SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 November 2012

CUEPACS SASAR 70 PERATUS PENJAWAT AWAM SERTAI SP1M MENJELANG FEB 2013

Bernama
21/11/2012


ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mensasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat awam memiliki kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Februari depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini kira-kira 2,000 penjawat awam telah menjadi ahli SP1M selepas ia dilancarkan di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

"Kita sasarkan sehingga Februari ini semua 1.4 juta penjawat awam mempunyai kad ini dan jika tidak sampai, mungkin sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat awam mempunyai kad skuad pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada ahli Cuepacs di sini pada Rabu.

Beliau berkata selepas ini peniaga tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka yang mempunyai kad pengguna tersebut adalah mata dan telinga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Bila seluruh penjawat awam memboikot sesuatu barang disebabkan tidak puas hati dengan harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, mungkin peniaga itu akan mengalami kerugian. Dengan cara ini saja kita boleh ajar peniaga yang ingkar.

-- BERNAMA

5 ulasan:

first berkata...

Peniaga tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka yang mempunyai kad pengguna tersebut adalah mata dan telinga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

---------------------------------

1)Peniaga kata mereka terpaksa jula mahal sebab bekalan dari pemborong diperolehi dengan harga mahala
2)Pemboron kata pembekal jual dengan harga mahal
3)Pembekal kata kos meningkat sebab bla bla bla
4)Mesyuarat diadaakan antara pembekal
5)keputusan...kenaikan tidak dapat dielakkkan akibat.....tetapi masih belum membebankan pengguna dan kesan kenaikan minima
6)ada cendekiawan mencadangkan jika barang ni naik harga kita guna barang lain.atau kita kurangkan penggunaan nya,contoh ila harga tepung naik,kita akan tepung beras.

Tanpa Nama berkata...

Kalau harga daging lembu naik takkan org Islam nak tukar makan daging babi pulak sbb daging babi lebih murah dari daging lembu?????
Senang je pembekal ialah penyangak dan penjual penipu elok sgt le kita pengguna di tipu oleh mereka

Tanpa Nama berkata...

sekiranya penguatkuasa KPDNKK benar-benar menjalankan tugasnya, perkara di atas boleh diselesaikan.

Tanpa Nama berkata...

kena KAJiiiiiiiiiiii lagi ni......kaji kaji kaji kaji kaji kaji...jgn x kaji

HI berkata...

Masih rendah berbanding negara jiran. ... He he he