SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Jun 2012

BENARKAN PROJEK KEPADATAN TINGGI -REHDA

Utusan Malaysia
5/6/2012


KUALA LUMPUR 5 Jun - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) meminta kerajaan membenarkan tanah dibangunkan dengan kepadatan tinggi bagi menampung permintaan terhadap rumah yang semakin meningkat.Pengerusi REHDA Wilayah Persekutuan, NK Tong berkata, ia juga bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin ketara berikutan penawarannya yang kurang serta persaingan untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar."Permintaan yang tinggi terutama terhadap rumah kos rendah berpunca daripada bilangan penduduk di bandar yang sentiasa meningkat saban tahun."Justeru, REHDA berharap kerajaan membantu menyelesaikan masalah ini dengan membenarkan mana-mana tanah dimajukan dengan kepadatan tinggi selain akses kepada kemudahan pengangkutan awam," katanya selepas sidang akhbar mengenai Persidangan Antarabangsa Keempat Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2012 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng yang mendesak kerajaan dan pemaju perumahan bersama-sama membantu penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan mereka.Menurut NK Tong, harga rumah boleh menjadi lebih murah sekiranya terdapat lebih banyak unit rumah mampu milik atau kos rendah tersedia bagi memenuhi permintaan tersebut.Selain itu, katanya, krisis kewangan global dan kenaikan kos bagi bahan pembinaan serta harga sebidang tanah juga adalah antara faktor yang menyebabkan harga rumah menjadi tidak terkawal.

Mengulas mengenai persidangan bertemakan 'Bandar Untuk Rakyat' yang bakal berlangsung pada 25 September ini, NK Tong berkata, ia bertujuan membincangkan dan merancang proses transformasi bandar kepada bandar mapan dan lestari.Katanya, ia juga akan membuka ruang kepada lebih 500 delegasi seluruh dunia berkongsi cara membangunkan bandar supaya lebih mesra penduduk."Menariknya kali ini, kita menjemput pemenang anugerah Arkitek Danish iaitu Dr. Jan Gehl dari Denmark dan Alfonso Vegara dari Fundacion Metropoli Sepanyol berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam proses membangunkan bandar raya mesra penduduk seperti New York, London, Perth, Adelaide dan Auckland," katanya lagi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku no 1.. yesss.. gred j27 bila confem naik

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar sblm PRU13...kena umum j27.....so sokong BN sampai akhir hayat badan

J54 berkata...

hahahaha...meroyanla korang
smpai kesudah doklah J17 tu
klau nak minta naik gred alang-alang
minta tros gred 54 kan lagi LOGIK dan dijamin akan diLULUSKAN kihkihkihkihkih

Tanpa Nama berkata...

Gaji pegawai juruteknik gred J17 ada sijil starting RM1,417.59.

Gaji pegawai pen pegawai tanah gred NT27 yg ada sijil/ diploma hanya RM1,361.14.

Gaji jururawat masyarakat U19 yg ada sijil cuma RM1,284.27

Sepatutnya CUEPACS perjuangkan potong gaji pegawai gred J17 yang moroyan hari2 menentang kerajaan. Xsedar untung gaji tinggi...

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh pelaksanaan projek perumahan berkapadatan tinggi di Malaysia. Ini adalah kerana ia dapat mengurangkan kadar kenaikan harga rumah dan hartanah khususnya di bandar2 besar seperti Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Koridor Nusajaya.
Zamani Penang.