Berita Harian
1/8/2012
1/8/2012
Putrajaya:
Kerajaan disaran melaksanakan sistem saman dan bayar serta-merta
terhadap pesalah lalu lintas bagi mendidik pemilik kenderaan mematuhi
peraturan jalan raya.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong
barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di lokasi
tidak sepatutnya.
Selain itu, kerajaan diminta memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengunci tayar dan menyita kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.
Atasi tunggakan saman Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi, berkata cadangan itu dikemukakan oleh CUEPACS bagi mengatasi masalah berjuta-juta saman trafik yang belum dijelaskan oleh pengguna dan pemilik kenderaan.
Katanya, cadangan itu membolehkan kerajaan berlaku adil terhadap pesalah trafik yang membayar saman apabila melakukan kesalahan, walaupun secara ansuran.
“Cadangan ini disokong wakil pelbagai agensi penguat kuasa pengangkutan serta PBT yang menghadiri mesyuarat khas SKMTPA. Terserah kepada Peguam Negara untuk mengkaji aspek perundangan bagi membolehkan ia dilaksana dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada," katanyaselepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam.
Mengulas lanjut, Azmi berkata peraturan itu diguna pakai di beberapa negara, termasuk di Singapura, United Kingdom dan Australia. Ditanya sama ada ia akan membebankan pengguna, Zaki berkata walaupun ada undang-undang, pemilik kenderaan tidak perlu panik dan marah jika mereka mematuhi peraturan jalan raya.
“Kalau salah dia didenda atau dihukum. Namun, setakat ini berjuta saman bukan saja tidak dibayar, malah diketepikan begitu sahaja seperti tidak menghormati undang-undang. Ini tidak adil kepada mereka yang patuh bayar saman dan mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka,” katanya.
13 ulasan:
chiilahabis duit raya jadi duit bayar saman
harap kalau dikuatkuasa kena buat betul betul....jangan orang besar lepas,orang kecil kena saman.
saya setuju,
1)siapa nak keluarkan resit?
2)siapa nak simpan duit?
3)macam mana kalau bayar tanpa resit?tidakkah ini boleh mendorong rasuah
4)mana nak letak kereta yang ditarik akibat pemandu tak mampu nak bayar?perlu sediakan ruang yang besar
5)siapa nak buat dokumentasi perihal kereta yang ditarik.
6)macam mana kalau pemandu kata dia tak buat salah?macam mana nak buktikan kesalahan.Jika belum dapat dibuktikan salah macam mana nak bayar?
cadangan ini bagus untuk mendidik pemandu,tapi banyak perkara perlu difikirkan.Lebih baik fikir pasal elaun,cuti,gaji PA.
Elok dalam kereta pasang kotak hitam. Dapat saman, kita lawan dalam mahkamah. Saya pernah dapat saman walhal dalam gambar tangkap laju tu bukan kereta jenis saya (orang guna no plat saya). Ada tulis jenis kereta tu pun dorang tak pandai bezakan.
Salam semua..satu perkara yang menjadi persoalan masyarakat dan saya sendiri..Tujuan membayar saman serta merta ini sebenarnya untuk mendidik pemandu ke atau mendidik duit untuk ke akaun badan yang terlibat...mendidik menggunakan umpanan duit atau wang ini secara rekodnya tidak banyak membantu mengurangkan kesalahan jalan raya bagi pendapat saya..malah menyebabkan pemandu lagi teruja melakukan kesalahan bagi mencabar pihak berkuasa...Sebetulnya pihak kerajaan dan badan2 berwajib pelunya mencari punca 'polution' untuk dibersihkan supaya pemandu2 secara sukarela mematuhi undang2 jalan raya...Sbg contoh: untuk mengelakkan kelajuan melebihi had laju di highway, cubalah letakkan had masa dari plaza tol A ke plaza tol B sesuai dengan kelajuan dijalan tersebut..mendidik tanpa duit sebagai asas akan menunjukkan keseriusan pihak kerajaan mengurangkan kesalahan trafik dan sekaligus mengurangkan kes kecelakaan jalan raya..didendalah dgn setiap pemandu yang mengurangi had masa perjalan dgn kelajuan yg ditetapkan itu supaya direhatkan sehingga sesuai dgn masa yg ditetapkan atau mencuci lebuh raya..sbg contohlah...Namun banyak kaedah lagi boleh dipraktikkan tanpa menggunakan duit atau wang ringgit..apepun, semua itu atas budi bicara pihak kerajaan..sekian
padan muka kau org, suka tak suka kea.. habislah duit bonus kau org balik kampung raya nie.. hangus jawabnye..!! kah..!!kah..!! traffic buat overtime raya nie..
