Utusan Malaysia
Oleh ALI MAHMOOD
BERA 5 Mac - Seramai 1.4 juta penjawat awam di
seluruh negara digesa memberi sokongan jitu terhadap program Skuad
Pengguna bagi meningkatkan kesedaran dalam mendapatkan maklumat dan
pendidikan berkaitan kepenggunaan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tahap kesedaran pengguna sekarang
masih rendah menyebabkan ramai di kalangan mereka mudah tertipu dengan
perkhidmatan ditawarkan atau produk yang dibeli sekali gus mengalami
kerugian.
Menurut beliau, menerusi penjenamaan semula Skuad Pengguna, pengguna
akan menjadi mata dan telinga kerajaan yang boleh membantu menyalurkan
maklumat mengenai sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika
supaya mengatasi masalah itu dengan berkesan."Pengguna tidak boleh mengharapkan perlindungan, pemantauan atau
penguatkuasaan sepenuhnya daripada kerajaan sebaliknya perlu melindungi
hak mereka bersama dengan menjadi pengguna yang berinformasi.
"Sebagai contoh, masih ramai tidak memahami Pindaan Akta Sewa Beli (2010) terutama yang berkaitan kes penarikan balik kenderaan.''Sebenarnya, apabila pembayaran sudah dibuat melebihi 75 peratus,
pihak berkenaan tidak boleh menarik kenderaan itu sesuka hati kecuali
atas perintah mahkamah namun tidak ramai yang menyedari perkara itu,"
katanya ketika berucap dalam Program Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Pesara Kerajaan Bersama
kementerian itu di sini semalam.Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Menurut Ismail Sabri, Skuad Pengguna yang kini mempunyai keahlian
87,000 orang itu dapat mewujudkan kumpulan masyarakat bertanggungjawab
dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan."Mereka yang memiliki kad Skuad Pengguna ini juga berpeluang
menikmati kadar diskaun di 195 perniagaan terpilih dengan ditawarkan 11
segmen perniagaan seperti barangan runcit, penginapan, rawatan
kecantikan dan produk teknologi maklumat (IT)," katanya.
1 ulasan:
Teruskan Usaha anda CUEPACS!
Catat Ulasan