SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Disember 2011

CUEPACS MAHU JPA TANGGUH SBPA, RUNDING SEMULA DENGAN KESATUAN

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 18, 2011




KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.

“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar pada sidang media sempena perhimpunan bantahan dan taklimat SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini petang ini.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan pada Khamis ini.

“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.

“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.

Bagaimanapun Cuepacs tiada maklumat berapa ramai yang sudah menandatangani opsyen SBPA setakat ini.

“Kami tiada statistik buat masa sekarang,” kata beliau yang turut menambah, pihaknya belum memaklumkan pendirian penangguhan pelaksanaan urusan opsyen kepada JPA lagi.

Cuepacs membuat pendirian itu pada mesyuarat majlis kongres di Perlis Khamis lalu.

JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.

“Tempoh 15 hari tidak cukup, kami mahu ia dilanjutkan,” kata Omar sambil menambah, pemimpin-pemimpin Cuepacs sendiri tidak jelas tentang kandungan SBPA.

“Kalau kami sendiri tidak jelas, bagaimana hendak dijelaskan kepada ahli-ahli kami.

“Kalau kami diberikan maklumat, kami sendiri boleh lakukan jelajah taklimat tanpa JPA, kami boleh buat, kami boleh tolong. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi kami tidak dibawa bersama dalam taklimat mereka,” katanya lagi.

Sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs menghadiri perhimpunan hari ini.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Beliau mengakui ada kakitangan awam diugut supaya menerima SBPA dan dikatakan tidak boleh masuk pejabat jika enggan menerima SBPA.

Apabila diberitahu bahawa ada kakitangan yang sudah dimaklumkan mengenai tangga gaji, Omar berkata:

“Kami tidak diberikan buku sifir gaji sepenuhnya. Masa kami tanya pada taklimat JPA (bulan lalu) dikatakan rahsia, tetapi sekarang tidak dikeluarkan.

“Memang ada kakitangan diberitahu, tetapi kebanyakan tidak tahu. Ada juga agensi yang tidak ada kesatuan.”

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.

SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.

“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.

“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.

Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima perubahan gaji bawah peratusan itu.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” katanya.

14 ulasan:

bekas setinggan cochrane berkata...

SAYA BERHARAP PA BERI SOKONGAN KEPADA CEUPACS KERANA MEREKA BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN PA...JANGAN PULA MASA DENGAR UCAPAN PRESIDEN PURA PURA BERI SOKONGAN,BILA DISURUH SIGN TERUS SIGN.
CEUPACS INGIN KAKITANGAN AWAM TERBELA,DAN PENGAGIHAN KENAIKAN GAJI YG LEBIH ADIL.
SAYA PERCAYA PADA CEUPACS KERANA CEUPACS DIBAWAH DATO OMAR TELAH BANYAK KALI BERJAYA MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN PA...SPT PENDUDUK COCHRANE YANG KUARTERSNYA DIROBOHKAN TELAH TERBELA DAN MENDAPAT RUMAH GANTI YANG BAIK.
TERIMA KASIH CEUPACS.
SILA BERI MANDAT PADA CEUPACS,INSYAALLLAH NASIB KITA LEBIH BAIK,NAIK LAGI GAJI KITA.
AMIN

innnnnnnnnnd berkata...

terbakar kampung nampak hasap,terbakar hati nye sapa nan tahu...

MOHON SAMPAIKAN PADA PM,KAMI MASYARAKAI INDIA MAHU CUTI DEEPAVALI 2 HARI....

jangan hanya cakap 1 MALAYSAI,jari tunjuk atas tapi selepas 54 tahun merdeke kami nya masih lagi terpinngiran.

KAMI MAHI HAK KAMI,JANGAN SISIHKAN MASYARAKAT INDIA...PA melayu hanya fikir pasal duit saje...sebab tu tak terma SBPA...Kami mahukan kegembiraan hari raya,tak naik gajipun kami tak ada hal.

DI MLAYSIA,KALAU RAJIN KITA BOLEH KAYA,TAPI RAMAI PA MALAS,MAHU MAKAN GAJI SAJA...

Tanpa Nama berkata...

TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

Saya ada satu permintaan.

Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tak apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.lebam lebam tu biasalah....Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji

Tanpa Nama berkata...

Macam mana dari segi perundangan jika saya dah sign SBPA,tapi masa saya sign saya tak didedahkan dengan maklumat yang jelas kerana lampiran c tidak disertakan bersama surat opsyen.
ADAKAH SAH PSYEN SAYA,JIKA SAYA SIGN DALAM KEADAAN TAK MENDAPAT MAKLULAMAT LENGKAP,TERTEKAN DAN SAYA SYAK ADA MUSLIHAT SELEPAS SAYA SIGN.

