SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Disember 2011

SBPA HANYA ANIAYA KAKITANGAN AWAM

Harakah Daily
Azih Muda
15/12/2011


KUALA LUMPUR, 15 Dis: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.

Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.

"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.

69 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah dato..inilah permainan halus BN terhadap penjawat awam...singkirkan mana2 yg tak menyokong kerajaan melalui exit polisim ,elalui permarkahan yg rendah.

Mohd Zairi berkata...

Molek kiranya saudara Mahfuz membaca terlebih dahulu kesemua Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan bersekali dengan Pekeliling SBPA khususnya yang berkaitan dengan PROSPEK sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Adakah saudara telah membaca atau sekurang-kurangnya menghadiri taklimat SBPA oleh JPA? Dalam PROSPEK PA bukan hanya dinilai oleh pegawai atasan malah anak buah juga akan turut menilai pegawai berkenaan. Fahami dulu intipati PKP dan BKP. Kemudian baru ulas, sama ada untuk kritikan atau penambahbaikan. Ini komen tersasar dari apa yang ada dalam PROSPEK. Nampak sangat bermotif politik. Opss lupa pula, sumber pun dari Harakah. Patut la :)

Tanpa Nama berkata...

Bercakap semberono, lama2 cakap nampak bodoh...baca pekeliling dulu. kalau dah sibuk berpolitik, mana prestasi kerja nak meningkat, asyik hilang aje...

Tanpa Nama berkata...

sbpa yg dicanag sana sini tiap2 hari, cuupak pun memuji sana sini dengan manisnya, sekarang apa jadi, cupak melompat sana sini membantah sana sini, tu lah jangan memuji sesuatu benda sebelum melihat kebenarannya........ orang atasan akan mendapat durian runtuh, yang bawah dapat apa.....

Penjawat Awam 30thn berkata...

Mohd Zairi yang berkata kenaan dgn PROSPEK, tahukah bahawa PA semua akan berada dalam genggaman Pegawai Atasan. Saya fikir elok you baca dan faham dgn lebih teliti ttg PROSPEK sebelum buat statement. PA semua kena jaga jaga bila ada Pegawai atasan yang tak ada moral dan ikut perasan hati sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Lagi2 Mr Bean dari PAS ni bersuara dan sangatlah pula sumbangnya. Kami penjawat awam tidak memerlukan org2 Mr Bean spt Mahfuz utk membela nasib kami penjawat awam. Cukuplah dgn CUEPACS dan usaha kami.
Jangan nak memandai-mandai beri komen i.e DS Judin ex KPKR. Kami yg lebih mengetahui dimana kesilapan dan kekurangan DS Judin. Usahlah menangguk di air keruh wahai MR Bean.Kamu tak paham.Kami paham sbb kami penjawat awam.

Penjawat Awam
Utara Tanah Air

mustafa berkata...

Salam....

Sememangnya Dato' kabur didalam mengutarakan isu SSM-SBPA.
Disini biar saya terangkan dimana kelemahan yang ramai pegawai awam dari kumpulan PELAKSANA tidak nampak....dan kebanyakan dari mereka lebih teruja dengan kenaikan yang tak berapa seberapa dari kumpulan JUSA yang tak tahu dari mana asas penetapan gaji mula kumpulan tersebut.Disini saya terangkan dan soalkan dari mana untuk apa dan untuk siapa SBPA sebenarnya?

1) NAMA PELAKSANA - siapa? Awak ke? Saya ke? SESUAI KE?

2) KEBOLIHALIHAN - untuk siapa sebenarnya? Nak ke JPA ambil semula orang yang dah berhenti dari kerajaan."Dulu awak sibuk berhenti!sekarang nak kerja balik? (Takde nyer nak ambil balik....dengan post KEJAT takkan dapat nyer masuk kerajaan balik)

3) LATERAL ENTRY - Untuk Siapa ni>?
hanya untuk kumpulan yang berkemahiran tinggi dan nilai peratusan pegawai kerajaan yang duduk di post ini bilangannya tak sampai 1 persen pun dari 1.4 juta penjawat awam.ini hanya untuk Juruterbang dan doktor sahaja.Tapi kenapa sibuk diutarakan seolah-olah dia layak untuk semua? (hahahahaha ramai yang tengah berangan nk masuk gred 48 dengan PHD kononnya ILMUnya mengatasi kebolehan dan pengalaman pegawai - pegawai senior yang katanya buta I.T.dan tidak sesuai untuk dizaman Milennia )(huhuhuhuhu sedih)

4) skim gaji PELAKSANA
Banyak yang tak kena...yang dah lulus PTK pun setaraf dengan dengan yang tak lulus. Yang senior pun jadi setaraf dengan junior (Beza 3 tahun lantikan menjadi 1 julat dalam SBPA)huhuhuhuhu kesian otai2.Gaji sebelah-sebelah jer tu.tak percaya buat kajian.Yang duk kat p2 dan p3 sudahnya bertemu disatu mata gaji yang sama... adil ker bro? apa ni? buat down golongan PELIKSANA.HUHUHUUHUHU dah jadi pelik la kannn! kata nak bantu orang bawah! tapi nampaknya lebih kepada gred JUSA JER.

