SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 Disember 2012

CUEPACS SASAR 50,000 AHLI SERTAI SP1M MENJELANG MAC DEPAN

Bernama
14/12/2012


MELAKA, 13 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (C UEPACS) menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.

"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli CUEPACS di sini pada Khamis.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias ( DG41 ) berkata...

Bersyukur atas rahmatNya.

Tanpa Nama berkata...

sawadepkammmm...

Pencinta HRMIS berkata...

Saya sebagai penjawat awam, mohon encik omar osman perjuangkan bagi pihak semua kakitangan kerajaan supaya pihak JPA sediakan mirror server untuk HRMIS. sepatutnya HRMIS tidak patut shutdown lebih 3 hari. ini tidak dah lebih seminggu. kita sekarang berada pada tahun 2012. jadi internet kita dah laju dengan menggunakan fibre optic. mohon pihak cuepacs utarakan masalah ini. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

minta encik omar jelaskan apa beza sp1m dengan umno.