULAN....ANDA PERDANA MENTERI YANG ARIF LAGI BIJAKSANA DAN TERPESONA...FIKIR FIKIRLAH SENDIRI....
BERHEMAH TUH MACAMANA??.....TAKKAN TAK ISI MINYAK KERETA BALIK RAYA KOT?.....Kita ambil contoh Kampung di Kelantan....Perjalanan dari Kuala Terengganu pakai RM50-70 Minyak Ron95 SEHALA...Dari Kuantan,RM80-100 SEHALA...Dari Johor Bharu,Pehh...RM100 Keatas SEHALA..Dari Kuala Lumpur,Rm120 Keatas SEHALA....kalau kampung kat Tumpat macamana???....Takkan tak balik raya,takkan kerajaan nak mengajar kakitangan awam MENDERHAKA pada IBUBAPA tak balik kampung....Mesti yang bujang digalakkan balik naik bas atau keretapi tapi yang berkeluarga macamana?Minyak HANYA DIMANFAATKAN OLEH KERAJAAN SEMATA-MATA....ISLAM Menggalakkan kita SALING MENZIARAHI...sedangkan PM kita mengamalkan ZIARAH...Hari Raya Pertama dan Kedua semestinya kita menggunakan minyak pada kenderaan untuk menziarahi sanak saudara...ini menunjukkan IMEJ BAIK KERAJAAN kepada sanak saudara kakitangan awam...Persiapan raya seperti pakaian hari raya seperti baju melayu dan kurung raya juga perlu untuk IMEJ KEMAS dan MENONJOL bagi menjaga IMEJ BAIK KERAJAAN,Sedikit Duit Raya perlu disediakan untuk kanak2 yang datang menziarah atau sekurang-kurangnya anak2 saudara yang belum bekerja....Sedangkan PM KITA menyediakan sampul duit raya kepada rakyat yang datang menziarahi beliau....Hidangan dan kuih raya perlu disediakan kepada tetamu yang datang menziarahi kita...tiada kuih raya dihidangkan mendatangkan pandangan NEGATIF oleh rakyat biasa kepada kakitangan awam dengan pandangan bahawa kerajaan tiada cukup peruntukan kewangan....dan LAIN-LAIN...INI BUKAN PEMBAZIRAN ATAU BOROS OLEH KAKITANGAN AWAM tetapi DEMI MENJAGA IMEJ KERAJAAN SEKARANG!!!.....IMEJ KERAJAAN ADALAH TERLETAK PADA IMEJ KAKITANGAN AWAM,MEREKA ADALAH TUNJANG PENGGERAK UTAMA KEPADA KERAJAAN......RENUNGKANLAH...
PANGLIMA PERANG BERKATA:
sekarang ni dah tak boleh berjimat daj, walaupun ada wang, setiap tahun..barangan dan perkhidmatan naik mendadak. mana peranan kerajaan dalam mengekang kenaikan kos hidup ni? tiada penguatkuasaan ka? gaji pun tak cukup, bukan pasal kita tak berjimat. dah cukup berjimat dah, sampai pegi kerja pun tak makan tenghari, minum air jee...punyalah miskin juga kerja dengan kerajaan ni...bayar gaji pun untuk dilabel sebagai golongan berpendapatan rendah...belajar tinggi-tinggi pun keluar dapat kerja kerani...nak naik pangkat pun, payah sangat dalam kerajaan ni...langsung tiada peningkatan kerjaya kalau ada kelulusan tinggi..sampai bila nak jadi kerani ah...pekak ke kerajaan ni tak tau melihat kesusahan PA yang berpangkat rendah tetapi memiliki kelulusan tinggi? bodoh betul
KAMI NAK NAIK GAJI BULANAN BUKA BONUS RM500.00 SAJA KAMI TELAH 4 TAHUN MEMINTA..HABUK PUN TARAK...TUN PAK LAH SAJA YG BAGI NAIK GAJI 35%,25% DAN 15%...ITU TAHUN 2007 TAPI SEKARANG HARGA BARANG NAIK GAJI TAK NAIK...MANA PAKAR EKONOMI KITA...SEIMBANGKAH???...HIDUP TUN PAK LAH!!!YANG LAIN TU TARAK OTAK FIKIR POKET SENDIRI..PUI!!!!!
