11 Mac 2013
Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menasihatkan kakitangan awam agar menggunakan kuasa memilih mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan janji pihak tertentu yang masih gagal melunaskan janji meskipun memerintah empat negeri.
"Kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji.
"...kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hati dengan janji baru," kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-13 di sini.
Beliau tidak mahu pengundi khususnya penjawat awam agar mudah terpedaya dan percaya pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan sebelum menilai kejujuran dalam pembiayaan program mereka.
"Mereka perlu berterus-terang dengan rakyat, tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan?
"... kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji, ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu," soal beliau.
Dalam pada itu, Najib mempersoalkan salah satu kandungan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, yang mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak wajar sebaliknya perlu dibuat penambahbaikan sahaja agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka, kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam.
"...dengan kata lain, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam.
"...siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan guru? Anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?" soalnya lagi.
Sementara itu, Najib juga menggesa penjawat awam supaya menguasai kemahiran teknologi komunikasi seperti blog dan media sosial dalam membantu kerajaan memberi maklumat tepat dan perkhidmatan terbaik walaupun di luar waktu bertugas.
"Kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media dan orang ramai.
"...penjawat awam haruslah bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat, bersandarkan ketepatan tanpa melanggar peraturan agar perjalanan sistem pentadbiran tidak dikompromikan keabsahannya," jelasnya.
Perdan Menteri juga mengingatkan supaya penjawat awam menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.
Selain itu, mereka juga perlu memastikan integriti penjawat awam terpelihara termasuk memastikan tidak berlakunya ketirisan wang dan maklumat yang boleh menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam.
Di samping itu, penjawat awam juga perlu memastikan bajet besar setiap tahun untuk pembangunan dibelanjakan dengan betul dan mengikut jadual supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan mencerminkan kerajaan telah menunaikan janji.
Najib juga berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara.
Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu.
"Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika.
"Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu," katanya.
40 ulasan:
Bagus sbb aku pilih pas selamanya sehinggalah gredskim gaji aku terbela
rasa macam nak berubah lah.....ashik askar polis guru ...
Tq... PM kerana mengingatkn PA tentang "KEBEBASAN" Memilih dlm PRU13. Jadi setelah "kaji" dan "kaji" buatlah pilihn wahai PA sekalian.
UNTUNGLAH POLIS DAN ASKAR..
DULU MASA PA DAPAT 13% MEREKA DAH DAPAT LEBIH
DAPAT PULA ELAUN 200
LEPAS NI BILA SKIM PERKHIDMATAN DI PERTINGKAT GAJI AKAN DISELARASKAN PULA IKUT GRED GAJI LEBIH TINGGI.
DAH TU PULA KUAT KUASA PADA 1 JAN 2013.
PA LAIN PULA YANG DIBER TU KENAIKAN GAJI TAHUNAN YANG DIAWALKAN,DAH TU PULA MULA JULAI 2013..
RENUNG RENUNGKANLAH...
Kalau kakitangan awam bebas buat pilihan,macammana dengan polis dan tentera pulak....boleh kah bebas buat pilihan...nak kena sign borang masuk dalam sampul sekali dengan kertas undi...siap tulis no pkt nama lagi....
Najib patut naikkan elaun rumah & COLA spt diminta CUEPACS.. Elaun tu dh x relevan dgn keadaan semasa dn x pernah di kaji semula utk tempoh yg lama..
naikkan gaji hanya akan menyebabkan PA bayar cukai dan duit kembali pada kerajaan.. Inikalilah..
Ko paham ke tidak...!!!! Kan aku cakap akan dikaji dn kaji dn kaji lagi
kah kah kah...kaji kaji kaji....pekan akan dikaji....
PAGOH PUN AKAN DIKAJI JUGAK....
Kaji jgn tak kaji dah nak hujung nyawa pe nak kaji lg.
Mmg sepatutnya elaun perumahan wilayah dan cola perlu dkaji..keputusan skrg ni mmg kurang tepat...!!!
