SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Disember 2011

CPPS LAHIRKAN KEPRIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

Bernama
28/12/2011



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
______________________________

saya sokong,pmr pada 2014 pun akan dimansuhkan.jadik biarla kemasukkan penjawat awam kali ini minimum spm.jwtn driver dan pembantu awam rendah da x de.diorg da jadik pembantu operasi yg melibatkan pentadbiran juga.maka amat sesuaila mempunyai latar belakang pendidikan spm

Tanpa Nama berkata...

aku sokong.hapuskn pmr.sume gred 16 ke bwh upgrade ke 17.bru btul.klu PM buat sblum pru,mgkin bole menang.hua hua hua

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd
________________________________

yang ni saya x sokong....pmr da x relevan dah

Tanpa Nama berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/DIPLOMA/SIJIL POLITEKNIK
gred 41 keatas Ijazah/Master/Phd

PMR masih lagi relevan