11 Mac 2013
Sebaliknya dakwaan itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu demi kepentingan politik, sekaligus cuba meraih sokongan pengundi pada pilihan raya akan datang.
"Itu tidak benar sama sekali, ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.
"... Mapa adalah satu persidangan bagi penjawat awam dan menjadi amalan setiap tahun, malah memang masuk dalam jadual kita," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mapa) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Katanya lagi, saban tahun dalam perhimpunan yang sama, Mapa akan mengumumkan pemberian pelbagai insentif buat penjawat awam negara ini termasuk pelarasan gaji, kenaikan gaji tahunan dan elaun.
Bagaimanapun kata beliau, tuntutan yang dikemukakan Cuepacs supaya mengkaji semula beberapa elaun masih dalam peringkat kajian dan ia akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.
"(Sebanyak) 87 elaun termasuk Cola dan elaun penginapan masih dalam kajian dan ia akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini, antara hujung Disember atau awal November," jelasnya.
Dalam pada itu, berita gembira Perdana Menteri yang turut menyentuh pemberian skim rumah mampu milik, beliau berkata, pihaknya sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah bilangan rumah di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) khas untuk penjawat awam.
"Keperluan rumah penjawat awam, mungkin adakah skim perumahan khas untuk mereka.
"... kita akan cadangkan kepada kerajaan untuk tambah rumah bawah PR1MA untuk penjawat termasuk tambah kuarters," katanya.
31 ulasan:
1st
Selamat tinggal najib..Lain kali sebut biar terang. Imbuhan utk Pasukan Pertahanan! Bukan penjawat awam! Pasukan pertahanan jer yg dapat imbuhan!
Bukan masalah gula,tidak ada sesuatu yg boleh mebangkitkan senyuman PA..ramai yg mengharapkan yg terbaik.beberapa kali keluar didalam surat khabar berita baik akan diumumkan kepada 1.4 juta penjawat awam.Makluman pada pihak encik apa yg PA lain dapat ?Tak semestinya disebabkan KGT diawalkan bermakna diawalkan tahun hadapan golongan PA xdapat kenaikan gajila..amat menyedihkan itu bukan satu berita baik.xpala..apa2 pon terima kasih.
jangan cakap kajian sampai akhir tahun ni., ni kajian sampai 5 tahun nanti..,(PRU14)
Merosakkan undi kepada kerajaan je.sedih lain Kali jgn buat org menharap kalau benda belum pasti.kalau kajian hujung tahun ini makna tidak akan dapat juga,kena tidak sebelum perbentangan budget.lepas budget mcm hari Ni lah jd guruh di langit berdetum air ditempayang curah...harap punya harap cuma dapat mimpi je..tp gaji basic naik Kira untung kepada org claim duit kerja lebih masa Dan kerja cuti umum terutama warga kkm.Mungkin silap cuepacs yg pukul canang hilang undi atas pagar..sedih bila dgr suara cakap jom tukar.Cuba sepengal mcm mana.
Kena beri peluang kpd Pakatan Rakyat memerintah pulak.PA kena tlg PR menang dan boleh tawan Putrajaya PRU 13 ni.
Lama sgt perintah negara memang akan bersikap tak peduli kpd kesusahan PA skrg.Itulah sikap kerajaan memerintah skrg ni.
TOLONG JPA BUAT PENJELASAN...APA MAKSUD KENAIKKAN GAJI DI AWALKAN PADA BULAN JULAI 2013...YANG PA KENAIKKAN PADA BULAN JANUARI & APRIL MACAM MANA????JANGAN LAMBAT SANGAT NAIK GAJI LE....LEPAS PRU13 BARU DAPAT INCREMENT BULAN JULAI...BENGANG & BENGONG...??""#&%*#
Manusia sekarang macam dah terdesak.. tiada keikhlasan dalam bekerja.. lupa hukum bekerja adalah Fardhu Kifayah... terlalu keduniaan... istifar banyak2 rakan2ku .... Ingat Allah sama...
Geram weeeeeeeeeeeeeeiii...
hari ini x boleh kerje..semua PA ramai2 kosongkan opis...kita pergi Blok JPM...angkat sepanduk ramai2.