SEASIAPA YANG YAHU UNDANG UNDANG SILA BAGITAU..

41 lulusan oxford berkata...

saya tak peduli pasal perasaan orang,yang penting adalah output...

SAYA SETUJU JIKA SBPA DIKAJI SEMULA..SAYA CADANGKAN SUPAYA,KENAIKAN GAJI PELAKSANA DIKEKALKAN KERANA SBPA TELAH MENUNJUKKAN ADANYA,HIERARKI IAITU SEMAKIN TINGGI PANGKAT SEMAKIN BANYAK KENAIKAN...(TAPI GRED 11 PERLU DIBERI SEDIKIT LAGI KENAIKAN AGAR GAJI MINIMUM 1000 TERCAPAI)

WALA BAGAIMANAPUN...KUMPULAN 41 PERLU MENDAPAT KENAIKAN TERTINGGI KERANA PADA 20O7,ADA ANTARA MEREKA YANG GAJINYA LEBIH RENDAH DARI GRED 32 BILA KENAIKAN 41 CUMA 10% BERBANDING 27,29,32,36 SEBABYAK 25%.INI TAK SEPATUTYA BERLAKU KERANA,41 ADA IJAZAH....MANA BOLEH MENAIKKAN GAJI ORANG YANG TAK ADA IJAZAH LEBIH DARI JAZAH SEMATA MATA KERANA NAK BAGI MEREKA KEHIDUPA YANG SESUAI DENGAN KOS HIDUP.TAHUKAH DATO BAHAWA ADA ANTARA KUMPULAN BAWAHAN YANG MENJALANI HIDUP LEBIH DARI KEMAMPUAN,ADA GRED 27,32 PAKAI TOYOTA WISH ....MEREKA PERLU BERUSAHA....JANGAN NAK HARAP CEUPACS BERJUANG SEHINGGA MENAMPAKKAN SEOLAH CEUPACS SPT BERJUANG UNTUK GOLONGAN BAWAHAN SEMATA MATA.
KALAU CEUPACS TERUS BERJUANG UNTUK BAGI MEREKA HIDUP MEWAH SAMPAI BILA BILAPUN TAK AKAN CUKUP...AKHINYA NANTI SAYA RASA CEUPACS TIDAK AKAN DIHORMATI OLEH KERAJAAN,
MUNGKIN SALAH SATU SEBAB JPA TAK PANGGIL CEUPACS BERUDING ADALAH KERANA MEEKA DAH TAHU MEREKA TAK AKAN DAPAT BUAT SBPA JIKA CEUPACS TERLIBAT SAMA.
SBPA DAH ELOK....CUMA KENAIKAN JUSA YANG MELAMPAU DIKAJI BALIK DAN DIAGIHKAN SEMULA KEPADA GRED 11 DAN 41 KEATAS...NI KERANA PnP MEMPUNYAI LEBIH KELULUSAN DAN TANGGUNGJAWAB..BUKAN SPT PELAKSANA SENIOR YANG BANYAK KOMPLEN...TAPI MEREKA BOLEH BANYAK KOMPLEN KERANA BUKAN MEREKA YANG KENA TANGGUNG DAN JAWAB.LAGIPUN KOMEN UNTUK MEMPERTAHANKAN SENIOR AGAR DAPAT LEBIH ADALAH MENGARUT...MENTALITI INILAH YANG MENYEBABKAN PERKHIDMATAN AWAM KITA TAK MAJU...JUNIOR BANYAK YANG ADA IDEA UNGGUL,TAPI TERHALANG KERANA SENIOR YANG RASA DIRI MEREKA BAGUS TU TAK NAK TERIMA IDEA BARU,SEBAB ZON SELESA MEREKA TERGANGGU TAPI NAK GAJI LEBIH.SAYA CADANGKAN AGAR SETIAP PA PALING LAMA BOLEH BERKHIDMAT SELAMA 7 TAHU DI SATU SATU TEMPAT UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA IDEA BARU DAN INILAH BARU TRANFORMASI...JIKA TAK MAHU TUKAR...EXIT POLICY.
IDEA YANG BAGUS SELALUNYA TDAK DAPAT DITERIMA,TERUTAMA OLEH ORANG YANG ADA KEPENTINGAN...SEPERTI ORANG YANG RASA DIRINYA SENIOR SERBA TAHU...DAN UNTK MELAKUKAN TRANSFORMASI KITA TAK BOLEH TERLALU AMBIL HATI ORANG,BUAT APA YANG KITA RASA BETUL ...PERASAAN,KEADADILAN,SENDU HIBA,RATAP TANGIS DAN AMARAH TAK PUAS HATI TOLAK KETEPI KERANA PERASAAN INILAH YANG MENGHALANG KITA UNTUK BUAT SESUATU YANG BARU.

