SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 September 2012

PEKERJA INDUSTRI BINAAN WAJIB IKUT KURSUS INDUKSI KESELAMATAN


Bernama
6/9/2012



KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Semua pekerja industri binaan, termasuk warga asing, di tapak pembinaan awam diwajibkan mengikuti kursus induksi keselamatan sehari anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperoleh kad hijau.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Dr Judin Abd Karim berkata kad hijau yang dikeluarkan CIDB itu mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan dan tanpa kad tersebut, pekerja tidak dibenarkan memasuki kawasan tapak binaan.


"Kursus ini bertujuan memberi pendidikan dalam kalangan pekerja di samping berusaha mengurangkan berlakunya kemalangan di tempat kerja," katanya pada sidang media di sini Rabu.


Judin berkata CIDB melantik pegawai penilai yang terdiri daripada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang berkelayakan, bagi menilai pekerja binaan yang terlibat dalam kursus itu.


Kad hijau itu juga menjadi identiti seseorang pekerja itu agar dapat dikenal pasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.


Pekerja binaan yang gagal memiliki kad hijau itu boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan pendaftaran kontraktor (1995)-Peraturan 15 (1), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, katanya.




-- BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

S1M. Saya mewakili guru-guru kawasan pedalaman dan luar bandar yang ingin memberi pendapat tentang jawatan hakiki. Kini ramai guru-guru di sekolah luar bandar dan pedalaman membuat kerja yang sama taraf dengan guru-guru yang hakiki.Walaupun luar bandar atau pedalaman, kerja-kerja yang diberikan oleh KPM, JPNJ dan PPD adalah sama. Jadi guru-guru Hakiki menerima gaji yang lebih tinggi daripada guru yang menjalankan tugas hakiki walaupun tidak ada hakiki. Ramai guru-guru sekolah luar bandar dan pedalaman yang hanya DG29 walaupun menjalankan tugas hakiki DG32. Dimanakah keadaan kami ? Harap Dapat Perhatian.

Tanpa Nama berkata...

Kad hijau perlu untuk tandas awam kah supaya ianya dapat digunakan dengan sempurna?

Tanpa Nama berkata...

Guru tak pandai baca tajuk. Malulah sibodoh ini.

Tanpa Nama berkata...

CIDB nak buat duit la, tak ada kerja lain, projek lubang mampus, ada kea nak suruh buruh binaan pegi kursus induksi, wak kang, mat banggla, senyum la lepas nie, dpt pakai longsuet dan pakai kot, CIDB sponsor.. kah..!!kah..!!

Amran Pekida berkata...

kami mahukan segera daftarkan semua PA menjadi ahli UMNO dan wajibkan mengundi BN, ini agar kejadian ada yang tergamak menjatuhkan maruah melayu seperti tayang punggung pada wajah PM kita tidak berlaku lagi. Pembangkang cuba kaitakn dengan kes di rumah ambiga dan kononnya ada pemuda kencing di poster nik aziz dan pijak gabar anwar brahem, tetapi ini adalah tidak relevan kerana mereka memang layak diperlakukan sebegitu.

Tanpa Nama berkata...

Wakil guru-guru tak pandai baca tajuk kah? Tidak malu Kah? Saya sebutkan disini tajuk untuk perbincangan "Pekerja industri binaan...."

Tanpa Nama berkata...

Bagus murid menolong guru dalam membaca bukan sebaliknya.Tidak tahu apa sedang berlaku, tidak tahu tajuk sebenar untuk perbincangan. Layak jadi guru kah?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Wakil guru-guru tak pandai baca tajuk kah? Tidak malu Kah? Saya sebutkan disini tajuk untuk perbincangan "Pekerja industri binaan...."
Sabtu, September 08, 2012 8:17:00 PG
Tanpa Nama berkata...

Bagus murid menolong guru dalam membaca bukan sebaliknya.Tidak tahu apa sedang berlaku, tidak tahu tajuk sebenar untuk perbincangan. Layak jadi guru kah?
Sabtu, September 08, 2012 8:30:00 PG
+++++++++++++++++++
Yea mari panaskan isu guru.... lama tak dengar
Bila lagi nak malukan guru dan buat dosa

Tanpa Nama berkata...

Hahaha....betul tu! Jom kita kutuk guru sebab mereka dapat time base. Lepas tu PTD pulak sebab cepat naik pangkat. Jangan lupa kisah J17 nak minta J27.
Eh...lupa pulak, kita perlu kutuk doktor sebab lepas jadi house officer terus naik U44. Kalau ada agenda kutuk dan dengki yang aku terlupa, tolong ler tambah!