Ketegasan melaksana atau menguatkuasakan undang2 lebih baik dari menghukum. Cthnya apabila nampak sahaja kesalahan yg dilakukan oleh para pemandu/pemilik kenderaan jgn setakat nak saman sahaja tetapi perlu diberi kaunseling khasnya bg kes2 berat. Spt di sarawak terdapat banyak kenderaan yg menggunakan cermin gelap dan bilangannya terus meningkat tapi pihak yg bertanggungjawab buat tak tahu sahaja. Jgn tunggu hingga isu menjadi kronik baru hendak mengambil tindakan. Ubatkan luka kecil itu secepat mungkin sebelum ia menjadi besar dan sukar diubati.
Kes saman tertungak ok lagi...kalau air tertungak camno tu?......tak dapek den nolong...
kompaun seharusnya dibuat dalam bentuk peratusan dari pendapatan. macam lembaga hasil kira cukai pendapatan la lebih kurang.
sebab kalau dicaj rm300 maksimum, yang bergaji rm1,000 akan menangis, yang bergaji/berpendapatan rm10,000 akan senyum sinis sambil bayar rm300, lepastu esok buat lagi kesalahan tu.
ada paham? saman/kompaun di malaysia ni lebih kepada menghukum orang berpendapatan rendah, tapi berpendapatan tinggi dengan senang hati terus terusan melanggar undang-undang.
cadangan di atas adalah cadangan yang menarik.
maknanya jika seorang itu berpendapatan rm1000, samana had laju dikenakan sebanyak 30% iaitu rm300.
sekiranya seseorang itu berpendapatan rm10000, saman 30% berjumlah rm3000.
barulah si kaya mahupun si miskin akan berfikir 2x utk melanggar undang-undang.
ni tak, si miskin makin merana, si kaya tetap tersenyum bongkak.
nak cadang semua orang boleh cadang.....
tapi otak kena gunalah....
praktikkah? bolehkah? mampukah? telah bersediakah.....
lojistiknya okkah?
nak didik atau nak cari wang?
kalo kasalahan trafik nak bayar serta merta maknanya ramai pesalah tak mampu bayar la...apa kata keluarkan surat dari mahkamah tabgkap pesalah dlm tempoh 7hari di arah kutip sampah dlm bandar atau pekan di mana mana lokasi yg kotor dan cuci tandas awam dgn pengawasan polis penjara dan diberi makan minum pagi tengahari petang sama seperti mada kerja pejabat..ini bagi pesalah rakyat malaysia...tatap bersih kawasan sekitar...rantai kaki mereka dgn rantai sesuai bagi memudahkan pergerakan...MUNGKIN RAMAI SOKONG KARAJAAN PATUT LULUSKAN HUKUMAN INI BAGGI PASALAH TRAFIK ....daripada mau saman bagus tangkap dan arah buat penbersihan kutip sampah ja..ini bagi kesalahan trafik yg ringan bawah 500 ringgit...yg atas 500 kasalahan trafik danda 2 minggu pungut sampah n susi tandas awam...
buat hukuman khidmat masyarakat je.
kutip sampah tepi jalan, kat taman bunga.
negara maju banyak amalkan benda macamni. memang boleh mendidik orang menjadi lebih berdisiplin lepas tu.
setakat denda/kompaun ni, mat rempit pun boleh bayar. apatah lagi eksekutif
tapi khidmat masyarakat ni, jangankan eksekutif bank, mat rempit pun jatuh maruah dibuatnya.
Catat Ulasan