SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Disember 2011

15,400 PENJAWAT AWAM BERPRESTASI RENDAH DISIASAT

Berita Harian
2011/12/09




PUTRAJAYA: Kira-kira 15,400 kakitangan awam yang mencatatkan prestasi rendah iaitu mendapat markah penilaian 69 peratus ke bawah, tidak akan sewenang-wenangnya diminta bersara awal, sebaliknya kelemahan itu akan disiasat panel khusus bagi mengelakkan penganiayaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata panel itu diberi tempoh enam bulan untuk melakukan siasatan berkenaan yang membabitkan 1.1 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara. Katanya, siasatan itu turut membabitkan kemungkinan kakitangan terbabit mempunyai sebab tertentu mendapat prestasi rendah. “Siasatan panel khas itu akan menyeluruh... kita melihat semua perkara termasuk bakat dan kemampuan kakitangan terbabit dan hanya selepas itu, panel akan memberi cadangan sama ada mungkin memindahkan mereka ke jabatan lebih sesuai dengan bakatnya.

“Mereka mungkin hanya diminta bersara awal sekiranya didapati mempunyai rekod prestasi buruk bagi tempoh yang lama dengan mengambil kira rekod tahun terdahulu secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, fenomena itu bukan isu besar bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana sebahagian besar kakitangan awam memiliki rekod prestasi baik iaitu melebihi 70 peratus berdasarkan kepada sampel laporan prestasi tahun lalu yang dibuat ke atas 131,196 penjawat awam atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam.

Daripada laporan itu, katanya, 39 peratus (546,000) penjawat awam mendapat markah prestasi 90 peratus; 55.6 peratus (778,400) mendapat markah antara 80 hingga 89 dan 4.3 peratus (60,200) mendapat antara 70 hingga 79 markah.
Beliau mengulas laporan akhbar berkaitan isu penjawat awam yang berprestasi rendah dengan markah 70 peratus ke bawah, akan diminta bersara awal apabila skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

44 ulasan:

Insan Teranaiya berkata...

saya termasuk dlm kategori markah rendah iaitu 83.30%..sedangkan kerja siap ikut prosedur yg ditetapkan.penyelia yang datang kerja hanya tau bergayut telefon dan tdo, serah bulat2 keje kepada org bawah blh pula dpt markah tinggi dan dapat anugerah khidmat cemerlang peringkat bahagian..saya tidak dipanggil bersemuka apatah lagi untuk diberitahu markah oleh pegawai penilai..dimanakah ketelusan???org bawahan yang kerja membodek dapat markah tinggi...pengawai sekarang banyak bersikap busuk hati...diorang tak fikir semua tu akan memberi kesan kpd kenaikan pangkat,temuduga dan sebagainya...saya tak kisah kalau pegawai memberi markah rendah kalau saya ponteng kerja, malas membuat kerja dan lain2..tp saya tak melakukan semua perkara itu..bagi saya tak adil la..sekian

Tanpa Nama berkata...

