SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Disember 2011

PENJAWAT AWAM TETAP DIUTAMAKAN DALAM SBPA

Bernama
8/12/2011



PUTRAJAYA 7 Dis. – Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier, walaupun terdapat dasar membenarkan “orang luar” mengisi jawatan tersebut dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dikuatkuasakan Januari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat terhadap penjawat awam yang layak mengisi kekosongan itu terlebih dahulu dan calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak untuk memegang jawatan itu.

“Penjawat awam jangan risau tentang perkara ini, sebab ini hanyalah persediaan. Kalau kita tak sediakan peruntukan ini sekarang dan kalau keperluan timbul nanti, waktu itulah baru kita nak buat pindaan dan sebagainya tentulah tak elok.

Setiap skim yang kita laksanakan bukan saja untuk mengatasi masalah sedia ada tapi juga melihat kemungkinan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa dalam skim baharu ini, jawatan premier perkhidmatan awam, peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah dasar tersebut, mengatakan ia seperti menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Abu Bakar berkata, bakat dari luar itu turut perlu melalui proses sepertimana pegawai dalaman termasuk saringan dan penilaian oleh satu panel yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara.

“Jadi dia akan dinilai keupayaannya dari segi pengetahuan peraturan-peraturan perkhidmatan, kewangan, pengauditan dan sebagainya yang bermakna dia perlu cekap tentang urusan pentadbiran kerajaan dan dicampur dengan keupayaan dan pengalamannya berkhidmat di luar perkhidmatan awam barulah diberi pertimbangan,” katanya.

Setakat ini tiada kuota spesifik ditetapkan untuk pengambilan tersebut, namun menjangka keperluannya tidak akan melebihi 20 peratus daripada jumlah jawatan yang ada, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk urusan spesifik jangka pendek, seperti untuk menyertai kumpulan perundingan kedudukan negara dalam ekonomi, mereka yang tidak berada dalam perkhidmatan awam boleh diambil bekerja secara kontrak.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata SBPA bukanlah bertujuan untuk mengurangkan penjawat awam, tetapi bagi memastikan tenaga kerja dalam sektor awam itu dapat dikawal mengikut keperluan.

Beliau berkata, tahun ini sehingga hari ini sahaja sejumlah 29,000 jawatan dalam perkhidmatan awam dimansuhkan dalam usaha tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih baik.

“Sebagai contoh, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, kita mengambil 7,000 anggota polis yang selama ini berkhidmat di ibu pejabat dan balai, dipindahkan membuat kerja kawalan keselamatan awam dan tempat mereka ini digantikan dengan 4,200 penjawat awam dari agensi kerajaan lain,” katanya. – BERNAMA

238 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 238 daripada 238
Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun kena tunggu Lampiran C keluar dulu. Kemudian baru buat 'decision' nk pilih SBPA atau kekal di bawah SSM. Mungkin akan kuar minggu depan. hopefully!

Tanpa Nama berkata...

mengapa dirojakkan gred rendah..penghantar notis,pemandu,penyelia jeti,pembantu kamera,pengawas pemulihan,jadi pembantu operasi?nanti jusa2 nak p outstation jauh takkan nak suruh penyelia jeti bawak?...ptd yang pandai tlg jawab?ceo cina private mesti terkesima dgn kepandaian ptd yg meletakkan nyawa bos2 di tangan mat peon dan pengawas pemulihan....klu ptd 2 ni jadi ceo bank mesti tukang kebun pun diorg belasah jd pemandu ....lawak la ptd...klu keja private mesti jadi tukang kebun...je

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu aje Lampiran C yg dikeluarkan oleh JPA Isnin atau Selasa ini. Kemudian kita leh buat /pilih opsyen yg tepat. SBPA atau kekal dgn SSM.

Tanpa Nama berkata...

perenggan 93 ....pilih SBPA @ SSM sama je peraturannye....tapi bagi opsyen pulak.....macam cerita p.ramlee..dibilik sy pun boleh...di bilik sya pun boleh....lawakla omar osman....bagi gaji naik...tapi syarat....tak ingat...lain kali tak ikhlas jgn bagi...Skim Buang Pelaksana Awam...
------------------------------------
nak buat cam mana, yg buat skim ni kan golongan ptd yg kononnya dah dilatih cara makan, cara berpakaian, cara komunikasi....cuma otak diorang je yg terlupa nak dilatih tu pasal la jumud....sama mcm jawatan yg dijumudkan dlm sbpa.

