SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 Julai 2012

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENJAWAT AWAM BELI IJAZAH PALSU - KSN

Bernama
29/7/2012

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penjawat awam yang didapati membeli ijazah palsu, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata polis masih menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memilih jalan mudah tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja untuk memperolehi ijazah.

"Setakat ini tiada kes melibatkan penjawat awam yang terlibat di dalam pembelian ijazah palsu. Jika hasil siasatan mendapati ada di antara penjawat awam yang terlibat, tindakan tegas akan diambil serta merta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara di sini.

Sebelum ini, media melaporkan ijazah itu dikeluarkan atas nama lima universiti luar negara termasuk tiga yang disahkan tidak wujud.

Lima universiti itu ialah University Of Rockhampton (tidak wujud), Harvey International University (tidak wujud), Cannington Brook University (tidak wujud), Glastonbury University (United Kingdom) dan Charles Molnar University (Hungary).

-- BERNAMA

72 ulasan:

192.168.0.1 berkata...

tindakan tegas setakat tindakan tertib tak berkesan. tamatkan saja perkhidmatan.

memang tidak menghairankan soal kelulusan palsu/kelulusan tak diiktiraf ni.

persoalan disini bagaimanakah mereka BOLEH TERLEPAS ketika proses tapisan dan temuduga? bukan kah SPA yang diterajui oleh ptd bijak-bijak pandai seharusnya cekap dalam mengesan benda ini?

ataupun spa itu sendiri dipenuhi oleh ptd yang menggunakan ijazah palsu sampaikan mereka lelap sebelah mata? ;)

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula mereka yang memperolehi ijazah hasil dari proses pembodekan pensyarah?

contoh, mereka asalnya dapat C- lepastu ampu punya ampu, dapat A.

bila diambil bekerja, kualiti mereka macam sampah.

yang tu bagaimana pula DATUK SERI KSN????

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan mereka yang ada ijazah cukup makan tapi dilantik dalam perkhidmatan awam, terutamanya jawatan p&p yang berprestij menggunakan kabel? seperti anak datuk, sepupu kepada anak datuk, anak saudara datuk, menantu datuk, bla bla bla?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula jika mereka beli ijazah benar?

Tanpa Nama berkata...

Datok seri pun fening .. fening.. bila pikiaq tang PA.

PhD pakar habis darjah !!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula sekiranya mereka beli ijazah palsu tetapi apply jawatan level SPM sebab spa dah buka jawatan spm untuk lulusan ijazah?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana plak klu KSN sendrik guna ijazah & Phd palsu & dpt title Dr. palsu???????

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula kalau korang diam dan biarkan shj pihak yg bertanggungjawab selesaikan masalah ni?

Tanpa Nama berkata...

POORRAAHH..!! MELUAT KAMI TENGOK.. NAK ALIH ISU KEA..!! DAHLAH BONUS SETENGAH BULAN JEA.. RAMAI PA MEMILIKI IJAZAH DAN MASTER TAPI TIADA KENAIKAN PANGKAT DAN MENJAWAT JAWATAN BARU, ITU YANG SEPATUTNYA KSN,SPA,JPA DAN KERAJAAN FIKIRKAN KEUTAMAANNYA BUKANNYA MENYIBUK HAL-REMEH TEMEH TUE.. PRU-13 PENENTU SEGALANYA..

TUKANG R11 BERIJAZAH berkata...

bagaimana pula kalau KSN berfikiran terbuka dan mengkaji semula sistem pengambilan kakitangan supaya mengiktiraf kakitangan sokongan yang mempunyai ijazah & master supaya diserapkan secara "dalaman" ke jawatan peringkat P&P.

P&P sedia ada tak perlu risau! kekananan, kehebatan, kecerdikan anda tidak akan tergugat walaupun bekas anak buah anda telah masuk ke dalam kumpulan anda.

graduan baru juga tak perlu risau kerana kekosongan masih ada. bukannya semua tempat akan diisi oleh kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd. tetap ada kekosongan untuk graduan baru punya. ataupun graduan baru boleh mengisi kekosongan sedia ada dalam kumpulan pelaksana.

itupun sekiranya KSN sedia ada ni mahu berTRANSFORMASI. jika tidak, anda tiada bezanya dengan KSN KSN terdahulu. berfikiran jumud, terkebelakang, closed-minded, lapuk dan sewaktu dengannya. samala dengan tipikal-tipikal PTD di SPA/JPA yang TAKUT untuk mengangkat cadangan kepada kerajaan supaya kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd diserap ke dalam kumpulan P&P sebab takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tampuk kepimpinan perkhidmatan awam ni mengamalkan sistem komunis dan kasta macam di india

kalau kau seorang petani, sampai mati kau petani.

kalau kau seorang kasta rendah, jangan harap nak masuk golongan kasta tinggi.

right everybody! this is MALAYSIAN CIVIL SERVICE!

