SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Disember 2011

BEBERAPA OPSYEN SBPA DI BANTAH

Berita Harian
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16



CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

252 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 252 daripada 252
Tanpa Nama berkata...

sekarang baru komplen. dulu suruh belajar betul-betul tak mau. selama ini kumpulan tinggi yang selalu rugi. kumpulan sokongan asyik diutamakan. macamana nak beri gaji ikut kompetensi (kelayakan akademik salah satu kriterianya)jika asyik kumpulan sokongan yang dapat kenaikan gaji lebih tinggi? tak masuk akal..lama lama gaji kumpulan sokongan sama dengan kumplan pengurusan dan profesional!!! tanggungjawab dah tentu tak sama!

Tanpa Nama berkata...

jawatan penyelia asrama dijumudkan?

2bz4money berkata...

Salam rakan PA yg saya hormati sekalian; sekadar my 2 cents..
1. Memang sumer dpt kenaikan free di SSM apabila opsyen SBPA. Tapi rasa x adil, x puashati, cemburu terbit apabila org lain dpt lebih drpda kita. Belajarlah bersyukur..
2. Bila Exit Policy menggariskan markah 70 ke bawah yg boleh membawa tindakan membuang kerja, ada yg x puashati krn mentaliti pencapaian mereka sekadar itu shj. Tiada usha utk tingkat prestasi cemerlang 85 ke atas. Kalu guna kaedah kiraan secara quantitatif dgn struktur wajaran sedia ada; mmg sukar membuang pekerja yg x moral, x disiplin jika markah ditetapkan 50 ke bawah..
3. Bagi yg inginkan kecemerlangan, perubahan diri ats inisiatif carrot n stick di samping dpt bentuk formula kejayaan; sudah pasti memilih SBPA dan opt 60.
4. Yg x clear lagi; rajin2lah telefon pihak JPA yg berkenaan dgn meletakkan senario anda.Bertanyalah sampai faham; kerana bertanya itu jalan ilmu..
Janganlah pula bertanya pada org yg x tahu; nanti tersesat jalan..dan janganlah memberitahu sesuatu yg salah; kerana ia seakan menyebar fitnah..jika x tahu jawapan; rujuklah pada yg sebenar2nya tahu..wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Dengki berkata...
1. SBPA ni bayar gaji ikut jawatan bukan kelulusan yg ada pada PA. Cth: N17 akan dibayar gaji taraf SPM, tak kiralah dia ada master @ PHD sekalipun. Sebab gaji hanya dibayar ikut tanggungjawab dan tahap kesukaran tugas.

2. Begitu juga gred DG41, SBPA selaraskan gaji diorg sama je tak kira la cikgu tu ada degree kejuruteraan atau akaun. Sebabnya tugas sama je dgn DG41 yg lain yg tak ada degree 'special'.

3. Kalau rasa gaji yg diterima tak setimpal dgn kelayakan akademik, aku sarankan PA memohon jawatan yg setaraf dlm kerajaan dgn kelayakan akdemik masing2. Lagipun syarat 'pelepasan dgn izin' dah dimansuhkan. Jadi PA tak perlu risau psl rekod perkhidmatan terputus.

4. Bagi pemegang sijil dari politeknik pula, diorg tak faham. Sbnrnya sijil poli diorg tu mmg sama taraf je dgn SPM. Begitu juga antara STPM dgn diploma, sama taraf. Cuma yg beza sikit, iaitu ttg kemahiran yg ada. Perbezaan ini juga berlaku antara degree (sains sosial) dgn degree profesional lain. Sekali lagi diulang, SBPA menekankn bayarn upah ikut tugas dan tanggungjwb, bukan kelayakan akademik yg dipegang. Kalau tak setuju, baca balik no.3.

5. Ni aku nak tegur sekali lagi golongan pemegang sijil poli dan diploma. Korg jgn pandang rendah dgn rakan sejawatan korg yg ada SPM & STPM. Mgkin kualiti kerja diorg lebih baik krn mereka pernah menghadiri kursus yg dibuat jabatan utk meningkatkn skil mereka dari masa ke masa. Korg 'flashback' balik masa korg ditawarkn jawatan dulu, gaji korg ditawarkan bermula di p1t3 ke atas berbanding lepasan SPM & STPM yg bermula di p1t1 bg jawatan yg sama. Syukurlah, jgn dengki... hati tak bersih tu


SOri bro....kalau tak tau jgn nak citer...sijil poli adalah sepatutnya sama atau lebih dari stpm...lepas spm/spvm kami sambung belajar selama 2 tahun di poli dan praktikal 6 bulan...so kami bukan setaraf spm...thank u

Shuenny berkata...

