SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Oktober 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN TIMBANG LANJUT PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK

Bernama
19/10/2011

KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Beliau berkata tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam tersebut yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu sahaja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan.

-- BERNAMA

70 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima ksih atas permohonan ini.semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya..-sps pre-

Anak Tiri Sokongan berkata...

Salam.........
Bagusssssss......Mulia kerja cuepacs nak bantu PA yg kerja berstatus kontrak tu untuk dilanjutkan perkhidmatan, tp president Dato' patut lebih prihatin pd PA kumpulan sokongan yang masih lg x diadili dgn adil berbanding PA-PA yg lain semasa pembentangan Bajet tempoh hari yg mana banyk memihak pada kump. P&P.....mana janji-janji cuepacs nak memperjuangkan PA-PA kump. Sokongan ni?????

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Saya adalah salah seorang bekas penjawat awam berstatus kontrak yang tidak dilanjutkan kontrak sejak bulan Mei lalu.Adakah saya termasuk dalam 45000 orang tersebut?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih Dato'....kalaulah boleh mohon serap je pekerja kontrak nie ke jawatan tetap dan mohon DS Najib mansuhkan jawatan kontrak...agar perkara ini tidak berulang lagi kepada anak cucu kita dimasa akan datang..... Dan mohon pada kerajaan jangan ambil pesara kerajaan sebagai pekerja kontrak.....dahlah dapat pencen dapat gaji jawatan kontrak pula tu....jaga cucu lagi baik...jangan membuatkan pengangguran meningkat dengan menutup rezeki warga belia muda....kalau dah pencen buat cara orang pencen...

Tanpa Nama berkata...

wlaupaun sya bstatus ttp tapi sya hrp cuepacs pjuangkan la nsib bstatus kontrak..diaorg pn ada anak bini nk tangung.

without nama berkata...

ut namaPernah mengutarakan nasib kakitangan kontrak yg ditamatkan tanpa alasan kukuh di PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) dulu..tak dengar kabar berita pun apa tindakan susulan cuepacs..?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas pemohonan ini dan semoga pemohonan ini dipertimbangkan untuk dilanjutkan perkhidmatan ataupun diserap terus..-sps pre

Tanpa Nama berkata...

Bagi yang berstatus sambilan pula macm mane??..saya telah berkhidmat 1 tahun secara sambilan di sebuah jabatan kerajaan..tetapi pihak jabatan tidak memerlukan khidmat kami lagi kerana target yang ingin di capai telah tercapai dan kami di berhenti kan serta-merta.Kami lah yang bertukus-lumus untuk meningkatkan target mereka,akhirnya jasa kami tidak di kenang..Kami juga manusia biasa yang perlukan duit untuk idup.;.sekarang bukan senang nk cari kerja..sekurang-kurangnya pertimbangkan atau perjuangkan lah nasib kami yang berstatus sambilan ni dengan cara di serap ataupun bagi peluang apabila kami memohon di jawatan kerajaan seperta di SPA..kami mempunyai pengalam seperti pekerja tetap yang lain..malah kami lebih tekun bekerja daripada mereka..semoga allah memberi rezeki kepada kami insan-insan yang dalam kesusahan..AMIN..

Pekerja Sambilan berkata...

Seperti yang diperkatakan oleh pemberi ulasan bertarikh Rabu, Oktober 19, 2011 12:56:00 PM, saya sangat setuju dengan beliau. Walaupun baru 2 minggu tetapi saya khuatir khidmat saya tidak diperlukan selepas 31 Disember tahun ini. Terima kasih pada Presiden Dato' kerana mengutarakan masalah seperti ini. Kami berharap pekerja sambilan seperti kami diberi peluang dan kepercayaan untuk berkhidmat terus dalam sektor kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

kalau diberhentikan diberi pampasan boleh ke?hehehe

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Saya telah bekerja selama hampir 3 tahun didawah kontrak sps. Saya bermohon agar pekerja dibawah kontrak ini ditawarkan ke status penjawatan tetap. Saya sangat selesa dengan pekerjaan sekarang. Selama saya memberi khidmat di agensi ini telah banyak mendapat perubahan dan anugerah diperolehi. Saya bermohon jasa baik Datuk Seri Najib agar memberi kami peluang ke jawatan tetap. -penolong Akauntan W27 sps.

Tanpa Nama berkata...

