SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mac 2013

NAJIB UMUM BERITA GEMBIRA KEPADA KAKITANGAN BADAN BERKANUN YANG DIASINGKAN SARAAN

Bernama
25/3/2013


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berita gembira empat perkara yang bakal dinikmati kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan di bawah tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) tidak lama lagi.
Ia melibatkan penubuhan Dana Pencen bagi kakitangan di bawah BBDS, pemberian imbuhan tetap perumahan, pemberian bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)majikan mengikut tempoh perkhidmatan.

"Setelah kita (kerajaan) kaji perkara-perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa ini kerajaan bersetuju menubuhkan Dana Pencen bagi BBDS.

"Pelaksanaan Dana Pencen ini ialah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua - separuh dimasukkan ke dalam caruman KWSP dan separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen - Bila bersara nanti akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen," katanya.

Pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh kira-kira 8,000 pegawai dan kakitangan yang hadir pada Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Tujuh agensi di bawah BBDS ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

Mengenai penyelarasan sumbangan majikan kepada caruman KWSP, Najib berkata: "Semakin lama pekerja berkhidmat, maka semakin tinggi caruman KWSP majikan kepadanya."

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huntung la sangat kan??

Tanpa Nama berkata...

tak habis-habis berita gembira, zaman pak lah kami lagi gembira dapat kenaikan gaji 15%, besau tau, zaman pak mahatir dan pak najib, hampeh..!!

Tanpa Nama berkata...

bagi pekerja yg baru berkhidmat saya rasa perkara ini suatu yg menguntungkan. memandangkan tempoh masa yg panjang sebelum bersara. ttp bg pekerja yg hampir dgn tempoh persaraan, mungkin bukan suatu yg menguntungkan memandangkan potongan utk kwsp berkurangan dan dimasukkan ke dlm dana pencen. mohon pencerahan mengenai pelan pencen ini. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dasar2 kerajaan yg indah dan murni utk semua rakyat m'sia dimusnahkan oleh penyangak2 diperingkat kementerian/jabatan. Penghapusan gejala2 krg sihat ini harus diberi keutamaan oleh kerajaan. Get rid of these bad apples kerana akan merosakkan imej kerajaan dan negara. Sesiapa yg dilantik memegang amanah harus benar2 amanah bukan melakukan penyelewengan. Membangkang utk kepentingan dan kebaikan semua bukan utk diri sendiri dan suku sakat.

Tanpa Nama berkata...

penyangak2 = pembuat dasar

pembuat dasar = PTD

oleh itu, penyangak = PTD

sekian harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

LEPASAN UiTM memetik ulasan ini:
"Tak habis-habis berita gembira, zaman pak lah kami lagi gembira dapat kenaikan gaji 15%, besau tau, zaman pak mahatir dan pak najib, hampeh..!!

<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya nak tambah yakni 35%, 25%, 15% dan 7% kenaikan gaji ikut gred.
Terima kasih kerana ANDA ingat jasa idola saya ini. Semasa menyaksikan sedikit 'ulangtayang' negarawan ini pada hari Graduasi di UiTM aku telah menitiskan airmata terharu kerana mendengar dan mengingat baris demi baris kata-katanya rangkap dan madah puisi Sajak yang Pak Lah lontarkan sendiri "Ku Cari Damai Abadi" ternyata dari hatinya bukan dari bacaannya.
Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Nukilan: Tun Abdullah Ahmad Badawi 2004

Puisi itu diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr. Victor Pogadaev, Profesor Madya Universiti Malaya.

Tanpa Nama berkata...

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)
Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.
Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
penyangak2 = pembuat dasar

pembuat dasar = PTD

oleh itu, penyangak = PTD

sekian harap maklum.
---------------------------------

oooi sakit hati ke...jales ke....
cis...girlfriend aku ptd lah ooi

aku syorkan PTD diperluaskan jawatannya termasuk sekolah,badan berkanun, agensi kerajaan sebagai peneraju utama pengurusan organisasi yang lebih mantab.kerana PTD telah dilatih dgn sesi latihan yg mencukupi dari aspek diplomasi dan pengurusan. selain itu, dengan pengalaman mereka yg cukup dalam perkhidmatan sesuai dijadikan sebagai ketua organisasi.



jgn sakit hati dgn PTD..jaga periuk nasi masing2..kalau sakit hati korang mohon lah jadi PTD..entah dapat ke tak..

kerana girlfriend aku juga PTD....

yg ikhlas N1@7?

