SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 November 2012

KERAJAAN KAJI SEMULA SKIM GAJI PENJAWAT AWAM MULAI TAHUN DEPAN

Bernama
31/10/2012
MELAKA, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.


"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Rabu.


Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.


Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.


"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.


-- BERNAMA

220 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 220 daripada 220
Tanpa Nama berkata...

Guru ijazah separuh masa, PJJ, boleh naik Gred DG41 tanpa temuduga... (Surat Khabar SINAR online, 8 November 2012

http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-ijazah-separuh-masa-pjj-boleh-naik-gred-dg41-tanpa-temuduga-1.101773

beruntung le... Kebanyakkan PA yang buat separuh masa, pjj pun tak merasa...

Tanpa Nama berkata...

Mohon diberi Elaun khas untuk penjawat awam yang mempunyai diploma/ijazah yang masih memegang jawatan rendah dari akademik yang mereka perolehi.Cth. Pembantu Tadbir N.17 yang mempunyai diploma/ijazah. Kerajaan mengalak kita belajar tapi dah dapat ijazah . apa ada?
.....................................

Jangan dilantik N17 dari individu yang berijazah berumur di bawah 35 tahun lebih 35 tahun no problen.

Tanpa Nama berkata...

byk sgt yg busuk hati & gelap hati dlm ni. dlm nak perjuangkan nasib, siap dok kata n17 tuh mesti yg atas 35 ler, yg cikgu lak itu ler ini ler.

tuh psl ler m'sia nih tunggang langgang. ramai sgt yg busuk hati.

blaja tinggi2 klu akhlak zero & hati busuk, xguna gak wehhh.

Tanpa Nama berkata...

Ok

Tanpa Nama berkata...

Tak de keperluan pun utk pemberian elaun bg kump pelaksana yg ada ijazah..sbnrnya apa yg cikgu dpt tu adalah pengecualian temuduga bg yg ada ijazah cemerlang..for sure 3 pointer n above mmndgkn pengmbilan student guru nnti ada yg dpt 9A spm..jd mereka ni cemerlang n lyk dpt..bukan semua cikgu automatik dpt...sbb tu tpm kata htr permohonn ke spp utk dpt pengecualian temuduga...skg ni semua majikan nk cemerlang...bukan cukup makan n sekadar ada je degree..org yg ada degree da bersepah...beratus ribu..jd kumpulan sokongn yg ada degree tu..kerajaan da x hairan...klu cemerlang dgn pointer bagus..kerajaan akn pndg..sy tengok dlm ni ramai sgt yg melalak n menyalak konon mereka juga ada degree..tp pernh fikir ke degree apa yg ada tu...klu setakat managemnt...pastu pointer 2.4..baik duk diam je..cikgu ni very specific degree dia...diperlukan utk mengajar yg dipelajari...tp anda2 yg sokongn n degree cukup mkn nk bising2 tak dilantik tu cermin le diri..klau setakat pengalamn tu semua org akn ada bila keje. .n kerajaan da pun byr anda gaji dgn kerja anda...jika anda nk jd pegawai..bersainglah dgn graduan2 yg cemerlang tu...masa exam..pac..n temuduga.gunalah pngalamn anda yg konon bnyk sgt tu. ..jd le gentlemn yg bertelur..bukan merayu minta pengecualian semata2 ada pengalamn bnyk n ada degree n master...utk dilantik...klu anda hebat...buktikanlah kehebtn pengalaman anda pd budak hingusan yg anda kata tak lyk jd bos anda tu...sebenarnya..diri sendiri yg malas cari kecemerlangn...yg rajin cuma nk cari itu salah n ini salh...tp diri sendiri tak cermin...layakkah anda.

Tanpa Nama berkata...

benarlah sabda Rasulullah S.A.W. di akhir zaman ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina).

sadaqa Rasulullah.

Tanpa Nama berkata...

tuan-tuan dan puan-puan semua..


masanya sudah tiba. itu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya semua kakitangan awam takperlu lg naik gaji.blog ceupac ni patut tutup je dah jadi tempat menambah dosa je kakitangan awan skrg ni dah x profesional saling dengki mendengki hati busuk yang tau nak gaji banyak je kerja macam hampeh

Tanpa Nama berkata...

kalau gaji maksimum yang dah langgar dinding naik, adakah harga barang-barang keperluan juga akan turut naik? bagaimana pula nasib PA yang bergaji minimum, kalaulah harga barang-barang keperluan naik lagi?

Tanpa Nama berkata...

dari dulu sampai sekarangni!!!Xhabis2 guru,polis,askar je yg kamu jaga!!!apa kamu ingat mereka sahaja yg ada hak mengundi dan mempengaruhi minda rakyat/masyarakat???AWAS!!!Aku dah mula menyampah dengan wayang/politik UMNO ni lagi..

Swasta berkata...

Banyaknya si bengap yang tak tahu bersyukur kat sini..kalau hebat sangat cakap gaji swasta besar la best la..berhenti saja..ramai lagi org yg nakkan kerja..setakat memekak komplen kat sini semua bole buat..kalau nak tau ramai org swasta yang lebih suka keje dgn kerajaan..macam2 kelebihan.

Tanpa Nama berkata...

kesian cikgu-cikgu kat malaysia ni. kerja macam nak mampus pun setakat mampu sampai dg44 dan dg48.. kami ptd dalam tempoh 10 tahun sahaja dah cecah m52.. sebelum pencen dapat merasa jusa.. cikgu-cikgu x payah nak bising-bising... kalau layak tu sila laa mohon masuk ptd..