Nama pun Kontrak kalau pihak kerjaan x sambung pun logiklah sebb perkhidmatan anda pun tidak diperlukan lagi.............kalau takmau ditamatkan perkhidmatan lain kali mohon jawatan tetap k.....jangan main isi last2 bila cukup tempoh nak minta diserapkan lah apalah ...............manusia lah ni x faham bahasa dah tak reti beza perkataan kontrak dan tetap ....................dari nak perjuangan kan staff kontrak baik perjuangkan kumpulan sokongan tetap mereka ni lah harus ditolong bukannya pa kontrak

hello org di atas..
nmpk sgt la kamu ni x buat kerja heboh nak pertikaikan status kontrak atau ape..masing2 jage periuk nasik sndr la jgn ckp byk..hehh

bgs cuepacs bela nasib pa kontrak!!

kalau 45000 ni x mengundi gare gare tak diserap atau disambung masaklah kerajaan lps ni..

Tanpa Nama berkata...

tidak silap saya terdapat kira-kira 45,000 kekosongan
pelbagai jawatan dalam sektor awam. Kerajaan kini lebih menggalakkan
keseimbangan untuk menganggotai jawatan-jawatan dalam sektor
awam. Kerajaan tidak memberikan sebarang kuota khas untuk kakitangan kontrak,
Kelayakan serta memenuhi syarat-syarat kemasukkan akan diterima
menjawat jawatan dalam sektor awam.

Rabu, Oktober 19, 2011 3:19:00 PM

Bodoh betul ko ni....ko nak politik ka ko nak negara ni bankrupt??

Tanpa Nama berkata...

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

tidak silap saya terdapat kira-kira 45,000 kekosongan
pelbagai jawatan dalam sektor awam. Kerajaan kini lebih menggalakkan
keseimbangan untuk menganggotai jawatan-jawatan dalam sektor
awam. Kerajaan tidak memberikan sebarang kuota khas untuk kakitangan kontrak,
Kelayakan serta memenuhi syarat-syarat kemasukkan akan diterima
menjawat jawatan dalam sektor awam.

Rabu, Oktober 19, 2011 3:20:00 PM

__________________________________

ini fakta tahun 2008 bukan 2001..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

tidak silap saya terdapat kira-kira 45,000 kekosongan
pelbagai jawatan dalam sektor awam. Kerajaan kini lebih menggalakkan
keseimbangan untuk menganggotai jawatan-jawatan dalam sektor
awam. Kerajaan tidak memberikan sebarang kuota khas untuk kakitangan kontrak,
Kelayakan serta memenuhi syarat-syarat kemasukkan akan diterima
menjawat jawatan dalam sektor awam.

Rabu, Oktober 19, 2011 3:20:00 PM
_____________________________
pembetulan ini fakta 2008 bukan 2011

Tanpa Nama berkata...

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang bekas pekerja kontrak di dalam bidak teknikal di UPM di mana tempat presiden berkhidmat...saya dulu di UPM 7tahun kontrak, 6kali pi interview UPM. masih lagi ramai kawan2 saya yg setia di UPM utk meneruskan perkhidmatan sebagai staf kontrak, tp ada antara mereka skrg ni dalam kebimbangan apabila kontrak baru mereka hanya di sambung sehingga 31 disember 2011. ramai yg sudah mula mencari kerja di luar. persoalan saya kenapa di UPM sendiri staf kontrak tidak di serap terus?..sedangkan jawatan mereka itu mmg ada kekosong di PTJ itu dan PTJ itu sendiri mmg memerlukan jawatan itu. tp apa yg berlaku bila ada iklan jawatan kosong, mmg benar yg kontrak ini ada di panggil interview tp yg dapatnya org luar yg bukan dari kalangan staf kontrak di UPM itu sendiri..bagaimana dato' menangani perkara ini?..perkara ini berlaku di tempat dato sendiri..sy tgk kat media mcm2 cuepacs nak perjuangkan...nak bela staf awam sana sini..sedangkan depan mata dato x boleh buat apa2..ada kesatuan pekerja seperti KEPERTAMA,PERMATA dan sebagainya lebih gemar utk beri perhatian kepada isu2 remeh di kalangan staf..pasal staf x suka bos lah..pasal bos lebih suka pilih bulu la..pasal x suka staf kat PTJ ni, nak tukar PTJ lain lah..apa kebende la fungsi kesatuan ni sebenarnya?..

Tanpa Nama berkata...

amacam kalau kontrak diserap jadi kontraktor...ok kah...

Tanpa Nama berkata...

