Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Pelaksanaan dasar “exit policy” tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil, jelas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.
Ketua Pengarahnya Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan dibersarakan di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.
Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan awam buat masa sekarang.
“Jadi, ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam penjelasan hari ini, Abu Bakar berkata, berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan, semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131,196 orang penjawat awam atau 10 peratus, seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas, dan ia disusuli dengan 55.6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4.3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah.
“Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1.1 peratus,” katanya lagi yang semalam menyifatkan angka kakitangan awam berada dalam kategori itu sangat minimal.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum, guru, polis dan Angkatan Tentera Malaysia semalam, Abu Bakar berkata, penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian.
Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah.
“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau merujuk kepada peruntukan dasar pemisah atau “exit policy” — salah satu perkara yang terkandung dalam SBPA.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.
“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.
“Kita kena beri mereka peluang untuk memperbaiki keadaan, dan jika masih tiada perubahan, baru akan diminta berhenti kerja,” kata beliau lagi.
Tambah beliau, JPA memberi jaminan tidak akan menganiaya mana-mana kakitangan menerusi dasar pemisah kerana hanya bertujuan memperbaiki sektor awam.
“Itu jaminan yang saya boleh berikan,” kata beliau.
33 ulasan:
staff yang sakit tenat dan tidak dapat menjalankan tugas akan diberhentikan? dahlah orang sakit tenat nak berentikan lagi? macam nak doakan orang tu mati terus.. baguss..
macam kalau saya driver kena eksiden patah kaki masa bekerja akan diberhentikankah?
siapa nanti PANEL2 tuh?
Ada sebut ke dalam artikel tu yang saki tenat terus diberhentikan? Pandai baca ke tidak? Ke baca tajuk terus je melulu nak komen. Kadang2 bila cakap komen tu menggambarkan bagaimana orang tu marah..tp fikirkan la..ambil la sikit yang positif supaya hidup itu penuh dengan aura positif.
Wajar bagi penjawat yg memang disiplin amat teruk. Asyik menyusahkan penjawat lain saja.
Tanpa Nama berkata...
Ada sebut ke dalam artikel tu yang saki tenat terus diberhentikan? Pandai baca ke tidak? Ke baca tajuk terus je melulu nak komen. Kadang2 bila cakap komen tu menggambarkan bagaimana orang tu marah..tp fikirkan la..ambil la sikit yang positif supaya hidup itu penuh dengan aura positif.
---------------------
dah baca pekeliling ke belum ni?
Assalamualaikum...salam sejahtera..sy ucapkan untuk semua semoga gumbira...
persoalan saya...saya adalah driver...bulehkah saya mohon cuti tanpa gaji...setelah 1 tahun kemudian sy datang kerja balik???
sy cuti sebab mahu tumpukan ambil spm...
lebih baik berhenti kemudian dapat pencen.rasanya itu lebih baik.ambil duit kita dapat berubat dengan sebaiknya.think positive la.sya pun tak tahu ...mungkin kita yang sihat ni pun...suatu hari nanti akan sakit....pada pandangan saya.daripada menjadi beban kepada kerajaan keranan kita tidak dapat menjalankan tugas dgn sebaiknya...lebih baik kita menarik diri.sekian.
saya setuju SBPA
persoalannya.
tahun pertama : 69%....panel khas.
pindah tempat kerja
tahun 2:67%.....panel khas.
pindah tempat kerja
tahun ke 3....panel khas
disarankan berhenti dan dpt pencen
aiya,,,anda semua jgn pening2 lah,,,dah pergi ke dgr taklimat yg dianjurkan oleh pejabat anda?so,,,klu dah pergi apa yg anda dapat?klu belum pergi,jgn lah memandai2 nk ckp yg bukan2,,,,sy syorkan,pergi ke taklimat SBPA yg bos@pjbt anda anjurkan,,,,,baru puas hati,,,dan jgn pergi kosong je,,,pergi dan sblum tu sediakn soalan2 yg bkaitan yg bmain di fikiran mngenai SBPA NI,,,ok....bru anda akan puas hati...
nanti staf tualah yg teruk..asyik kena compare dgn staf muda je. tak naik gaji le deme..markah silap2 hanya 69% je. exit policy.