Jika menggabungkan dua tangga atau lebih tangga dari SSM ke tangga yang sama dalam SBPA, maka mesti wujud satu pihak yang untuk besar dan satu pihak lagi yang kenaikan tidak seberapa. Contoh T7 & T8 dari DG48(SSM) bila dipindah ke SBPA jatuh ke T6 yang sama ,maka pegawai yang asal T7 akasn memperolehi lebihan kenaikan sebanyak RM 203.16 daripada pegawai yang asalnya T8. Ini adalah ketidakadilan yang sangat ketara dan juga kehilangan kekananan selepas SBPA. Cuepecs meneliti perbezaan ini kerana akan menjejaskan separuh daripada 1.4 juta pegawai kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT BERJAYA CEUPACS! SEMOGA ADA JALAN PENYELESAIAN UNTUK SBPA INI.SEMOGA PIHAK JPA AKAN TERBUKA HATI UNTUK BERUNDING DAN BERSEDIA MEMPERHALUSI SBPA .SEMOGA GOLONGAN KUP(DGA32-SSM) YANG 10 TAHUN MENUNGGU TIDAK DISAMAKAN DENGAN KUP(DGA32-SBPA)YANG 8 TAHUN SAHAJA MENUNGGU.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum Taklimat SBPA ni saya memang teruja sgt nk tahu.... tapi bila dah tengok pekeliling SBPA dan dh dgr taklimat Pasal SBPA saya hampa dan kecewa....Gaji saya skrg dalam SSM berada di P2T9 boleh sama dgn org yang berada di tanggga P1T9 ... Dalam SBPA boleh berada di T5 gred n4-1.... mana ada keadilan..... apa guna saya ambik ptk untuk dapat kan aras 4 dan dapat P2, boleh sama dgn org yg tak dapt aras 4 ....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum Taklimat SBPA ni saya memang teruja sgt nk tahu.... tapi bila dah tengok pekeliling SBPA dan dh dgr taklimat Pasal SBPA saya hampa dan kecewa....Gaji saya skrg dalam SSM berada di P2T9 boleh sama dgn org yang berada di tanggga P1T9 ... Dalam SBPA boleh berada di T5 gred n4-1.... mana ada keadilan..... apa guna saya ambik ptk untuk dapat kan aras 4 dan dapat P2, boleh sama dgn org yg tak dapt aras 4 ....

Tanpa Nama berkata...

jusa naik 4,5 ribu ek..kita yg DG 29,32,41,44 ni naik dua tiga ratus je ek. takpe takpe..kita tak diberi pilihan ek?..takpe tgk la PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

kami sokong 100% kenyataan di atas.. boleh pegi jahanam Be End..!! PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

Macam mana korang nak jumpa PM...Kalau jumpa PM pasti dia akan minta KPPA ada sekali temankan dia.. Korang tau tak KPPA dah pi cuti...

Tanpa Nama berkata...

Saya pekerja swasta. Tp adik beradik, saudara mara,sahabat handai, ramai kerja kerajaan... Sememangnya dasar dan sistem negara: GAJI Berdasarkan KELULUSAN. Sebab itu rakyat digalakkan belajar dan terus menyambung pengajian. Utk apa? Untuk kelulusan yg lebih tinggi dan seterusnya dpt gaji lebih. Sbb itu la wujudnya gred DG DG tu... Knp tak sama ratakan shj peratus kenaikan? Katakan kenaikan 20%, semua prngkat penjawat awam naik 20%. Cukup adil rasanya... hanya pendapat..

Tanpa Nama berkata...