Ala.. pegawai yang dapat APC, Prestasi Tahunan 90% ke atas tiap2 tahun pun x diserap.. Last2 abis camtu je.. Kata kerajaan utamakan prestasi dan pencapaian.. Dah membantu agensi capai dalam kelompok terbaik dan dan capai target pun x serap, jangan kata serap, sambung pun xde, kerja lebih dari empat tahun.. mcm2 alasan depa bagi..

Tanpa Nama berkata...

pa tetap ckp mcm tin kosong..

pum pang pum pang keje tak buat jugak..

tau bonus nak gaji naik..tp mengulat ja..

mcm tak tau..biaq pi la nak depa nak tolong kontrak ke tak..yg hang ssh ati pasai pa..jgn ttp rezeki orang nnt tuhan tarik rezeki hang baru tau langit tinggi ka rendah..

Tanpa Nama berkata...

dah..pi wat kerja masing masing..jgn nnt dah kantoi mengulat baru nak bagi sribu 1 alasan..

time tu la nnt mcm ulat taik masing masing..

Tanpa Nama berkata...

politik x politik sgt la..pa ttp kalau x naik gaji x dpt bonus pon buat benda yg sama jgk kan..
tak payah byk ckp sgt la..

Tanpa Nama berkata...

kesian juga staf kontrak ni yaa.....entahlah apa nak kata...dah isi SPA kah

CITY® berkata...

memang patut dah lama serapkan yg kontrak ini kepada status tetap.
harap2 berjaya. amin

Tanpa Nama berkata...

tak banyak kekosongan jawatan tetap sekarang

CITY® berkata...

oh ya,

selain pegawai kontrak, saya difahamkan ada status pegawai sangkut, pegawai khidmat singkat, pegawai sambilan pun ada?

hmmmm...

Tanpa Nama berkata...

tak banyak kekosongan jawatan tetap sekarang ..dan kerajaan tak mampu tanggung gaji mereka kot

Tanpa Nama berkata...

da sampai masa kerajaan tak perlu lagi menanggung biawak2 hidup ni....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas permohonan Cuepacs ini. Sy juga t'msk dlm golongan pegawai kontrak gred 41 (contract for service) selama 2 tahun stgh shg 31 Disember ini. Kontrak kami ini tidak melayakkan kami m"dpt slip gaji (sgt sedih), tidak boleh mencarum kwsp, tiada kemudahan cuti bersalin, tiada elaun-elaun dsb. Sedangkan kami menjalankan tugas sama shj seperti pegawai2 tetap lain,malah lebih lagi. Adakah kami ini tidak layak diserap tetap dan kerajaan beria-ia membuat pengambilan baru sedangkan ramai di antara kami yg masih tercari-cari pekerjaasn sedangkan mempunyai pengalaman yang banyak dlm sektor kerajaan. Penyambungan kontrak adalah satu rahmat bg kami tp semoga ada jalan utk diserap tetap...

Tanpa Nama berkata...

knp susah sgt nk serap tetap?bekukan pengambilan baru dahulu,serapkan yg kontrak ni ke jawatan tetap dulu..

Tanpa Nama berkata...

sokonglah kerajaan tu..rakyat didahulukan,pekerja skim kontrak ditamatkan...

Fadli Haikal dari Kementerian berkata...

Dato' seri P.M / Dato' Presiden CUEPAC
Saya adalah pegawai lantikan Contract for Service sejak Julai 2009 hinga sekarang dan berani tampil dengan nama ID email saya kerana saya dan rakan2:
1.Ikhlas membantu kerajaan ini dalam melaksanakan dasar2 yg telah ditetapkan
2.Setiap hari datang bekerja dengan lebih Ikhlas dan komitmen sama tinggi malah lebih tinggi dari penjawat awam yg lain. walaupun tiada KWSP, SOCSO dan Perlindungan Risiko Kemalangan di tempat kerja.
2. walaupun akhirnya acap kali idea dan pandangan kami dicedok bulat2 dari pekerja 'tetap' tapi kami tetap mencurahkan idea
3. Jumlah kami lebih ramai dari staff 'tetap' walaupun tiada bilik, komputer lembab, berkongsi telefon dan printer kami tetap sabar malah lebih ikhlas bekerja
4.walaupun Kerani N17 'tetap' kami pun pandang sebelah mata malah dihina kerana kami kontrak kami sabar melakukan kerja dengan dedikasi penuh.
5.Kalangan kami terdiri dari Pegawai, Arkitek, Juruukur Bahan, Jurutera Awam, Mekanikal, Kimia yang amat berpengalaman akan tetapi ini dibazirkan oleh Kerajaan ini pada penghujung tahun 2011.
6. Kamilah antara menjayakan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan jayanya,
7. Kami tidak perlukan lagi dilatih di didik untuk membuat kerja kerana kami berpengalaman lebih 3-15 tahun dalam kerajaan.
8. "Ini bagi tempoh 2 tahun bagi membolehkan mereka mencari pekerjaa lain???"-Mana ada peluang kami hendak berkerja di swasta - mereka mengatakan pengalaman kami tidak sesuai dengan kehendak mereka!!!
7. Kami melihat kempen-kempen mendekati rakyat,turun padang buat itu dan ini untuk rakyat-tapi kami staff dibelakang akhirnya terabai.
8. Kami muda kami bertenaga kami ada idea kami bersemangat dan kami tak peruntukan berjuta-juta pun Dato' seri P.M / Dato' Presiden kami cuma nak KERJA!!