Assalamualaikum...salam sejahtera..sy ucapkan untuk semua semoga gumbira...
persoalan saya...saya adalah driver...bulehkah saya mohon cuti tanpa gaji...setelah 1 tahun kemudian sy datang kerja balik???
sy cuti sebab mahu tumpukan ambil spm...
Kira2 1.1% diberhenti keja. Ni kerajaan BN ke atau DAP?
Jawab sat...
ada yg dpt markah tinggi tapi yg menilai kena panggil..arah turunkan. dah buat penilaian...tapi dah diarahkan rendahkan balik...
tu apa citer... harap Cuepacs tu tubuh satu panel bagi memantau segala isu dan pelaksanaan SBPA..
nanti ianya menjadi satu ugutan kepada PA, agar sentiasa akur walaupun salah...
mcm bahaya je cadangan ni.. nak kena singkir PA yg markah rendah 1.1 % adalah penting ngak kalu dinilaikan sebagai undi walaupun hanya 1 undi...takut2 PA nanti berkecil hati...dalam minta perubahan kami terperangkap. entah lah????? harap kerajaan nilai kembali ada byk lagi kaedah utk membantu dan membentuk PA??
bagi la cadangan lain klu nak bangkang je..jangan malas kejer la,klu duk kejer swasta dah lama korang ni makan pasir, baru tahu erti penyesalan
SOKONG PA YANG BERMASALAH DIBUANG KERJA,AGAR TIDAK MENJADI PARASIT DALAM JABATAN...BILA DAH JADI PARASIT TANPA DIAMBIL TINDAKAN,LAMA LAMA JADI KEBAL DAN NAIK TOCENG.
SOKONG MUDAHKAH PROSES EXIT PA YANG BERMASALAH...
CUMA TAKRIF PRESTASI RENDAH PERLU DI BEZAKAN DENGAN KAKITANGAN BERMASALAH.
YANG BERMASALAH PERLU EXIT...YANG PRESTASI RENDAH kita kena fikir kenapa prestasi rendah,macam mana kalau pekerja itu lurus bendul,pendiam,kerja rajin,datang awal,tak membantah bila disuruh,kerja dengan ikhlas tanpa menunjukk nunjuk tapi PRESTASI RENDAH.....akibat dia tak menonjolkan diri.
macam mana pula kalau sorang lagi,suka menjawab,sukar melaksana arahan bila disuruh,rasa diri hebat,datang lambat,pandai cakap ,suka cari salah orang lain,pandai bagi cadangan tapi bila bab suruh melaksanakan cadangan dia cadangkan orang lain,bila kerja siap dia menonjolkan sebagai kerja dia,kaki bodek tapi PRESTASI TINGGI kerana dia pandai menonjolkan diri.
SBPA... satu gerakan terancang kerajaan nak kecilkan saiz perkhidmatan awam. Beza BN dgn DAP, BN buat cara halus, DAP buat cara terang2!
SAYA cadangkan setiap jabatan kenal pasti siapa kakitangan mereka yang sokong pemanbangkang dan mereka iniah yang perlu di exit dari perkhidmatan awam.
Hanya kakitangan yang menyokong kerajaan shj sepatutnya berada dalam PA untuk memudahkan pelaksanaan program transformasi kerajaan .
Ahli UMNO yang aktif perlu diberi pelepasan dan cuti kerana perjuangan UMNO adalah untuk kepentingan PA yang kebanyakannya terdiri dari kaum melayu.
Ahli umno juga perlu dikategorikan sebagai berprestasi tinggi.
CUTI TANPA REKOD UNTUK MENGHADIRI PERSIDANGAN UMNO DAN APA APA AKTIVITI UMNO.....