Apa pun sedarlah wahai PELIKSANA DAN PELAKSANA sebenarnya SBPA untuk siapa sebenarnya? Kaji seeloknya... Siapa kita dan untuk kita kah semua ini?. Hanya gaji dan nama ditukar sahaja... yang lain sebenar dan objektifnya untuk atasan...
Sebenarnya banyak lagi tetapi saya tak larat nak taip... nak kerja .........karang kena VSS @ ditamatkan perkhidmatan pulak...

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Yes absolutely correct! sistem penilain S A P A P A N D A I B O D E K B O S!!!! aku mmg tak pandai..for sure! bos aku tu lg mata keranjang! pernah ada skandal dgn kerani kewangan dia. tolonglahhhh.kaum hawa ramai akan jadi mangsa bos buaya! apa punya sistem la ni!!!!

Hanya Allah berkuasa berkata...

Salam,

Saya rasa En. Mohd Zairi hanya baca prospek tanpa mendengar taklimat sebenar SBPA ni. Penilaian 360 darjah iaitu yang dinilai oleh orng bawahan hanya sebilangan kecil peringkat primer dan atasan sahaja. Bukan dikalangan Pelaksana dan P&P. Saya cadangkan En. Mohd Zairi terima cadangan dan komen daripada pihak pembangkang juga tanpa menyokong BN secara berat sebelah. Apa yang dinyatakan oleh pengulas tadi ada benarnya. Kadangkala, yang berkuasa x semestinya betul, hadirnya pembangkang memberi option kepada kita untuk menentukan hak dan tanggungjawab bersama. Ingatlah, yang harus setia hanya pada kebenaran dan bukan kepada parti yang berkuasa sahaja.

Tanpa Nama berkata...

zaudara mohd zairi kamu tidak pernah merasai duduk dibawah sebab itu kamu tidak pernah mengambil kira apa yg dilalui dan dirasai oleh orang bawahan...kamu perlu berlajar ilmu kemanusiaan kerana dari situla kamu akan tahu segala-galanya..jgn terlalu sangat timang anu bos....

zairi yang pandai berkata...

aku sokong BN 100% walau disuruh makan najis. aku benci pas. benciiiii

Tanpa Nama berkata...

Pihak atasan... Jeling2 le periuk tanak nasi PA... Samada terlebih air atau terkurang air... Jika terlebih air maka nasi akan jd bubur... Tp sekiranya terkurang air maka nasi akan keras... Namun masih boleh dimakan... renungkan...

Tanpa Nama berkata...

Bekerja sehingga umur 60 tahun. Berapa tahun lagi masa yang tinggal untuk menumpukan perhatian kita kepada ibadat. Kerja.....Kerja....Kerja

Mohd Zairi berkata...

Wsalam saudara Hanya Allah berkuasa,

Saya telah menghadiri taklima SBPA ini dan membaca Pekeliling SBPA 11/2011 dan juga keempat-empat Surat Pekeliling yang berkaitan iaitu bil 4/2011 berkaitan PROSPEK, bil 5/2011 berkaitan Peperiksaan, bil 6/2011 berkaitan Program Transformasi Minda dan bil 7/2011 berkaitan Pingat dan APC. Saya juga telah menanya soalan kepada panel pembentang dan telah beberapa kali menghubungi talian hotline SBPA untuk mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara.

Sebenarnya apa yang saudara katakan itu tidak tepat. PROSPEK sebenarnya mempunyai dua komponen utama iaitu PKP dan BKP. PKP ialah Penilaian Kompetensi dan Potensi manakala BKP pula ialah Pembangunan Kompetensi dan Potensi. Ia hanya melibatkan Kumpulan P&P dan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana hanya akan melalui PKP tetapi Kumpulan P&P perlu melalui PKP dan BKP.

Panel penilai yang dilantik untuk menilai seseorang pegawai boleh mendapatkan maklumbalas dari pegawai bawahannya sebelum diberikan markah. terpulanglah kepadanya. jadi, elemen orang bawahan itu tetap ada di situ.

berbalik kepada kenyataan Mahfuz melalui Harakah, beliau cuba menampakkan kononnya kerajaan adalah zalim dengan menggunakan ayat "SBPA hanya aniaya kakitangan awam". Hakikatnya, kerajaan TIDAK MEMAKSA PA untuk memilih SBPA. jika seseorang PA itu merasakan SBPA tidak menguntungkan dan SSM lebih baik. tak perlu sign opsyen. kekallah dalam SSM. bukankah kita diberikan pilihan? kalau WAJIB pilih SBPA, itu baru "aniaya" namanya :)

sebenarnya banyak kebaikan yang diberikan SBPA. contoh nyata adalah sebelum ini kumpulan sokongan nak sambung belajar tak dibayar gaji tapi sekarang, dibayar gaji! jangan hanya melihat kepada tangga gaji semata2. lihat keseluruhan dan secara objektif.

orang politik akan sentiasa melihat untuk mendapat keuntungan politik. lebih baik kita PA ini fahami pekeliling dari percaya bulat2 kepada cakap mereka. jika tak faham, hubungi talian hotline JPA. bukankah lebih baik minta penjelasan dari mereka yang membuatnya? jika tak puas hati, kemukakan juga cadangan dan komen kepada mereka (JPA). bukan kepada orang lain. yang lain itu tidak dapat berbuat apa-apa!

