SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Januari 2014

LANGKAH PENGURANGAN PERBELANJAAN CAPAI PENJIMAT RM400 JUTA

Utusan Malaysia
21/4/2014



ALI Hamsa (barisan depan, tengah) bergambar bersama kakitangan awam yang lain sambil memegang buku 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 20 Jan. - Sebanyak RM400 juta perbelanjaan awam dapat dijimatkan pada tahun ini ekoran pengumuman 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, beberapa langkah penjimatan lain akan diumumkan tidak lama lagi bagi mengukuhkan kedudukan fiskal dan mengurangkan bajet defisit negara.
Beliau berkata, langkah berkenaan mencerminkan penjawat awam turut berkongsi impak pengurangan perbelanjaan bersama selaras dengan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'.

"Satu garis panduan pengurangan kos utiliti elektrik akan diumumkan tidak lama lagi dan insentif khas akan diberikan jika berjaya dikurangkan sebanyak lima peratus. "Langkah berhemat tersebut bagaimanapun tidak menyentuh soal kumpulan pelaksana perkhidmatan awam dan kebajikan mereka tidak akan diabaikan kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Amanah Ketua Setiausaha Negara, di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah.

Perdana Menteri pada 30 Disember lalu mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari 2014. Menurut Najib, tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun 2014. Ali memberitahu, walaupun kerajaan menghadapi cabaran ekonomi, kebajikan dan nasib penjawat awam tetap dititikberatkan. 

Antaranya kata beliau, pengenalan elaun untuk bekerja lebih masa, penambahbaikan 81 skim perkhidmatan dan pelaksanaan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Beliau dalam pada itu turut mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap salah laku penjawat awam ekoran Laporan Audit Negara pada hujung bulan ini.

"Jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dan pendakwaan akan diambil terhadap mereka yang melakukan penyelewengan," katanya.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

400 juta jer jimat berbanding berbilion yang keciciran boros. Hmmmmmmmm....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.
Kerjasama PA memastikan Malaysia terus maju dan aman.

Walaupun cuma RM400 juta, ianya adalah komitmen semua PA.

Alangkah bertuahnya kita rakyat Malaysia.
Hargailah nikmat keamanan dan kesejahteraan yang kita miliki sekarang.

Semuga kerajaan akan melihat semula pengorbanan dan usaha PA.

Elaun Perumahan camno?
Boleh up lagi ?

Tanpa Nama berkata...

syabas kepada komentar no.1 kerana berjaya mengelakkan beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd tu daripada spam blog ni.

memang betul. rm400 juta tu tak ada apa sangat berbanding dengan berpuluh, diulang, berpuluh bilion yang lesap begitu sahaja.

sebenarnya biarlah rm400 juta dihabiskan untuk manfaat berjuta orang daripada rm400 juta dihabiskan untuk 5-10 orang sahaja.

Tanpa Nama berkata...



Adalah diharapkan jugak marilah kita semua berjimat setiap tahun dalam perolehan dan tender kerajaan jugak supaya tidak berlaku ketirisan wang dan elakkan dari teguran audit negara

Tanpa Nama berkata...

Projek susu sekolah(PSS) patut lama sudah dihentikan. Ramai murid tidak suka meminumnya. Ramai yg sakit perut selepas minum susu tersebut. Maka tak hairan banyak sekolah menolak. Kerajaan harus bertindak berasaskn aduan rakyat akar umbi. Tak susu pun xda murid yg akan mati kebuluran. Sekadar utk menjgkn kroni (syarikat pembekal/pengusaha) kaya raya adalah.

Mastura bt Paiman berkata...

tiada salahnya jika program susu sekolah, x mahu jgn ambil. syarikat melayu yg dapat kontrak wajib dijaga. walau kebanyakan milik pemimpin Umno, rakyat tetap bangga kerana menggalakkan melayu berniaga.

mohon serap ramai kalangan pemuda dan puteri Umno yang menagnggur ke sekolah sebagai guru. Penting untuk majukan pendidikan negara

Tanpa Nama berkata...

PA Kumpulan Pelaksana berijazah dan berpengalaman bersama Merakyatkan perkhidmatan Awam....

Tanpa Nama berkata...

ape cite nie kenaikan gaji, elaun, gred dan pangkat nie, tiada apa-apa cite, dah nak habis bulan satu nie..hooii pekak kea JPA, CUEPACS DAN KERAJAAN, harga barangan melambung naik, semua keperluan naik mendadak, ape nie.. dah melampau sgt nie..

Tanpa Nama berkata...

Pengelanan Elaun kerja lebih masa tu untuk siapa. kalau utk kumpulan pelaksana tu, memang sudah ada.. Adakah ini utk kump P&P. Atau untuk tentera, jururawat, Polis dan sebagainya... Ayoyo, boleh buat duit..

Tanpa Nama berkata...

Pengelanan Elaun kerja lebih masa tu untuk siapa. kalau utk kumpulan pelaksana tu, memang sudah ada.. Adakah ini utk kump P&P. Atau untuk tentera, jururawat, Polis dan sebagainya... Ayoyo, boleh buat duit..

Tanpa Nama berkata...

KORANG BISING JE,KLU TAK SUKA DIAM JELAH

Tanpa Nama berkata...

Tunggula........rezeki tak kemana?yang penting kite ukur baju d bdn sendiri..........

JEJAK SANG PENDETA berkata...

x perlu nak jadi org lain, supaye dilihat perfect..

setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan..

jangan rase rendah diri terhadap kekurangan yg ade,
kerana disebalik kekurangan itu tersembunyi kelebihan yg tiade pd org lain..


peace!!.. not war!!..