MARI22222222......
Bekerja dengan iklas n jangan hanya pk duit sahaja.ramai lagi orang kat luar tu yg berebut-rebut nak join PA tp x dpt.kite yg dah jd PA ni asik merungut aje...Bersyukur dengan apa yg ade.....Sebelum ni PM dah bagi pun kenaikan kan.....duit, duit, sampai bile-bile pun tak cukup..
Betul lah tu sepatutnya kerajaan kena ambil kira sentiviti 1.4 PA..dkt2 pru ni jgnlah buat hal..
kajian yang aku jalankan tentang nak pangkah bn pun akan selesai pada hujung tahun je...so sorry mr pm....
BERITA YANG AKU DPT: KGT DIAWALKAN KE JULAI ADALAH KGT TAHUN 2014. JADI 2014 GAJI STATIK, TIADA KGT
tiada cuba, tiada tahu. maybe anwar jadi pm, gaji dan elaun akan krn rasuah bn dah tiada dan kroni bn makan duit rakyat dah tiada
POLIS & ATM,gred gaji diselaraskan tapi PA cuma merasa 1KGT je..
Dacing tu sama adil dan sama rata..kenapa boleh jadi berat sebelah pulak...
sedih~~ T_T
SAPO PULOK YG BODOH KATA PENGUMUMAN UNTUK PA NI GULA PRU 13......
NTAH SAPO YG PERASAN TK TAU LAH AKU.....
TK DE YAG HEBAT PUN....GULA UNTUK POLIS N TENTERA SAHAJA...
TANDA2 BN NK BERKUBUR KOT...
BUBARLAH PARLIMEN... APA BARANG DAH 5 TAHUN MASIH LAGI NAK JADI PM. MALULAH DERR.. AGAK AGAKNYA MASIH NAK JADI PM LAGIK KA TUH...
SAYA NAK TANYA KEPADA BIJAK PANDAI.....apa istimewanya bila askar atau polis dinaikkan gred?
Sy ambil contoh pasal gaji, Ssjn(ATM) atau Sjn Mejar (PDRM) sekarang mendapat gaji dlm lingkungan 36xx.xx . Gaji ni memang dlm lingkungan gaji pegawai awam gred n32...kalau gred ssjn dinaikkan ke gred32 sekalipun takde keistimewaan apa2pun sebab dari segi tuntutan elaun perjalanan ada lah sama dari gred sebelumnya....so BIJAK PANDAI nak komen tak?
ASKAR
Mmg keje kene ikhlas.tp cube ada tak sesiapa yg kerja dgn bersungguh2 tanpa harapkn ape2?sbg manusia biase mustahil takde secebis pn rasa utk dhargai.n sememangnye kite kerja utk dpt gaji menyara keluarga.betul?tp kalau ape yg lite dpt xlogik dgn keadaan semasa mmglah kite komplen.dulu elaun rm180,masa tu sewa umah rate tu kn.skang dh naik.samelah mcm harga kuih contohnye,dulu 10sen sebiji,sekarang 40sen.ko bawak 10sen gak,mane nk dpt.itu je yg pd aku jd kemarahan PA.sesape pn nk naik pangkatnke,gaji ke,xkisah....tuntutan itu yg kite nk.sbb itu tuntutan untuk SEMUA PA,bukan SEGELINTIR.fikir2kn.tq
Blm tentu anwar ble buat sma spt skrg! fikir2 la kita smua...pilihan terbaik...
kami pa dari Sabah sangat2 gembira dengan pengumuman PM dan kami mengucapkan ribuan terima kasih. DIharapkan semua pa berpuas hati...hati puas sebab x syukur. kalau x puas hati carilah kerja atau perniagaan lain. Saya pernah mengembara keluar negara dan mendapati bekerja sebagai penjawat awam di negara kita adalah yang terbaik. Syukur Allah akan tambah. Kerajaan yang sedia ada telah berusaha memberikan yang terbaik untuk semua rakyat. Ketepikan Pakatan Rakyat,parti yang x ikhlas sebab dorang x daftar lagi nama PR tu, bertandingpun pakai logo masing-masing. saya menyeru semua pa jangan tertipu dengan janji palsu pembangkang. Beringat sebelum kena...
