SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Ogos 2012

KAKITANGAN AWAM CURI TULANG

Berita Harian
16/8/2012


Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.
Selain kompleks beli-belah dan pasar raya, mereka mengunjungi bazar Ramadan berhampiran pejabat, dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.

JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.
Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya.
Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Daripada Curi Tulang , lebih baik Curi Dagingnya ..

Tanpa Nama berkata...

Transformasi Perkhidmatan Awam........

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula kalau KETUA JABATAN sendiri yang curi tulang? siapa yang pantau?

lepastu bagi alasan, pegi meeting la, urusan rasmi la itula inila.

kepimpinan melalui tauladan. jika seseorang kakitangan itu buat hal, perlu tengok penyelia dan ketuanya dahulu.

Tanpa Nama berkata...

KALAU KETUA JABATAN SENDIRI YANG CURI TULANG MACAM MANA?... PERGI MAIN GOLF DAN AGENDA AGENDA YANG SEWAKTU DENGANNYA .....

PAKAI DRIVER PERGI SANA SINI TERMASUK HAL NAK BAWAK ANAK CABUT GIGI PUN PAKAI DRIVER JABATAN...ITU MACAM MANA NAK PANTAU?

KALAU LAH YANG SEGELINTIR PA HARI KERJA PERGI BAYAR BIL DAN AMBIL ANAK SEKOLAH JADI ISU ?.. DAH LAH GAJI TAK BERAPA BESAR ... KERJA KERJA DAN KERJA, TAKKAN HAL KELUARGA NAK ABAI?... KITA HANYA MINTA WAKTU KELUAR SEKEJAP UNTUK HAL HAL YANG TAK MAMPU AYAH, MAK ATAU ISTERI BUAT, ITU AJE...

KALAU KETUA KETUA BUAT MACAM MANA?.. LAGI BESAR PUNYA NGULAR... ADA MANA MANA PIHAK ATASAN PANTAU... MANA ADAAA...... SEMUA TUTUP MATA,

KITA ORANG NI TAK ADA AMAH ATAU BALACI YANG NAK PERGI BUATKAN KERJA KERJA KITA NI.... LAINLAH KETUA KETUA SSEKELIAN...BAYAR BIL PUN SURUH DRIVER... HANTAR ANAK KLINIK PUN SURUH DRIVER.....

KALAU NAK IMPLEMENT KAN SATU SATU UNDANG UNDANG ATAU NAK PANTAU ..BIAR SEMUA , BARU ADIL DAN SAKSAMA.....

Tanpa Nama berkata...

kelakar lah pasar ramadhan pun jadi isu...bukan pergi 1 jam beb....

pergi bazar ramadhan sebab nak beli awal awal juadah supaya tak sesak sesak jam 4:30 balik kerja baru nak beratur...ada faham?????

lagi tengahari kita carry on kerja..tak rehat pun , break jap pi solat je...

kita yang sokongan ni buat apa semua tak kena,...... kita kita ni tak ada driver atau orang gaji nak buat kan kerja kerja yang patut kami buat...

lainlah yang atas atas ni .... bagi arahan semua beres....

faham lah kami yang sokongan ni pulak....

Tanpa Nama berkata...

AKU SOKONG GILER ULASAN INI:
" KALAU NAK IMPLEMENT KAN SATU SATU UNDANG UNDANG ATAU NAK PANTAU ..BIAR SEMUA , BARU ADIL DAN SAKSAMA....."

........Yes...yes....yes...!......
Aku agak kan orang yang buat kecoh pasal bazar Ramadhan ni kan ....tuuuuuuuuuuut.....mesti anak orang kaya, gaji besar, rumah besar, kereta besar, ada bibik, ada supir dan ...tuuuuuuuuuuuut.......!