Minta maaf la ya "Minda Pengarang" saya rasa anda ni ingat kami ni kaki joli ke? Dengan RM500.00 boleh joli katak atau anda kekurangan idea untuk mengarang untuk diterbitkan atau just untuk memenuhi SKT anda. Tolong lah next time jika nak menasihati orang selidik dahulu baru berkata2. Kalau nak juga beri nasihat pi tolong kerajaan cuba settlekan macamana nak mengawal kenaikan harga barang. Baru mencabar bidang kerja anda tu kan. Setakat nak suruh PA brhemah belanja budak pra sekolah pun pandai buat artikel macam tu.
So, rancanglah perbelanjaan lebih awal..menuding jari pun x guna, kerana yg merana adalah diri sendiri..kita dah tahu brapa gaji bulanan, brapa bonus yg biasa gomen beri, apa belanja raya setiap tahun..apa hak pengguna sekiranya barangan didapati mahal..rujuk laman web kpdhep utk keterangan lanjut.
elak lmbungan harga mcmna??? sy bg 1 cntoh cukp.. sedangkan kt putrajaya kuih 1 = 50sen.. kecil plk tu.. sape yg mengawal harga barang tu??? xda nya kawal..
Kononnya dapat bonus raya setengah bulan gaji .Tapi kena cantas cukai hampir 1/3 yang perlu dijelaskan secara ansuran bulanan. Bukan kah kes naya..sakit hati tengok slip gaji tiap bulan. Asyik kena cantas, slash, potong dan tak pernah bertambah. Ditambah dengan kenaikan harga barang melambung. Tau-tau dah tergolong dalam golongan rakyat termiskin. Tak ada makna bagi bonus kalau kenaikan kos sara hidup/harga barang tidak dapat dikawal. Macam 0=0.
nak berhemah mcm mana, bonus blm masuk harga brg dah dulu naik...
saudara pengarang,
Suruh orang berjimat cermat dan berbelanja berhemah macam mana lagi kalau sebelum ini pun hidup susah dengan kenaikan harga barang tak terkawal.kemudian dengan harga minyak naik menyebabkan kos van anak naik ,kos minyak kereta naik dan bermacam-macam lagi naik.
Bayar rebet RM625 untuk kereta dan motor RM150 sekali pulak tu, bukannya tiap-tiap tahun.padahal minyak naik tiap-tiap tahun, barang harga tak turun-turun.
Patutla rakyat bangkit bangun memberontak sebab dia orang tidur.
SARANAN YANG SUDA LAPUK LAGI PALING BODOH, KALAU NAK SURUH KAKITANGAN AWAM NI BERJIMAT, SURUH PENIAGA SEMUA TU TURUNKAN HARAGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN, BARULAH NILAI DUIT TU ADA..INI TAK, SEMUANYA MAHAL...FIKIR-FIKIRKANLAH OIII..MUNGKIN MINDA PENGARANG NI CAKAP TAK SERUPA BIKIN KERANA HIDUP TERLALU SENANG...DIA SURUH PULA KITA NI YANG BERPENDAPATAN RENDAH BERJIMAT....SEPATUTNYA BAGILAH SARANAN KEPADA KERAJAAN AGAR MENGETATKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG AGAR PENIAGA TIDAK MENAIKKAN HARGA BARANGAN SESUKA HATI SEHINGGA MENYUSAHKAN RAKYAT.....APA GUNA UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL TETAPI TIDAK DIKUATKUASAKAN....BODOH BETUL
bonus dapat minimum rm 500, alhamdulillah syukur.. trima kaseh kerajaan... atas penghargaan terhadap PA... dapat kurangkan beban .. tahun lepas dapat rm500, ckp bantuan raya.. tahun ni jadi bonus plak..aku rasa sama je tu..pandai betul la kerajaan ni.. huhu... zaman pak lah dulu.. setiap tahun bila umum budget, dapat 1 bulan gaji.. then dapat kenaikan gaji plak.. time najib ni.. rm5oo je tiap tahun.. adoi la..
lu org kena kencing beb..!!
testing
PERLU TANYA?
TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan
PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:
JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17
Syarat Lantikan:
Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17
KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27
Syarat Lantikan :
Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27
SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.
cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.
INI TIDAK ADIL
Catat Ulasan