-SAYA TIDAK YAKIN Dato' seri P.M / Dato' Presiden CUEPAC AKAN BACA LUAHAN INI kerana mereka terlalu sibuk-tidak tahu pun ada ruangan ini -dan sistem ini pun ditadbir oleh SYSTEM ADMIN samalah seperti web facebook twiter dan seadaanya dari kerajaan.

Mangkuk Hayun berkata...

Mengarutlah Pak Omar nie suruh org kerja sampai umur 60 tahun, kalau ada kekosongan untuk pengisian jawatan tetap kenalah utamakan mereka yg berstatus kontrak, macam nie punya senang pun tak boleh pikir ka?

Tanpa Nama berkata...

Saya Pegawai "Contract For Service" memang saya berharap untuk pelanjutan kontrak atau lebih baik lagi ke Jawatan yang Tetap, masalahnya sebagai Pegawai Contract, saya tidak di beri SLIP GAJI dan hanya salinan KEW 8 Sahaja serta tiada Potongan KWSP, Sebagai seorang Pegawai yang bergred 41, saya tidak diberi SENARAI TUGAS,saya tidak kisah wlupun tidak di beri SENARAI TUGAS saya sanggup buat kerja bermula dri N1 ..saya menganggap semua tugas2 di beri adalah pendedahan untuk saya...dan bukan hanya makan gaji buta sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Ni kan PM nak kejatkan perkhidmatan awam mana mungkin dia lanjutkan kontrak semua pekerja kontrak ? Better u org cari kerja lain lah ! Kalau semua nak diserap masuk kerja kerajaan , peninglah Pak Najib ! Kerajaan akan kehabisan wang !

Tanpa Nama berkata...

nama je dah sambilan, dh habis kerja memang la kena berhenti... ms tgh sambilan ni, cri la kerja lain... sy pun pernah kerja sambilan... tp dpt kerja tetap! kdg2 mungkin ada yg cri kerja lain, tp majikan yang tpt kerja sambilan tu bg maklumat tak baik... jd tak dpt kerja tetap....kesian....

Tanpa Nama berkata...

nmpk sgt la kamu ni x buat kerja heboh nak pertikaikan status kontrak atau ape..masing2 jage periuk nasik sndr la jgn ckp byk..hehh

bgs cuepacs bela nasib pa kontrak!!

kalau 45000 ni x mengundi gare gare tak diserap atau disambung masaklah kerajaan lps ni..

Rabu, Oktober 19, 2011 3:19:00 PM

hai urg di atas....
nasib baik la urg ambik jd pekerja kontrak/sambilan... kalu tak ambil langsung!!!... sempat lagi nak ugut tak nak mengundi.... sepatutnya majikan yg nak ambik pekerja kontrak ni kena bagi surat sumpah, "KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD JIKA ANDA TELAH TIDAK DIPERLUKAN! RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN"

Tanpa Nama berkata...

Ruginya Pompuan Ini

Lelaki : Saya nak kawin dengan awak.

Pompuan : Awak ada Mercedes or BMW?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Awak ada banglo?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Berapa gaji awak?

Lelaki : Saya takde gaji...

Pompuan : Kalau macam tu, macam mana awak nak kawin dengan saya sebab semua yang saya nak awak takde. So, awak tak boleh membahagiakan saya. So, saya tak nak kawin dengan awak. Awak boleh cari pompuan lain!

Lelaki : Saya betol-betol sayangkan awak dan akan bahagiakan awak. Saya janji saya akan jadi lelaki yang awak boleh harapkan dan setia. Kenapa awak tanya semua tu, tak kan la sebab tu awak nak tolak pinangan saya?

