SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Jun 2012

CUEPACS SAMBUT BAIK NAIK HAD UMUR PERSARAAN PEKERJA SWASTA

Bernama
19/6/2012


MUAR, 14 Jun (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman mengalu-alukan pembentangan cadangan menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun di Dewan Rakyat, semalam.

Omar berkata cadangan itu jika diluluskan adalah selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan had umur bersara kepada penjawat awam baru-baru ini.

"Ia juga akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara Asia lain yang telah menaikkan had umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun,'' katanya kepada pemberita di bengkel Suruhanjaya Transformasi Perkhidmatan Awam, di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme bagi memantau pelaksanaan cadangan kenaikan had umur persaraan itu bagi mengelakkan adanya majikan yang mengambil kesempatan mengurangkan pekerja sewenang-wenangnya.

Menurut Omar, langkah itu penting kerana denda RM10,000 kepada syarikat besar yang memberhentikan pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun, boleh dianggap tidak begitu berat.



-- BERNAMA

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Samapai had umur persaraan dah 2 - 3 kali dinaikkan tetapi J17 ttp dok di takuk lama juga dlm kategori SPM..alahaii

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya mana2 skim pun penting buat pentadbiran..tak kira la skim A hingga Z.Skim tak salah..yang buat tak betul penjawat skim tersebut..jangan la mengata skim tu tak bagus skim kita je yang bagus..bab tuntutan gaji dan dred , ini tertakluk kepada pekeliling yang telah di tentukan oleh JPA dan SPA..contohnya Skim J..telah keluar pekeliling perkhidmatan Bil 4 tahun 2002 yang menyatakan skim J yang mempunyai kelayakan sijil politeknik di samakan dengan pemegang STPM..Gred yang di tentukan ialah gred 27 hingga 36..sedangkan N17 di pejabat tanah yang mempunyai sijil Politeknik telah di naik taraf ke Gred 27..apakah skim J tidak layak menuntut hak mereka sedangkan kelulusan mereka sama..harap PA skim lain faham..tq

Tanpa Nama berkata...

TIADA YG BETUL MELAINKAN BETUL BELAKA..

Tanpa Nama berkata...

dah 3tahun kerja pegawai kontrak, lagi sebulan nak tamat kontrak, dapat tau bos takmau sambung kontrak...kelam kabut nak cari kerj dengan baby dlm perut yang nak keluar tak lama dah. Siapa yang nak membela nasib pekerja kontrak ni.
presiden CUEPACS, tolongla perjuangkan juga nasib pegawai2 kontrak

Tanpa Nama berkata...

terima kasih KSU kementerian sumber manusia,anda melaksanakan tugas anda dengan cemerlang,anda layak jadi Ketua Pengarah JPA

Tanpa Nama berkata...

Ito la gagjiiiii mu....j27 layak la...

Tanpa Nama berkata...

SUMBER TIDAK RASMI TAPI
ANGIN KUAT BERTIUP:
'KERAJAAN AKAN BERI PELARASAN GAJI'
SEMPENA PRU-13

GRED 1 - 16 = 30%
GRED 17 - 40 = 25%
GRED 41 - 54 = 15%
GRED JUSA = 8%
GRED TURUS = 5%

YANG TAK SEDAP DIDENGAR:

PENAMBAHBAIKAN SSM HANYA AKAN DILAKSANA SEKIRANYA BN MENANG
PRU13 pada bulan sept or oct, 2012
nanti.

SEMUA AKAN TERJAWAB TAK KIRALAH SEMADA BN MENANG ATAU KALAH. SEBAB WALAH BN SUDAH MENANG SEJAK 1981 LAGI API GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK BANYAK MANA PUN BEZANYA. KESIAN2 LEBIH2 AKU NI YANG KENA JAGA ORANGTUA DAN 6 ANAK. NASIB2.

Tanpa Nama berkata...

RM dah seperti tiada nilainya sekrang ni.. naik 13% rasa seperti cuma naik rm13.00 jer..

Tanpa Nama berkata...

nk buat cane.. ko bodoh malas belajar dulu.. komplen banyak.. kakakka

Tanpa Nama berkata...

pak omar tak payah nak sibuk pasai pekerja swasta..depa nak pencen umuq berapa punya pasai..buat keja kita bagi selesai dulu..J17 ke J27..lepas tu nak bohong apa pun ikut suka hang la omaq oiiiiii

Tanpa Nama berkata...

Kite undi pas dulu.nk gak rase PR mmerintah..bg la pluang yop...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Bn bagos. Bg mcm2 kt rakyat..smue dpt...yg memerintah sungguh telus..mari kite smua sokong penoh kerajaan Bn..bg mandat 100pelatus. Kerajaan yg prihatin...adakah kamu smua brbangga dgn kepimpinan skrg?katakan YA!!