SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Oktober 2011

HARAPAN RAKYAT

Harapan rakyat
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/10/05

MENJELANG Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, Jumaat ini, semua lapisan masyarakat tentunya menaruh harapan besar agar kebajikan dan kepentingan mereka diberi perhatian. Apakah harapan mereka?

Pertimbang cadangan NGO
Belanjawan perlu bersifat seimbang, menjurus kepentingan rakyat

KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri siri dialog bersama Kementerian Kewangan sebelum ini berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan terhadap cadangan dikemukakan mereka pada Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Bagi mereka, cadangan itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan belanjawan berkenaan bersifat seimbang dan mencakupi pelbagai aspek yang menjurus kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata antara cadangan yang dibangkitkan ialah projek penambahbaikan pengangkutan awam seluruh negara terutama kawasan luar bandar dan tidak hanya dilaksanakan di Lembah Klang.
Beliau berkata, cadangan lain penambahan peruntukan kesihatan minimum tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selaras dengan komitmen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng pula mahu kerajaan meneliti semula skim gaji kakitangan sektor awam, selain menimbang semula pemberian bonus dua bulan gaji dan langkah menyerap pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak mereka.

Katanya, CUEPACS turut mencadangkan kerajaan meluluskan had umur persaraan 60 tahun, meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan penetapan gaji minimum.

“CUEPACS juga memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM300 sebulan,” katanya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya mencadangkan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 20 hingga 22 peratus.

Beliau berkata, ia adalah kadar lebih kompetitif jika dibandingkan dengan Singapura yang mengenakan cukai 17 peratus.

Selain itu, katanya, penurunan cukai pendapatan individu daripada 26 peratus kepada 20 hingga 22 peratus juga perlu diberi pertimbangan sewajarnya selain pemberian insentif menerusi pelepasan cukai berganda kepada majikan yang mengambil pekerja warga emas bagi menggalakkan lebih ramai majikan yang mahu memberi peluang kepada golongan berkenaan.

208 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 208 daripada 208
Tanpa Nama berkata...

1. Tugas guru cukup mulia. Panggilan cikgu tetap akan kekal pada empunya diri sampai bila2..
2. Tugas guru sekarang rasanya memang lagi mencabar sebab budak2 sekarang yg makin degil dan nakal..
3. Tugas guru bukan mudah. Mendidik bukan setakat mengajar saje.
4. Gaji guru kalau tinggi pun ok sebab tanpa guru, kita tak mengenal huruf contohnya kat keyboard ni..
5. Kalau ada masa terluang, ape salahnya buat sedikit kerje tambahan..moge mana2 mase yang ter’tuang’ sebelumnya di’recover’ balik..(ini bukan utk guru saje, semua orang pun ok)

Tanpa Nama berkata...

1. Tugas guru cukup mulia. Panggilan cikgu tetap akan kekal pada empunya diri sampai bila2..
2. Tugas guru sekarang rasanya memang lagi mencabar sebab budak2 sekarang yg makin degil dan nakal..
3. Tugas guru bukan mudah. Mendidik bukan setakat mengajar saje.
4. Gaji guru kalau tinggi pun ok sebab tanpa guru, kita tak mengenal huruf contohnya kat keyboard ni..
5. Kalau ada masa terluang, ape salahnya buat sedikit kerje tambahan..moge mana2 mase yang ter’tuang’ sebelumnya di’recover’ balik..

Tanpa Nama berkata...

nampak menarik kalu perkiraan yang dibuat oleh tanpa nama Jumaat, Oktober 07, 2011 10:57:00 PM

wpun pm tak umum kenaikan gaji dalam bentuk peratus tapi kalu berdasarkan kenaikan tahunan tuh memang tinggi kenaikan bagi yang dah kejer 10 tahun ke atas. kalu gred n17 permulaan p1t1 rm 820.38 kalu tahun kalu p1t11 2,020.38 berbanding sekarang p1t11 rm 1,319.48 even kalu kenaikan rm 80 sebulan pun dah rm 1,620.28....perkiraan yang buleh dianggap logik juga. aper pun tunggu penerangan dari jpa. itu bagi sesiapa yang tak tukar skim. kalu tukar skim ader lagi kenaikan dari 7-13 peratus. macam menarik. aper pun jgn melenting sebelum tahu duduk sebenar perkara ini.

hafmyg berkata...

yang aku duk pelik nape mesti kene tukar skim baru boleh rase kenaikkan gaji 13% tu???? PA kene asyik kene paksa jer..tertekan juga.. nak naik gaji wajib pencen 60tahun..kalau nak pencen 58tahun tak rase kenaikan gaji 13% tu... naikkanlah gaji tu tanpa mengira apa skim pun..ini tak dipaksa terima skim baru kalau nak naik gaji ....

Cikgu berkata...

hoi korang semua!!jangan la nak melalak kat sini,macamlah ada yang nk dengar ckp kamu.kalau dah Guru yang banyak keistimewaan untuk bajet 2012 ni,kamu semua diam je lah.ni dah rezeki guru.Guru kan level dia lebih tggi dr awk semua.kamu semua ni siapa nk mintak gaji lebih?setakat kluar masuk ofis jer.anak2 kmu semua kami guru yg ajar.sukahati kami la nak ajar mcm mana..

Tanpa Nama berkata...

1stly tq pd kerajaan coz bg peluang kerja pd pekerja kontrak kat negara ni..tp bila pkkan balik sampai bila lah nak kerja kontrak coz kerja yg dibuat sama dgn tetap hya beza pd status sahaja..mgkin ramai pihak yg berkata 'carilah kerja lain'..bkn xder usha cr kerja lain tp rezki belum ada..contohnya bila dah service 2thn d kerajaan contohnya y not x diberi peluang utk mencuba ke assesment atau intvu ke jawatan tetap kalo betul2 ada calon/pekerja kontrak sedia ada yang layak dan komited.bagi yg sudah selesa dengan kehidupan sekarang..mgkin x merasa apa yg dirasa oleh pekerja kontrak lain di negara ini..bagi kontrak for service yg x der caruman dan slip gaji amat menyukarkan utk membuat apa2 pinjaman bank utk beli rumah atau apa2 pinjaman untuk kemudahan keluarga..tiada apa2 jaminan akan datang..hanya laku utk pinjam kat along bole la..tupun amat berisiko pd diri sendiri dan keluarga..tambahan hidup di bandar besar dan taraf hidup yang tinggi amat memberi impak yg besar dari segi kewangan untuk menjalani kehidupan pada masa kini dan akan datang terutamanya bagi yg dah bekeluarga..tq Ceupacs yang prihatin terhadap pekerja kontrak..

salam,ak baru praktikal kt gomen putrajya..ak tgk gaji dorg xlah byk sgt..tapi hidup mewah jerk...hp BB jerk...pastu bising tarak duet..n satu lg org keje gomen ni langsung xde pressure langsung...compare dgn swasta...tapi ini kt department ak la..
Gred patut ditentukan oleh kelayakan acdmic dan performance seseorg..sekian

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 208 daripada 208   Terbaru› Baru»