Pompuan : Sebab awak miskin!

Lelaki : Takpe la kalau macam tu, mungkin takde rezeki saya untuk memperisterikan awak. Tapi...sebelum tu saya nak tanya awak :-
- saya ada 1 Ferrari dan 3 Porsche. So, apa perlunya beli BMW?
- saya ade 3 villa, kenapa nak kena beli banglo?
- dan saya yang bayar gaji pekerja, macam mana saya nak ada gaji? Kalau untung tu ada la.
Kalau macam tu takpe la. Saya akan cari pompuan lain. Bye...

Tanpa Nama berkata...

lanjut kontrak ok la tp jgn serap ke tetap sbb xadil utk org lain

inka berkata...

jgn diserapkan PA kontrak ke pos tetap terutamanya gred 41 keatas..kat tempat kerja dah la berlagak dgn PA gred 29..tgk sekarang yg 29 lg secure jawatan drp kamu tu

Tanpa Nama berkata...

Fadli Haikal...
Tak salah awak dan rakan sekontrak awak tu nak merayu dan meminta di tetapkan..tetapi tak perlu nak merendah-rendahkan lain lain org yang berstatus tetap seperti tulisan awak tu.
Jika awak rasa dah sangat bagus, banyak idea dan pengalaman pun dah sangat tinggi, apa nak risau tamat kontrak, gunakan "kelebihan" awak tu di swasta atau bekerja sendiri.

Tanpa Nama berkata...

saya dengan berani menyatakan saya tak mahu kontrak saya disambung lagi...

tapi saya mahu diserap tetap...
hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

kalau kontrak dah tamat...apa lagi blah le cari keja lain

Tanpa Nama berkata...

aku kontrak juga, baru nie aku dengar semua separuh PA kontrak akan ditamatkan.. janji tinggal janji..

Tanpa Nama berkata...

nama je dah sambilan, dh habis kerja memang la kena berhenti... ms tgh sambilan ni, cri la kerja lain... sy pun pernah kerja sambilan... tp dpt kerja tetap!

sy sokong pendapat diatas...
sy dulu pun jwatan PKS(pekerja khidmat singkat) di kkr selama 8 bulan jer,selama sy berkhidmat tu,sy sntiasa cr jawatan2 bru dalam sektor awam yg lain(yg pos tetap)
alhamdulillah,slepas 2 bulan selepas tamat PKS,sy trus dpt kerja tetap di IPTA di ibu negara..
kpada kwan2,jgan mudah mngalah,rezeki sntiasa ada dimana2..:D

farhan berkata...

Mohon Dato' memperjuangkan nasib pekerja tetap supaya dapat serap ke jawatan yang tetap.. kami mohon jasa baik dato' perjuangkan nasib kami.. Terima kasih Dato'

Tanpa Nama berkata...

45,000 PA kontrak X 5 ahli keluarga layak mengundi = 225,000 pengundi..225,000 X 10 saudara-mara/kenalan = 2,25000 undi PR.. pukulan maut BE END.. PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

dah nama pun kontrak ... Tak kan itu pun tak faham.

PA Sarawak berkata...

DATUK PRESIDEN,...Di Sarawak ramai yg sudah pencen 56 dan 58 tahun Gred 48 dan keatas yg sudah bersara memohon di sambung kontrak 1 tahun dan di sambung beberapa tahun lagi...Ini telah dan sedang berlaku dan mereka masih duduk/memegang gred yg sama menyebabkan pegawai bawahan tidak dapat naik ke jawatan tersebut yg bermaksud gred dah di blocked oleh mereka...
Ketidakpuasan hati telah menyebabkan ramai pegawai yg sepatutnya melepaskan gred yg disandang seteleh bersara kembali memegang gred dan jawatan yg sama telah mengakibatkan Jabatan lemah dan perkhidmatan serta pengurusan pihak tertinggi dlm Jabatan tidak efisien disebabkan perkara ini,,,
ini gejala yg tidak sihat dan yg rugi adalah kerajaan dan yg jadi mangsa adalah pegawai bawahan yg tidak dapat sokongan dari pegawai atasan yg tertekan sebab tidak dpt naik pangkat oleh mereka yg tidak putus2 sambung kontrak dan pegang Gred tertinggi dlm Jabatan...
Sila pantau dan maklumkan kepada pihak berkenaan dengan Perjawatan di SS Office.
Sekian.Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