FT17/W17 berkata...

J17 kelayakan SPM akan dipertimbangkan naik gred dengan syarat tertentu untuk naik J3-1 (J27)

J17 kelayakan Sijil Politeknik terus naik J3-1 (J27)

W17 kelayakan SPM = kekal W4-1 (W17)***memang sesuai dan betul..takpa ini boleh terima***

W17 kelayakan Sijil Pliteknik masih kekal W4-1(W17)...sepatutnya naik W3-1 (W27)...macam skim J juga....ini yg tidak adil

begitu juga FT17 sijil politeknik masih kekal FT4-1(FT17) sepatutnya naik FT3-1 (FT27)....


ni jawapan utk korang.
mamat2 cuepacs 2 ekor ni tak buat kejer.
GRED KEWANGAN & SISTEM MAKLUMAT

NAIB PRESIDEN
Sdra. Ramli bin Kalil

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdra. Mohd Arpandi Said

Tanpa Nama berkata...

yg buat SPBA ni semua ni mesti masa keje swasta kena buli...jadi guard tak tahan ngantuk ...jd driver tak tau jln...jd pion silap hantar surat.....jd cashier silap bg duit...jd salesman org tak nak beli....keja pasaraya kena buli ngan bangla... Dpt keje pegawai gomen br nak tunjuk kuasa...kat gomen bolehla...kalu diorg ni kena exit policy keje swasta jd mat peon balik la...klu jd exec pun mesti kena buli ngan bkn melayu pastu 3 bulan berhenti...hahahaa... takkan private nak ambik diorg keje bayar mahal2....tukang kebun ok kot....

Tanpa Nama berkata...

saya penghantar notis...lps ni sy kena memandu bawak bos..biar betul....kwn sy yg pemandu semua otai2 berpengalaman dan yg plg penting mereka minat memandu...sebab tu diorg minta jawatn pemandu...kalau kat swasta minta peon dpt peon..tapi di gomen..minta peon ..kena jadi peon dan pemandu...lepas ni semua kena ada insurans nyawa la...pegawai boleh buat ke keje pemandu??? 8 jam pegang stereng...sy pun tak blh....

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah pegawai IT F 41 berkhimat selama 2 1/2 ,baru sahaja dapat master(kos master tanggung sendiri).Boleh kah saya minta anjakan gaji untuk master dlm skim baru?

Tanpa Nama berkata...

sape yg kata sbpa ni bodoh, disebabkan oleh dia sendiri yg bodoh dan tak paham bahasa orang2 cerdik ni..
1. kaedah pemindahan gaji - gaji ssm pada dis 2011, diberi kenaikan satu tangga ikut ssm, kemudian dipindahkan pada jadual gaji sbpa yg lebih tinggi dan terhampir.. ini gaji untuk jan 2012. memang naik 7-13% drpd gaji 2012.
2. kenaikan gaji tahunan (KGT). tetap ada kenaikan pada 2012 bulan januari, april, julai dan oktober. ikut tarikh pergerakan gaji (TPG) masing2. ini adalah KGT sbpa yang 80-320 tu. mcm biasala. yg TPG januari, bulan julai nanti dptla tunggakan serta pakai gaji baru.
kira lumayanla tu...

lagi satu.. berkenaan gaji junior sama atau hampir dgn senior ikut sbpa ni.. korang yg senior kena la paham dah korang tu senior.. bape tahun lg nak time based utk naik pangkat? gaji korang akan tinggalkan gaji yg junior jgk nanti..

Tanpa Nama berkata...

pembetulan sikit dr yg atas...

sape yg kata sbpa ni bodoh, disebabkan oleh dia sendiri yg bodoh dan tak paham bahasa orang2 cerdik ni..
1. kaedah pemindahan gaji - gaji ssm pada dis 2011, diberi kenaikan satu tangga ikut ssm, kemudian dipindahkan pada jadual gaji sbpa yg lebih tinggi dan terhampir.. ini gaji untuk jan 2012. memang naik 7-13% drpd gaji 2011.
2. kenaikan gaji tahunan (KGT). tetap ada kenaikan pada 2012 bulan januari, april, julai dan oktober. ikut tarikh pergerakan gaji (TPG) masing2. ini adalah KGT sbpa yang 80-320 tu. mcm biasala. yg TPG januari, bulan julai nanti dptla tunggakan serta pakai gaji baru.
kira lumayanla tu...

lagi satu.. berkenaan gaji junior sama atau hampir dgn senior ikut sbpa ni.. korang yg senior kena la paham dah korang tu senior.. bape tahun lg nak time based utk naik pangkat? gaji korang akan tinggalkan gaji yg junior jgk nanti..