Tanpa Nama berkata...

Saudara zairie dan lainnya, tak takut kea kena santau,mampoosslah jawabnya..!!

Tanpa Nama berkata...

Berfikir dahulu sebelum bertindak. Tepuk dada tanya diri.... Insyaallah akan ada kebaikannya.

Tanpa Nama berkata...

Wsalam saudara Hanya Allah berkuasa,

Saya telah menghadiri taklima SBPA ini dan membaca Pekeliling SBPA 11/2011 dan juga keempat-empat Surat Pekeliling yang berkaitan iaitu bil 4/2011 berkaitan PROSPEK, bil 5/2011 berkaitan Peperiksaan, bil 6/2011 berkaitan Program Transformasi Minda dan bil 7/2011 berkaitan Pingat dan APC. Saya juga telah menanya soalan kepada panel pembentang dan telah beberapa kali menghubungi talian hotline SBPA untuk mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara.

Sebenarnya apa yang saudara katakan itu tidak tepat. PROSPEK sebenarnya mempunyai dua komponen utama iaitu PKP dan BKP. PKP ialah Penilaian Kompetensi dan Potensi manakala BKP pula ialah Pembangunan Kompetensi dan Potensi. Ia hanya melibatkan Kumpulan P&P dan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana hanya akan melalui PKP tetapi Kumpulan P&P perlu melalui PKP dan BKP.

Panel penilai yang dilantik untuk menilai seseorang pegawai boleh mendapatkan maklumbalas dari pegawai bawahannya sebelum diberikan markah. terpulanglah kepadanya. jadi, elemen orang bawahan itu tetap ada di situ.

berbalik kepada kenyataan Mahfuz melalui Harakah, beliau cuba menampakkan kononnya kerajaan adalah zalim dengan menggunakan ayat "SBPA hanya aniaya kakitangan awam". Hakikatnya, kerajaan TIDAK MEMAKSA PA untuk memilih SBPA. jika seseorang PA itu merasakan SBPA tidak menguntungkan dan SSM lebih baik. tak perlu sign opsyen. kekallah dalam SSM. bukankah kita diberikan pilihan? kalau WAJIB pilih SBPA, itu baru "aniaya" namanya :)

sebenarnya banyak kebaikan yang diberikan SBPA. contoh nyata adalah sebelum ini kumpulan sokongan nak sambung belajar tak dibayar gaji tapi sekarang, dibayar gaji! jangan hanya melihat kepada tangga gaji semata2. lihat keseluruhan dan secara objektif.

orang politik akan sentiasa melihat untuk mendapat keuntungan politik. lebih baik kita PA ini fahami pekeliling dari percaya bulat2 kepada cakap mereka. jika tak faham, hubungi talian hotline JPA. bukankah lebih baik minta penjelasan dari mereka yang membuatnya? jika tak puas hati, kemukakan juga cadangan dan komen kepada mereka (JPA). bukan kepada orang lain. yang lain itu tidak dapat berbuat apa-apa!

--------------------------------

salam,

saya setuju pandangan di atas tapi saudara juga perlu membaca pekeliling tersebut sehingga ke muka akhir di mana sekiranya seseorang memilih untuk kekal dalam SSM, terdapat 11 perkara yang di dalam SBPA yang tetap akan terpakai kepada mereka yang kekal dengan SSM ini. termasuklah dasar "exit policy" dan lain-lain. adakah ini bermaksud kita sememangnya tiada pilihan lain selain menerima risiko-risiko ini beserta sedikit imbuhan atau menerima risiko tanpa sebarang imbuhan? bagi saya, mulai 1.1.2012, tiada lagi PA yang kekal dan kebal di dalam perkhidmatan masing-masing, yg berprestasi rendah, dibenci, tidak disukai, bukan kaki kipas/bodek, akan pada bila-bila masa trun markah bawah 70% dan boleh diberhentikan..rumusan saya adalah pihak kerajaan sememangnya mahu mengecilkan dan membuang serta mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan kerana kadar perbelanjaan yang tinggi setiap kali bajet dibentangkan. jadi, bila cadangan pihak pembangkang untuk mengurangkan separuh kakitangan kerajaan bukanlah hanya sekadar cadangan tetapi telah mula dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara perlahan-lahan dan terancang. oleh itu, adalah dinasihatkan kepada mereka-mereka yang seperti di atas (malas,dibenci dsbgnya) untuk berusaha menjadi lebih baik dan mula membuat back-up plan bagi kerja di sektor lain. sekian, harap komen.