datuk tolong saya....
saya kakitangan awam yang dilantik ke skim perkhidmatan lain(tukar kerja sebab dapat naik pangkat).
dulu cuti tahun saya dah capai 35 hari, sekarang cuma dapat 25 hari...
bukan tak syukur,cuma harap kerajaan pertimbangkan.sama macam satu masa dulu bilamana balu yang berkahwin hilang hak pencen suami.
harap peraturan pelik ini di kaji semula.transformasi pemikiran selalunya mengambil masa...dah terkena batang idung sendiri baru nak sedar.
datuk tolong perjuangkan untuk kami...
tolonglah....
tolong.......
dulu masa nak dapat cuti sabtu
masa kerja ditambah.
dah keje 5 hari seminggu dan kebetulan public holiday jatuh hari sabtu ahad, dipotongnya jumlah cuti tahun kita atas alasan "banyak sangat cuti".
peliknya masa kerja yang ditambah tak pula dikurangkan.
harap datuk dapat pejuangkan... kakitangan awam yang bertukar skim perkhidmatan, (lantikan baru) agar dikekalkan jumlah cuti tahun yang ia berkelayakan dalam perkhidmatan sebelumnya.satu motivasi untuk penjawat awam sambung belajar...naik pangkat.Kalau tak poning nak pikir,nak naik gaji atau hilang cuti tahun.

WARGA KERJA PERTANIAN berkata...

PA SARAWAK bekata,

DATUK PRESIDEN,...Di Sarawak ramai yg sudah pencen 56 dan 58 tahun Gred 48 dan keatas yg sudah bersara memohon di sambung kontrak 1 tahun dan di sambung beberapa tahun lagi...Ini telah dan sedang berlaku dan mereka masih duduk/memegang gred yg sama menyebabkan pegawai bawahan tidak dapat naik ke jawatan tersebut yg bermaksud gred dah di blocked oleh mereka...
Ketidakpuasan hati telah menyebabkan ramai pegawai yg sepatutnya melepaskan gred yg disandang setelah bersara kembali memegang gred dan jawatan yg sama telah mengakibatkan Jabatan lemah dan perkhidmatan serta pengurusan pihak tertinggi dlm Jabatan tidak efisien disebabkan perkara ini,,,
ini gejala yg tidak sihat dan yg rugi adalah kerajaan dan yg jadi mangsa adalah pegawai bawahan yg tidak dapat sokongan dari pegawai atasan yg tertekan sebab tidak dpt naik pangkat oleh mereka yg tidak putus2 sambung kontrak dan pegang Gred tertinggi dlm Jabatan...
Sila pantau dan maklumkan kepada pihak berkenaan dengan Perjawatan di SS Office.
Sekian.Terima Kasih.

Sabtu, Oktober 22, 2011 11:44:00 AM

DATUK OMAR SILA PANTAU,

****TERUTAMANYA JABATAN PERTANIAN SARAWAK DI KEMENTERIAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK(MOMA)....TIDAK ADIL BAGI KAMI DI GRED PENGURUSAN DAN PROFESIONAL G41-G48 TETAP YG DIBLOCKED OLEH MEREKA YG SUDAH PENCEN 1-5 TAHUN YG LALU...TIDAK ADIL DAN KAMI MAHU TUNTUT KEADILAN..
SEKIAN TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

kesedihan amat sangat buat lelaki yang menjawat kerja kontrak nih....saya dah 6 tahun kontrak....berbelas kali temuduga SPA....masih belom ada ke tetap...dunia ni macam tak adil aja kan....bila cari peneman hidup pun dgr aja kerja kontrak terus banned kita...alahai nasib kakitangan kontrak.....hampess lu NAJIB BIN BABI

Tanpa Nama berkata...

sy juga pernh berkerja sbgai PKS (smbilan) slama 3 thun,bermacam2 jawatan sy isi dan temuduga tp x dapat shinggalah kontrak sy ditamatkan dan mganggur slama 2 bulan shingga berkerja biasa shaja demi mncari sesuap nasi.wang ringgit, tenaga dan jga masa byk yg telah dikorbankan.tp berkat doa ibubapa disamping usaha yg xpernah putus alhamdulillah sy berjaya mndapat tawaran kerja tetap dan skrg hampir 2 thun sy berkhidmat.sy rasa amat puas ati hasil ssh payah slama ini akhirnya berbalas.hmpir 8 thun sy berjuang untuk diri sendiri sjak tamat IPTA pd 2003 dhulu,kpd kwn2 di luar sna,teruskan usaha anda,jgn mudah putus asa kerna rezeki kita masing2 dh ditetpkn cuma bergantung pd masa shaja...