Kaji kaji kaji kaji kena tulis kaji ni smpi ujung tahun 2013.
Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji Kaji kaji kaji kaji
Ini kali lah mengkaji jah... Dah hujung mcm ni pun nak tanggung risiko ke... Rasa ler nanti... 1.2juta plus anak bini 6juta... Hilang undi....
Cuepacs x bersuara.....canang bagai nak rak kehulu kehilir......skrg apa yg pa dapat....
salam..ape cite nie, janji nak diselaraskan kenaikan gaji, cola dan itp, ramai yang dah mengamuk nie, siaplah kau orang ooii..!! apabila kerajaan dibubarkan nahaslah kau org, undi PA akan menjahanamkan kerajaan sedia ada, dalam sejarah malaysia satu gerakan protes terbesar akan berlaku dekad ini akan meruntuhkan kerajaan sedia ada, tiada siapa akan dapat menghalang kebangkitan dan kemarahan rakyat dan PA yang menggila..!! turunlah walau ribuan bala tentera tidak akan dapat menghalang kemaraan rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada, kamu akan berhadapan dengan jutaan rakyat dan ribuaan PA yang menunggu lama BN untuk disemadikan, manakala jutaan PA akan menggunakan segala kepakaran mereka untuk menundukkan kerajaan sedia ada menyembah ke bumi, begitu juga lebih 5 ribu PA yang mempunyai master dan ijazah tapi tak dinaikkan pangkat akan menjadi think-tank kepada PR PRU-13 nie, wahai najib, muhyiddin, omar osman dan BN, kamu telah menggali lubang kamu sendiri..kamu telah tersilap langkah..awas PRU-13 menanti kamu..
rasa macam nak berubah lah.....ashik askar polis guru ...
__________________________________
SKIM PERKHIDMATAN GURU (DG) PALING LAST DIUPDATE TAHUN 1997. HARAP MAKLUM....PDRM LAPING LAST UPDATE MASA 2006 (PAK LAH BENGGAP)
BESTNYA MASA DIA UMUM TU...HANYA MENTERI2 KAT DEPAN JE YANG TEPUK TANGAN...MERAH JUGAK MUKA DIA...TAU SANGAT PA2 TAK HAPPY....KALAU U ALL NAK TAU, NAJIB SKRG NIE TAK KISAH KALAU DIA OUT DLM PRU KE 13 NIE. SEBAB ADA MEMBER AKU BAGITAU DIA DAH PULUM HABIS2 DUIT KERAJAAN YANG BOLEH DIMAKAN 7 KETURUNAN DIA...LAGI PUN JADI PM SKRG BANYAK MASALAH...SULU LA...SABAH LA...DIA TAK HERAN KALAU KALAH...
TQ, Dato'Seri Najib, memahami kami betul, kami pilih PR, PRU-13 nie..!!
Aku tahu BN selama hr ni dh banyak membantu.Terima Ksh PM.
tapi aku belajar sesuatu hari ni...
bagaimana simtem kebencian Pembangkang begitu membara kpd kerajaan kita hari ni.
inilh kebodohan PA selama ni,jadi pak turut,bersikap tunggu dan lihat last2 ini balasan org ug kita sanjung selama hr ni.
keciwaaaa!!!!!!!!!!!!
banyak tahun dah aku menunggu.
akan tetapi aku tetap bersyukur pada rezeki pemberian allah ni.
namun utk bertukar kerajaan tidak sekali... politik mana2 pun kotor aku akan pangkah kerajaan dan dalam masa yg sama aku akan sokong pembangkang selagi ada petak aku pangkah. aku akan hadiahkan undi rosak kepada hangpa semua. time aku susuah tak ada org nak tolong... kali ni hangpa nak mintak tolong dengan kami kn? tunggu lah PRU 13 nanti akan jadi penentu.