Tanpa Nama berkata...

Mmgpun SBPA aniaya juruteknik mempunyai sijil poli sbb Dato' KPPA bg tau gaji RM1410 - RM4185 KGT145 tapi bila lampiran C keluar lain pulak angkanya. sama je taraf ngan N4-3. Ketua pengarah pun ckp berbelit belit.

Tanpa Nama berkata...

Pd pndpt sy, pengenalan SBPA ini memang kena pd tempatnya. Ianya bagus utk golongan bawahan spt sy yg berada dlm Kump. Pelaksana. Penjawat Awam yg tdk mpunyai prestasi baik lbh baik tdk berada dlm perkhidmatan awam krn cuma menghabiskan wang rakyat shj. Krn mereka inilah kerjaya sbg penjawat awam dipandang serong oleh masyarakat sbg lembap, tdk efisien dan bnyk lg. Sy sdh mendengar taklimat SBPA dan sdh membaca pekeliling PROSPEK. Ia lbh baik drpd SSM. Di tempat sy sendiri, ada penjawat awam yg suka hati datang kerja, suka hati balik. Tapi markah prestasi tetap 90% ke atas. Oleh itu, jika dikatakan SBPA sbg 'Skim Bodek Pegawai Atasan' memang tdk logik krn bodek-membodek ini mmg sdh berlaku dlm SSM. Bg sy, mereka yg bersuara lantang menentang SBPA adlh mereka yg tdk pernah merasa kerja di peringkat bawahan dan tidak pernah merasa bekerja dgn pihak swasta yg mn lebih 'strict' berbanding SBPA ini. Saya pernah bekerja dgn pihak swasta lbh 10 thn dan berada dlm perkhidmatan awam selama lbh 5 thn, oleh itu sy sgt setuju dgn SBPA ini. Adlh lbh baik jika SBPA turut digunapakai di peringkat negeri dan bknnya setakat persekutuan.

Hanya Allah yang berkuasa berkata...

Istilah tidak memaksa penjawat awam sebenarnya adalah satu klaus yang tidak tepat. Dalam erti kata yang lain, Pepatah inggeris mengatakan "Take it or leave IT". Bermakna, sekiranya kamu tidak bersetuju dengan skim SBPA ni, sila tinggalkan perkhidmatan awam. Ini kerana, sebahagian jawatan telah dijumudkan apabila SBPA ni diperkenalkan. Bukankah ianya memaksa? Mungkin hanya golongan tertentu sahaja terlibat, tetapi dalam datu keluarga(konteks penjawat awam) sanggupkah kita tengok adik kita(golongan rendah) dipaksa bunuh diri? Sauda fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

well done!!! this is what we want....di saat kita merasa tertekan ada suara yg mewakili kita...kita memerlukan suara PEMBANKANG dan SUARA KERAJAAN yang kuat.bila dua2 kuat maka rakyat akan lebih terbela.KEEP it up!!!

Tanpa Nama berkata...

Zairi busuk berkata................

aku kalau SBPA ni pembangkang yang buat aku bangkang.

tapi kalau BN yg buat aku setuju ...

Hanya Allah berkuasa berkata...

Maaf, Salam kembali.

Saya beranggapan bahawa apa yang diulaskan oleh pihak pembangkang bukan semestinya salah. Namun, saya bukanlah seorang penyokong tegar parti tersebut. Saya akur dengan kerajaan yang memerintah dan tidak pula menyalahkan apa-apa yang digubal. Namun, pada pandangan saya tindakan cuepacs adalah relevan. Saya bersetuju dengan pendapat En. Zairi tentang penerangan di atas namun tidak secara keseluruhan. Walaupun pandangan pihak pembangkang mungkin ada kaitan politik, saya beranggapan mesej yang disampaikan mungkin ada logiknya. Jangan terima sesuatu itu bulat-bulat tanpa memeriksa keseluruhannya dahulu. Pihak pembangkang kini pun bukannya dari golongan yang dungu. Malah, kebanyakkannya dari kalangan cerdik pandai. Dan golongan cerdik pandai inilah yang kerap memberontak. Namun dari satu aspek, pilihan dan pendapat mereka harus juga kita lihak. Inilah yang saya maksudkan dengan jangan berat sebelah. Biarlah kita berbincang dan berbicara dalam keadaan sihat tanpa perlu bermaki-makian. Tiada yang menang sekiranya kita bertelagah. Ini isu penjawat awam. Bukan isu peribadi.

Tanpa Nama berkata...

sbpa-sistem buli penjawat awam ni sememangnya permainan kerajaan.indah khabar dari rupa,cakap gaji naik,memangla naik brother tapi gaji pokok naik,elaun pulak dijadi mangsa dilupuskan..macam manala nasib yang pekerja bawahan yang hanya harap elaun nie.. sepatutnya elaun pun dinaikkan..nta la kerajaaan ni, kerajaan didahulukan, rakyat dipingirkan...