Amyna Syana berkata...

Harap pihak CUEPACS dapat perjuangkan nasib kami yg berstatus kontrak ni... Harap2 dapat diserap tetap kerana kami mempunyai pengalaman kerja dalam bidang tertentu serta kebanyakannya kami rata-ratanya telah berkhidmat sekurang2nya 2tahun dan lebih.. Mohon kerjasama untuk perjuangkan nasib kami.. Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih DATO' HAJI OMAR OSMAN. kami yang berstatus kontrak amat memerlukan keprihatinan dan jasa baik pihak Dato' dan CUEPAC, bantu memperjuangkan nasib kami semua. Kami amat mengharapkan agar dapat diberi peluang sekurang-kurangnya melanjutkan tempoh perkhidmatan kami di samping membantu kami mencari nafkah yang halal demi menyara keluarga dan anak-anak yang masih kecil..amin..

Tanpa Nama berkata...

saya berstatus kontrak sejak tahun 2009. sepanjang saya berkhidmat, segala kerje yang diarahkan saya laksanakan dengan sebaik mungkin. kadang2 saya rasa saya lebih bersemangat berbanding yang berstatus tetap.selepas bajet dibentangkan, saya rasa amat sedih bila memikirkan tiada langsung berita tentang kami yang berstatus kontrak. Atas nasihat keluarga, saya ketepikan perasaan sedih ini dan terus bekerja dengan penuh tanggungjawab dan mengekalkan prestasi sebaik mungkin. tapi sebagai insan, saya amat mengharap agar atas usaha saya selama ini, saya di beri peluang diserap atau disambung tempoh perkhidmatan. ribuan terima kasih bagi yang menyokong dan prihatin kepada kami yang berstatus kontrak ini. bagi yang berpandangan negatif kepada kami, saya mohon berlapang-lapang lah dada..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dato'.. kami di johor ada yang sudah berkhidmat untuk kerajaan negeri lebih dari 7 tahun. tapi kami kakitangan kontrak faderal seolah2 dianak tiri oleh jabatan. semoga permohonan dato' di luluskan. cuepacs harapan kami.

Tanpa Nama berkata...

Diharap kami yang bertugas sebagai Pensyarah Kontrak di Pusat-Pusat Latihyan Polis tergolong dalam 48,000 pekerja kontrak yang mohon disambungkan perkhidmatan.

Tanpa Nama berkata...

nasihat buat pekerja kontrak- bumi Allah ini luas, rezeki pun melimpah banyaknya, tidak kira dimna jua....usaha dan tawakal itulah senjata utama...

saya dulu kontrak ... tapi saya berusaha untuk berkerja dan menceri pekerjaan tetap...saya tamat kontrak terus berkerja swasta....saya usaha lagi untuk berkerja di sektor awam..akhirnya dapat tetap ... cuma saya ingin jadi lebih baik dari ini... iaitu berniaga....kini saya usaha & tawakal untuk mencari yang terbaik....

Bagi yang kontrak ...berkerja sendiri lebih baik daripada makan gaji....

Sekian

Tanpa Nama berkata...

serapkan saja mereka yang kontrak..alokasi la provision untuk wages dari dok allocate tang benda yang merapu dana so that perkhidmatan awam tak nampak stupid di mata rakyat..

Unknown berkata...

Dear CUEPACS,

Is there any feedback from the government regarding this issue?

asnah58 berkata...

Yang paling peliknya kenapa ada pengambilan jawatan tetap orang baru yang di panggil untuk temu duga bagi pendapat saya ambilah pekerja yang kontrak atau sambilan yang sudah berkhidmat bertahun tahun. Ini bukan cerita dongeng saya ada 2 saudara yang rapat.sorang dah keja 2 atau3 tahun dan yang sorang baru tamat tingkatan Lima pula dipanggil temuduga dan terus dapat keja tetap pula.pelik2

sanggar pujangga berkata...

terima kasih bagi yang memperjuangkan nasib kontrak,bagi yang berSTATUS TETAP ..bukan cacian yg mereka nak tapi sokongan....sepatutnya kita menyokong bukan bagi pndapat BODOH tu..mereka berjuang demi sesuap nasi dan perlu di ingat bahawa kita sama-sama jentera kerajaan..mereka perlu diberi peluang....kadang yg kontrak lebih HEBAT bekerja dr TETAP...sy yakin mereka juga berusaha utk dapatkan keja tetap dan ini juga adalah satu cara nya....mohon pihak Datuk memberi pertimbangan kepada perkara ini...

