SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Oktober 2011

PASTIKAN KEJAYAAN PELAKSANAAN IDEA BERNAS CABARAN UTAMA NEGARA - MOHD SIDEK

Bernama
1/10/2011



PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata cabaran utama negara pada masa ini ialah memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai idea bernas yang dikemukakan pelbagai pihak.

Beliau berkata kebernasan idea semata-mata tidak akan memajukan negara jika tidak dilaksanakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Kita mempunyai banyak idea di negara ini, baik Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), RMK10, Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan.

"Tetapi cabaran kita adalah untuk melaksanakan idea itu dan memantau pelaksanaan idea itu agar ia berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara kompetitif," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Mohd Sidek yang ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan 'PEMUDAH Challenge Musim ke-2', berkata Malaysia mampu bersaing jika cadangan yang baik dilaksanakan dengan betul bagi membaiki sistem dan pentadbiran negara terutama di sektor awam.

Beliau berkata PEMUDAH Challenge tahun ini menerima 3,946 idea berbanding 1,105 idea tahun lalu, iaitu 3,289 idea daripada penjawat awam dan 657 idea daripada orang ramai.

Katanya sebanyak 57 idea berguna yang memenangi hadiah tahun ini akan dilaksanakan dalam pelbagai sektor kerajaan untuk memperbaiki mutu dan perkhidmatan.

-- BERNAMA

14 ulasan:

bodek berkata...

i malulah nak minta bonus,tapi kalau najib kasi jemat ni i syok sakan...

Tanpa Nama berkata...

hahaha.btul tu bodek.malu konon.piirahh

Tanpa Nama berkata...

stuju .. dah dpt 3x, malu ler !

Tanpa Nama berkata...

setakat bentang bajet 2012 aku pun boleh.. baca jea, bukannya aku buat.. ha..!!ha..!!

PA sokongan dah nak pencen berkata...

KSN kata ada 3,289 idea daripada Penjawat Awam. Ni aku sebagai PA nak tambah 1 lagi idea berhubung dengan 'budget' K'jaan supaya dapat di save kan untuk pembayaran bonus Penjawat Awam. Idea aku agar bayaran bonus ni ikut gred Gred 22 kebawah bagi 2 bulan, Gred 44 ke bawah bagi 1 bulan, gred 54 ke bawah 1/4 bulan. JUSA-JUSA tak yah. Dan aku haraplah yang dah gaji besar tu ( RM 7 - 8 ribu sebulan)tak yah komen idea aku ni, begitu juga dengan PnP yang gaji pun dah 4 - 5 kali jika dibandingkan dengan 2 bulan bonus PA-PA kump sokongan. Aku rasa lah kalau PM or K'jaan nak bayar bonus 2 bulan kepada PA-PA kump sokongan memanglah tak jadi masalah, tapi bila PnP yang gaji pun dah besar tapi masih tamak dan masih rasa iri hati bila orang bawahan dapat lebih sikit pun nak bonus 2 bulan, ini yg masalah.. ni yg PM kata tak ada duit, cuba bayangkan PnP yang gaji dah 7 - 8 pun akan di bagi, RM14 - RM 18, berapa ramai PA-PA yang gaji kecik yang boleh di cover dgn duit banyak tu. PnP ni kebanyakannya boss-boss, PA-PA sokongan ni anak-anak buah, jadi apasalahnya anak-anak buah bergumbira setahun sekali dengan duit bonus tu, biarkan lah jangan dengki dan iri hati kat depa, gaji yang boss-boss dapat tu pun dah berkali kali ganda 2 bulan bonus yang PA-PA (anak-anak buah) dapat. Boss-boss bersyukurlah dengan gaji yang dah besar tu, belum dicampurkan lagi dengan berbagai elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan . Idea aku ni adalah agar PM terfikir betul juga cadangan aku ni.. sekali lagi boss-boss jangan dengki atau iri hati, kami PA-PA sokongan ni pun bukan dapat banyak sangat, bonus 2 bulan PA sokongan sama dengan 1/4 bulan gaji 'boss-boss'. Yg silapnya Dato' bapak CEUPACS minta dari PM supaya PA di beri 2 bulan bonus. Jurang kewangan antara PA-PA dan Pengurusan akan menjadi terlalu besar. Belanja nak bayar bonus pun besar.
Wahai boss-boss, sokong lah idea aku ni, wahai rakan-rakan PA sokongan, sokonglah idea aku ni, marilah kita sama-sama menjadi PA-PA tak kiralah sokongan atau pengurusan yang bersyukur dan bergumbira berkeja untuk mempertingkatkan produktiviti negara..