Tanpa Nama berkata...

TUNGGULAH. KALAU SUDAH REZEKI TAK KEMANA, KERANA YANG BULAT AKAN DATANG BERGOLEK DAN YANG PIPIH AKAN DATANG MELAYANG. DUDUK DIAM, JGN COMPLAIN DAN BERSYUKUR SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

Penjimatan apa ke benda..penjumudan gred N1 ke N11 tak melibatkan gaji...tukar gred saja...kesian PA gred yang terlibat jumud ni...golongan atasan jg yg mendapat untung....em...em....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Penjimatan apa ke benda..penjumudan gred N1 ke N11 tak melibatkan gaji...tukar gred saja...kesian PA gred yang terlibat jumud ni...golongan atasan jg yg mendapat untung....em...em....

Rabu, Januari 22, 2014 10:27:00 PTG

-------------------------

KGT ko tu bukan kesan dari penjumudan & perubahan nombor gred ke?

kalau dah bodoh tu, bodoh jugak la. kenapalak kerajaan masih lagi ambil golongan macam ni sebagai penjawat awam? patutnya sekarang ni kelulusan minimum SPM dah. takyah amik lagi sampah2 lulusan upsr/pmr ni. sekolah malas, cita2 tinggi, selera tinggi, tapi malas.

T/A J29 berkata...

KGT tetap sama RM80.
yg berbeza JGMM.

Tanpa Nama berkata...

salam..PA kayu... jgn ingat ko dah ada kelulusan tinggi... menghina kami pa yg lulus takat LCE ni...bapa ko hidup dan besarkan ko dgn kelulusan itulah dulu... generasi skrg mudah lupa daratan.... sialllll kooooo....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

salam..PA kayu... jgn ingat ko dah ada kelulusan tinggi... menghina kami pa yg lulus takat LCE ni...bapa ko hidup dan besarkan ko dgn kelulusan itulah dulu... generasi skrg mudah lupa daratan.... sialllll kooooo....

Khamis, Januari 23, 2014 12:39:00 PTG

------------------------

oh yeah mmg betul bapak aku lulusan darjah 6 jer. TAPI, diulang, TAPI, dia tak pernah merungut tentang gaji, psl xpenah naik pangkat and so on. yg penting, selalu bersyukur, berlapang dada & redha dengan apa yg ade.

lu bleh buat?

Tanpa Nama berkata...

APA CERITA TOPIK NI DAH DILAKSANAKAN KE BELUM ATAU HANYA HANGAT2 TAHI AYAM SAJA???

Tanpa Nama berkata...

Kos hidup dah meningkat.
Gaji kumpulan sokongan perlu dinaikkan.
Antara 5 ke 10%.

Tanpa Nama berkata...

oh yeah mmg betul bapak aku lulusan darjah 6 jer. TAPI, diulang, TAPI, dia tak pernah merungut tentang gaji, psl xpenah naik pangkat and so on. yg penting, selalu bersyukur, berlapang dada & redha dengan apa yg ade.

lu bleh buat?

Khamis, Januari 23, 2014 3:49:00 PTG

bapak ko amek rasuah 2 sbb die x merungut bodoh..2 sbb perangai ko pon mcm sial sbb mkn duet haram bapak ko 2..jgn nk perlekehkan hidop org lain..

Tanpa Nama berkata...

Perangai buruk orang kite.... Suka buang masa bertelagah ttg benda yg tak mendtgkn sebarang faedah.

Tanpa Nama berkata...

test tulisan

Tanpa Nama berkata...

Gaji kump pnp naik 50%. Ko setuju? Parti keadilan kata mesti adil, sebab tu jika gaji naik harga barang pun naik. Hjung2 sama juga. It makes no difference...

flower, pemenang anugerah nobel keamanan sejagat berkata...

definasi adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
kalau anak lelaki diberikan songkok.
anak perempuan pula diberikan tudung.
inilah konsep adil.
kalau dua-dua diberikan songkok, ni bukan adil tapi mengong.

auk auk auuuuukkkkkkkkkk.......

Tanpa Nama berkata...

Adillah gaji naik harga barang naik. Apa tak adilnya? Mana ada gaji semakin naik harga barang pula terus turun. Peniaga xda gaji bulanan cuma harap untung daripada hasil jualan. Sudah menjadi trend sebab tu jika boleh jangan dinaikkan kedua2nya. Yang penting kita pandai mengurus perbelanjaan masing2. Xda guna gaji naik tapi harga barang naik tak henti2.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

oh yeah mmg betul bapak aku lulusan darjah 6 jer. TAPI, diulang, TAPI, dia tak pernah merungut tentang gaji, psl xpenah naik pangkat and so on. yg penting, selalu bersyukur, berlapang dada & redha dengan apa yg ade.

lu bleh buat?

Khamis, Januari 23, 2014 3:49:00 PTG

bapak ko amek rasuah 2 sbb die x merungut bodoh..2 sbb perangai ko pon mcm sial sbb mkn duet haram bapak ko 2..jgn nk perlekehkan hidop org lain..

Jumaat, Januari 24, 2014 4:03:00 PTG

-------------------------------

hahaha lu nanti dah mati bila dibangkitkan di padang mahsyar letih le berlari sana sini cari aku & bapak aku pasal dah fitnah aku & bapak aku. dahla hidup kat dunia pun jadi pengemis, buat fitnah lagi tu. bertambah miskin la lu punya pendapatan & lu punya pahala. dunia rugi, akhirat pun rugi. sedih la hidup lu ni!

Tanpa Nama berkata...

BETUL KE FAKTA DPT JIMAT RM400...KETRISAN MASIH JUGA BERLAKU