Tanpa Nama berkata...

macam haram hadah pembodek BN Zairi Songkok tinggi kat sini...aku tau la kau tu gred 41 keatas...sebab kau tu yang nak SKT orang bawahan..dengan bangganya mempersilakan.....buang la sapa yang kau tak berkenan kan...bestnyer ada syaitan macam kau

Tanpa Nama berkata...

Menyibuk jer si Mampuz ni..

Tanpa Nama berkata...

jgn sibuk la org politik kat cni...pantang nampak lobang kelemahan kerajaan...terus tembak je..tp ape yg pembangkang bg kat PA selama ni...

Tanpa Nama berkata...

Mohd Zairi: yang amat2 menghairankan aku setakat ini aku belum pun ditaklimatkan tentang sbpa ni hanya aku dengar riuh rendah PA bercerita sbpa ni, cuepacs melompat sana sini, satu lagi yang ajaib sampai kena tindakan tatatertib kalau melihat jadual gaji ni, nampak macam tidak telus sistem sbpa ni, apakah yang tersembunyi disebalik jadual gaji sbpa ni sehingga ia menjadi kesalahan besar jika kita melihatnya, dimana ke telusan sistem kita........

Tanpa Nama berkata...

kalau kite da xpham mestila nk btnye..ini kan mase depan.ape la masalh org2 yg marah ngn cuepacs ni..org yg pot pet pot pet tu mcm la klu minta terang balik boleh..ntah2 tnye 1 soklan pon xleh jwab..so bia la cuepacs nk setlekan..klu da mende tu baek xkan dieorg nk tolak..bia kan pihak ceupacs mbantu kiter..tggu jela..

Tanpa Nama berkata...

Bila saya tgk matriks gaji tadi, rasa kecewa kerana saya yang P1T13 sama dengan orang P1T10

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn en. Mustafa ttg skim gaji sbpa kumpulan pelaksana. Tak ada, maknanya tangga p2 @ p3 lagi. Kppa kata purata kenaikan gaji 7%-13%. Tapi dia tahu tak yg dpt kenaikan mcm tu utk org2 yg baru setahun brkhidmat. Cuba tengok orang di tangga gaji p1t6 gred dg2-2 misalnya, naik berapa dan pergi ke tangga gaji yang mana? Jgnkan 7%, 5% pun x smpai. Lain kali, kaji sepanjang tangga gaji tu. Ini tak, p1,p2 dan p3 pergi ke tanga gaji p1 sbpa. Orang p1 tepuk tangan la. Yang p2 dan p3 tepuk dahi je la....

bazoka penaka berkata...

SBPA - SISTEM BODEK PIHAK ATASAN.....

macam sial ja semua ni..jgn lupa pangkah pembangkang pada pru 13, pada mac 2012 nnti.

Tanpa Nama berkata...

salam..
pertama skali yang nak ulas pasal artikel dan komen2 yang tercatat,sy harap fahaman politik diketepikan terlebih dahulu kerana kita tetap penjawat awam yang berkidmat untuk negara..jadi tanpa kt mempersoalkan latar belakang politik,cube kita lihat dan fahami pekililing secara menyeluruh pd setiap peringkat jawatan/gred..supaya kita boleh memperjuangkan kesamarataan faedah yang diperolehi setiap penjawat awam agar adil..semua penjelasan dan taklimat yang dibuat oleh jpa atau wakil2 jabatan sy lihat secara umum,tidak telus terutama ttg gaji setiap jawatan/gred..kerana isu gaji adalah pokok kpd skim yang baru ini bg setiap penjawat awam sebelum membuat keputusan..ini krn PM mengumumkan kenaikan 7%-13% kenaikan gaji..adakah itu berlaku setelah opsyen dikeluarkan?siapa yang dapat 7%?siapa yang dapat 13%?atau adakah ia kurang atau lebih dari julat yang telah dijanjikan?kita perlu mengambil kira elaun2 yang ditambat,adakah akan disemak satu hari nnti?isu kedua yang saya rasa perlu telus ialah isu exit policy..bagaimana seseorang yang direkod mendapat markah 70%?apa kriteria yang memyebabkan seseorang itu boleh diberhentikan?kalo dlm pekeliling yang sedia ada,isu disiplin seperti tdiak hadir bertugas tanpa alasan adalah antara sebab sesorang penjawat awam itu boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja?jd,adakah sbpa juga menggunapakai kaedah tersebut?ataupun hanya melihat markah penilaian?kemudian bg penjawat awam yang telah memilih utk berhenti,bagaimana kaedah dan kriteria,serta peluang untuk kembali ke dalam perkhidmatan?adakah sama atau lebih dari bakal calon2 yang baru?semuanya perlu dijelaskan..bagi saya,sbpa ada baik dan kelemahannya..dan kelemahan yang paling jelas ialah ttg kaedah penerangan perlaksanaan perubahan tidak kira isu gaji,exit policy ataupun persaraan..semua perlu dijelaskan dgn tepat kpd penjawat awam..kerana ini adalah periuk nasi kita..masa depan kita untuk memilih apa yang terbaik..agar kita tidak dirundung kecelaruan yang boleh mendatangkan fakta2 yang tidak benar..jadi apa y cuepacs mahukan ialah tempoh penerimaaan opsyen dilanjutkan agar ia boleh dikaji dan diterma pakai,serta mendapat penjelasan yang telus untuk penjawat awam..