Tanpa Nama berkata...

xda siapa pun yg mempertikai yg berjawatan lebih tinggi dan berkelulusan lebih tinggi harus mendapat gaji yg lebih tinggi...anak aku yg belum masuk tadika pun faham! cuma yg dipersoalkan berapa banyak 'lebih tinggi' yg paling adil bagi kedua2 pihak? Adakah RM1, RM10, RM1000, RM10000....so itu saja yg dipersoalkan...susah sangat ke nak faham!!!
***********************************
Sya sokong 101%..
Org dah gaji tinggi bukannya paham.
makin naik gaji, makin jauh beda? apekebende??

Tanpa Nama berkata...

geng2 ptd ni nampak mcm bodoh....tapi bila tengok mcm ni rupanya semakan skim gaji sbpa....memang confirm BODOH!

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menarik perhatian Tan Sri berhubung peraturan SBPA mengenai Kaedah Pemindahan Gaji dari matagaji di SSM ke matagaji baru di Jadual Gaji Sebaris, SBPA. Saya juga ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri intipati ucapan YAB PM semasa Pembentangan Bajet 2012 yang lalu.

Petikan ucapan Bajet 2012

Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.

Petikan PP11/2011 - Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

Contoh: Gred Gaji N32 (SSM) – N3-2 (SBPA)

SKIM T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7
SSM 2413 2511 2609 2707 2806 2904 3002
SBPA 2710 2865 3020 3175 3330 3485 3640

Berdasarkan prinsip dan contoh di atas:

Pegawai A B C D
Gaji Asal 2413 2511 2609 2904
Gaji Baru 2710 2710 2710 3020
Kenaikan 297 199 101 116
% Kenaikan 12 8 4 4

Daripada contoh di atas, pegawai senior menerima kenaikan gaji kurang daripada pegawai junior. Malah kenaikan tersebut tidak sampai 7%, iaitu kenaikan minimum yang diumumkan oleh YAB PM semasa Pembentangan Bajet 2012. Bukankah prinsip pemindahan gaji tersebut akan demoralised pegawai-pegawai yang lebih senior? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah YAB PM telah tersalah analisa atau beliau telah diberikan info yang kuang tepat? Nampak gayanya YAB PM akan dituduh berbohong semasa menyampaikan ucapan bajet 2012. Sama ada sengaja atau tidak kesalahan tersebut boleh dirujuk untuk diambil tindakan di bawah peraturan 36(12) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen. Mungkin JPA akan berhujah bahawa kajian mengenai gaji telah diputuskan awal sebelum pembentangan Bajet oleh YAB PM. Masalahnya Pembentangan Bajet telah dibuat lebih awal daripada tarikh penyiaran Pekeliling SBPA dan rakyat marhain sudah tentu akan berpegang kepada ucapan YAB PM selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Malaysia. Saya bukan nak memalukan sesiapa cuma berharap supaya tindakan sewajarnya diambil untuk memelihara imej Kerajaan kerana YAB PM mewakili Kerajaan semasa Pembentangan Bajet tersebut yang telah disiarkan secara langsung di seluruh negara. Selaku jentera Kerajaan sudah tentu menjadi kewajipan penjawat awam untuk memelihara imej Kerajaan yang memerintah walaupun tindakan yang diambil bakal menjejaskan imej sesuatu organisasi atau individu. Saya percaya prinsip berani kerana benar adalah prinsip yang mulia dan tindakan yang paling berani adalah mengaku kelemahan/ kesilapan diri sendiri.

Y.Bhg. Tan Sri,

Selaras dengan intipati Ucapan Bajet oleh YAB PM, penjawat awam sepatutnya diberi kadar kenaikan yang sama (7%) di mata gaji ssm dan dipindahkan kepada mata gaji SBPA yang sama atau tertinggi yang terhampir. Sekiranya pelaksanaanya diputuskan sedemikian maka peratusan kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam paling minimum adalah sebanyak 7%. Selain itu, ia tidak akan memberi impak yang besar ke atas gangguan senioriti tangga gaji pegawai seperti yang akan berlaku dengan pelaksanaan prinsip pemindahan gaji yang dicadangkan oleh JPA. Saya dengan rendah diri berharap Y.Bhg. Tan Sri akan meneliti perkara yang saya bangkitkan dan saya berdoa agar Allah S.W.T memberi taufik dan hidayah kepada Y.Bhg. Tan Sri untuk mencari penyelesaian terbaik. Kesudian Y.Bhg. Tan Sri menyediakan medium laman sosial untuk berinteraksi dengan pegawai bawahan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

aku akan pastikan ini adalah pelarasan/semakan skim gaji yg terakhir oleh kerajaan BN....

