Utusan Malaysia
5/6/2012
5/6/2012
KUALA LUMPUR 5 Jun - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA)
meminta kerajaan membenarkan tanah dibangunkan dengan kepadatan tinggi
bagi menampung permintaan terhadap rumah yang semakin meningkat.Pengerusi REHDA Wilayah Persekutuan, NK Tong berkata, ia juga bagi
mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin ketara berikutan
penawarannya yang kurang serta persaingan untuk memiliki rumah
terutamanya di kawasan bandar."Permintaan yang tinggi terutama terhadap rumah kos rendah berpunca
daripada bilangan penduduk di bandar yang sentiasa meningkat saban
tahun."Justeru, REHDA berharap kerajaan membantu menyelesaikan masalah ini
dengan membenarkan mana-mana tanah dimajukan dengan kepadatan tinggi
selain akses kepada kemudahan pengangkutan awam," katanya selepas sidang
akhbar mengenai Persidangan Antarabangsa Keempat Bandar Raya Mapan
Bertaraf Dunia 2012 di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng yang
mendesak kerajaan dan pemaju perumahan bersama-sama membantu penjawat
awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan
mereka.Menurut NK Tong, harga rumah boleh menjadi lebih murah sekiranya
terdapat lebih banyak unit rumah mampu milik atau kos rendah tersedia
bagi memenuhi permintaan tersebut.Selain itu, katanya, krisis kewangan global dan kenaikan kos bagi
bahan pembinaan serta harga sebidang tanah juga adalah antara faktor
yang menyebabkan harga rumah menjadi tidak terkawal.
Mengulas mengenai persidangan bertemakan 'Bandar Untuk Rakyat' yang
bakal berlangsung pada 25 September ini, NK Tong berkata, ia bertujuan
membincangkan dan merancang proses transformasi bandar kepada bandar
mapan dan lestari.Katanya, ia juga akan membuka ruang kepada lebih 500 delegasi seluruh
dunia berkongsi cara membangunkan bandar supaya lebih mesra penduduk."Menariknya kali ini, kita menjemput pemenang anugerah Arkitek Danish
iaitu Dr. Jan Gehl dari Denmark dan Alfonso Vegara dari Fundacion
Metropoli Sepanyol berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam proses
membangunkan bandar raya mesra penduduk seperti New York, London, Perth,
Adelaide dan Auckland," katanya lagi.
5 ulasan:
aku no 1.. yesss.. gred j27 bila confem naik
Dengar khabar sblm PRU13...kena umum j27.....so sokong BN sampai akhir hayat badan
hahahaha...meroyanla korang
smpai kesudah doklah J17 tu
klau nak minta naik gred alang-alang
minta tros gred 54 kan lagi LOGIK dan dijamin akan diLULUSKAN kihkihkihkihkih
Gaji pegawai juruteknik gred J17 ada sijil starting RM1,417.59.
Gaji pegawai pen pegawai tanah gred NT27 yg ada sijil/ diploma hanya RM1,361.14.
Gaji jururawat masyarakat U19 yg ada sijil cuma RM1,284.27
Sepatutnya CUEPACS perjuangkan potong gaji pegawai gred J17 yang moroyan hari2 menentang kerajaan. Xsedar untung gaji tinggi...
Saya menyokong penuh pelaksanaan projek perumahan berkapadatan tinggi di Malaysia. Ini adalah kerana ia dapat mengurangkan kadar kenaikan harga rumah dan hartanah khususnya di bandar2 besar seperti Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Koridor Nusajaya.
Zamani Penang.
Catat Ulasan