saya juga diantara PA dlm kategori rendah iaitu 75%. saya amat-amat kecewa!!! untuk makluman,saya mempunyai penglaman bekerja dengan pihak swasta selama 9 thn dan saya tiada masalah dlm melaksanakan tugas saya..apa yg saya ingin kemukakan ialah penilaian skt mestilah diberi kpd pegawai yg berpengalaman yg dpt menilai dengan telus..yg dpt menilai output berkualiti yang dihasilkan oleh staf..bukannya untuk dasar membalas dendam kerana sblm ini peg menilai tersebut pernah mendpt markah rendah...peg. yg menilai saya bukan penilai yg sepatutnya!!! dia tidak lawak menilai saya krn peg tersebut bkn selalu ada di pejabat. asyik keluar ke sana ke mari. dia tak tau lgsng pun apa aktiviti/ouput saya seharian!!..menurut KS, skt kali ni (thn 2010) kena dibahagi kepada 2 pegawai penilai..kerana mahu adil dalam pembahagian skt,jadi saya salah seorang staf dibwh peg tersebut.saya telah dipanggil untk diberitahu markah skt, bila sy tgk dan tanya kenapa markah diberi dgn markah tersbt?alasan yg diberi ini adalah perkara biasa selaras dengan markah jpa..alasan diberikan yg tidak kukuh.dia juga telah beri alasan yang saya ini orang baru..masa tu saya terima seadanya krn saya masih baru lagi dlm PA..saya kurang arif dlm skt PA ni..saya rasa tidak puas hati dan meluahkan perkara ini kpd rakan sekerja, rakan saya berkata markah tersbt adalah markah agak rendah dan jika mengikut markah tersbt saya diantara pekerja yg bermasalah..??? adilkah????
saya tak kisah kalau pegawai memberi markah rendah kalau saya ponteng kerja, malas membuat kerja dan lain2..tp saya tak melakukan semua perkara itu..bagi saya memang tak adil..staf yg bermasalah dpt markah tinggi dari saya, saya yg kerja seikhlas hati hanya dpt ini saja???di manakah keadilan??
satu perkara lagi, kbykan pegawai yg ada skrg ada yg iri hati, suka bodek bos dan berlakon dpn bos boleh buat itu dan ini??kenapa sy kata begitu??kerana kami staf sokongan selalu terima aduan dari pelanggan (respon lmbt dlm melakukan tugas)..bila bgtau bos, bos hanya dengar saja tnpa apa2 tindakan..kalu nak dibandingkan dengan bekerja di swasta, bos akan ambil tndakan dan mengawal aktiviti staf tersbt??ttp dibiarkan begitu saja..
mohon diberi perhatian dlm perhatian perkara ini. sekian..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju den insan teranaiya, perkara ini lah yang menghatui PA, yang akan melemahkan semangat seseorang pegawai yang berkerja dengan jujur dan amanah, seorang pegawai penilai harus menilai pegawai yang dinilainya dengan adil tampa ada sikap perajudis, pilih kasih dan harus peka serta menolak sikap orang bawahan yang suka membodek dan mengada-ngada. Tapi adakah penilai2 ini mampu untuk melaksanakan tugas mereka dengan adil, jawapannya tidak semua yang mampu, kerana lihat saja dalam sesebuah jabatan akan ada orang yang digelar anak kesayangan bos atau orang kesayangan bos, andai pegawai penilai 1 berlaku adil tetapi masih ada penilai 11 dan penelnya yang boleh dan berkuasa mengarahkan pegawai penilai 1 untuk mengubah markah yang diberi pegawai penilai 1, ini adalah kenyataan, siapa yang lebih berkuasa dia adalah penentu segala-galanya. berapa banyak kah pegawai yang teranaya kerana sikap boss2 sebegini,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Penganiayaan di sana sini. Saya simpati dengan nasib komentor di atas. Saya juga salah seorang mangsa ketidakadilan pegawai atasan. Malah saya telah disabitkan tatatertib atas kesalahan yang tidak relevan. Saya mangsa keadaan, dijadikan kambing hitam oleh pegawai atasan yang tidak bertanggungjawab. Saya tiada masalah kehadiran, buat tugasan yang diarahkan (malah melebihi skop tugasan saya)!! Berikutan tindakan tatertib tersebut, saya telah dinafikan peluang untuk pencalonan APC walaupun telah 5 tahun berturut2 penialian prestasi saya melebihi 95% setelah permohonan saya untuk bertukar jabatan diluluskan.
Harap ada sinar untuk saya....Untuk staff baru, be alert dengan boss anda...fight back jika bukan salah anda....even di jawatankuasa disiplin organisasi anda....CUEPECS harap dapat bantu kakitangan awam yang dianiayai seperti saya.....

Tanpa Nama berkata...