Pejuang Umno 70an berkata...

kesian. kakitangan awam malaysia semakin x malu meminta dan mengemis wang dari BN. sah2 terpengaruh dakyah palsu pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

memang pun bajet pilihanraya.. tiada kejutan pun, sedikit shj kenaikan gaji, 1/2 bulan bonus, lanjutan bersara 60 tahun.. .. yg kekal tiada kenaikan pangkat PA 10-15 tahun berkhidmat, PA ada ijazah dan master di sisihkan, cuti tahunan masih kekal 20-30 hari setahun, cuti berlajar separuh gaji bagi kumpulan B,C ke bawah, tiada penyelarasan gred kumpulan sokongan, wad kelas 3 bagi kumpulan C ke bawah,. yang teruknya, cas 6% perkhidmatan pra-bayar, GST akan dikuatkuasakan, minyak akan naik, harga barangan makananan naik, interest bank peratusannya naik, kereta nasional semakin mahal, harga perumahan semakin tinggi melebihi RM200 ribu ke atas, UPSR dan PMR di mansuhkan bebanan guru dan ibu-bapa semakin bertambah, tarif elektrik dan air bertambah tinggi, bayaran astro naik, PTPTN mencengkam perlajar,graduan ramai menggangur, kos rara hidup semakin tinggi, ekonomi semakin merosot, kadar jenayah semakin meningkat, rasuah berleluasa dikalangan golongan atasan, akhir sekali gaji dan elaun PM,TPM,Wakil Rakyat,Turus, Jusca A,B,C dan gred 54-52 semakin naik dan terus naik tidak termasuk MOU dgn Syarikat GLC terus menerus naik mencecah jutaan ringgit.. sudah tiba masanya kita merubah kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan berkebajikan di dunia dan akhirat.. Jom berubah..!!

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

Tgk kat SSM patutnya semua min dapat gred 27 tp kenapa dah 20 tahun tak naik2 pun.


INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

aku perkerja sokongan..walaupun aku ada ijazah dan master.. aku tak minat dengar pendapat org atasan sebabnya segala cadangan semuanya menguntungkan pihak atasan jea.. kau org boleh bla beb..!! Jom..!! change the goverment..

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17 berkata...

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17


kami ada SIJIL, jadi kami berhak utk naik ke J41 selepas 3 tahun.

hidup sijil poli, sijil yang paling susah dan profesional di malaysia. sijil kami lebih prestij dr mana2 degree di dalam negara

Tanpa Nama berkata...

tak payah la belajo teruk2 ambil sijil... jer dah cukup ... last2 budak2 pun malas belajo tinggi.. sijil jer dah cukup... apa nak jadi dgn malaysia 10 thun akan datang?

Ingat!! kalu mau gaji n prospek kerjaya bagus kena ada tiket ... pelajaran. Yang main2 masa belajar dulu baru rasa sekarang...

Tanpa Nama berkata...

aku kalau anak dah besar tak bagi masuk poli..nanti jadi BODOH DAN BERANGAN kuat..belajar tahap sijil tapi angin atas bikit nak mintak diiktiraf digree..bodo ape orang2 ni..sijil nak g digree..diploma pun tak lepas...

Tanpa Nama berkata...

Renungan
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? “.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati“. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?“.
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “Masa Lalu“. Kita tak akan mampu untuk kembali ke masa lampau walauapapun terjadi kepada anda. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Al Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?“.
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (Al A’Raf 179). Kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?“.
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan mereka benar, tapi yang paling berat adalah “Memegang AMANAH” (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya setuju dengan permintaan Allah SWT, sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak mampu memikul amanah tersebut.
Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?“.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “Meninggalkan Solat“. Gara-gara sibuk bekerja kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat, gara-gara pergi membeli belaj kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?“.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “Lidah Manusia“. Disebabkan lidah, kebanyyakkan manusia dengan senangnya sakiti dan lukai hati dan perasaan saudara mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

1. Bagi yang veteran memang berpengalaman. Tetapi teknologi sentiasa berubah, mereka mungkin mahir peralatan/perkakas berteknplogi lama. Apabila datang alat baru mereka perlu belajar semula. Oleh itu mereka tidak pakar, sama juga status dengan pekerja baru, malah pekerja baru lebih cekap untuk melaksanakan peralatan yang baru.

2. Ingatlah jika bersara umur 55 tahun. Katalah jika bersara ketika itu mendapat pencen RM1500.00. Tetapi jika terus bekerja mendapat RM 3000.00. Ini bermakna tuan hanya dibayar gaji RM 1500.00 sahaja kerana jika tidak bekerja pun dapat RM 1500.00.