SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Disember 2011

BEBERAPA OPSYEN SBPA DIBANTAH

Berita Harian
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16



CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA


KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

18 ulasan:

SARAS berkata...

Terbakar kampung nampak asap,terbakar hati siapa yang tahu.....

Tolong sampaikan pada Perdana Menteri Kami masyarakat India mahu cuti Deepavali 2 hari.Sudah 3 tahun tak balik kampung.Mana sempat mau balik kampung.Tolonglah Datuk

Selama ini perjuangan kami Umpama kambing menanduk bukit,bukit tak runtuh,tanduk yang patah.

hj joned melaka berkata...

Saya rasa sesiapa yang ada kelapangan dan boleh hadir taklimat Ceupacs sila hadir.

Ketepikan Emosi,bincang dengan tenang,sampaikan maksud dengan teratur dan biar difahami bukan meraban meroyan memaki hamun tanpa tahu hujung pangkal.

Kita bincang,buat satu usul,kita wakilkan pada Ceupacs untuk sampaikan pada PM pada Khamis nanti.

Percaya pada kebijaksanaan ceupacs ,saya yakin isu ini boleh selesai.

Jika tak dapat gaji yang kita ahu,mungkin boleh dapat faedah lain spt tambahan cuti atau kerja separuh hari pada hari Jumaat.Manfaat tak semestinya dalam bentuk wang semata mata.

Tanpa Nama berkata...

...copy paste dari FB (Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA)

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jadik kumpulan tertinggi kenapa tak masuk universiti. dulu kumpu.sokongan naik gaji 25%, gaji kerani lebih banyak drpd gaji gred 41.Mereka perli, mereka sombong bongkak, muncung tunjuk langit. skrg bila kump.profesional lebih sikit, itu nak cover kenaikan dulu, ...ko org guna ceupecs yang tak guna tu.

Tanpa Nama berkata...

aku ingat cuepacs bela nasib kump. sokongan jer lah. kump. lain mari sama2 kuar drpd cuepacs. omar pun bkn reti bercakap. cakap mcm kartun jer.

Tanpa Nama berkata...

aku ingat cuepacs bela nasib kump. sokongan jer lah. kump. lain mari sama2 kuar drpd cuepacs. omar pun bkn reti bercakap. cakap mcm kartun jer.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama;
syukurlah dengan rezeki yang diberi.tapi kalau pikir 2 kali cuepacs ni macam nak asyik nakbela kumpulan sokongan je.dg 41 dalam ssm tak melatah pun kgt ciput dari kumpulan sokongan.jgn jadi tamak syukurlah degan sbpa ni kurang kurang semua naik walaupun dikatakan ciput.

Tanpa Nama berkata...

memang jelas cuepac hanya memperjuangkan golongan pelaksana sahaja...ketika gaji naik 25 peratus dulu utk depa tetapi siswazah hanya ciput jer..tak berteriak mcam ni..saya seru kepada golongan siswazah....jangan layan presiden ni...utk tembolok depa jer....

tak suka gaduh2.. berkata...

kita jangan kata kat sape2 la.. yang penting tunggu apa PM kita kata ape bila presiden jumpa nanti.. jangan duk hina orang.. jangan duk kata macam2 kat orang.. nanti kita pada sendiri..he..

penyokong quepacs berkata...

terima kasih quepacs... perjuangkan sebaik2nya..seadil2nya..

taat setia ketua pentadbiran negara berkata...

jangan kerana ketidakpuasan hati pasal SBPA kita dah nak tukar kerajaan... tak patut..tak patu (10x).....

Tanpa Nama berkata...

Sabor ye kawan2.. nanti PM kita bagi tau la apa yang silap dan apa yang tak silapnya SBPA ni..harap2 semua PA dapat info sejelas2nya pasal sbpa ni..

45 ringgit je,.... berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

salam, hrp Datuk smpkaikn pd PM ye.... soalan sy...

1. saya pemegang diploma dlm bidang IT tp x dpt kje dlm bidang sama. jd sy hanya guna PMR untuk minta jwtan Pem. Perawatan kesihatan dengan gred u3. mmg sy x kisah keja ape pun, cuma sy nk tnya tak boleh ke jwatan PPK dinaikkan kepada sesiapa yg mempunyai kelulusan?

2. jika kita sign pencen pd umur 60thn, tp tiba2 kita sakit, mcmane dgn pencen kita?

3. SBPA syarat 74% ke atas, masa muda skg mmg la blh dpt SKT tggi, bila dh umur meningkat, tentu produktiviti kerja semakin menurun, bos pula bg bwah 74% mcm?

4. bg kakitangan awm yg berurusan dgn pesakit, tidak dpt elaun kritikal seperti gred u29, u32. sedangkan, kerja lebih kurang sama dan kita juga berisiko mendapat penyakit dri pesakit...

harap pandangan sy dapat diketengahkan. terima kasih....

Tanpa Nama berkata...

Apa yg cuepacs perjuangkan umur bersara 60 thn dahpun tercapai. adakah wajar kita nak berkerja hingga umur 60 thn?, Tak ingat nak beribadah/ Mati ka? semua kerana kepentingan untuk terus menerajui cuepacs, lepas ni minta hingga 70 thn pulak.
Sepatutnya cuepacs perjuangkan mereka yg pencen awal- dapat pembayarannya lebih cepat( spt dlm tentera, pencen terus bayar pencennya), ia adalah galakkan bagi sesiapa yg mahu bersara awal, boleh juga beri peluang kerja kpd generasi muda.

Tanpa Nama berkata...

kepada "45 ringgit je", saya pon kira ikut yg JPA bagitau tu...tapi mmg betul kiraan saya dan tepat seperti yang dinyatakan dalam borang yg perlu ditandatangani...kena cek balik tu pengiraan awak..mayb ada silap dimana-mana...

Tanpa Nama berkata...

Kain Pakaian Seragam serta kasut kulit yang dibekalkan kepada kakitangan sokongan seperti Pembantu Am Pejabat dan sewaktunya mohon dikaji semula..sudah tidak relevan dengan Skim SBPA, jika mahu teruskan pemberian tersebut perbincangan lain perlu dilakukan.. (org lain punya idea,hanya tulis)

Tanpa Nama berkata...

nama je lulusan U tp tak reti pikir..klu setakat bru keje 1@2 tahun nak bandingkan gaji dgn kerani yg dah keje 20 tahun memang la gaji kerani lebih tinggi... memang patut ceupacs bela nasib golongan pelaksana..faedah yg diterima oleh golongan pelaksana dan golongan tertinggi x sama...golongan tertinggi mendapat faedah yg lebih baik dr semua segi baik elaun2, perubatan,tuntutan balik,layanan dan lain2 berbanding golongan pelaksanan. sedangkan semua kos sara hidup tetap sama..jd jangan la menghina org yg tiada kelulusan U...tanpa golongan pelaksana pasti kerja tidak dapat diselesaikan...bg yg berkelulusan U bersyukur la krn korang diantara yg terpilih utk berada diatas..jgn terlalu bongkak hingga tidak pandang kebawah..jangan jd penindas..lihat dr semua sudut secara positif...golongan atasan pun akan mendapat faedah dr apa yg ceupacs mintak utk golongan pelaksana..jgn pentingkan diri sendiri dan merasakan diri tu bagus sangat..pikir dulu sblum bertindak..