Tanpa Nama berkata...

buat kerja hakiki kau la wahai si tua bangka... nak masuk politik, kau letak jawatan dlm kupec dan kau jadi calon la n tanding kat mana2 yg kau suka. Presiden BODOH mcm kau ni takkan faham :
-apa itu RASUAH
-apa itu penyelewengan
-apa itu pembaziran
-apa itu ketirisan berbilion
-apa itu salah guna kuasa
-apa itu ketidakadilan
dan aku rasa kau pun tak baca dan tak tahu pun apa itu 'LAPORAN AUDIT NEGARA' yang saban tahun dikeluarkan.
Kau lembabbbbbbbbbb

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasil kerja org2 yg sekadar bijak dlm teori tapi bodoh lembu dlm praktikalnya. Dpt 100A+ dlm spm atau dpt pointer 4 blm tentu hebat segalanya. Kekadang org biasa lebih baik daripd mereka tu. Mereka sekadar hebat sbg tukang arah adalah.

Tanpa Nama berkata...

Tetapi satu drpd tindakan beliau itulah yg menyebabkan BN hampir menemui ajal. Membuat keputusan yg tergesa2 hingga pegawai senior tak kira kumpulan telah menjadi junior dari segi gaji pokok mereka. Hanya yg tak menjadi mangsa saja yg memberi sanjungan, ramai lagi yg kecewa.

Tanpa Nama berkata...

mana berita gembira?


manaaaaaaaaaaaaa!!??

Tanpa Nama berkata...

STRATEGI PM SENANG JE...BIAR HILANG 1.4 JUTA UNDI, TAPI ASAL DAPAT YANG BAKI UNDI RAKYAT....PANDAI TAK?

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

Norhadip berkata...

Assalamualaikum Presiden Cuepacs.. Saya nak bertanya,menagapakah kerajaan tidak mengkaji semula pertukaran pap (pembantu am pejabat) kenapa cuepacs tidak memperjuangkan anggota pembantu am pejabat gred 1.. kenapa susah sangat pembantu am pejabat macam saya ni nak minta tukar jabatan khususnya perjalanan yang tidak memenatkan.. perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 1 jam lebih.. saya harap cuepacs dapat perjuang kan hak pembantu am pejabat ini.. saya sampai dapat memo sebab asyik tidak datang kerja kerana terlalu jauh.. sekian terima kasih..

Norhadip berkata...

Assalamualaikum Presiden Cuepacs.. Saya nak bertanya,menagapakah kerajaan tidak mengkaji semula pertukaran pap (pembantu am pejabat) kenapa cuepacs tidak memperjuangkan anggota pembantu am pejabat gred 1.. kenapa susah sangat pembantu am pejabat macam saya ni nak minta tukar jabatan khususnya perjalanan yang tidak memenatkan.. perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 1 jam lebih.. saya harap cuepacs dapat perjuang kan hak pembantu am pejabat ini.. saya sampai dapat memo sebab asyik tidak datang kerja kerana terlalu jauh.. sekian terima kasih..

Norhadip berkata...

mohd norhadip - 830601145321 (kementerian perumahan)

Assalamualaikum Presiden Cuepacs.. Saya nak bertanya,menagapakah kerajaan tidak mengkaji semula pertukaran pap (pembantu am pejabat) kenapa cuepacs tidak memperjuangkan anggota pembantu am pejabat gred 1.. kenapa susah sangat pembantu am pejabat macam saya ni nak minta tukar jabatan khususnya perjalanan yang tidak memenatkan.. perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 1 jam lebih.. saya harap cuepacs dapat perjuang kan hak pembantu am pejabat ini.. saya sampai dapat memo sebab asyik tidak datang kerja kerana terlalu jauh.. sekian terima kasih..

Norhadip berkata...

mohd norhadip / 0123516024 - 830601145321 (Pembantu Am Pejabat kementerian perumahan)
Assalamualaikum Presiden Cuepacs.. Saya nak bertanya,menagapakah kerajaan tidak mengkaji semula pertukaran pap (pembantu am pejabat) kenapa cuepacs tidak memperjuangkan anggota pembantu am pejabat gred 1.. kenapa susah sangat pembantu am pejabat macam saya ni nak minta tukar jabatan khususnya perjalanan yang tidak memenatkan.. perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 1 jam lebih.. saya harap cuepacs dapat perjuang kan hak pembantu am pejabat ini.. saya sampai dapat memo sebab asyik tidak datang kerja kerana terlalu jauh.. sekian terima kasih..