45 ringgit saja berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

45 ringgit saja berkata...

BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA

HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen

Tanpa Nama berkata...

apa dh jadi,gaji n1 x smpai 13% org atasan je yg untung.ini nk mengelirukan org bwahan.n1 rmai yg sudah lma lulus kpsl tpi tk ada kenaikan pn.knpa tk naikan je n1 ke n17 kn senang.pem.operasi nma je sedap, tpi kje sma je.ini bermakna org bwhan kna jdi pemandu-krja hakiki.harap pihak yg berkenaan ambil berat org bwahan.

Tanpa Nama berkata...

ada sesiapa yg boleh bantu.
pem. operasi ni,bwah jpa @ msih bwah kem.klau msh bwah kem. smpai ke pencenlh kita dduk kt stu & tk blhlh kta berarah angin ke tmpat lain.sampai blalh nasib mcm kta ni nk dibela.hai...tk dpt lglh aku nk kje kt ngeri ku sndiri.tggal lg ank2 ku tnp pengawasan ibu bapanya yg berkje jauh.

Tanpa Nama berkata...

org bru lebih untng,berbanding org yg bkrja lma (gaji mrka).sblm buat sbpa semaklh dulu.jgn nk memperdayakn golongan bwhan & kaburi mtanya.

Tanpa Nama berkata...

NASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:

1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.

2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!

3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?

4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.

Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa

Tanpa Nama berkata...

PERTEMUAN/PERBINCANGAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA YANG MENGECEWAKAN PENJAWAT AWAM

PERBINCANGAN TELAH DILAKUKAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA. SAYA HAIRAN MENGAPA CUEPACS TIDAK MENGELUARKAN APA JUA KENYATAAN RASMI DALAM BLOG INI, TIDAK SEPERTI MULA-MULA DAHULU APABILA TERJADI KEKALUTAN MENGENAI SBPA OLEH PENJAWAT AWAM, PELBAGAI SARANAN DAN KENYATAAN DIKELUARKAN OLEH CUEPACS!

APA DAH JADI, CUEPACS?

KALAULAH HANYA SETAKAT DILANJUTKAN TARIKH PENERIMAAN BORANG OPSYEN KEPADA 15 JANUARI 2012 (KEPADA YANG TIDAK MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN) ATAUPUN DITETAPKAN 30 DISEMBER 2011 (KEPADA YANG MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN),

TAK PERLULAH CUEPACS BERBINCANG ATAU BERUNDING DENGAN JPA!

ITUKAH HASIL PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN!

SUNGGUH MENDUKACITAKAN!

SAYA AMAT MENGHARAPKAN SEMOGA CUEPACS DAPAT MEMBERIKAN PENJELASAN SETELAH BERBINCANG DENGAN JPA MENGENAI :

1)SEMAKAN KENAIKAN GAJI ( 7-13% SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI) TERHADAP GRED-GRED YANG TERTINDAS,

2)GAJI PERMULAAN BAGI GRED-GRED YANG TERTINDAS,

3)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG TIDAK SERAGAM DAN MERUGIKAN (SISTEM BRACKETING) BAGI TANGGA GAJI DALAM GRED ITU SENDIRI,

4)PERUBAHAN BULAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN YANG TERLALU MERUGIKAN BAGI SESETENGAH TANGGA GAJI TERTENTU DALAM GRED ITU SENDIRI

5)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG MERUGIKAN PENJAWAT AWAM YANG SENIOR

6)PENJELASAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK MENYELURUH MENGENAI SBPA

HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 malaysia,

Kpd semua PA,apa khabar hujung tahun 2011 rasanya semua nya seronok sebab umur bersara dilanjutkan ke 60 tahun,skim baru SBPA semua nya dapat gaji baru,markah 60 kebawah diberi tempoh dalam 1 tahun untuk tindakan buang kerja paksa,70% APC ada kenaikan gaji.

SBPA membela PA Pelaksana ?.
SBPA membela Gaji golongan pelaksana?,
SBPA urusan SN1M (Skim Najib 1M)pak lah juga yang ok Yes naik 40% SSM.

nasihat kepada PA tolong Tandatanga segera opsyen dan hantar segera.

sekian. Dr niaga.

Anak Tiri PM dan KPM berkata...

Sebab apa baru dengar dari kawan-kawan, kami guru dilantik tahun 1990 dan 1991 rupanya sama gaji dengan guru yang lantik tahun 1993/1994/1995. Amboi-amboi .......jadi kami ini semua anak tiri kepada Pm dan KPM kah?