a
CUEPACS minta kerajaan rangka akta baru untuk badan berkanun
Shah Alam: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan merangka satu akta bagi membolehkan kakitangan badan berkanun memperoleh faedah sama seperti dinikmati penjawat awam.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata akta itu jika digubal perlu merangkumi empat perkara penting, iaitu kenaikan pangkat, gaji, pilihan persaraan dan penggunaan surat pekeliling yang mana pelaksanaannya kini adalah berbeza antara setiap badan berkanun.
Perlu kaji gaji
“Kadang-kala ada pengarah badan berkanun berada di gred JUSA C dan sudah berada di gred ini terlalu lama. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku, kerana pengarah ini sudah tentu memegang tanggungjawab yang berat. Begitu juga dengan gaji, perlu lihat semula gaji maksimum.
“Selain itu, jika sesebuah badan berkanun itu diswastakan, kakitangannya hanya diberi dua pilihan, iaitu menjadi pekerja swasta atau bersara awal.
Selain dua pilihan ini, sepatutnya ada satu lagi pilihan, iaitu tukarkan kakitangan yang tidak berminat menyertai sektor swasta ke agensi lain.
“Ada badan berkanun tidak mengguna pakai surat pekeliling diedarkan kerana ia memerlukan kelulusan lembaga pengarah, sehingga menjejaskan pelaksanaannya,” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun CUEPACS di sini, semalam.
Persidangan yang dihadiri kira-kira 600 kakitangan badan berkanun itu dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Lakukan transformasi
Omar berkata, sudah tiba masanya transformasi dilakukan dalam badan berkanun bagi memastikan ia terus menjadi nadi kepada kerajaan, seiring dengan peranannya yang semakin penting bagi menuju negara maju menjelang 2020.
Terdahulu dalam ucapannya, Omar berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara yang menggembirakan pada perhimpunan penjawat awam di Putrajaya, 11 Mac ini.
“Kita harap ada sesuatu yang menggembirakan untuk kita semua. Bersama-samalah kita berdoa semoga beberapa tuntutan yang kita kemukakan sebelum ini diterima kerajaan,” katanya.

24 ulasan:
PA pun nak faedah macam badan berkanun seperti Doktor panel. Tambah lagi seperti swasta ada SOCSO.... boleh.... ini ramai PA yang terlibat kemalangan semasa pergi kerja, masa kerja, balik kerja tidak dapat faedah SOCSO. Nasib le kalau ada beli insurans sendiri.
aku no 2..... kupek ni kesatuan pekerja dalam perkhidmatan awam ke kesatuan pekerja badan berkanun.... seselaikan dulu kes kakitangan tetap kerajaan oiiii.....
CEUPACS dah nyanyuk sebab tak habis-habis buat cadangan menyampah walaupun ketahui setakat ini belum ada cadangan yang dipenuhi kerajaan selain gaji pada awal tahun 2012. Seharusnya ceupacs berjuang habis-habisan untuk memastikan kerajaan mengkaji elaun ITP dan elaun-elaun lain. Ketahulah bahawa kerajaan dah mabuk dengan cadangan-cadangan ceupacs yang datang bertub-tubi sedangkan cadangan lama belum diteliti lagi. CEUPACS dilihat seolah-olah sudah hilang tumpuan sekarang.
Lepas ni hal2 luar negara pn kupeks campurtangn jugak.....
Dr ali perlu baiki struktur organisasi jabatan2 kerajaan d peringkat anggota pelaksana. AMAT TERUK SEJAK ZAMAN BERZAMAN. SUSAH NAK NAIK KERANA TIADA DAN AMAT KURANG POST2 KANAN SPT 32/36/38. EG: TIADA POST G36(PERSEKUTUAN) DI JBTN PERTANIAN BG SETENGAH2 NEGERI. TAK KAN NAK PENCEN DGN KUP 32 JE ???
pakatan rakyat perlu belajar tengok organisasi jabatan kerajaan..kut2 nnt kerajaan bertukar.
Gaji di badan berkanun lagi besar daripada kerajaan..klu dorang d tukar kan kpd berpencen mmg untung lh..
X pe lah rezeki masing2..
salam jumaat pd semua p.a.. marilah kita semua berombak pkhidmatan awam yg dikuasai oleh ptd.. jadikanla jpa terbuka kpd semua gred yg lebih profesional.. jgn jadikan ptd yg mandatori ijazah sastera atau kelulusan biasa2 sahaja sebagai ketua ataupon lebih dikenali sebagai penyibuk dalam sesuatu jabatan awam.. ptd2 ini sbenarnya kalau xde pon xpe.. dorg mmg blur.. cuma tahu menunjukkan rasa bangga sbg chairman dlm meeting tapi sebenarnya 0 or nothing.. bayangkanla seorang dr yg pro dan byk pengalaman dlm pembedahan tetapi dalam pembelian sesuatu barang untuk kegunaan pembedahan diketuai oleh ptd yg x taw ape2!!!..disebabkan ptd sebagai pengurusan byk projek2 kerajaan runtuh dan kualiti hancus.. disebabkan ptd sebagai pengurusan byk projek2 kerajaan runtuh dan kualiti hancus kerana architect n jurutera yg berpengalaman tpakse ikot je arahan ptd.. salam.. p.a sedar
Kupek ni dah pening kot ! Sape suruh kau campur tangan hal badan berkanun ! Hal 1.4 juta PA pun kau tak dapat selesaikan ! Ape cer kisah kenaikan elaun elaun PA ! Senyap aje ! Faedah pinjman perumahan 1 % pun senyap aje ! Penambaikan SSM pun senyap ! Cadangan mewujudkan PTK pun sunyi sepi ! Elaun khas utk badan beruniform pun senyap ! Elaun khas utk jabatan yang pungut hasil pun senyap ! Cuba cer sikit !