Tanpa Nama berkata...

tak pa be end nak bodoh2kan para PA!!!!! nanti kita tengok masa pru sapa yang jd bodoh
------------------------------------
jangan jadi dangkal tahap keldai... dapat kat pembangkang lagi teruk... dalam resolusi DAP dia dah planning nak kecilkan perkhidmatan awam... banyak makan gaji buta dari memberi perkhidmatan.

renung2kan diri anda :-
(1) adakah anda datang 15 minit @ tepat mengikut waktu kerja yang ditetapkan
(2) adakah anda pernah curi tulang untuk keluar minum pada jam 10.00 pagi atau membuat urusan lain seperti membayar bil dan urusan bank dll
(3)dan macam2 la...sendiri dah besar

jangan jadikan pendapatan yang anda terima dari dosa subahat. kan jadi haram nanti

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gaji N22
SSM P1T1 RM1915.43
SBPA P1T1 RM1920
naik RM4.57
kenapa tak sampai 1% kenaikan awal

Gaji N17
SSM RM820.38
SBPA RM955.00
naik RM134.62

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi dangkal tahap keldai... dapat kat pembangkang lagi teruk... dalam resolusi DAP dia dah planning nak kecilkan perkhidmatan awam... banyak makan gaji buta dari memberi perkhidmatan.
-----------------------------------...sebab tu kita kena jadikan 'pembangkang'pada hari ini sebagai 'kerajaan' kita dlm pru depan...

2bz4money berkata...

"PENJAWAT AWAM TETAP DIUTAMAKAN DALAM SBPA" sekiranya mereka berkebolehan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi..yg tak kompeten/masalah disiplin pun diutamakan dalam EXIT POLICY.

Tanpa Nama berkata...

PTD = Pi Ti Do

Tanpa Nama berkata...

Contoh: Gred Gaji N32 (SSM) – N3-2 (SBPA)

SKIM T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7
SSM 2413 2511 2609 2707 2806 2904 3002
SBPA 2710 2865 3020 3175 3330 3485 3640

Berdasarkan prinsip dan contoh di atas:

Pegawai A B C D
Gaji Asal 2413 2511 2609 2904
Gaji Baru 2710 2710 2710 3020
Kenaikan 297 199 101 116
% Kenaikan 12 8 4 4

-------------------------

ini ialah bajet 2012.. 2012 kan ada kenaikan gaji tahunan. dlm pekeliling dah bagi tahu.. untuk yang naik terlalu banyak terutama yg junior. TPG akan ditetapkan pada satu tarikh yang baru.. mungkin dilewatkan la TPG dia. sebab dah naik banyak sangat.. baca la pekeliling betul2..

Tanpa Nama berkata...

a'ahla.. sebab januari akan ada kenaikan tahunan. untuk yg naik seratus lbh je mcm aku.. mmg akan dapat kenaikan tahunan la bermula januari nanti.. KGT sbpa plk tu. bukannye naik 4% je. tapi 9% kot. betul la PM cakap. bajet 2012 untuk tahun 2012.

Ali Bin Samad berkata...

korang terlupa sesuatu... masa pm umum bujet 2012 dulu dia ckp ade kenaikan gaji tahunan utk semua pa.. then dia ckp SEBAGAI TAMBAHAN sape yg pilih sbpa dpt lg kenaikan 7%-13%..
bukanya dia ckp sape yg pilih sbpa dpt kenaikan7%-13% dan kenaikan tahunan.. so dia tipu ke ni?

Tanpa Nama berkata...

PA yang telah mencapai maksima lebih setahun, ada 3-4 tahun skim SSM wajar diberi perhatian , bukan sekadar kuantum hanya satu kenaikan.
Mohon timbang semula dalam SSBPA.

Tanpa Nama berkata...

korang terlupa sesuatu... masa pm umum bujet 2012 dulu dia ckp ade kenaikan gaji tahunan utk semua pa.. then dia ckp SEBAGAI TAMBAHAN sape yg pilih sbpa dpt lg kenaikan 7%-13%..
bukanya dia ckp sape yg pilih sbpa dpt kenaikan7%-13% dan kenaikan tahunan.. so dia tipu ke ni?