Saya juga mangsa tindakan tatertib seperti awak....MC dari hospital kerajaan selama 3 minggu tidak mahu diterima oleh ketua saya & sebab itu saya kena tatatertib...sedangkan saya dah hantar kepada dia awal....
Salah saya ke?

Tanpa Nama berkata...

MENDUKACITAKAN!!!!!!!!!!!!
SEKIAN.

P/S HARAP SINAR BARU DI TEMPAT BARU. YA ALLAH, TOLONGLAH AKU. AMIN

Tanpa Nama berkata...

saya pung mendapat markah kurang 83...
thn 2005: markah 88 office lama
thn 2006: markah 92 office lama...
thn 2007 - 2008 : bertukar jabatan...sbb komitmen keluarga....markah skt tidak di maklumkan dan perbincang pun tidak di panggil ...silap saya..sbb tak amik berat hal2 tersebut

2009 : markah dpt bawah 80 kena pi kursus......

2010 : markah 83...

sbb jadi maca nie.....
1)cubaan utk sonlap laptop tak berjaya...malukn...gaji lebih 5k..

2) tidak memberi kerjasama kpd rakan dia dari jabatan lain dan negeri lain utuk menggunakan sistem Axxs...kami bukan owner sistem tu...klu nak kena pi minta sendiri ngan owner dia...kena ikut prosedur jabatan berkaitan..

byk gie halnya..dh pencen pun oorg tua tu.......so klu nak markah yg tinggi kena la ignore jer perbuatan BOS tu ..kan...

wahai golongan PTD jng la tamak lohong....buat malu ngan org bawahan yg gaji kecik nie...

Tanpa Nama berkata...

Sayapun terpanggil untuk memberi ulasan tentang perkara ini...saya juga antar insan yg kecewa dengan markah SKT sy.Sy ni amat sibuk..setiap masa keluar drpd jabatan kerna dipanggil di peringkat kementerian untuk menggubal sehingga terpaksa meninggalkan suami & anak yang masih kecil...hampir setiap bulan saya di panggil keluar sehingga sy di ejek sbg YB di kalangan kawan ofis...namun bila pembahagian markah SKT sy mendapat markah di bawah 85% iaitu 84.3%.Sy merasakan tidak adil kerana ada kalangan staf sepejabat dgn sy tidak memberikan sumbangan apa2 & x pernah keluar drpd jabatan untuk apa2 aktivitipun mendapat markah jauh lebih tinggi drpd sy..sy amat kecewa..lgpun sy tidak dipanggil untuk menerangkan tentang markah yg sy dpt..sy ckup xouas ati...

Tanpa Nama berkata...

kami ft17 kelayakan sijil politeknik,,,,wajarkah kami diberi kelayakan sama dengan ft17 kelayakan spm....sedangkan kami belajar tentang teori teori elektrik, telekomunikasi , digital , komputer dan programming...kami mengambil masa beberapa lama untuk menyambung pembelajaran dalam bidang sistem maklumat teknikal berbanding yang berkelayakan spm...kami memohon kepada CUEPACS bahagian teknologi maklumat memperjuangkan nasib kami bagi gred FT17 kelayakan politeknik supaya disama tarafkan dengan gred J17 kelayakan politeknik supaya menjadi FT3-1(FT27

Tanpa Nama berkata...

siasat jangan tak siasat! yang dapat APC pun patut disiasat! Ada juga penjawat awam yang dapat APC tetapi tidak pernah punch card 3 bulan. Dia dapat APC sebab rapat dengan bos...nyanyi dengan bos..pastu semua kerja dia mesti libatkan nama bos walau bos tiada sumbangkan apa-apa pun...tau-tau dah dapat APC sedangkan semua tau dia jarang hadir bertugas!