Polis dan atm.di utama kan yg lain x buat keja knp la susah sgt nk bg brim boleh bg.....fikir 2 semua mna jnji ditepati
Kaji sampai lubang mna lg bro
Btolla...atm...polis...guru...nanti budget pun polis...guru...
Nilah orang Melayu..tak bersyukur.Bahasa dah la kesat.pelik sungguh.
Aku nk tggu perabot kat mahligai najib dilelong rm1,2, nak letak kt rmh pprt,kan tiap2 tahun perabot ditukar nak beli rumah tak mampu beli perabot pun jadi la
hello, guru pun tak dapat ape2...
saya hairan, kenapa ramai sangat yang kata PA2 tak bersyukur. Kalaulah gaji dan elaun yang dibayar cukup, walaupun ala kadar utk menampung kehidupan dan jika harga petrol dan barang2 keperluan betul2 mesra rakyat, PA2 tak akan merungut dan akan bersyukur.
ada juga yang kata PA2 tak ukur baju dibadan sendiri, bukan tak ukru tapi memang barang2 dah mahal, nak ukur camane lagi.
Uniform sekolah mana ada yang harga RM10 sepasang hari ni? Yuran bas sekolah mana ada RM20 lagi. Sewa rumah mana yang RM 250 atau RM180 sekarang?
Harga rumah mana ada RM60,000 lagi walaupun kos rendah? Nak ukur mcam mana?
Itu belum bab makan, susu byr pengasuh. Anak2 kita nak makan nasi dgn kicap hari2 ke? Susu krimer manis pun mahal oi!
Mereka2 yang mengata PA2 ni mungkin dah bergaji besar dan dah ada rumah sendiri kot, sebab tu senang2 je kata itu ini.
Entahlah..cakap tu senang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
POLIS & ATM,gred gaji diselaraskan tapi PA cuma merasa 1KGT je..
Dacing tu sama adil dan sama rata..kenapa boleh jadi berat sebelah pulak...
sedih~~ T_T
Jangan risau.guru akan dapat kenaikan gak.ini pasti. Muhidib munafik tu nak jaga gak pengundi dia.dia kan menteri pelajaran dan timb. Perdana menteri. Najib tu pm dan merangkap menteri pertahanan so kena bagi gula2 pada polis tentera. Nanti senang nak cekup rakyat yg mempertikaikan skandal kerajaan. Si hishamuddin kem dalam negeri aka sepupu najib pun.senang nak wat kerja analis keyakinan rakyat pada propaganda be end menerusi mata2 pemerhati di stiap ceruk kaw di malaysia
sesiapa yang duk kutuk tentera tu pi la cuba apply jadi tentera..dapat ke tidak kalau dapat hangpa memang hebat
Kenapa polis n tentera sj yang dapat byk kelebihan... ini tidak adil.....
Diorang dpt kenaikan tu kira oklah aku sokong.tp tuntutan yg diperjuangkan selama ini oleh Cuepac utk PA masih tdk kesampaian.
Ni mesti pegawai polis yang komen
Memang tidak adil.....................................................dacing ada hantu tarik sebab tu sudah senget sebelah.....tunggu.....
Pilih PR lepas hang x ya kerja. PR nak buang kaki bangkang mcm anda dan jugak mcm sy
TTL
Bang ... Tipah Tertipu Lagi ..
SBPA dah tak kemana ..
Kemudian tubuh JKuasa Penambahbaikan PA.
Tipah hantar cadangan bagai nak rak ..
Tipah Tertipu bang ..
Jkuasa Penambahbaikan PA maklum nak umum penambahbaikan pd Julai 2012,
Tipah tertipu lagi bang .. mereka nak maklum Disember 2012 pulak ..
Tipah Tertipu lagi bang ..
dia orang janji lagi, kata mereka, akan diumum pada Akhir Februari 2013.
bang .. Tipah Tertipu lagi ...
PM tak umum BERITA GEMBIRA pd 12 Mac.