HIDUP UMNO
kalau yang jenis buat masalah, tak datang kerja,setahun tak datang kerja, dapat gaji tiap2 bulan... kena buang kerja tak? kalau tak buang, ko orang jelous tak? hahahaha mesti sokong agar exit policy dihapuskan...demi kepentingan kita!...hehehehe
aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....
BERKENAAN....
aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....
betul ke kau ni HUSIN .....
macam tak caya je...bukan ke hari t kau ada masuk TV lepas belajawan,kau juga yang cakap belanjawan prihatin,elanjawan terbaik sepanjang sejak merdeka.
Mereka yg mempertikaikan Exit Policy ini mungkin adalah golongan 1.1% yg agak tergugat setelah lama 'makan angin dan free' dan kes mrk yg dibekukan sekian lama. Pegawai yg bermasalah disiplin, anti inovasi/kreativiti, pengkritik dan produktiviti rendah dianggap virus berjangkit yg bole merebak kpd pegawai lain ini perlu dinyahkan segera.
Minta diperjelas penggunaan antara dua istilah ini ~ "DIBERSARAKAN" & "DIBERHENTIKAN" kerna implikasinya adalah berbeza dari segi perkhidmatan seseorang PA itu... Sbg contoh: Seorang PA yang mengalami sakit yang berat & di sahkan layak untuk tugas2 ringan ~ adakah beliau akan diberhentikan perkhidmatan atau dinasihatkan untuk bersara awal...? TK & Wassalam!
ipMinta diperjelas penggunaan antara dua istilah ini ~ "DIBERSARAKAN" & "DIBERHENTIKAN" kerna implikasinya adalah berbeza dari segi perkhidmatan seseorang PA itu... Sbg contoh: Seorang PA yang mengalami sakit yang berat & di sahkan layak untuk tugas2 ringan ~ adakah beliau akan diberhentikan perkhidmatan atau dinasihatkan untuk bersara awal...? TK & Wassalam!
KAKI AMBIL CUTI SAKIT SWASTA NI MEMANG SIAL.. MUDA MUDA DAN BARU KERJA DA SAKIT.. TAPI TAK ADA DI RUMAH, JIKA SAKIT BERIHAT LAH DI RUMAH..SILAP APC ADA YG DAPAT TU YG SAKIT HATI...
kalau bab prestasi rendah org bawahan jea yg kena.. org atasan dari gred 41-52 tak de prestasi rendah sebab pakat satu jawatan PnP..teruk mcmana kerja pun tetap markah 90% ke atas sebab masing-masing ada tembelang besar, pegi jahamanlah kau org.. kami menyeru 1.4 juta PA menolak bulat-bulat SBPA tak relevan tue.. SBPA menjadikan org atasan berkuasa penuh buang PA bawahan.. siaplah kau org PRU-13 nie.. terimalah padahnya ..
JPA ni tak habis2 jadi keldai kerajaan! Dah namanya Jabatan Kerajaan mestilah sokong kerajaan. Jangan buang batu sembunyi tangan pula nanti. Cakap tak serupa bikin. Sedangkan dalam bajet cakap lain, pelaksanaan SBPA ni pun dah lain, inikan lagi cakap2 mulut Pengarah ni. Boleh percaya ke? Tipu orang kampung kuno bolehlah Datuk.
selalu kalau kakitangan bawahan dipandang rendah atas alasan akademik kami tak tinggi. Tapi pernahkah terfikir ada ramai kakitangan bawahan kini yang memiliki kelulusan (pernyataan ini bukan merujuk kepada kakitangan bawahan mohon gaji @ naik pangkat). Saya rasa terkilan bila baca komen seperti "..
Kakitangan bawahanlah yang banyak menyempurnakan kerja. Pegawai atasan ramai asyik pergi meeting, beban perlaksanaan semua diletakkan kepada kakitangan bawahan. Tunggu hasil & terima pujian. Kalau ada komplen, pegawai atasan akan cuba kaitkan kesalahan tersebut berpunca dari kakitangan bawahannya.