embun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Penilaian skt memang tidak adil sebab penilai ialah manusia yang tak semuanya layak jadi penilai
Lagi bagus penilaian ptk....dari penilaian ptk saya mendapat rezeki..nak harapkan skt?para penilai bersedialah menjawab di akhirat kelak.....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya seorang penjawat awam yang baru mula melapor diri pada pertengahan ogos 2012.tapi pada pertengahan september saya telah cuti bersalin.permohonan cuti saya untuk 90 hari diluluskan
dan saya mula bertugas semula pada pertengahan disember. apabila tiba masa untuk menghantar SKT, saya telah menghubungi Sumber Manusia dan saya diberitahu akan dinilai secara manual kerana belum
cukup tempoh perkhidmatan.tapi sehari sebelum pengisian SKT online ditutup saya telah digesa utk
mengisi SKT dan LNPT segera. Apabila keputusan telah dikeluarkan, saya telah diberi 68%. Saya amat terkilan
dan apabila saya menghubungi ketua jabatan saya, dia
beri alasan sebab kuantiti perkhidmatan saya kurang dan juga kerana cuti bersalin yang telah saya ambil. Dia
membandingkan saya dengan staf yang mempunyai
kuantiti penglibatan untuk tempoh setahun. Saya tidak pernah ada sebarang masalah disiplin dan turut terlibat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan saya dan saya rasa sangat tidak adil bagi saya utk dinilai
sama seperti staf yg berkhidmat cukup setahun. Menurut KJ, markah yg saya dpt tu tak ada sebarang kesan pun utk rekod saya. Betul ke memang tak memberi kesan? Saya sgt keliru dan saya
tidak tahu dimana saya perlu buat rujukan serta apa tindakan yg perlu saya ambil, atau adakah saya perlu
berdiam diri sahaja. Tapi saya rasa teramat dianiayai.
Harap dapat beri pandangan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya pun salah seorang mangsa skt jugak.. penilaian dibuat brdasarkn EMOSI.. bukan prestasi sebenar..penyelia mmberi markah kpd org yg pandai "kipas" & menaikkan namanya shj.. bg org yg x pandai bodek.. malanglah nasibnya..

Tanpa Nama berkata...

Saya juga penjawat awam yang merasakan perkara yang sama, saya dilantik pada nov 2010. Saya akui saya tidak mengambil berat mengenai SKT. Sehinggalah saya memohon cuti belajar tanpa gaji, saya dimaklumkan markah prestasi mesti melebihi 85%. Purata Prestasi saya adalah 84%. Saya diminta untuk mengisi LNP Khas oleh KPM. Saya bertemu majikan lama saya bagi menaikkan mrkh, tetapi majikan terdahulu saya tidak mahu membantu. Saya terkilan usaha saya seperti langsung tidak dihargai.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam berkata...

saya setuju den insan teranaiya, perkara ini lah yang menghatui PA, yang akan melemahkan semangat seseorang pegawai yang bekerja dengan jujur dan amanah, seorang pegawai penilai harus menilai pegawai yang dinilainya dengan adil tanpa ada sikap perajudis, pilih kasih dan harus peka serta menolak sikap orang bawahan yang suka membodek dan mengada-ngada. Tapi adakah penilai-penilai ini mampu untuk melaksanakan tugas mereka dengan adil, jawapannya tidak semua yang mampu, kerana lihat saja dalam sesebuah jabatan akan ada orang yang digelar anak kesayangan bos atau orang kesayangan bos, andai pegawai besar atau bos berlaku adil tetapi masih ada pegawai biasa dan pegawai megah yang boleh dan berkuasa mengarahkan pegawai atau bos untuk mengubah markah yang diberi
Memang kebanyakan pegawai yang ada sekarang ini ada yg iri hati, suka bodek bos dan berlakon depan bos boleh buat itu dan ini??kenapa saya kata begitu??kerana kami staf sokongan selalu terima aduan dari pelanggan (respon lmbt dlm melakukan tugas)..bila bgtau bos, bos hanya dengar saja tnpa apa2 tindakan..kalu nak dibandingkan dengan bekerja di swasta, bos akan ambil tndakan dan mengawal aktiviti staf tersbt??ttp dibiarkan begitu saja..
mohon diberi perhatian dlm perhatian perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Diharap kan, pihak berkenaan/berwajib menilai sendiri Ketua Daerah atau boss bagi mengetahui cara kerja, kedatangan waktu kerja pada waktu bertugas, peribadi dan kelakuan boss bagi setiap daerah dan negeri bagi mengelakkan pegawai bawahan yang lemah ini dianiaya oleh nya kerana ingin menutup "PEKONG" sendiri...