Tukar sekali baru akan merasa kekuatan PA..PA pun manusia juga..mana ada sewa rumah rm180 skrng..bilik pun dah 200..kalau xde kenaikan kurangkan harga rumah..bukan PA saje di luar sana yg duk kutuk bn pun akan suka kerajaan skrng..fikir!!
HAHAHAHA JOM TUKAR....
BUBARLAH PARLIMEN... APA BARANG DAH 5 TAHUN MASIH LAGI NAK JADI PM. MALULAH DERR.. AGAK AGAKNYA MASIH NAK JADI PM LAGIK KA TUH...
___________________________________
apalah ko ini...dia tau dia tak akan merasa lepas nie kerusi tue..biar la dia duduk 2-3 bulan lagi...
Aku dah buat keputusan dah. aku akan pangkah ....... undi adalah rasia.
Terima kasih pm najib..hidup umno....pkr binatang ...perosak bangsa melayu.....kami warga kkm merasa bangga..memang polis dan tentera layak..kerana merekalah yg menjaga keamanan negara..hidup umno..jgn tukar kerajaan....pkr..pas...dap..ckp je lebih..habuk tada....
INGAT KALAU MUNG RASA MUNG BANGKANG KERAJAAN.MUNG JANGAN KEJE DENGAN KERAJAAN...BASE MANUSIA DOKNSEDOR DIRI..BUNUH ORG GINI...INGAT SETIAP PERTEMPURAN SATU PELURU SATU MUSUH...
Woooi, kpd sesapa yg brkenaan.....ambo bkn ATM/PDRM. Tapi sekadar kongsi pandangan sj.....Memang patutla ATM/PDRM dapat PELARASAN setara dg PA yg lain....Harap JGN tersilap tafsiran/ anggapan....PM hanya berikan pelarasan gaji supaya setara dg PA lain, bukannya ditinggikan Gred Gaji ATM/PDRM melebihi kita & rakan PA yg lain. Bagi ambo, dah dikira ADIL lah tu......MAAF, Sekadar pandangan peribadi..
Sdara/sdari, gaji mereka hanya diselaraskan atau sama rata dg PA lain. Bukannya jadi lebih tinggi drp PA lain kan....Bagi saya, dah OK la tu....klau ditinggikan melebihi gaji kita & PA yg lain, mgkin ada tersentuh la sikit, kan. Inikan dah sama rata.....
knpalah asyik PDRM/ATM ja yang dpt,elaun inisiatif pun dpt 200,PA lain berisiko tinggi spt JPAM,BOMBA,STAF NURSE,MA tp xdpt plak...pas 2 ada org fham gaji PDRM/ATM jd setara...mmg xfham org ni,contoh kapten gred 41 naik 44 bukankah naik namanya 2,graduate msk ATM sandang kapten,PA lain masih 41,tp xkan dah PM umum tukar gred kapten yg ada akn sandang leftenan plak, turun pangkat namanya 2,cth lg koprel pdrm gred 22 pas 2 sarjan dr gred 27 ke 29 kr dah xdak 24 n 26...setara ka mcm 2,jauh sgt perbezaannya.koprel gaji 2ribu lbh boleh kata dlm gred 17lg xreleven betul,gaji 2 dah sama gred 22 dah. pk2 lah.
jangan jadi bodoh cerita soal ikhlas bekerja. semua yang bekerja adalah ikhlas. gaji yang diterima tidak ada kaitan dengan keikhlasan. gaji adalah ganjaran atas khidmat profesional kita. soal ikhlas atau tidak, tidak patut wujud. bayangkan seorang peniaga ikhlas terhadap semua barang jualannya? begitu juga kami penjawat awam. kami ikhlas bekerja. kalau x kerja xdalah sektor awam beroperasi. jadi gaji harus setimpal. kalau ada yang kata gaji sekarang setimpal, orang ni ada masalah otak yang jelas. indikatornya mudah. jika gaji setimpal, kami penjawat awam juga xkan bising. kami bukan bodoh, kami bijak untuk sedar bahawa bayaran kerja kami tidak setimpal. tk
Catat Ulasan