SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 November 2012

CUEPACS PANDANG SERIUS TINDAKAN KERAJAAN BERHENTIKAN PEKERJA KONTRAK

Bernama
14/12/2012


KOTA KINABALU, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memandang serius tindakan agensi kerajaan yang memberhentikan pekerja kontrak terutama yang telah berkhidmat selama 10 tahun.

Sambil menyifatkannya sebagai zalim, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, yang juga pengerusi Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia (GAKUM), berkata pihaknya kesal bahagian sumber manusia dalam setiap agensi berkenaan tidak mengambil berat perkara itu.


"Ini adalah perkara zalim. Mereka yang sudah berkhidmat 10 tahun memanglah gaji sudah mahal, maka majikannya mencari alasan mengatakan prestasi mereka tidak baik dan seterusnya tidak menyambung kontrak pekerja itu.


"Tetapi dalam masa dua bulan kakitangan kontrak baharu sudah dilantik," katanya pada sidang media sempena mesyuarat GAKUM di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas dekat sini Isnin.


Omar berkata Cuepacs memutuskan bahawa kesemua 45,000 kakitangan berstatus kontrak di semua sektor kerajaan hendaklah diserapkan ke jawatan tetap.


-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yahoooooooooo.........

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs xboleh nak sarankan pada kerajaan supaya kakitangan kontrak ni diserapkan atau diberi jawatan tetap ke?

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju!

Tanpa Nama berkata...

kontrak cfs jkr akan tamat dec neh...

Tanpa Nama berkata...

kontrak gua pon expire dec ni...gua mau kerja sama mkland..masyukkk

Tanpa Nama berkata...

Da nama pun kontrak.. So kna paham la.. Lain la kalau tetap.. Kan ada pbezaan tu.. Masa mula pohon jawatan kontrak, kna bsedia la terima bila kontrak da abes..

Tanpa Nama berkata...

Pru da dakat so faham faham jer la....

PTD berkuasa selamanya berkata...

terima kaih kerajaan kerana telah mempercepatkan kenaikan semua PTD kemasukan pertengahan 2006 ke gred 48 baru-baru ini...dengar cerita selepas SBPA dibatalkan..kenaikan express PTD akan dikembalikan macam biasa..kerana tanpa PTD...hancurlah negara...cuma kami berharap agar kenaikan PTD dari gred 41 ke gred 48 dipendekkan dari 6 tahun pada sekarang kepada 4 tahun sahaja bagi meningkatkan motivasi kami bekerja dmi negara tercinta!

Tanpa Nama berkata...

uuuu mak aiii
patutnye dilamakan lagi
mohon kenaikkan pangkat bukanlah berdasarkan perfomance dan bukanlah based on time based
kerana biarlah yang benar2 berkualiti dan layak dinaikkan pangkat
kerana ramai je yang gred 48 langsung xleh buat kerja dan xtau nak buat kerja
nak cakap pun tergagap2 apa kes?
kalau gred 48 xtau buat kes?
kerja pun xtau nak buat

jimmy maembong

Tanpa Nama berkata...

Rasanyadgn pengalaman yg ada, sblm stop kontrak, dh bule masuk private, GLCs sume..

Tanpa Nama berkata...

Apa yang zalimnya? nama pun pekerja KONTRAK! ikutlah kontrak dan keperluan majikan. Kalau itu dikata zalim macammana dengan nasib lepasan sekolah atau institut latihan lainnya? bila mereka nak dapat peluang untuk bekerja? Kalau mereka boleh beri perkhidmatan yang sama atau lebih baik pada gaji yang lebih murah jadi adillah mereka diambil bekerja. Menafikan hak mereka (dan meningkatkan kos tanpa justifikasi) itu tidak zalim kepada pekerja baru dan pembayar cukai?? Bila kena keluar perbelanjaan yang tinggi untuk pekerja kontrak, kebajikan pekerja tetap nak dijaga pakai duit dari mana?

Satu hal lagi, sejak bila CUEPACS bertanggungjawab tehadap pekerja kontrak?

Jangan berfikiran macam komunis dalam negara demokrasi Pak Omar, cukuplah kita dah ada golongan Mafia PTD dalam kerajaan, takkan nak CUEPAACS nak join kut.

BINGAI

Tanpa Nama berkata...

Kena fikirkan juga kepentingan kerajaaan. Kalau la semua pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap, buat apa la diwujudkan jawatan kontrak dalam kerajaan? Rugi la kerajaan. Penjawat awam lain pun rugi kerana xdapat mengisi kekosongan jawatan tersebut. KPSL pun xperlu la diwujudkan.
Kontrak ini seperti dalam perjanjian kontrak pun untuk tempoh tertentu je.