My1st June berkata...

Rata2 yg komen disini x puashati dgn penilaian yg dibuat oleh ketua masing2.....ofis lg teruk....prosedur penilaian prestasi lgsung x di ikot....saya kerja di ofis pbt....ofis pbt ni selalu syok sendiri sbb ydp sahaja yg chairman lnpt....
1/awal tahun....sesi perbincangan skt x pernah ada...
2/tgh tahun kajian semula pengurusan x pernah ada....
3/sesi bertemu kakitangan untuk makluman markah pn x pernah ada!!!....
4/markah dr staff selian dan rakan sejawat x ada
....tau2 tgok dh dgr jer org dpt apc....
Saya x kisah jika x dipilih untuk anugerah apc....tp sekurg2nya knp markah saya dan segelintir staff markah kurang dr 80%...seolah2 jika org tau...kami ni x buat kerja lgsg dan ada disiplin yg teruk sgt....kami sedih sgt bila tgok staff yg x punch card pagi2 dpt markah 90% lebih....keja x sedang mne pn....dimanakah keadilan....kami x hadap sgt duit rm1000 tu....tp at least bg lar kami atas sikit dr 80%...kerana ini akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat dan bertukar ke ofis lain jika ada rezeki...tlg la jaga amanah yg Allah bg....jgn lar tutup periuk nasi kami....

DiyTechBlogs berkata...

Alhamdullilah dan bersyukur.. kalau ada dapat penulis komen diatas mendapat LNPT 80 markah keatas..

Saya rasa anda lebih bertuah daripada saya. Saya pernah dapat markah lebih rendah dari itu 56 markah penilai pertama... penilai kedua entah...tak tahu langsung berapa.. diam diam sahaja.. ulasan terhadap saya memang menarik kerana selalu sakit sedangkan itu kali pertama saya sakit tangan bersimen( tulang tangan retak) 62 hari cuti saki kerajaan dan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tahun ini entah lah.. dibawah 75 markah kot dengan alasan semua tugasan tidak mencapai standard dan tempoh yang dikehendaki. sedangkan saya sendiri mennyelesaikan semua tugasan. Biasalah tugasan dengan orang awam... KPI berdasarkan respon mereka. Kalau mereka semua tidak respon jawapanan KPI kosong lah .... Cuti emmmm saya lebih rela mengambil cuti kecemasan berbanding cuti rehat .. sebab bukan senang nak lulus... kekadang tengah-tengah cuti pun boleh dibatalkan...... so balik isi semula sebagai cuti kecemasan...

Keseronokan bekerja hilang... sehingga ada yang lari je dari kerja ...hilangkan diri berbulan-bulan.. dan akhirnya berhenti. Ada yang sanggup berhenti awal dan ada yang mengambil opsyen awal kerana tidak ada keseronokan bekerja...Masalah displin akan bertambah sekiranya situasi ini berlaku.. dan kerja acu tidak acu sahaja.. kerana memang dah tahu bagus setinggi mana pun itu markah yang yang akan diberikan oleh pegawai sekiranya memang dia tidak suka akan kita..

Yang paling teruk ... kebanyakan staff di jabatan saya gred 17 mempunyai diploma dan degree. oleh itu peluang untuk menjawat jawatan tinggi amat tipis...disebabkan lnpt. jadi pendam sahaja hasrat untuk menjawat jawatan lebih tinggi walaupun kelayakan ada. dah sah tiada harapan.