Saya org swasta jugak. Kwn2 adik beradik, sedara mara ramai jugak penjawat awam. Saya rasa setuju jugak dgn pndapat: 'dah sememangnya sistem dan dasar negara iaitu Gaji berdasarkan Kelulusan dan Pangkat' knp tak bagi sama je % kenaikan gaji? kalau naik 20% contohnya, semua naik 20%. Praktikal rasanya tu... Memang tak logik la kalau org gred lebih bwh tapi gaji sama & dah potong org gred gaji lebih atas. Ni mula sejak naik gaji % tak sama suatu ketika dulu...betul? Bukan soal dengki...mcm kata td la, negara kita ni gaji berdasarkan kelulusan dan gred..

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan tindakan CEUPACS. sy tak faham langsung berkenaan SBPA. apa yg saya baca pada pekeliling SBPA seolah bakal menjerat penjawat awam sendiri suatu masa nanti.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sbpa dan sokong tindakan cuepacs. Pada asasnya sbpa adalah baik (bagi yg tak setuju tak payah sain atau pergi ke swasta, itu hak dia). Cuma beberapa terma perlu dijelaskan seperti kata cuepacs;
1. Keluhan kerani dan teknikal bawahan
2. JPA terburu2 suruh PA sain
3. Exit policy amat baik

Bagi yg menentang;
1. Jangan kira berapa RM tapi cuba kira % gaji akhir
2. Naik banyak atau sedikit berbanding orang lain; tetap juga naik, kalau itu tak puas hati elok cek sama ada ikhlas bekerja atau tidak. Atau anda pentingka diri
3. Apa pun perubahan dibuat, jumlah RM yang dapat takkan sama dan tak akan memuaskan
4. Dulu masa gaji orang bawah naik sehingga 25% tak ada pulak orang bawah yang kata tak adil. Sekarang...?

Tanpa Nama berkata...

xperlu la ade gaji 'bracketing' tu..ikut je la seniority tu..haihh..mmg la x puas hati if gaji junior dh sama gaji pulak dgn senior..

usssooong!!! berkata...

kita amik analogi ringan bleh? Nampak bab gaji ja jadi komplotan perbincangan. yang lain pasti setuju kan?

http://usssooong.blogspot.com/2011/12/kisah-eddy-dan-ruby-sbpa-guide-for.html

Anti Pepecahan berkata...

Saya pun bersetuju dengan SPBP tapi kita ada kesatuan. Kita kena ikut tindakan kesatuan kita barulah nanti pihak majikan tidak boleh bertindak sesuka hati. Ini tidak sesama sendiri pun nak bergaduh. Lihak bangsa Yahudi, mereka bersatu hati untuk menjadi bangsa yang kuat walaupun ada yang tidak sependapat. Ingat jika kita berpecah, kita akan ditindas.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pekerja swasta atau kerajaan bukan semuanya yang bermasalah. Yang rajin anda amat dihargai dan yang malas ni yang mendatangkan masalah. Pihak swasta janganlah anggap semua kakitangan kerajaan ni malas. Aku pun pernah jumpa pekerja swasta beli M.C. Kalau nak gaji lebih, bukankah anda ada kesatuan sekerja swasta. Anda berjuanglah. Ni tidak,asyik dok salah orang aje.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak pilih SBPA pakai ssm pun masih tertakluk pada undang2 sbpa.. kenapa diaorang suruh sainopsyen? kenapa tak keluarkan pekeliling cakap semua PA akan terus diserap dalam SBPA.. heran betullah.. dahlah borang opsyen 3x lebih tebal dari pekeliling.. ini adalah suatu pembaziran..dan sahlah ada unsur politik tentang isu ni..

Tanpa Nama berkata...

Teguk juga kenaikan tangga gaji pensyarah IPG fasa 3. Pensyarah lama lebih lima tahun DG44 mengajar di IPG tidak dapat kenaikan ke DG48. Sedangkan yang baru masuk kurang 2 tahun sudah dapat DG48. Tolong siasat di mana JPA dan BSM buat perkiraan.

Tanpa Nama berkata...

saya seorang pekerja awam gred R1 yang mempunyai SEGULUNG IJAZAH. saya tidak boleh memilih pekerjaan disebabkan peratus pengangguran mahasiswa pada masa ini adalah sangat tinggi.

korang semua bernasib baik... kebanyakannya berjawatan jusa, 41, 44, guru dan sebagainya.