Kerapkali lebih bagus berurusan dengan kakitangan bawahan dari pegawai yang selalunya tak tau apa yang berlaku di pejabat atau bidang tugas unit/jabatan dia sendiri..
JPA sila jelaskan siapa yg patut dapat prestasi rendan dan kenapa dapat markah prestasi rendah itu patut diberi! Sila buat penjelasan yang jelas! pastikan exit policy bukan alasan untuk membela ketua jabatan berperagai macam tikus baiki labu lagi bodoh sombong menginaya orang yang tak sebulu dengan sewenang-wenagnya....
baru je lepas dengar taklimat sbpa, pendapat saya : umur persaraan dinaikkan ke 60tahun(dengar mcm best), silap2 x sempat sampai umur 60tahun dah kena bersara (dinasihatkan bersara), bukan ape.. kita tak tahu badan kita ni sihat sampai bila, esok lusa, mungkin kena strok ke, serangan jantung ke, gout ke, semua sakit2 tu datang x kira usia, umur 30an pon boleh kena, semua penyakit tu amik masa nak pulih,anak2 sape nak bagi makan kalau kena besara awal(sebab sakit)?? hutang (gov loan) rumah sape nak bayar?? hutang bank rakyat??agro bank?? lepas ni lebih ramai la khidmat awam masuk program bersamamu sebab merempat takde rumah, kalau mcm ni gamaknye "rakyat diutamakan" ke?
Orang rajin jgn risau...
orang yang malas patut takut..
1.kat tempat aku dah dua tahun tak datang kerja pun tak leh dibuang..
2. Yang sorang lagi ni pulak datang baca surat khabar dan tidur
3. yg sorang lagi asyik mc...walau tak sakit..selalunya gi memancing
4. ada lagi lak..main facebook dr pagi sampai ptg
5. Adalak yang petang dok kat rumah cuma dtg kejap punch kad
semua pekerja rendah
bos pun tak leh buat apa...
jenuh juga nak nunggu 60 tahun ..boring bagi dia org ni..
patut cuepac sediakan tilam...untuk dia orang...sbb byk sakit belakang sbb tidur kat kerusi dan tempat tersorok...
dan bagi balik awal untuk dok rumah
tapi gaji kena jalan...le
Macammana pula staff yg bekerja berintegriti tetapi boss pula buat hal dengan adanya kuasa mula-mula bagi tindakan tatatertib dgn alasan tah apa2 pastu guna pula exit policy dgn letak markah paras hidung (markah kena exit policy) relevan ke sistem exit policy ni macam menganiaya je kuasa beri markah diberi pada orang atasan yg tak tahu kita buat kerja atau tidak. lepas tu setiap aduan yg takde kena mengena dgn tpt kerja pun masuk sekali. oleh yang demikian perlu dijalankan semula kajian terperinci tentang exit policy ni.
saya yang kena exit policy ni yang menanggung akibatnya.dahlah disisihkan di tempat kerja.saya tak boleh guna surau .tak boleh makan di pantry.dan kalu naik kenderaan kena lapik tempat duduk.saya pernah kena tinggal oleh kenderaan jabatan.saya pi makan sorang tak pernah berteman.saya memang takde kawan baik disini walaupun dah 5 tahun kerja disini.saya kena exit policy ni selepas saya diserang penyakit jiwa.adakah kerana saya sakit saya disisihkan. saya cuma ada tempoh sebulan je lagi dalam pemerhatian.saya difahamkan kaunselor yang mengendalikan kes saya tak nak sokong saya.so maybe saya tinggal sebulan je lagi kerja.kalu saya diberhentikan saya takkan dapat pencen.so saya nk hidup macamana selepas ini.saya tak tahu nak kerja apa selain kerja hakiki saya ini.maybe saya akan diserang semula penyakit saya kalau dah tak bekerja.
Catat Ulasan