___________________________________

mana ada PM cakap sbg tambahan.. dia kata DI SAMPING ITU.. 7%-13% KENAIKAN TU DISEBUT BERSAMA DGN KENAIKAN TAHUNAN DALAM ELEMEN KE-4 SBPA.. kalau tambahan dia akan letakkan pada elemen ke-5 la.. mcm bonus dll.
tlg cek balik ucapan bajet 2012 m/s 25.

Tanpa Nama berkata...

go BN...

Tanpa Nama berkata...

Isu yang saya rasa menjadi sangat bususk dan jijik ialah golongan PTD telah menggunakan kuasa dan peluang/kelebihan yang ada pada mereka untuk memastikan hanya kebajikan mereka sahaja yang terjaga dan dibela.

Cuba perhatikan Jabatan atau Kementerian mana yang PTD tidak berada dalam jawatan-jawatan utama. Semua peluang yang ada dimanipulasi secara gelojoh dan tidak patut sama sekali bagi membuka seluas-luas jawatan kenaikan pangkat kepada PTD. Adakah kerana nak masuk PTD kena melalui tapisan yang ketat dan sofistikated kononnya, maka mereka boleh bebas merompak jawatan-jawatan penting di semua Jabatan atau agensi kerajaan?

Barangkali kalau boleh dibuat kajian di kalangan penjawat awam mengenai persepsi terhadap PTD, saya yakin dan percaya dalam diam mereka sangat benci, meluat dan menyampah terhadap perkhidmatan PTD, atas kecekapan mereka yang menjajah jawatan-jawatan utama dalam skim perkhidmatan lain.

Sebagai contoh yang mudah, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, semua dibolot oleh PTD. siapa yang melantik dan meletak PTD di jabatan tersebut? PTD jugak kan? Sepatutnya jawatan tersebut patut diberi kepada golongan agama kerana nama pun Jabatan Agama, biar mereka buktikan kemampuan mereka. Begitu juga dengan beberapa kementerian/jabatan seperti kesihatan, pendidikan dan kerja raya. PTD jadi bos kepada doktor, bos kepada guru dan bos kepada jurutera. Sampai sekarangpun golongan berkenaan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Akhirnya ketidakpuasan hati golongan ini dibawa ke mana? Tentu kita dapat fikir dengan mudah sebab ianya semudah matematik dua campur dua sahaja. Saya rasa mereka tu bukan mengejar jawatanpun tapi peranan dan perkhidmatan mereka perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dengan melantik mereka menerajui Jabatan-jabatan tersebut dan bukannya PTD.

Saya tidak nafikan peranan dan sumbangan PTD, tetapi sangat tidak adil meletakkan semua PTD menguasai jawatan utama kerajaan dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan pihak lain selain PTD.

Parklee berkata...

Walau apa jua imbuhan dan hasrat untuk menambat hati Penjawat Awam menjelang PRU-13. Kami 1.1 juta daripada 1.4 juta tidak berbelah bagi akan memberi sokongan kepada pihak PAS, KEADILAN, DAP untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Kami ingin perubahan sebagaimana negara-negara Asean yang lain kecuali Singapore.

Allahuakbar!!

'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'

ramli sam sam berkata...

bab gaji ni saya yang tanpa paksa rela memohon berkhidmat dalam kerajaan pun tak puas hati.dalam paper tulis 7- 13 peratus.tapi dalam diam ada yang dapat double triple peratus kan.

tapi sapa la kita nak tak puas hati dengan rezeki Allah. setiap sen (nikmat) akan ditanya kemana pergi. Kalau sakit hati kat PTD ,mintak masuk PTD, kalau sakit hati kat cikgu, mintak masuk cikgu, jeles kat Doktor p blajar lagi sampai jadi doktor. Gaji petronas sampai 20 ribu sebulan, aku pun sakit hati tapi dah rezeki dia dapat keje petronas. padahal minyak tu milik semua.

kalau sikit, tak puas hati,dengan gaya bahasa yang tak macam orang bekerja untuk perkhidmatan awam, jangan sain.mudah2an tuhan mudahkan rezeki dapat kerja kat shell ke kat petronas ke, celcom ke 7 eleven ker... amin.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Kepada semua PA diharap bersabar menunggu keputusan dari pihak CUEPACS dan JPA. Apa pun keputusannya, fikirlah semasak-masaknya untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.(jika ada masalah kita yang akan dipersalahkan balik kerana telah menandatangani borang opsyen). Keputusan yang dibuat sekarang akan menentukan masa depan kita kelak. Kita ni mentimun, depa tu dorian..itulah hakikatnya..