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua.
Bacalah pekeliling SBPA dengan teliti. bersyukur dengan nikmat ALLAH, Bekerja dengan jujur dan ikhlas. Berikan cadangan penambahbaikan. Percayakan dengan kebolehan diri sendiri disamping menerima hakikat bahawa rezki ditentukan oleh ALLAH sepadan dgn usaha kita.

Tanpa Nama berkata...

setakat CC gred22 tak payahlah nak jadi penyelia (tak sesuai)-Buat penat badan shj. Sepatutnya ketua unit gred32/36
Gred 22 (KGT) RM115.00
Gred 24 (KGT) RM120.00

Tanpa Nama berkata...

Semua pihak diberi ruang dan hak untuk memberi pendapat. Silakan.

Tanpa Nama berkata...

bazoka penaka berkata...

SBPA - SISTEM BODEK PIHAK ATASAN.....

macam sial ja semua ni..jgn lupa pangkah pembangkang pada pru 13, pada mac 2012 nnti. (disalin dari BEZOKA PENAKA )

ikut suka kami la kami nak pangkah sapa. hang dok menyibuk apa.. ini bukan masalah politik jadi jangan masuk campur.

Tanpa Nama berkata...

mohd zairi..
adakah anda terlepas pandang kenaikan peringkat bawah dgn atas terlalu jauh bezanya. Bukan sebab sistem yang jadi pertikaian. Setiap sistem ciptaan manusia ada kelemahan tetapi encik mohd zairi perlu berfikir sejenak. adakah pegawai atasan dapat bekerja tanpa pekerja bawahan ni.. fikir - fikirkan lah. Tetapi yang dikatakan opyen tu bukan nya pilihan tetapi paksaan. Macam mana pun kami kena terima disebabkan keadaan ekonomi sekarang ni.. masuk tandas pun kena bayar 20 sen. 'LU PIKIR LA SENDIRI'

Tanpa Nama berkata...

sbpa adalah perangkap besar kepada mana2 penjawat awam.. ni bukanlah retorik semata mata .. tp kenyataan. kaji tol2 sbpa tersebut... yg menguntungkan adalah bos atasan..

Tanpa Nama berkata...

dah tau ape lagi.. cari bomohlah kasi santau org atasan.. kasi mampooss sama dia..!! PRU-13 pulak kita kasi pegi jahamanlah sama BN..!!

Tanpa Nama berkata...

Kami warga kerja PDRM peringkat kontinjen belum diberi taklimat kandungan SBPA...

Tanpa Nama berkata...

mcmana nak di beri taklimat, jadual gaji pun tak ada lagi.

Tanpa Nama berkata...

for all PA, say YES @ NO to SBPA???....
undi PRU13 camne plak??? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!!...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun...AMAT TAK SETUJU...JUSA dan TURUS mendapat kenaikan yang TERLAMPAU!!

Kepimpinan melalui TELADAN...Apa perlunya kenaikan yang begitu drastik, dan terlebih bermewah2 nii...sedangkan GOLONGAN DI BAWAH tuu yang sebenar2nya AMAT MEMERLUKAN PEMBELAAN!!

Cuba FAHAMI dan RENUNG2kanlah....wahai para pucuk PIMPINAN dan Pegawai2 yang di atas tuu!! Buktikan lah KEIKHLASAN tetuan jika mahu RAKYAT di bawah menilai serta terus MENYOKONG tetuan dan KERAJAAN yang memerintah laa nii!!!

Wallahua'lam!

2bz4money berkata...

Salam rakan PA yg saya hormati sekalian; sekadar my 2 cents..
1. Memang sumer dpt kenaikan free di SSM apabila opsyen SBPA. Tapi rasa x adil, x puashati, cemburu terbit apabila org lain dpt lebih drpda kita. Belajarlah bersyukur..
2. Bila Exit Policy menggariskan markah 70 ke bawah yg boleh membawa tindakan membuang kerja, ada yg x puashati krn mentaliti pencapaian mereka sekadar itu shj. Tiada usha utk tingkat prestasi cemerlang 85 ke atas. Kalu guna kaedah kiraan secara quantitatif dgn struktur wajaran sedia ada; mmg sukar membuang pekerja yg x moral, x disiplin jika markah ditetapkan 50 ke bawah..
3. Bagi yg inginkan kecemerlangan, perubahan diri ats inisiatif carrot n stick di samping dpt bentuk formula kejayaan; sudah pasti memilih SBPA dan opt 60.
4. Yg x clear lagi; rajin2lah telefon pihak JPA yg berkenaan dgn meletakkan senario anda.Bertanyalah sampai faham; kerana bertanya itu jalan ilmu..
Janganlah pula bertanya pada org yg x tahu; nanti tersesat jalan..dan janganlah memberitahu sesuatu yg salah; kerana ia seakan menyebar fitnah..jika x tahu jawapan; rujuklah pada yg sebenar2nya tahu..wallahualam