Sepatutnya anda semua bersyukur... di jabatan anda. kalau anda berada di jabatan/unit kami jangan haraplaaa.

So kepada pegawai yang memberi lnpt.. fikirlah masak dahulu sebelum justifikasi secara adil seseorang dand bukan peribadi.
dan org bawahan buat kerja apa yang dibagi selagi mampu.

KALAU BURUK ANAK BUAH MAKA BURUKLAH KERJA PEGAWAI TERSEBUT KERANA ANAK BUAH BUAT KERJA UNTUK NAIK NAMA PEGAWAI

UCAPANLAH TERIMA KASIH KEPADA ANAK BUAH KERANA MEREKALAH MEMBANTU ANDA MEMBUAT KERJA ANDA

Unknown berkata...

suami sy antara yg mendapat markah rendah dalam perkhidmatannya..ini kerana berlaku sikap double standard pihak atasan terhadap suami sy yg sedang sakit dan kerap dirujuk ke pihak hospital..

Unknown berkata...

suami sy antara yg mendapat markah rendah dalam perkhidmatannya..ini kerana berlaku sikap double standard pihak atasan terhadap suami sy yg sedang sakit dan kerap dirujuk ke pihak hospital..

jejak perantau berkata...

saya sapat markah untuk tahun 2016 81.3.....hampeh punya pengetua....

jejak perantau berkata...

saya sapat markah untuk tahun 2016 81.3.....hampeh punya pengetua....

Manusia Naif berkata...

Saya setuju markah SKT sebegitu menggambarkan pihak pentadbir tu sendiri.. Teruskan lah dgn budaya membodek bg contoh budaya tu pd org lain, lps tu da masuk kubur jgn nak menyesal pula.. Betul kita kerja kerana Allah, nakkan keberkatan gaji, kita fikir family kita kalo x buat kerja dgn baik effect pd anak2/keturunan kita tp kalo org atas pun x support kita asyik nak jaja benda ntah apa2 apa la makna kerja ni semua??.. Kelakar betul, ada degree, master tp akhlak tu x melambangkan apa yg sepatutnya perlu ditunjukkan.. Memalukan agama, bangsa dan negara.. Sekian..

Manusia Naif berkata...

sy nak syorkan kpd KPM, ambil la guru yg betul2 dr option pendidikan.. Bkn dr kalangan yg jdkan kerjaya guru tu kerjaya yg terakhir sbb da x de kerja kat malaysia ni.. Sy BERTUAH sbb 1st posting sy adalah dr sekolah yg betul2 mmg pengetuanya cemerlang jd da pupuk budaya kerja positif tu dan sekolah itu bkn sekolah di semenanjung ya..tp peliknya bila sy berpindah ke semenanjung dan sy terkejut budaya kerja secara berpasukan tu x de tp asyik nak cari salah org je, memperlekeh2kan org, down sy kat sekolah ni sbb x de budaya positif jd terpaksa cari program luar yg boleh naikkan keyakinan sy semula..jd jgn salahkan guru kalo mereka buat 2/3 kerja sbb da x de keseronokan bekerja yg sepatutnya.. Cuma sbb fikirkan tggjwb kpd pelajar usahakan juga buat yg terbaik utk mereka, lg2 da tukar org atas baru sy ada motivasi nak jayakan merekan..kalau tidak asyik kena kecam shj..

Unknown berkata...

Saya juga merupakan mangsa kepada SKT.ulasan yang diberi oleh penyelia tidak munasabah..mentakrifkan saya tidak fokus dalam kerjaya.mungkin saya tidak pandai membodek, mengipas, tidur tidak hadir operasi dan malas.Adakah saya perlu menutup kesilapan penyelia barulah saya dihargai?.hal ini memang memeberi tekanan emosi dan tekanan mental terhadap kerja saya.