SBPA? SSM? bagi saya sama je.. PEKERJA AWAM tetap tiada peluang untuk menikmati kenaikan pangkat. kalau ada pun tunggu 15 tahun. dengan gaji pokok Rm 729, saya membayar hutang PTPTN RM240 sebulan yang ntah apa2. dengan baki yang ada saya buat belanja makan, bayar bil, tambang bas, persekolahan anak.. beli MEE MAGGI stok sebulan pun x lepas

saya cuma berharap PEKERJA AWAM GRED R1 YANG BERIJAZAH seperti saya dan sahabat2 saya yang lain, tidak diabaikan. mohon CUEPACS ambik berat.. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BUAT PRESIDEN CUEPACS ATAS TINDAKAN TEGAS MEMPERJUANGKAN HAK2 PA....KOMEN UTK ORG YG ILMU TINGGI LANGIT TP OTAK LETAK KT LUTUT (BUAT SBPA) MCM HAMPEH....

Tanpa Nama berkata...

DAH LA CKP BANYAK PUN TAK GUNA..... KORANG INGAT SI NAJIB TU NK DGR KE RINTIHAN ORG BAWAH NI.......... YG DIA TAU CANANG 1 MALAYSIA JER...... KLU LAH 1.4 JUTA PA NI MOGOK......HA...... STANBY LA ORG2 ATASAN GI BUAT KEJE MACAI NI.....KO TAU MENGARAH JER KAN...... WALAUPUN KO BLAJAR TINGGI BLM TENTU KO BLEH BUAT KEJE MCM KUMPULAN PELAKSANA NI....ELAUN YG TAK MASUK AKAL. CTH: ELAUN RUMAH GRED ATASAN PUNYA LA TINGGI....OIIIII TLG LA PIKIAQ SIKIT SUME GOLONGAN BL UMAH GAK JGN LA NK BEZA2KAN...CUBE LA SELARASKAN......ADA OTAK LETAK KAT LUTUT....

Tanpa Nama berkata...

kami sokong ceupacs sepenuhnya. Harap perjuangkan nasib kami.

alyn berkata...

saya baru dapat borang SBPA dari pihak pengurusan, terkejut dari peringkat diploma dah jadi STPM... mohon sangat2 pihak Cuepacs fight untuk gred 27 ke atas dalam kategori Diploma, bukannya kategori STPM...

Tanpa Nama berkata...

SBPA memang tak adail.Tak perihatin pada orang yang berada ditangga gaji yang dah lama mati. Dalam memberi gaji baru bawah SBPA adakah diberikan matagaji yang tertinggi paling dekat dengan yang dah matu tu... Bodoh punya penggubal skim... Sekurangnya bagile pergerakkan mengikut berapa tahun dah dia berada di gaji mati tu, barule adil sikit. Dahle susah nak diberikan kenaikan pangkat sebab bukan semua organisasi ada jawatan terutamanya jawatan jusca yang banyak. Lainle pegawai PTD sampai masa naik Jusca tak perlu nak tunggu sampai yang pegang jawatan tu mapus atau pencen. wAHAI jpa PAKAILE OTAK SIKIT BILA BUAT SKIM sbpa tu jangan ingat diri sendiri aje ingatle sama orang yang dah berpuluh tahun bekerja yang sekarang ni dianak tirikan melalui SBPA. Junior dah sama gaji dengan senior mana ada hormat sekarang...

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Nak ulas sikit tentang SBPA ni. Pasal Jusa dapat banyak kami tak kisah sangat. Biarlah dia, memang depa orang atasan. Tapi cara pemindahan gaji dari SSM ke SBPA bagi kami-kami yang gred 41-54 ni yang saya rasa tak berapa nak patut. Sebabnya, gaji kami yg dah berbelas tahun kerja ni sama saja dengan gaji junior kami yg baru beberapa tahun bekerja. Kenapa boleh jadi macam ni? Sepatutnya kena ada perbezaan tangga gaji antara penjawat lama dan penjawat baru. Itu baru adil.

Hmmmm... Susah sangat ke nak buat skim gaji ni? Benda2 kecil macam ni pun boleh terlepas pandang. W/pun kecil, ia tetap memberi impak yang besar pada kami. Renung2kanlah..

P/S: Pilihanraya dah dekat ni... Kang tak pasal2....

Tanpa Nama berkata...