Tanpa Nama berkata...

bro, lu nama sape..boleh tau tak? lu nie jenis lidah terjelir jea.. lu kalau kena santau.. gerenti berak darah punya..!! ha..!!ha..!! ada berani kasi nama..

pemuda pas t....... berkata...

boleh jalan la.mahfuz mahfiz ka....tau hentam kerajaan jer...ko sendiri lintang pukang..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong pembangkang tapi saya rasa sbpa tu bagus dari SSM setelah saya dengar taklimatlah.....saya masih menunggu details tawaran tersebut.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS,
Tolong minta JPA kaji kenaikan gaji DG44T5.Golongan ini mendapat kenaikan yang tidak berpatutan kerana sama dengan DG44T4 selepas bulan 4.
Sudahlah golongan kami dilagkaui oleh guru Tingkatan 6, Guru Cemerlang dan Gun kanan/pentadbiran.Bukan kerana kami cemerlang tetapi cuma tidak berNASIB BAIK.

Terim kasih atas perhatian.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS,
Tolong minta JPA kaji kenaikan gaji DG44T5.Golongan ini mendapat kenaikan yang tidak berpatutan kerana sama dengan DG44T4 selepas bulan 4.
Sudahlah golongan kami dilagkaui oleh guru Tingkatan 6, Guru Cemerlang dan Gun kanan/pentadbiran.Bukan kerana kami cemerlang tetapi cuma tidak berNASIB BAIK.

Terim kasih atas perhatian.

Tanpa Nama berkata...

kerja tu kerja juga....tp ambil kir lah orang bawahan...yang jadi pegawai pelaksana tu...kerja macam nak mati.. tapi yang dapat nama dan pangkat orang atas...gaji dok macam tu juga...

Tanpa Nama berkata...

pelaksana yang akan jadi mangsa orang atas...kalu buat satu2 projek siapa yang dapat nama?.....tolong tengok lah sikit kalu nak jadi orang berbuat baik dan dapat pahala...nati satu hari semua akan MATI...sebaik baik pemimpin akan ke NERAKA juga.... fikir lah elok elok wahai pemimpin kalu mahu selamat...........

Tanpa Nama berkata...

untuk makluman...kenaikkan gaji mengikut prestasi adalah bagi JUSA ke atas sahaja-itu yg dimaklumkan oleh SM tempat aku...yg lain2 semua tangga gaji sahaja...

Tanpa Nama berkata...

di mana adilnya SBPA ni, contohnya jika jawatan jumud x menerima SBPA akan di tamatkan perkhidmatan, dan mesti sain SBPA jika nak kekal berkhidmat ini namanya opsyen paksa ala mafia

Tanpa Nama berkata...

APA LA KORANG NI DIBERI BETIS NAK PAHA LAGI..SIBUK DGN GAJI JE KERJANYA ASYIK KUTUK KERAJAAN JE KLU TAK PUAS HATI JGN KERJA DENGAN KERAJAAN. BACA N FAHAM DGN TELITI SBLM BUAT SEBARANG ULASAN..KLU TAK SETUJU JGN SIGN LE SNANG CERITA TAK ADA PAKSAAN PUN. MCM MANA NAK MAJU KLU MENTALITI ASYIK NEGATIF JE...

Tanpa Nama berkata...

tu la ko orang ni dulu masa sekolah tak mau belajar ranjin2..suke ponteng..bila gaji kecik nak komplen..kalau dulu belajar rajin2 mesti sekarang dah boleh dapat jawatan JUSA..dari pengamatan dan pengalaman aku selama dalam perkhidmatan ni sebelum aku pencen, biasa orng yang sokong pembangkang ni kojo maleh, bodek kuat, gaji nak beso, cakap pandai, kelentong kuat, suka mencari kesalahan orang lain sedangkan kerja sendiri tak seberapapun..hahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tahu gaji kerajaan BN tu kecik, kenapa tak berhenti kerja dan kerja la dengan kerajaan PEMBANGKANG saje..tengok la ape yang kerajaan PEMBANGKANG boleh bagi kepada anda..ntah2 lagi kecik gaji anda akan dapat..mungkin kaum kerabat dan pembodek sahaja yang akan dapat gaji beso..seperti yang terjadi dalam pemilihan parti PKR..mungkin masa itu orang yang berkelulusan SPM dan bekerja sebagai penghantar surat pon boleh dapat gaji melebihi Pengarah..berfikirlah secara logik, jangan asyik nak menyalahkan dasar kerajaan BN sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Untuk kaum hawa yang takut dianiaya bos yang mata keranjang. Email saja kepada KSN tentang gangguan yang puan alami. jangan takut sekiranya tak salah. Bagi saya ini cadangan yang baik sebab kita akan menikmati kenaikan yang lebih baik bagi jangkamasa panjang

azhar berkata...

