SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Disember 2011

MINDA PENGARANG: SBPA BIAR JADI PEMANGKIN LONJAK PRODUKTIVITI , TINGKAT PRESTASI

Berita Harian
2011/12/08



TEKA-TEKI mengenai bentuk pembaharuan yang terkandung dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudah terjawab apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam. Berdasarkan pekeliling itu, pembaharuan yang dilakukan itu selari agenda transformasi negara yang memberi cabaran kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti, setimpal dengan pemberian gaji dan imbuhan kerajaan.

Kita berharap SBPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002 akan mendorong kira-kira 1.4 juta penjawat awam bekerja lebih keras lagi selepas ini. Kita berharap tidak timbul lagi kelemahan dan kecacatan terhadap skim ini kerana SBPA akan menggunakan mekanisme penilaian Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK). Kita percaya Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) serta Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) adalah mekanisme penilaian berkesan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sewajar diberi ruang untuk dilaksanakan. Jaminan JPA yang akan mengutamakan penjawat awam berpengalaman dan cemerlang bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam dan hanya mengambil orang luar apabila keadaan sangat memerlukan pastinya memberi kelegaan kepada pegawai tinggi yang bertugas ketika ini kerana mereka juga berpeluang mendapat kenaikan jawatan. Kewujudan hierarki Perkhidmatan Awam diharapkan dapat mengatasi kelemahan yang wujud dalam skim saraan sebelum ini kerana matlamat asal perubahan skim perkhidmatan bertujuan meningkatkan prestasi kerja penjawat awam dan imej jentera pentadbiran kerajaan. Pengenalan sistem gaji baru dalam SBPA sepatutnya menjadi dorongan kepada kakitangan awam meningkatkan mutu perkhidmatan dan bukan sekadar mengharapkan bonus tinggi melimpah ke poket masing-masing setiap hujung tahun.

Harapan kita dan rakyat seluruhnya apabila SBPA dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari ini, ia bakal menerbitkan sinar harapan kepada seluruh rakyat untuk melihat matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya menjadi lebih dinamik, responsif dan berasaskan prestasi akan berjaya. Sudah sampai masa kakitangan awam memperbaiki kelemahan dan kebiasaan yang merugikan produktiviti negara seperti tabiat gemar pergi minum pagi terlalu lama atau kerap ghaib dari pejabat.

Kewujudan dasar pemisah atau ‘exit policy’ bagi menangani isu penjawat awam berprestasi rendah dan bertujuan melepaskan mereka daripada terus berkhidmat dalam perkhidmatan dengan memberikan pilihan kepada mereka untuk bersara awal tidak harus dijadikan isu besar. Apa yang penting, kita mengharapkan sistem penyampaian awam juga akan menjadi lebih cekap di samping kerenah birokrasi dapat dikurangkan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aslkum semua.....
saya ingin menarik perhatian jpa mengenai nasib gred pt n17....
bila jawatan n11 dijumudkan ke gred n17 ...pt po lama n17 still x dapat apa2 kenaikan...
tapi bila keluar opsyen sbpa still pt p/o n17 yang lama x dapat apa2....
perkataan kekananan pun dah hilang dari kamus pekeliling walaupun diwujudkan elemen bracketting....
walaupun dapat p.gaji awal tapi still dalam tahun yang sama junior dapat potong senior....
saya bagi contoh sekarang gaji saya P1T4...bila nak convert ke SBPA kita kena gerakkan satu pergerakan di sifir gaji lama dan akan menjadi P1T5 iaitu rm 1020...
BILA masuk dekat jgs dalam SBPA gaji yang terhampir ialah rm 1050....dan saya kononnya akan mendapat manfaat dalam elemen bracketting ini bila p.gaji saya akan berubah dari bulan julai ke bulan januari....
maknanya gaji saya akan menjadi rm 1145.....
tetapi member saya yang berda di P1T4 dalam SSM akan memyamai gaji saya di JGS SBPA pada bulan APRIL....
tidakkah ini adalah elemen flip flop....
selepas itu setiausaha dinaikkakn ke gred n27 apabila pegawai itu mempunyai diploma....kenapa perkara ini tidak diluaskan kepada pembantu tadbir P/o N17....
RENUNG2KANLAH...

Tanpa Nama berkata...

nak tanye sikit...apa2 yang ditulis di sini ada ke sesiapa yang ambil peduli. Kalau setakat nak suruh penuhkan kolum je, buat ngabih boreh je la.

harap ada la pihak cuepacs atau jpa yg meneliti aduan2 ni. kata rakyat didahulukan... pegawai dan kakaitangan dalam perkhidmatan awam pun rakyat juga...

Tanpa Nama berkata...

Kerana terlalu lama dibawah tempurung maka mindanya bermimpi kakitangan kerajaan menerima bonus berbulan bulan gaji dari tahun 2008 hingga sekarang pada fikirnya... setiap tahun dalam mimpinya..... tapi yang peliknya dalam realiti hampir tiap tiap tahun cuepacs mohon bonus... tapi dapat bantuan khas la pulak... kesian... nak dapat bonus 1 bulan gaji pun susah susah... persoalannya sekarang, kalau anda tidak ceria bagaimana sikap dan perlakuan anda? jika pekerja rasa dirinya dihargai dan diambil berat, tentunya akan mendorong pekerja itu memberikan komitment penuh dalam membantu majikan mencapai matlamatnya. kemungkinan tinggi kakitangan awam dalam keadaan kemurungan... dasar kerajaan tidak terlaksana dengan sendirinya tanpa kaki dan tangan... tiada rakyat tiadalah kerajaan, tiada kaki dan tangan tiadalah.....sambung sendiri..... kalau ada mesin yang dapat mengira gaji berdasarkan penat lelah, beban kerja, stress yang ditanggung, pengorbanan yang dilakukan dan risiko bahaya yang dihadapi, saya rasa peringkat yang mengarah yang dapat gaji paling ciput. Biasanya sapi punya susu lembu dapat nama...

Tanpa Nama berkata...

SBPA DITANGGUHKAN... SYUKUR... TAPI SAYA NAK TAU ADAKAH IANYA HANYA DITANGGUH KAN DAN TIADA APA2 PERUBAHAN DLM ISI KANDUNGAN PELAKSANAANNYA....? KALAU PENANGGUHAN INI DISERTAKAN DGN PENAMBAHBAIKAN SAYA BERSYUKUR... TAPI KALAU SETAKAT TANGGUH DAN INTIPATI SBPA MASIH SAMA.. BAIK TAKYAH.... SATU LAGI, SAYA GERAM KENAPA PERDANA MENTERI DAH KATA TANGGUH TP MASIH ADA KETUA JABATAN BAGI ARAHAN SUPAYA SIGN DAN HANTAR.... MCM MANA NI... CEUPACS TOLONG BOLEH TAK.... INI MALAYSIA BUKAN KSN, KPPA, KSU, TKSU, KP, P, KPP, PP DAN PPT PUNYA OKEY.....