Tanpa Nama berkata...

Perhatian!!!Kalau seorang guru DGA29 baru dapat KUP32 dengan kaedah guru cemerlang pada tahun 2011 dengan kadar gaji RM2416.06 di tahun ke-8 perkhidmatan beliau,apakah perasaan beliau sekiranya rakan-rakan beliau yang tidak memohon kaedah guru cemerlang mendapat gaji permulaan RM2710 (SBPA)di tahun ke-9 tahun 2012 nanti???Adakah relevan permulaan DG2-2 sebanyak RM2710 atau pun sewajarnya di kekalkan semula permulaan gaji DG2-2 kepada 2416??

Tanpa Nama berkata...

Perhatian!!!Kalau seorang guru DGA29 baru dapat KUP32 dengan kaedah guru cemerlang pada tahun 2011 dengan kadar gaji RM2416.06 di tahun ke-8 perkhidmatan beliau,apakah perasaan beliau sekiranya rakan-rakan beliau yang tidak memohon kaedah guru cemerlang mendapat gaji permulaan RM2710 (SBPA)di tahun ke-9 tahun 2012 nanti???Adakah relevan permulaan DG2-2 sebanyak RM2710 atau pun sewajarnya di kekalkan semula permulaan gaji DG2-2 kepada 2416??

Tanpa Nama berkata...

Perhatian!!!Kalau seorang guru DGA29 baru dapat KUP32 dengan kaedah guru cemerlang pada tahun 2011 dengan kadar gaji RM2416.06 di tahun ke-8 perkhidmatan beliau,apakah perasaan beliau sekiranya rakan-rakan beliau yang tidak memohon kaedah guru cemerlang mendapat gaji permulaan RM2710 (SBPA)di tahun ke-9 tahun 2012 nanti???Adakah relevan permulaan DG2-2 sebanyak RM2710 atau pun sewajarnya di kekalkan semula permulaan gaji DG2-2 kepada 2416??

Tanpa Nama berkata...

Perhatian!!!Kalau seorang guru DGA29 baru dapat KUP32 dengan kaedah guru cemerlang pada tahun 2011 dengan kadar gaji RM2416.06 di tahun ke-8 perkhidmatan beliau,apakah perasaan beliau sekiranya rakan-rakan beliau yang tidak memohon kaedah guru cemerlang mendapat gaji permulaan RM2710 (SBPA)di tahun ke-9 tahun 2012 nanti???Adakah relevan permulaan DG2-2 sebanyak RM2710 atau pun sewajarnya di kekalkan semula permulaan gaji DG2-2 kepada 2416??

Tanpa Nama berkata...

Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan.

Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.

Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan.

"Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan.

Jurang yang berlaku antara Kumpulan Premier serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan, tambahnya, amat ketara apabila Kumpulan Sokongan hanya akan menerima kenaikan gaji antara RM80.00 ke RM100.00 sebulan.
----rujuk HARAKAHDAILY.net

Tanpa Nama berkata...

jangan risau semua...tahun depan kita tukar puncak pemimpin teratas...PKR menjanjikan kenaikan rm500 bro...fikir gunakan akal..

Tanpa Nama berkata...

sbpa ni hanya untuk staff tetap sahaj ke? bagaimana pula staff berstatus kontrak dan sementara?

Tanpa Nama berkata...

TPM ckp 2012 thn mencabar bg penjawat awam.. mmg la sbb xlama lg ramai org2 gomen akn kne buang sbb gomen xde duit nk bayo gaji jusa/premier.. bila dap ckp nk buang org gomen, ada yg marah.. tp skg bila org gomen nk buang org gomen knp snyp??.. bolo punya olangg, bolo pny ptd

Tanpa Nama berkata...

allo ptd2 smua. kalu takde duit pun,janganla songlap duit kerajaan macam ni.cari la side income yang halal.ade ke borang potongan gaji untuk potong gaji aku nak masukkan ke akaun ptd.sebulan sorang ptd pun ok gak.dapatla membantu ptd yg duit ni.kesian aku ngan ptd2 ni.mulia lg orang kampung yang menoreh getah.at least diorang tak menyonglap dan menipu.aparaaa.....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 238 daripada 238   Terbaru› Baru»