mohd zairi ko ne ptd ke jgn jadi bengong sgt ko ingat sbpa tu dah sempurna ke mcm alquran tak boleh dibahas dan di baik pulih kalau betul org tak akan bangkang kalau ade orang yang nak bangkang dan perbetul kan sokong la harap kan ko tak ada lain dok nak mengampu je keje nya tenggok songkok ko pun aku dah tahu memang umno karat ne

Tanpa Nama berkata...

pasai apa depa dok sorok sangat lampiran c untuk JUSA & PREMIER?

mns berkata...

kalau depa pamerkan Lampiran C untuk JUSA & PREMIER LAGILAH KUMP. pELAKSANA MARAH.....APA-APA PUN sbpa HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan menghantar guru2 lulusan diploma ke sekolah2 pedalaman utk mengajar anak2 orang asli kami ucapkan terima kasih sangat2 namun anak2 kami trauma untuk hadir ke sekolah angkara guru2nya suka jemur anak2 kami di tengah panas dek kerana bising di kelas angkara kelas memanjang tanpa guru. Guru datang sekolah hari Selasa masuk kelas jam 9 pagi suruh murid cabut rumput, kutip sampah, cikgu duduk dlm kelas main game lepas tu habis kelas balik ke bandar hari Khamis dan itulah gelagat mereka sepanjng di kpg orang asli. Walaupun begitu mereka menerima gaji yg lumayan, elaun pedalaman dan macam2 elaun lagi dari Kerajaan- itu guru2 zaman tahun 90an, sekarang mungkin dah takde kot guru2 yang macam itu kalau ada lagi guru2 macam itu boleh minta lagi elaun tukang jemur murid, elaun malas mengajar, elaun main game di waktu tugas, elaun kutuk orang asli dan elaun datang lewat dan balik awal sebab jabatan penjara ada elaun tukang sebat, elaun tukang gantung dan ada juga elaun tukang angkat najis-Penyokong Kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

kalau ikut SBPA tangga gaji U 1-2 saya sama dgn junior walhal saya senior 3tahun...gaji sama ja....Kalau SSM tangga gaji ada la beza skit...tolongla fight...

1Malaysia berkata...

Wahai PA,
Kita AKUI bahawa setiap perkara baru mahupun yang lama mesti ada baik dan buruknya.. Cuma, apa yang perlu kita buat ialah berfikiranlah dan bertindaklah secara profesional. Saya jamin negara kita akan MAJU dan MAKMUR.

Tanpa Nama berkata...

betull... yang dpt ptk 4-4 sama je dgn yang x dpt.. dah la nak dpt anjakan lambat. Baru je dapat rasa 4 bulan pasni dah mcm x dpt blk...

orang kerdil berkata...

adui....tertanya2 ni...semua orang atasan tu orang2 BN/UMNO ke?...mcm mn plak klau boss dia 2 mmg orang PAKATAN?

thegreateye berkata...

SBPA adalat satu langkah kerajaan untuk menjadikan kakitangan awam lebih effisyen.Ini kerana kakitangan awam di gelar sebagai PEMALAS,LEMBAB dan TIDAK CEKAP.Exit policy bertujuan untuk membersihkan sektor awam daripada PA yang malas dan pemalas.Tahukah anda betapa susahnya untuk menyingkirkan kakitangan yang malas dan pemalas ini sebelum skim SBPA.Penilaian prestasi juga bagus,dimana pekerja yang berkualiti mendapat pergerakan gaji yang lebih baik drp pekerja tercicir kualiti.Mereka yang menolak SBPA adalah dari golongan pemalas,ahli politik pembangkang,PA yang tahu gaji akan naik tiap-tiap tahun walaupun tak buat kerja,boleh kerja cincai boncai sebab ada kerja part time,orang yang tak de wawasan,dan macam - macam lagi.SAYA SOKONG SBPA sebab saya adalah dari sektor awam dan saya tahu kualiti PA lebih dari Mahfuz ( nasib baik tak mampos)

Tuan Haji Mohd Najib Razak berkata...

apa yang keluar dari Kerjaan, semua ikut...ini otak Melayu kita.
Beli barang pun, kena belek2..

Tanpa Nama berkata...

gaji basic di bawah ssm rm 1187.00 ,di bawah sbpa rm 1240.00 ,kenaikan hanya rm 53.00, di mana dan bila kenaikan 7%-13% yang di umumkan dalam bajet 2012, jangan kita banyak cakap sana cakap sini ,kita suruh kerajaan cepat2 umumkan kenaikan gaji di bawah sbpa.