Tanpa Nama berkata...

saya berharap kerjaan kaji semula gerd pejawatan 36 ke 42 kerana banyakm d ah nak pencen

Tanpa Nama berkata...

apa nak kaji lagi,kalau nak buat,bagilah tahun ni,buat apa nak tahun depan...harga barang dah melambung naik...tunggu je PRU13 bnyk kerusi hilang...terutama kawasan yang ramai Penjawat Awam...

Tanpa Nama berkata...

Hoi hang bagi mamat tu syok sendiri. Dia nk 27 bagi aje. 44 atau jusa bkn rugi. Ini lah dia ukur baju kena badan sendiri. Lg 1 dh rezeki hg trima aje.

Tanpa Nama berkata...

macammna lah ye kalu malaysia ni darurat hanya disebabkan memenangi hati-hati guru semata..kalu semua guru undi kerajaan je, jgn lupa ade byk hati-hati org yg bkerja selain guru akan memangkah pembangkang..

jika darurat sbb rusuhan atau bencana alam, sekolah kena tutup, guru duk umah jaga leher sendiri, tapi yang lain? polis yang kena parang, tentera kena bom, doktor xbalik umah, misi kena duk kat hospital....

alahai seronoknya jadi guru... anak2 belajar hanya guru yang berjasa jer ke bila berjaya? yang jadi sampah masyarakat salah mak bapak lah ye sbb xdidik anak..

kalu betul mereka saje yang mendidik, kenapa tukar nama kementerian pendidikan kepada pelajaran...? mereka cuma mengajar SAHAJA bukan MENDIDIK....mengajar supaya pandai bukan nya mendidik menjadi org yang berguna..Sebabnya, ramai guru zaman sekarang tidak ikhlas mengajar...pada guru yang ikhlas yang tidak pernah mminta ganjaran kerana mengajar....terima kasih..

orang zamandulu, bayar pada guru mengaji atas keikhlasan dari hati anak murid dan ibu bapa..sekarang, mereka byk meminta2... keikhlasan seorang guru lah yang mendapat berkat dunia akhirat.

sedarlah guru..jgn pandai bcakap sahaja. seorang guru tidak semestinya yang mengajar di sekolah..guru yang ikhlas seperti seorang ibu mengajar anak yang patut di sanjungi.

cemburu?// oh tidakkkk.... saya cuma meluat membaca pengakuan seorang guru yang kunun cemerlang.. menyampah bila profesion guru yang diiktiraf golongan profesional kini dipandang serong...maluuuu kerana maruah guru diperkotak katikkan dengan politik semata... soal gaji? tiada masalah... rasa xcukup dgn kerajaan, pergi oversea je lah..wat pe nak tunggu.. xde siapa hargai kerja keringat siang malam..belajar tinggi2 pun xde tenpat di malaysia..

Tanpa Nama berkata...

X guna ckp kat sini...x jadinape pun
Baca pun tidak diaorang ni...
Sembang je lebat....
Belakang lain cerita

bengang berkata...

GAJI TAHUN 2012 MEMANG PERLU DIKAJI SEMULA BUDAK BARU MASUK BASIC 927.03 6 TAHUN BEKERJA KENAIKAN GAJI 1402.03 SEDANGKAN SEKARANG NI KAMI DAH BERKHIDMAT 7 TAHUN GAJI 1360.42 BEZA 136.61 TUUU....TAHUN 2013 NAIK 1455.42 KLU LIHAT DARI GAJI BUDAK BARU 8 TAHUN BERKHIDMAT DAH 1592.03 ADIL KERRR......AHHHHH KAJI JGN TAK GAJI...KENAIKAN X SELARAS......CAM NERR NIIIII......AYAT BUDAK BARU MASUK ALAH...KAMI KERJA 6 TAHUN GAJI LAGI BESAR DARI GAJI ENCIK YG DAH KERJA 7 TAHUN NIIII....UHHHH PANAS HATI....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kaji semula atau paling tidak selaraskan......sebelum PRU13....

Tanpa Nama berkata...

terima ksh...dato omar
Sedikit Renungan buat pemimpin
fikir2kn lah Nasib PA Sokongan ,hidup tertekan dengan keadaan ekonomi Semasa.Hidup dibandar Nak Beli rumah mampu milik pun kena fikir berkali-kali,imbuhan perumahan RM180 tak setimpal dengan kadar ansuran bank RM850.kami tiada keistimewaan Seperti golongan PnP Atasan.parking kereta kami pun berbayar kerana tiada keistimewaan Parking,tiada OT bila berkerja lebih masa.dh lama kami bersabar itupun jarang ada rungutan... kalau ada pun kepada siapa kami nak mengadu...pi mai pi mai tang tu kami org kecil kami tetap sokong kerajaan.tp dipehak PnP banyak keistimewaan.. akan tetapi kami faham kepenting mereka harus dilayan bagai (anak emas) kenaikan Pangkat tak sampai 2-3thn.tp masih merungut gaji tak cukup.apatah lagi kami PA sokongan bawahan (anak tiri kerajaan) jika hendak dibandingkan dengan PnP Atasan,kamilah golongan tertindas dalam perkidmatan awam.Kump sokongan dh berkerja lebih 10thn
masih ditakuk lama.Bersyukur kami kepada allah tetapi tidak kepada pemimpin. fikirkanlh....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 220 daripada 220   Terbaru› Baru»