Aku dulu pun kerja Kerajaan tapi minat kat blog Cuepacs ini, sebab apa2 kita pesara dapat juga tempiasnya.. he..he..! Jawatan akhir aku dulu sebagai KSU kat sebuah kementerian jaga duit.Seruan aku kepada yang PRO vs KONTRA jangan jadikan RAMADAN bulan yang barakah sebagai SEBAB untuk berbalah. Tapi kalau aku kan, tak apa lah anak buah kita keluar kejap sekitar 4.30 sebab jam 5.00 lebih dah nak balik. Puasa pulak. Jem kat jalan lagi. Letih lagi. Jadikan Bazar Ramadan sebagai MOTIVASI kepada anak buah untuk terus rajin semasa Ramadan ini sampailah Ramadan akan datang.
Kalau anda seorang yang teliti ye...jam 8.00masuk kerja tak ada masa minum pagi sampailah Zohor jam 1.30 tgh/hari. Jam 2.00 kerja semula sampai jam 4.30 ok lah. Kalau semua ikut Perintah Am secara total, susahlah sikit jadinya. Seorang Ketua yang berbuat 1 kebaikan kepada anak buahnya akan balas 10 kebaikan kepada kita. Begitu jugalah sebaliknya. Anda yang berada di tempat teratas atau tertinggi, pikir2 kan. Jangan meludah ke langit kelak akan menimpa muka sendiri. - Bekas KSU -

Rahman Nanyan berkata...

percayakah semua, biasanya org pembangkang yang suka curi tulang. ahli UMNO rata2nya amat jarang ambil kesempatan, dan paling rajin serta ikhlas ketika bekerja. sebab itulah kami seluruh N22 KUP Persekutuan menyokong penuh usaha mewajibkan kakitangan awam mengundi BN dan medaftar selaku ahli UMNO dan komponenya.

Tanpa Nama berkata...

AKU SOKONG GILER ULASAN INI: " KALAU NAK IMPLEMENT KAN SATU SATU UNDANG UNDANG ATAU NAK PANTAU ..BIAR SEMUA , BARU ADIL DAN SAKSAMA....."
^^^
Tuhan maha kaya. Semua orang dibayar gaji untuk kerja. Kalau dia curi waktu kerja maknanya sebahagian gajinya yang dibuat makan minum keluarganya adalah duit haram. Darah daging haram tempatnya sebagai bahan bakar neraka sahaja.

Jadi tegurlah bos tu kalau berani. Ataupun buat laporan pada bos dia pulak. Kalau tidak, cukuplah sekadar membenci di hati. Jangan pula kita yang ikut perangai dia.

Tanpa Nama berkata...

kalau Ketua jabatan, Ketua Operasi, Ketua unit dan apa-apa ketua yang sewaktu dengannya CURI TULANG SAMPAI JADI BANGKAI, Mcmana pulak tue, ada waktu kerja pergi main GOLF dgn dato'-dato', perkena KOPI dekat hotel 5 BINTANG, mcm dekat PUTERI PAN tingkat 10, pergi DELUXE berkaraoke dengan GRO, ape cite pulak tue, heret GRO ke hotel-hotel mewah, waktu kerja, boleh pulak dia org ketua-ketua yang sewaktu dengannya, tajuk nie tak relevan, asyik nak perkena org bawah jea, ketua-ketua yg sewaktu dengannya dahlah curi tulang, buat DOSA BESAR pulak tue, Allah SWT Maha Mengetahui..

Tanpa Nama berkata...

Mengikut pemahaman saya daripada surat JPA tersebut, dinyatakan dlm surat itu semua penjawat awam dan bukannya khas utk org atasan ke bawahan ke... Bukan ke setiap penjawat awam tu ada ketua jabatan masing2 ... Dan ketua jabatan juga merupakan penjawat awam.. So tak kira org atasan ke orang bawahan ke... Semua kenalah patuh pada peraturan tersebut. Dan dlm surat tu pun dinyatakan segelintir sahaja dan bukan semua... So yang tak buat jgn lah nak marah atau terasa. ..

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong anda..

Azroysbh berkata...

bagaimana pula ketua sendiri yg tidak mengikut waktu bertugas sesuka hari mengubah waktu bertugas kadang datang lewat dan kadang balik awal setiap petnag seawal jam 2pm... dimana kami nak suarakan ketidak adilan ini... tqvm