Daah banyak kali Tipah Tertipu.
Bang .. Pemimpin Cuepacs perlu ditukar ganti.
Mereka yang syok sendiri dan asyik kena tipu perlu undur diri ..
tipah TERTIPU bang ...
PRU 13 dah dekat bang ...
Tipah Takut Tertipu lagi ....
Kakitangan Awam bebas pilih Kerajaan...ni kali pilih PR pula...I Love New PM (Anwar)...
Kakitangan awam hanya 10% drp pengundi. Message yg terang drp oarng atasan
Aku juga disini mahu membuat akujanji: UNDI AKU CONFIRM UNTUK BARISAN ALTERNATIF
Bukan ini kali saja.. SELAMA2NYA pasal dendam aku pada krjn tak adil, hanya lebihkan polis dan tentera shj. Bye2 BN
KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi adalah pandangan yang sangat dangkal.
“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.
“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.
“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.
"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.
Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.
"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.
"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.
Tanpa Nama berkata...
Saya guru siswazah yang memiliki Sarjana (master) sains dalam pembangunan manusia. Saya merupakan lepasan KPLI. Saya dan seorang guru lagi telah posting disekolah yang sama, dia juga lepasan kpli seperti saya bezanya saya mempunyai sarjana sebelum memasuki perkhidmatan dan dia hanya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan. Perbezaan gaji permulaan antara saya dan dia adalah antara RM500, alasannya dia mempunyai Ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan, saya pula mempunyai Ijazah dalam bidang Pembangunan Manusia, sedangkan saya telah mempunyai Sarjana Master, jika buat perbandingan saya mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi dengan guru berkenaan. Tetapi gajinya lebih tinggi RM500 daripada saya. saya perlu bekerja lebih kurang 3 tahun untuk mendapatkan kenaikan RM500. Saya tidak cemburu dengan guru berkenaan dan skim gaji yang sedia ada tidak betul dan perlu diambilkira secara mendalam. Adakah Sarjana Master lebih rendah kredibilitinya berbanding dengan sarjana muda? apabila saya melihat skim gaji antara kami saya berasa amat kecil hati dan ini adalah kerana skim gaji yang sedia ada untuk guru patut diubahsuai dengan perubahan masa. Skim perkhidmatan yang lain mempunyai gaji permulaan ikut sarjana muda, sarjana master dan kelulusan phd. gaji permulaan contohnya PTD ataupun pegawai perkhidmatan yang lain mempunyai skim gaji permulaan mengikut kelulusan, tetapi sampai sekarang tiada skim seperti itu untuk pegawai perkhidmatan pelajaran SPPS. Manakala pegawai-pegawai inilah yang secara langsung terlimat dengan pendidikan negara tetapi kelulusan tertinggi yang dimiliki oleh para pendidik tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya.Jika master dan phd tidak diambilkira dalam skim gaji maka sepatutnya tidak diberi keistimewaan kepada yang mempunyai ijazah dalam bidang-bidang yang tertentu. saya tidak menunding jari kepada sesiapa tetapi saya berfikir apa yang dipersoalkan disini adalah benar dan patut diberi perhatian. Secara logiknya jika ijazah sarjana muda perakaunan, kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya dikategorikan dalam bidang profesional maka sesungguhnya ia tidak berkaitan dengan pengajaran disekolah terutamanya disekolah rendah. Maka guru-guru yang telah memiliki sarjana dan phd tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya! Memang gaji naik setiap tahun dan akan naik pangkat lepas 8 tahun, terima kasih kepada pihak atasan yang telah memberikannya kepada kita tetapi persoalan saya adalah skim yang tersedia ada untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran -GURU patut diubahsuai dan perlu memberi pertimbangan kepada guru-guru yang mempunyai ijazah lanjutan supaya kualiti pendidik akan bertambah maju pada masa akan datang. Sekian
Catat Ulasan