Indah khabar dari rupa.Mohon Pihak Cuepacs & Pihak JPA Untuk Review Semula Perkara2 Berikut :
1. PROSPEK
2. Exit Policy tidak wajar sepatut beri pengetahuan & kemahiran pada kakitangan sokongan serta melahirkan kakitangan berkebolehan tanpa kekangan pegawai atasan.Setiap manusia ada bakat & kebolehan w/pun dia manusia biasa
3. Bracketting
4. Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (Utk Golongan Pelaksana-harus beri peluang golongan Diploma tingkat pada Ijazah keseluruhan samada teknikal /x mengikut pengkhususan kerja yang dibuat.
5. Skim Perkhidmatan Jumud
6. Struktur Gaji (Perlu mempertimbangkan kesamarataan & tidak mementingkan golongan atasan shj.)
7. Kajian Semula Elaun2 Berkaitan (Amaun yang sudah tidak relevan dgn keadaan ekonomi sekarang)
8. KUP (Kenaikan Pangkat Untuk Penyandang) (Timebase perlu diselaras / samarata dengan semua Gred DG/N/J/F)
9. Sistem Pemarkahan SKT -yang dah lapuk - skim bodek tiada inovasi.melahirkan pegawai atasan yang malas,penipu & angkuh.syok sendiri je./terbalikkn rutin org bawahan nilai pegawai atasan samada berkaliber @ x
10. Rombak Semula Semua Sekali Sistem SBPA

Tanpa Nama berkata...

Gaji junior sudah hampir sama ngan gaji senior....

Gaji mati skim pun hampir sama ngan orang baru naik pkt dan jawatan yang sama.

uuuuuuuhhuuu...apa cite ni...cam mana buat kajian smp bertahunx ni CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

Exit policy sebelum pilihan raya ni sebab....nak buang kita kalau kita tak undi dia...nah ambil ko.kau sign,ko undi pembangkang nanti kau kena buang.sebab tu tegesa -gesa macam tak tau nak buat apa.jangan nak duk think positif sini, nanti banyak implikasi dia,hang kerja kerajaan, hang kena buang hang dapatkah keja swasta....ada lagi kosong kah....benda ni timbui sebab, sekarang kerajaan penuh, terutamanya cikgu....tulah dia orang duk fikir cara nak buang orang.....ada juga salah cuepacs, asyik minta pencen 58, 60 tulah orang tak berhenti, orang tak masuk.bagus 56 semua pencen.ambil duit buat besiness, kalau tak hang melancong ja.amal ibadah lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

exit policy..Tidak cukupkan tindakan tatatertib yang dibuat.perlu kajian khusus bagi mengelak unsur penganiayaan/ kepentingan pihak tertentu.exit policy melahirkan generasi yang ikut peraturan/prosedur,x timbangrasa,x ambil berat,x boleh kerja berkumpulan.Seharusnya mencari cara bagaimana melahirkan pemimpin dlm sesuatu organisasai agar berkaliber & x meletakkan markah sebagai cara penyelesaian. Nilaian markah juga boleh dibuat menggariskan markah 70 ke bawah bagi pemimpin yang tidak berkaliber.Fahamilah manusia yang diciptakan Allah sempurna. Disisi Allah tiada perbezaan pangkat yang beza hanyalah amal & takwa.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa tidak adil utk kerani kewangan yg ada sijil politeknik disamakan dengan spm... sepatutnya kerani w yg ada sijil poli perlu dinilai/dikaji semula... dahlah elaun BITK kalau luluspun setakat RM80 je.. dahlah kerja melibatkan tanggungjawab yg besar... tolonglah... kaji semula..

Tanpa Nama berkata...

dulu gaji utk w dan n ada juga beza.... sekarang same jer.... jd sapa2 yang da sijil poli utk jawatan w tue, cam mane?? tak adil... gaji sama dan sepatutnya dinilai semula. sekurang2nya ada beza. dahlah tanggungjawab pun berbeza!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya juruteknik komputer telah melihat tangga gaji baru dalam SBPA, amatlah terkejut bila tangga gaji FT17 (ft4-1)dgn gaji Tukang k3pembantu kemahiran) H4-1 adalah sama, gaji masuk hingga gaji akhir adalah sama, ini bermakna bahawa semua juruteknik komputer dari sijil politeknik yang sama mcm juruteknik (j) jadi sama macam tukang, untung le tukang K1, k2 dan k3 sebab tak yah nak susah-susah belajar ambik sijil poli, sebab gaji sama mcm orang yg ade sijil politeknik...mengarut sungguh

Tanpa Nama berkata...