Unknown berkata...

Sa

D77c berkata...

Saya juga menerima nasib yang sama,Alasan sebab ada mc swasta,padahal saya bru 7 bln ditukar bahagian ke cawangan tersebut dan segala kerja2 diluar bidang langsung tidak diambil kira,permarkahan itu juga tidak didefinisikan secara detail kesalahan dan kebaikan yang telah saya sumbangkan,sedangkan staf yang sama cawangan terang2 tidak mengikut standard kerja,datang pakai t-shirt dan juga mc swasta pun ada namun dialah yg paling tinggi markah,selama 9thn cawangan lama tidk lebih dan kurang dari 75%-90%,tengah tahun masuk cawangan tersebut drop hingga 71.3%.Bila tanya sebab apa ,"ada mc swasta,saya tak dapat nak tolong"yang lain ada tapi kenapa tinggi ,diorang lain awak lain....mintak tolong sangat dengan cuepacs...jangan nanti ada pegawai atasan mati ditikam kerana tabur pasir dalam periuk nasik orang bawahan baru nak siasat,"Markah SKT akan kekal dalam buku servis dan itu merupakan periuk nasik kita samada layak atau tidak mendapat pegerakan gaji tahunan...bayangkanlah ....nasib anak,isteri dan suami....

Nur berkata...

Betul tu sy. Setuju. Kita buat keje bagai nak mampos. Bagi lambakan keje. Siapkan. Tetuba bagi markah rendah. Tetiba ugut nak masuk exit policy. Ko rasa? Boss ye laa.. takde kat opis.. keje bersembang dan mengular. Ko rasa sakit hati tak sebagai kakitabgan bawahan kene dera ngan boss yg takde kat opis. 😡

Nur berkata...

Betul tu sy. Setuju. Kita buat keje bagai nak mampos. Bagi lambakan keje. Siapkan. Tetuba bagi markah rendah. Tetiba ugut nak masuk exit policy. Ko rasa? Boss ye laa.. takde kat opis.. keje bersembang dan mengular. Ko rasa sakit hati tak sebagai kakitabgan bawahan kene dera ngan boss yg takde kat opis. 😡

Unknown berkata...

Sy pun turut mendapat nasib yg sama. Semua kerja sy buat tapi markah hanya 74%.kecewa sgt

Unknown berkata...

x perlu rajin kerja yg penting sapa yg pandai bodek boss...gerenti dpt markah skt 90 keatas.

Uzir Erwin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Uzir Erwin berkata...

Nasib saya pun sama dpt markah 89.3% sy kerja 5 tahun berturut2 tak pernah bawah 95% skrng sy bertukar tempat kerja kurang dalam tempoh 6 bulan maka PPP dan PPK perlu dinilai oleh tempat kerja lama. Nak tanya kalu dpt markah 89.3% tu kira cm mana dalam kategori mana dan ada kenaikan gaji atau tidak?

Unknown berkata...

Klau markah bwah 75 je yg x naik gaji .. dn diambik tindakan tatatertib .. kene tgk pekeliling terbaru mengenai lnpt

maisarah_j berkata...

Pegawai PP perlu di beri kursus.
Sebab markah setiap pegawai bawahan x sama, sedangkan semua kerja di buat

aai berkata...

Boleh ke saorang pegawai yang baru mengambil alih tugas penyeliaan selama 2 bulan mengantikan penyelia lama yang bersara memberikan penilaian keatas kekitangan dibawah seliaannya selama 2 bulan iaitu bermula pada bulan oktober hingga bulan november dalam tahun yg dinilai?

Unknown berkata...