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu ANGKUH dan SOMBONG hidup didunia ALLAH S.W.T yang maha luas,.dan jgn terlalu memandang rendah kepada orang lain disebabkan kelemahan dan kekurangannya,-DENGAN SEKELIP MATA BOLEH LENYAP OLEH KEKUASAANNYA-

Daulat Tuanku berkata...

Serapkan kakitangan kontrak ke jawatan tetap..mansuhkan jawatan kontrak..kerajaan hanya ambil pekerja untuk jawatan tetap..tiada istilah kontrak lagi..beza staff tetap & kontrak tak banyak, jadi kenapa perlu 'hold' staff kontrak..serapkan semua..ini salah satu GTP yang boleh di ambil kerajaan hari ini..

Tanpa Nama berkata...

Y kontrak tu trime je la jike hbs kontrak. Sblm kerja dh sign kontrak stahun tp bile jbtn xnk pakai maka pakat2 menagih simpati. Nama pun kontrak,bkn tetap. Terimalah dgn baik. Ramai y köntrak gayanya lbh dr y tetap. Sdarlah diri tu krn hnya menumpang. Jgn hrap sgt untk tetap, y pnting cr kerja lain. Jgn hnya buat alasan untk menanggung ank bini. Usaha i2 pnting. Jgn salahkn krjaan. Peace

Jebat As'SamadWarisan berkata...

As'salamualaikum & salam sejahtera semua. Bila Saya terbaca komen & ulasan dari saudara saudari yg berstatus kontrak atau sambilan yg merayu2 utk minta diserapkan secara 'Tetap' didlm perkhimatan sbg penjawat awam..Saya rasa terpanggil utk memberi komen berdasarkan pengalaman Saya sendiri. Saya pernah berkhimat sbg kakitgn sambilan didlm perkhimatan awam utk beberapa thn sejurus tamat pengajian dahulu era thn 80an. Selepas itu pernah dilantik secara tetap disalah satu ajensi K'jaan didlm bidang Penguatkuasaan. Akhirnya Saya telah menamatkan kerjaya pada thn 2003. Mulanya menjadi satu cabaran & agak kriktikal bilamana Saya merasa agak tertekan tanpa punca pendapatan tetap dgn berbagai kemudahan2 sbg penjawat awam yg pernah Saya rasai sebelum itu. Saya telah menceburi diri kedlm dunia perniagaan & berdikari diatas kaki sendiri. Alhamdulillah..Kini Saya telah menjadi salah seorg Usahawan yg berjaya & berstatus Jutawan ! Apa yg penting segala yg Saya usahakan selama ini adalah merupakan punca hasil rezeki yg 'Halal' & 'Barakah'. Bukan mahu membangga diri tapi apa yg ingin Saya sampaikan disini kpd saudara saudari semua..Jgn sesekali merasa gusar & diselubungi rasa kecewa seandainya terpaksa diberhentikan atau ditamatkan perkhimatan@pekerjaan ! Ingat..Jgn takut utk mencuba dibidang lain, terutama didlm dunia perniagaan walaupun secara kecil2an. Bukankah jelas yg dikatakan 9/10 rezeki itu datangnya dari unsur perniagaan ? Kalau harap makan gaji bulan tak akan kemana nasib kita & keluarga. Saya tidak nafikan mungkin utk kelangsungan hidup, cukup makan & cukup pakai. Akhirnya bila sampai waktu kita bersara. Lepas itu balik kpd keadaan asal. Mungkin jika bernasib baik..dapat beli sebuah rmh dari pinjaman yg dipohon semasa berkhimat & lepas bersara masih menanggung hutang. Dlm dunia perniagaan..jika jln kita betul & berusaha secara tekad serta mendapat Redha Allah, InsyAllah rmh mewah@banglow yg bernilai berjuta RM dapat kita beli hasil titik peluh sendiri. Manakala kereta mewah spt BMW, Mercedez, Audi dsbgnya sudah menjadi kelaziman. Saya rasa jika Saya masih berpandangan & harap kpd 'makan gaji' semata2 tidak mungkin Saya 'merasa' ini semua. Jadi beranikan diri utk berubah dari segi mentaliti bangsa kita. Dunia hari ini kita kena merebut peluang yg ada tapi dgn bersyarat..Selagi ianya mengikut hukum & tidak menyalahi undang2 InsyAllah Allah SWT akan membuka jln ! Terima kasih