MOHD AZUWAN berkata...

bila kita selalu dengkidan khianat kat org , sebab tu la allah sekat rezeki kita, kerja sampai mati pun tak nak pangkat , pikir pikir kan lah

Tanpa Nama berkata...

MACAM2, BILA KITA SAMPAIKAN SESUATU YANG BETUL N ITULAH REALITI YANG BERLAKU. KITA DITUDUHNYA DENGKI DAN KHIANAT. KALAU MCM NI LAH SENARIONYA, BUAT HAL SENDIRI SAJELAH. TAK PERLU WUJUDKAN BIRO ADUAN, TUTUP SEMUA KESATUAN. BURUK N BAIK TERIMA SAJELAH.

Tanpa Nama berkata...

J-ukur amat memerlukan kursus ini, kita orang kije dah lah dalam hutan,tempat projek,sempadan, tengah laut kurang kelengkapan keselamatan....
kesian kami.. dah lah belum naik lagi.. card hijau tu penting....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

MACAM2, BILA KITA SAMPAIKAN SESUATU YANG BETUL N ITULAH REALITI YANG BERLAKU. KITA DITUDUHNYA DENGKI DAN KHIANAT. KALAU MCM NI LAH SENARIONYA, BUAT HAL SENDIRI SAJELAH. TAK PERLU WUJUDKAN BIRO ADUAN, TUTUP SEMUA KESATUAN. BURUK N BAIK TERIMA SAJELAH.
Ahad, September 09, 2012 10:49:00 PG
************
Buka itu kesimpulannya...
Nak keadilan untuk diri dari segi gaji mahupun pangkat BUKAN CARA memijak kepala orang atau memaki orang lain atau memalukan orang lain... tetapi mengetenngahkan kelebihan diri dan pasukan agar diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan

Tanpa Nama berkata...

Tambah sikit lagi...
Suka tak tuan puan jika ada di kalangan kawan tuan puan yang mendapat APC dengan hanya mencerita keburukan semua rakan sekerja kepada bos tanpa susah payah berusaha..?
sama la tu konsepnya di sini

sori kalu terkasar bahasa... tapi itulah yang nak saya sampaikan

kepunden berkata...

TAMBAHAN SIKIT LAGI.
bukan niat menceritakan keburukan orang lain. dalam konteks bekerja, sekiranya berlaku kepincangan atau pencapaian sasaran kerja dibawah paras minima. bukan hanya kakitangan yang bermasalah saja yang dipersalahkan, bahkan staff lain juga akan terlibat kerana kita berada dlm satu organisasi. ibarat kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelangan". dia umpama parasit yang merosakkan tanaman.

kepunden berkata...

Tambah sikit lagi...
Suka tak tuan puan jika ada di kalangan kawan tuan puan yang mendapat APC dengan hanya mencerita keburukan semua rakan sekerja kepada bos tanpa susah payah berusaha..?
sama la tu konsepnya di sini

sori kalu terkasar bahasa... tapi itulah yang nak saya sampaikan
---------------
boss anda patut dihantar utk menjalani kursus penyeliaan.

Tanpa Nama berkata...

SALAM UNTUK SEMUA PELANGGAN TETAP BLOG INI:
Tapi sayangnya anda semua sudah jadi goblog atau gemblong sebab tak habis2
kata PKR teruk. Kemudian puji pulak BN bagus. Apa yang teruk apa yang bagus. Aku dalam PA tak kenal itu semua. Yang penting sepatutnya setiap 5 tahun sekali lebih2 lagi bila nak buat pemilihan kerajaan baru, Kerajaan yang sedang berkuasa patut dan wajib beri bonus 12 bulan gaji kepada semua PA. Kalau Bank, Korporat, Firma, Swasta dan GLC Kerajaan boleh bagi 12 bulan bonus setiap tahun kepada staf mereka, mengapa pulak kita PA pemegang dan pelaksana tampuk negara tak dapat. Tiap2 tahun cuma separuh atau sebulan gaji. Apa adil ke macam tu. Pegawai Kerajaan macam aku gred 5* (bini kerja guru gred 4*) nak beli Estima dan rumah Semi D, kena pikir 10 kali. Sedangkan Kerani bank kerja baru 15 tahun (bini kerani bank jugak) dah dapat beli Merc mata belalang dan rumah Banglo.Tapi bila sebut pasal kerja mesti rajin, berfikir diluar otak,kena amanah (sampai nak beli juadah puasa pun tak boleh konon). Anda