Mrkh lnpt sy 75% sahaja utk thn 2019..sblm ni 90 ke ats diberikan.oleh ppp..smasa penilaian,sy dlm cuti sakit kerana masalah buah pinggang..smasa mc,sy anta juge skt dn lnpt krna pikirkn tggungjwb sy..smsa cuti sakit juge st buka hrmis di wad utk tgk mrkh ppp bg..trkjut sy,ppp bg sy 75 sahaja..ppp tidak mmberitahu sy mrkh yg diberikan ini..sy agak.pelik mengapa trlalu rndah ppp bg..xkan sbb sy cuti sakit sebulan bru ni dinilai?sy sungguh rs teraniaya..nk msuk kje pun xsmgt..lg pulak da start dialisis 3kali smggu..dan xmampu buat kerja2 berat lg..thn ni 75,thn dpn xtaulah mcm mane..kne tukar jabatan ke?kuatnyer dugaan hidup sy..moral down dgn sikap ppp sy tu..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu pegawai menyalahgunakan lnpt tuk membalas dendam dan trpengaruh oleh sentimen buruk yg dicetus oleh orang lain spanjang trmpoh 15 thun perkhidmatan sy mndapat markah purata 90 % ke atas tpi bila sy ditempatkan jab di bwh negeri markah sy trn mndadak bwah 80%...apakah penilai tiada mata dn akal, adakah mereka hnya medengar gosip, rumours dri mengkaji sedikit kebelakang bagaimana prestasi dn pencapaian masa kini. adakah emosi menguasi diri...adakah sy ada masalah disiplin dn gagal menyiapkan tugasan..bkn setakat tugas hakiki tugasan org lain campak pd sy pun sy buat sebaik mungkin, tpi adakah sbb2 lain melibatkan personal pegawai penilai memberi penilaian tidak wajar dn tidak bernilai?...bila mohon semakan semula LNPT apakah tatacara sbnr? Adakah ditubuhkan j/kuasa siasatan tuk audit semula tugasan dn sumbangan yg telah kita laksanakan? Sy percaya pihak PSM sdri tidak mewujudkan sop dan prinsip dlm mengendalikan aduan semakan LNPT..malah menyokong pegawai penilai yg trdiri kroni mereka sdri. Unit integriti JPA/KSN/Cuepac sila ambil maklum dn siasat

Tanpa Nama berkata...

Btul bukan x redha dn muhasabah dri tpi terang2 junior dpt APC siap dpt pingat dri raja walhal bru setahun jagung kje ...kite thu watnkje aje .ampu2 x pdai..fym kje gimen jlu x ampu x ckup perencah hidup..masa kita jdi junior fham aje flow senior yg akn dpt lebuh2 lgi yg dynnak bersara...mcm2 beri award kt jabatan akhirnya ditukar cm smpah

Tanpa Nama berkata...

Ada juga yang dapat APC kerana buat sex dgn boss. Terutama Guru Besar

Tanpa Nama berkata...

Gara2 lnpt saya lambat naik pangkat 5 tahun. puncanya biased, racist Dan dengki. Nama guru besar tersebut mendiang Ressi Dai.

Samsue berkata...

Sedih. Sy xpernah lewat mai kerja pun xdpat markah 10 utk ketepatan masa.freshie yg bru kerja 6 bulan boleh dpat markah 94 sedangkan sy yg dh kerja lama dpat markah 89. Dah la bilangan psakit sy lg rmai, prgram pun lg bnyak. Mmng sgt2 down rasanya. Pling best ulasan main copy paste je . Wajar utk penjawatan tetap sedangkan staf yg mmng dh tetap. Kadang sikap pgawai yg buatkan staf down dlm bkerja. All out bg sepenuh tenaga tp bila dpat mrkah rupanya lg teruk dr staf yg bru kerja.

Hafizi ppk 2022 berkata...

Xadil la ..markah atas individu pegawai hg. Kna mood dia moddy ..abis semua markah JD xtentu Hala. Lg satu x fix markah untuk apc..ada metting pulak...biasa nama akan kna tendang dlm metting kerja letih hg org x nmpak kerja hang duduk rehat sekejap org akan kenang smpai mati