Salam semua tuan/puan..
Kami Juruteknik komputer (FT17)yang kelayakan masuk adalah sijil politeknik, lepas SBPA jadi FT4-1, merasa amat kecewa sekali, kerana setelah disemak tangga gaji FT17 adalah sama dengan tangga gaji Tukang k1, k2 dan k3 (H4-1) yang kelayakan masuk tamat tingkatan 3.
Tangga gaji untuk FT4-1 dan H4-1 adalah sama iaitu rm980 hingga rm2805.
Untung mereka takyah nak belajar sampai dapat sijil politeknik dah dapat gaji sama mcm sijil poli.
FT17 – kecewa, dan ramai lagi yg akan kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua tuan/puan..
Kami Juruteknik komputer (FT17)yang kelayakan masuk adalah sijil politeknik, lepas SBPA jadi FT4-1, merasa amat kecewa sekali, kerana setelah disemak tangga gaji FT17 adalah sama dengan tangga gaji Tukang k1, k2 dan k3 (H4-1) yang kelayakan masuk tamat tingkatan 3.
Tangga gaji untuk FT4-1 dan H4-1 adalah sama iaitu rm980 hingga rm2805.
Untung mereka takyah nak belajar sampai dapat sijil politeknik dah dapat gaji sama mcm sijil poli.
FT17 – kecewa, dan ramai lagi yg akan kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua tuan/puan..
Kami Juruteknik komputer (FT17)yang kelayakan masuk adalah sijil politeknik, lepas SBPA jadi FT4-1, merasa amat kecewa sekali, kerana setelah disemak tangga gaji FT17 adalah sama dengan tangga gaji Tukang k1, k2 dan k3 (H4-1) yang kelayakan masuk tamat tingkatan 3.
Tangga gaji untuk FT4-1 dan H4-1 adalah sama iaitu rm980 hingga rm2805.
Untung mereka takyah nak belajar sampai dapat sijil politeknik dah dapat gaji sama mcm sijil poli.
FT17 – kecewa, dan ramai lagi yg akan kecewa. Makin tinggi belajar...makin pendek akal...

Tanpa Nama berkata...

Salam semua tuan/puan..
Kami Juruteknik komputer (FT17)yang kelayakan masuk adalah sijil politeknik, lepas SBPA jadi FT4-1, merasa amat kecewa sekali, kerana setelah disemak tangga gaji FT17 adalah sama dengan tangga gaji Tukang k1, k2 dan k3 (H4-1) yang kelayakan masuk tamat tingkatan 3.
Tangga gaji untuk FT4-1 dan H4-1 adalah sama iaitu rm980 hingga rm2805.
Untung mereka takyah nak belajar sampai dapat sijil politeknik dah dapat gaji sama mcm sijil poli.
FT17 – kecewa, dan ramai lagi yg akan kecewa. Makin tinggi belajar...makin pendek akal...

Tanpa Nama berkata...

Salam semua tuan/puan..
Kami Juruteknik komputer (FT17)yang kelayakan masuk adalah sijil politeknik, lepas SBPA jadi FT4-1, merasa amat kecewa sekali, kerana setelah disemak tangga gaji FT17 adalah sama dengan tangga gaji Tukang k1, k2 dan k3 (H4-1) yang kelayakan masuk tamat tingkatan 3.
Tangga gaji untuk FT4-1 dan H4-1 adalah sama iaitu rm980 hingga rm2805.
Untung mereka takyah nak belajar sampai dapat sijil politeknik dah dapat gaji sama mcm sijil poli.
FT17 – kecewa, dan ramai lagi yg akan kecewa. Makin tinggi belajar...makin pendek akal...

Tanpa Nama berkata...

