SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Disember 2011

JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA

Bernama
28/12/2011



PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.

-- BERNAMA

404 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   401 – 404 daripada 404
Tanpa Nama berkata...

DG 41 gak berkata...

CUBA GOK FIKIR... berkata...
CUBA FIKIR.....
Sistem gaji yg pelik dalm sektor awam ni..mcm cthnya isteri aku..seorang guru diploma asalnya thun 2000 dan sambung belajar dan dapat gaji ijazah thun 2007.. yang peliknya kawan isteri aku yg sama-sama posting masa diploma yang tak sambung belajar gaji dia lebih tinggi dari isteri aku yang dapat gaji ijazah ni..dah la kena bayar pinjaman pula..dah tu belajar kena tinggal keluarga..malu dgn kawan yg tak sambung belajar gaji dia lbih baik dari isteri aku....menyesal aku benarkan isteri aku sambung belajar dulu...satu kerugian..JPA tak pikir ke nasib golongan mcm isteri aku ni...sampai bila2 pun gaji tetap rendah,,MENYESAL..

Rabu, Disember 28, 2011 10:05:00 PM

Ini terjadi sebab di SSM, kenaikan DG32(RM98.00) lebih tinggi berbanding DG41(RM90.00), tetapi bermula P1T17, kenaikan adalah RM150.00.
Di SPBA, KGT di gred siswazah lebih tinggi daripada gred 41 - 54.
Yang ni menyebabkan muka kump. sokongan kelat semacam

guru lama berkata...

persetujuan antara CUEPACS DAN JPA nampaknya tidak melibatkan perubahan dari segi kaedah pemindahan gaji kakitangan. Jadi,yang dapat lebih dan yang dapat kurang dalam pemindahan gaji ke SBPA kekal, yang moyok tetap moyok dan yang gembira akan terus melompat ke awan.kegembiraan

Tanpa Nama berkata...

kajilah kadok...............last2 macam tu juga
--------------------------
kalau tak kaji bising juga, dah kaji pun bising juga...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bertanya,adakah kenaikan gaji gred N1 sehingga JUSA untuk SPBA masih relevan,telah disahkan atau ade perubahan?hal maklum,kenaikan gaji bagi yang setahun baru bekerja kenapa samakan yang dah 3 tahun bekerja.harap kaji dengan sewajarnya.

«Lebih lama ‹Lebih lama   401 – 404 daripada 404   Terbaru› Baru»