SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 November 2012

KPKT SEDIA KAJI CADANGAN SKIM KHAS PENGUATKUASA PBT,JPJ - CHOR

Bernama
22/11/2012



KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia mengkaji cadangan mewujudkan skim khas untuk anggota dan pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri berkenaan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kementerian boleh mengesyorkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jika terdapat keperluan yang wajar.

"Kita bukan penentu dalam perkara ini, tetapi JPA. Namun, tak salah kalau kementerian kaji dulu. Kalau didapati wajar, kita akan mencadangkan kepada JPA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini, Khamis.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam agar skim perkhidmatan khas diwujudkan untuk anggota dan penguasa PBT serta JPJ bagi membolehkan mereka menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diperoleh penguasa daripada agensi lain.



-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

skim Juruteknik pun kena kajisemula dan diupgared ke peringkat diploma. Sijil politeknik pun sudah tidak dikeluarkan lagi. JPA perlu cepat dan pantas membuat keputusan dalam hal ini. Ini kaji.. kaji.. dan kaji.. tapi keputusan tiada.. tiada guna... kalau hanya kaji sahaja tanpa ada jalan penyelesaiannya. PM sudah banyak membuat tranformasi.. JPA pun harus diTranformasi supaya keputusan dapat dilaksanan secepat mungkin.Barulah kakitanngan Awam akan tranformasi diri untuk bekerja dan melaksanan agenda kerajaan dengan lebih berkesan dan bermutu tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam agar skim perkhidmatan khas diwujudkan untuk anggota dan penguasa PBT serta JPJ bagi membolehkan mereka menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diperoleh penguasa daripada agensi lain.

??????????????

APA DIA FAEDAH DAN KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI PENGUASA DARIPADA AGENSI LAIN TU?SIAPA PENGUASA TU?

SETAHU SAYA SELAMA NI PUN BELUM ADA APA APA YANG ISTIMEWAPUN UNTUK AGENSI LAIN.AGI SATU KALAU CEUPACS DAH CADANGKAN PADA JPA BARU NAK KAJI PADA PRINGKAT KEMENTERIAN RASANYA TAK PAYAH LAH NAK MULA TUNJUK SIBUK....SELAMA NI KENAPA KAJI....

Tanpa Nama berkata...

PA SOKONGAN YG. ADA DIPLOMA, DEGREE & MASTER YG TAK DAPAT NAIK PANGKAT PATUT DIBERI INSENTIF KHAS....

Tanpa Nama berkata...

brinkul 1712kami sokong psl selama ni pihak penguatkuasa ....telah berjaya menambahkan kekayaan... segelintir masyarakat.... tapi nikah balasannya tunggu PRU13 menjelangg....

Tanpa Nama berkata...

TIPS UNTUK KAJIAN SEMULA:

jangan sumbat PTD ke dalam agensi penguatkuasaan, lebih-lebih lagi bubuh dia pada takhta tertinggi.

selagi agensi penguatkuasaan dilacurkan dengan meletakkan PTD sebagai ketua pengarah, pengarah itu dan ini, selagi itu agensi sebegini takkan maju.

kembalikan sesuatu itu kepada haknya.

ali berkata...

Memang betul tu, saya setuju, peringkat atas kaya raya tau.

Tanpa Nama berkata...

KAJIIIIII JANGAN TAK KAJIIIIIII...!!!!!!