Tak gunalah lulus PTK sebelum ini kerana pelarasan gaji SBPA, yang lulus PTK sama dengan gaji tak lulus PTK. Sepatutnya gaji yang lulus PTK lebih satu kenaikkan bukannya sama. Penatnya kita ulangkaji. HARAP CUEPAC AMBIL MAKLUM

Tanpa Nama berkata...

memang sbpa tak adil.adake patut gaji senior kanan lebih kurang sam a dgn junior.ini jejaskan prestasi
pegawai senior kumpulan pelaksana.gaji maksimun G26 G22, tak jauh beza dgn G17.BEZANYA KENAIKAN TAHUNAN SAJE

Tanpa Nama berkata...

bagi semua pemegang sijil politeknik dan sijil pertanian yang telah diiktiraf setaraf maka sepatutnya semua pemegang layak menikmati kenaikan seperti J17,J22,J26 ke J27 tak kira la di gred mana mereka berada samaada:

1. Q
2. G
3. C
baru la ada keseragaman. jangan jadi cam N11 penyambut tetamu naik ke N17 tapi N11 lain tak bila bising baru diseragamkan.asyik pisang berbuah entak berapa puluh kali pun tak tahu.mintak CUEPACS/JPA tolong kaji masallah ini.

TUKANG KEBUN berkata...

SBPA

JPA BUAT SIFIR GAJI LAST MINIT
TU HANTAR LAMBAT

LEPAS TU PENGARAH JPA MAIN SAIN JE
TAK CHECK PUN ...SEBAB DIA TENGOK GAJI DIA SAJA YANG MAHAL TU.....

TU YANG JADI HURU HARA

SAPA YANG BERSALAH DALAM HAL NI?????

JUSA C berkata...

Askm..

SBPA bagus... Gaji di SBPA sesuai dengan kelulusan.. JUSA dan sewaktu dgannya layak mendapat habuan yg lebih tinngi..sesuai dgan kelulusan dan kelayakkan didalam bidang tertentu.Manala nak sama gaji JUSA dgan drebar/tukang kebun...JUSA dpt 5K..takanla DREBAR nak 5K jugak..

taraf gred sbpa mengecewakan berkata...

Tuan JPA, Kalau J dan G kelulusan Politeknik, F,W pun kelulusan politeknik, mengapa perlu dibeza2kan..Mengalakkan belajar bagi peningkatan karier tapi diberi taraf lepasan SPM sekolah menengah..Sek Men. mana ada pinjam PTPTN....tolong la fikir...kalau skop kerja lain jabatan lain skopnya...cth skop FT teknologi sering update dari semasa ke semasa ....

Tanpa Nama berkata...

keje da 5 tahun.... perolehi segulung ijazah ( 1ST DEGREE (HONS) tahun 2006...balance gaji bulan2 tak sampai 1000 sebab tolak sume hutang.. Setiap bulan kan,kalo tak ckup bajet mintak duit family kat kampung...belum lg kalo kereta rosak tepi jalan..road tax.. nak p meeting luar kawasan..kursus luar kawasan... gaji plak tak ikut kelayakan akademik..PTPTN selalu mintak setel payment.. Dulu masa bersaing untuk dapatkan posisi sekarang...kena bersaing dengan 6000 orang untuk 6 jawatan jew..tinggalkan kerja gaji yg da cecah 3k..mcm2 aku study nk dapatkan kerja kerajaan nie..tapi bila da dapat....sedihnya..AKU TETAP SOKONG KERAJAAN SEKARANG WALAU GAJI AKU SIKIT TAPI..SAMPAI BILA AKU BOLEH BERTAHAN..??:-(

Tanpa Nama berkata...

Entahlah.....bila tulis komen, jgnlah guna perkataan yang kurang sopan tak & tak enak di dengar. PENING BILA BACA!!!
SBPA ni bagus dan patut dilaksanakan cuma perlu dimurnikan dengan membetulkan terlebih dulu kesilapan yang berllaku dalam SSM lepas contohnya SETARAKAN skim gaji guru SENIOR-JUNIOR ex-ppld dgA29/41/44... 48. Kalau tidak sampai bilapun gaji guru JUNIOR tetap LEBIH DARI SENIOR (terutama guru SENIOR LEPASAN DIPLOMA UNIVERSITI lantikan ke skim siswazah SEBELUM JULAI 1997). SENIOR tetap ketinggalan lebih-lebih lagi kalau tempoh dg41 ke dg44 disingkatkan. TEMPOH DG41 KE DG44 ELOK DIKEKALKAN 10 THN manakala yg lainnya tu TEMPOHNYA ELOK IKUT seperti CADANGAN SBPA!!!