Jawatan Kontrak & Tetap mesti ada perbezaan. Kadang-kadang memang perlu wujudnya jawatan kontrak bagi memenuhi penyampaian perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

kesan daripada tamat tempoh kontrak(max)sukar utk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta,begitu juga komitment kewangan.Masa depan kami(bekas kakitangan kontrak yang mengisi jawatan tetap)tidak terbela setelah menabur bakti sedikit sebanyak kepada kemajuan khidmat awam.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun pekerja kontrak(terpaksalah satu universiti kerajaan). Dah lama tunggu nak diserapkan ke tetap. Tapi sgt kecewa kerana sumbangan yg diberikan telah lama, tapi seolah2 tak dihargai kerana status tetap masih belum dpt.

Tapi saya percaya rezeki bukan drpd mereka, tetapi dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Anti sangat pekerja berstatus kontrak? Memang kita sendiri boleh tengok cara pekerja kotrak dan tetap bekerja dalam kerajaan..Staf Kontrak ni kerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan berkhidmat lebih baik daripada staf berstatus Tetap! TURUN PADANG TENGOKLA SENDIRI!INI HAKIKAT!kadang-kadang staf kontrak ni yg JD HAMBA Staf tetap!yang tetap dok curi tulang, keje lmbt siap,kerap cuti dll...So SAPA YG DOK BACKUP STAF TETAP klu bukan pekerja Kontrak? APA MASALAHNYA KALAU DIBERIKAN KEUTAMAAN KEPADA STAF KONTRAK UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM? MEREKA DAH BERPENGALAMAN DAN BOLEH BUAT KERJA BERBANDING STAF TETAP YG BRU(FRESHIE)YG XTAU BT KERJA DAN MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN? INI ADALAH REALITI!!! SAYA BERANI BERKATA DEMIKIAN SBB SAYA JUGA ADALAH ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA DASAR-DASAR KERAJAAN YG SENTIASA MENDENGAR,MELIHAT &MENILAI...

Tanpa Nama berkata...

xpe lah dah xnak sambungkan... dah abis pun dah.. TUKAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya betul2 terkilan dgn kenyataa ini:

"Kalau la semua pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap, buat apa la diwujudkan jawatan kontrak dalam kerajaan? Rugi la kerajaan. Penjawat awam lain pun rugi kerana xdapat mengisi kekosongan jawatan tersebut. KPSL pun xperlu la diwujudkan."

nmpk sgt penulis tak tau apa yg ditulis. kekosongan jawatan dlm kerajaan semakin merosot bkn disebabkn oleh pekerja kontrak semata2. ni semua krn kerajaan menaikkan tempoh bersara penjawat awam sedia ada. maaf ckp la kalau takat makcik2 kerani yg buta IT nak kerja smpai umur 60 thn itu sebenarnya lebih merugikan kerajaan. sbb makcik2 yg tahap nenek ni yg sepatutnya duk umah je.wat apa dtg opis duk baca Yassin tiap2 masa. tau ujung bln dpt gaji. keja apa pun tak nak buat. lebih parah bila ada apa2 memo atau surat yg perlu dikeluarkan, budak2 kontrak yg selalu dipandang rendah ini la yg disuruh laksanakan. sepatutnya golongan seperti ini yg perlu dikurangkn dlm sektor kerajaan.

utk makluman anda, kami yg berstatus kontrak ni bkn duk menadah tgn sj tanpa usaha apa2. kami tetap buat permohonan melalui SPA sama je mcm budak2 lulusan yg baru keluar U tu. malah ada juga mohon dgn badan2 berkanun yg lain. swasta sekrg ni pun nak pakai fresh graduate. dh tak nak yg byk pengalaman mcm kami ni. dia org pun tau nak jimat.

jgn menganggap sekiranya pekerja kontrak diserap ke jawatan tetap menyebabkan tiada peluang utk penjawat tetap mendpt kenaikan pangkat. nmpk sgt penulis takut pd bayang2 sendiri. kalau anda pekerja yg berprestasi tinggi, cekap dan amanah maka tiada isu tidak dpt mengisi kekosongan dlm kerajaan.

saya sgt yakin sekiranya pekerja kontrak diserap, mereka akan melalui tapisan oleh Ketua Jabatan masing2. hanya yg benar2 layak akan diserap. baru la hasrat kerajaan memiliki penjawat awam yg benar2 berkaliber tercapai. bkn mcm sesetgh pekerja tetap yg hanya tau mengarah tp tak tau buat satu apa pun.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni PTD banyak masuk kerja orang lain..bukan jururtera nak jadi jurutera,bukan pendidik nak jadi pendidik,bukan akauntan nak jadi akauntan. so PTD ni jangan la nak cepat sangat naik. Yang CFS,nak serap tetap pom mesti ke SPA..sekarang ni kena la ikut prosedur. kena la fahami term dan syarat sblum terima tugas.