Nak jadi hero kot cuepacs ni.
45% dari 1.4 juta Penjawat Awam adalah Anggota Badan Berkanun.Sebahagian Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs termasuk Presiden sendiri adalah anggota Badan Berkanun. Jadi jangan buat andaian & statement kalau tak tahu cerita & perkara yang sebenar..
semua itu hanya gimik politik sahaja sebelum pilihanraya
Presiden cuepacs dah lama pencen la, cuma pegang jawatan presiden sahaja. Itu semua perjuangan untuk naikkan gaji kita, bukan untuk diri sendiri, fikirlah untuk kebaikan bersama.
jumpa pm on 11/3/13 ni kat putrajaya. tengok la apa yg dia nak bg amanat. klu x berubah maknanya kita perlu berubah le...
Untuk pengetahuan semua...apa yang PA lain dapat...PA Badan Berkanun pun dapat, malah lebih lg termasuk kebajikan Klinik dan Hospital Swasta dan juga tambahan bonus berbanding PA yang lain..tak mungkin PA Badan Berkanun akan setuju dengan cadangan CUEPECS yang ntah apa-apa ni..ini cadangan Syok sendiri CUEPECS.
PA Badan Berkanun :)
ada sesiapa ada apa apa maklumat tentang apa yang akan disampaikan oleh PM hari Isnin nanti.
adakah kajian Suruanjaya tu akan dibentangkan...adakah cuti akan di kurangkan atau ditambah....adakah elaun naik...adakah gaji naik...adakah pesanan supaya PA setia dengan kerajaan ...kerja kuat...transformasi...siapa yang ada pendapat sila kongsikan...
AKU SOKONG AWAK:
"aku no 2..... kupek ni kesatuan pekerja dalam perkhidmatan awam ke kesatuan pekerja badan berkanun.... seselaikan dulu kes kakitangan tetap kerajaan oiiii....."
..........PELIK,,,,,SEBAB............
Badan Berkanun dah dapat macam2 dan lebih selesa dari semua PA. Ngapa pulak Cuepacs gatal nak sibuk idea ini. Cuepacs kan untuk Penjawat Awam bukan Badan Berkanun. Badan Berkanun uda ade entiti korporat sendiri. Memang mabuk betul Cuepacs ni.
Harap dapat samakan peratus elaun kritikal bagi Kumpulan PnP dan Sokongan. Sekarang Kumpulan Sokongan dapat 10% tp Kumpulan PnP dapat 5% sahaja.
Ramai penulis dlm blog ni sebenarnya org2 yg cetek ilmu dlm bidang2 tertentu sebab tu banyak komen yg dilontarkan tak berfakta. Sebenarnya mereka ini bodoh sombong suka buat2 pandai dan enggan cerminkan diri mereka. Cakap ikut hati spt budak kecil. Sungguh memalukan dan menjatuhkan imej mereka je.

Ahad, Mac 10, 2013 8:16:00 PG
BRO lu cakap apa ni? jgn pikir kumpulan SOKONGAN xade maruah ni..
semua orang ALLAH SWT bg kelebihan la. lu saja kot ade kelebihan. lu ingat cepat naik pangkat n bergaji besar satu kelebihan ke? klau rakyat tak perlukan lu. rakyat boleh buang mcm sampah sja bro. lu cakap siang pepandang.
Termakan cililah ni. Bongok punye org....
Kumpulan PnP ni kenaikan tahunannya besar. Gaji ++ dah jauh meninggalkan kumpulan sokongan. Cuepacs tak tengok perkara ni ke?
Akhirnyaaaaaaa.....semua PA kena tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
masalah kami ppk u3 bila kau nak naik gred,elaun kritikal dah la takde,ape yg kauowg tuntut ni,pemandu ambulan dpt,ktaowg yg mengangkat pesakit merbahaya seperti tb,hiv knp takdpt,kau jgn menyalak mcm anjing je,kami pun ahli jugak,bangang
tiap2 tahun guru dibagi elaun,polis naik,kami ni duk mcm tunggul kayu,mentang2 kami ni gred u3 je,ingat bila anak2 kau xcident sapa yg tolong angkat tolak masuk wad,jgn pandang kami sebelah mata,ni ke pejuangan kamu.hak tui.kami ppk u3 akan tarik keahlian kami nti.tkr kerajaan baru
Catat Ulasan