Tanpa Nama berkata...

saya GURU SENIOR ex-ppld dgA29/41/44....Lepasan Diploma UPM 1986 dan sambung belajar sepenuh masa ketika gred gaji P1T18 dan ke skim SISWAZAH Januari 1997 dgn gred P1T4 mengalami KERUGIAN BESAR semasa PELARASAN SSM JULAI 2007 krn gaji mula masih KEKAL P1T4 amat berharap PIHAK BERWAJIB membaca,meneliti dan memahami keluhan dlm blog "SUARA GURU SENIOR DGA29/41"
Cuma apa yg diharapkan, bila membuat pelarasan JANGANLAH ambil kisah guru ex-ppld yg sedang berada di DG41 krn mereka adalah golongan JUNIOR sudah mendpt pelarasan yang cukup cantik mulai JULAI 2007 malah terlebih sudah krn diberi pula lagi 1 HPG !!! TENGOKLAH pula SENIOR yg sedang berada di DG44 tgh merangkak ke DG48(entah bila) dgn gaji yg cukup menyedihkan tanpa diberi 1HPG dan ditundakan "back-dated"nya!
Di harap SBPA MEMBETULKAN SIRI KESILAPAN SSM yang byk merugikan guru-guru SENIOR ex-ppld dg29/41/44.... MENCEPATKAN TEMPOH DG44 ke dg48 kpd 8thn adalah sesuatu yg bijak TETAPI JGN LUPA "TIME-BASED" dan "1 HPG" yang belum lagi guru senior rasa!!! TAPI TEMPOH DG41 ke DG44 perlu diKEKALKAN 10thn sebab semua SENIOR sudah mengalami tempoh tersebut. ADIL supaya JUNIOR tidak mengatasi SENIOR....Jimat kos Kementerian, boleh guna buat selesai masaalah SENIOR yg dah lapok krn lama TERBIAR dan TAK DIPEDULIKAN.

Tanpa Nama berkata...

DI HARAP CEUPACS ,NUTP DAN JPA dapat meneliti keluhan GURU SENIOR EXPPLD DG29/41/44...... AGAR TIDAK BERULANG LAGI PERKARA YANG TAK LOGIK AKAL DAN MENYEDIHKAN SEPERTI YG TELAH BERLAKU DLM "PELARASAN SSM JULAI 2007" yang hanya menguntungkan guru JUNIOR shj!!
Susah-susah sgt wujudkan 2 pilihan:
Samaada : Nak pilih kekal SSM atau
Nak tukar ke SBPA.
saya lebih memilih SBPA tetapi perlu dimurnikan agar JUNIOR TIDAK MENGATASI SENIOR.....iaitu dgn melanjutkan tempoh berada di DG41 sebelum melangkah ke Dg44-sama bagi fresh degree dan exppld(lantikan Mulai Julai 2007).....

Tanpa Nama berkata...

DI HARAP CEUPACS ,NUTP DAN JPA dapat meneliti keluhan GURU SENIOR EXPPLD DG29/41/44...... AGAR TIDAK BERULANG LAGI PERKARA YANG TAK LOGIK AKAL DAN MENYEDIHKAN SEPERTI YG TELAH BERLAKU DLM "PELARASAN SSM JULAI 2007" yang hanya menguntungkan guru JUNIOR shj!!
Susah-susah sgt wujudkan 2 pilihan:
Samaada : Nak pilih kekal SSM atau
Nak tukar ke SBPA.
saya lebih memilih SBPA tetapi perlu dimurnikan agar JUNIOR TIDAK MENGATASI SENIOR.....iaitu dgn melanjutkan tempoh berada di DG41 sebelum melangkah ke Dg44-sama bagi fresh degree dan exppld(lantikan Mulai Julai 2007).....

Tanpa Nama berkata...

Baru nak mohon pindah ikut suami untuk post PTPO (Banyak kosong), tapi dah tak jadi sebab Peg. Khidmat Pelanggan tak jadi jumud.. susah nak pindah! Kecewa; redha..

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 252 daripada 252   Terbaru› Baru»