Tanpa Nama berkata...

Orang BN kalau nak menang canangkan "Undi dacing", bukan "Undi BN" sebab bn tu apa, gambo je ada. Benda kecil ni effect besar. Antara dacing dengan bola putih, mana yang lebih afdal?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula kalau KSN berfikiran terbuka dan mengkaji semula sistem pengambilan kakitangan supaya mengiktiraf kakitangan sokongan yang mempunyai ijazah & master supaya diserapkan secara "dalaman" ke jawatan peringkat P&P.

P&P sedia ada tak perlu risau! kekananan, kehebatan, kecerdikan anda tidak akan tergugat walaupun bekas anak buah anda telah masuk ke dalam kumpulan anda.

graduan baru juga tak perlu risau kerana kekosongan masih ada. bukannya semua tempat akan diisi oleh kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd. tetap ada kekosongan untuk graduan baru punya. ataupun graduan baru boleh mengisi kekosongan sedia ada dalam kumpulan pelaksana.

itupun sekiranya KSN sedia ada ni mahu berTRANSFORMASI. jika tidak, anda tiada bezanya dengan KSN KSN terdahulu. berfikiran jumud, terkebelakang, closed-minded, lapuk dan sewaktu dengannya. samala dengan tipikal-tipikal PTD di SPA/JPA yang TAKUT untuk mengangkat cadangan kepada kerajaan supaya kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd diserap ke dalam kumpulan P&P sebab takut dengan bayang-bayang sendiri.

Selasa, Julai 31, 2012 8:26:00 AM

%%%%%%%%%%%%

hullo bro., wa sokong lu !
SERAP jangan tak SERAP.
Jika fikiran pihak atasan JUMUD, tindakan mereka pun JUMUD.

PA mengharapkan PERUBAHAN dan ANJAKAN transfOMARsi.

pelaksana berkata...

P&P sedia ada tak perlu risau! kekananan, kehebatan, kecerdikan anda tidak akan tergugat walaupun bekas anak buah anda telah masuk ke dalam kumpulan anda.

-------------------

kawan saya asalnya kumpulan pelaksana, belajar part time dapat ijazah, apply ptd, dapat keje. ditempatkan di kerajaan negeri (SUK).

bila hari pertama masuk kerja dia kata, semua ptd ptd yang sedia ada di situ pandang dia atas bawah bila dia memperkenalkan diri sebagai ptd baru sedangkan umur sudah lanjut. pulak tu apabila dia kata "sebelum ni saya berkhidmat sebagai pelaksana dengan gred ***"

yer saya setuju dengan kenyataan di atas. p&p yang asalnya masuk keje start dari p&p ni memang panas bontot dan tak senang duduk apabila pegawai baru yang datang dari kumpulan sokongan masuk ke dalam skim mereka. ntah apa yang dia dengki aku pun tak tahu la. walhal orang macam ni la yang paling bagus disebabkan dia ada pengalaman di DUA DUNIA BERBEZA. orang macam ni senang nak berurusan dengan orang bawahan yang datang dari kumpulan pelaksana sebab dia ada pengalaman sebagai pelaksana.

M for MAMAK berkata...

diharap mamak ksn baru ada idea bombastik utk transform PA. maklum ler mamak nih otak bergeliga, cam mantan pm kita tun dr M tuh. wakakaka.

hidup mamak di bumi tanah melayu!

Tanpa Nama berkata...

Sijil Kejuruteraan Politeknik dah setaraf STPM............tu saja nk bg tau korang

encik J berkata...

dah maiiii dah J

dah maiiii dah siniii

Tanpa Nama berkata...

Ramai tak tahu KSN sebenarnya membela penjawat awam. KSN adalah tempat mengadu bagi membela PA yang ditindas ketua jabatan yang suka tunjuk kuasa.

KSN - you are our hope!

Tanpa Nama berkata...

ISUnya adalah Ijazah Palsu yg dikeluarkan oleh luar Negara & Universiti tidak wujud.
Apa pulak cerita disebuah Universiti Swasta di Malaysia yg menawarkan kursus Sains Kesihatan tanpa menduduki peperiksaan & hanya menghantar tugasan yg diberikan . Yg peliknya adalah diiktiraf oleh JPA/SPA/KKM/MQA .
Cuba bayangkan dinilai dgn hanya menghantar tugasan yg boleh diupah oleh org lain dgn bayaran yg tinggi , janji lulus & disemak oleh pensyarah disana .
Jika bahasa penghantarnya adalah bahasa German, Russia , Jepun sudah tentu student ni boleh dapat Degree ?
Cuba lihat siapa Pro-Censelor Kolej Universiti berkenaan ? sudah tentu ada kepentingan sebelum ni .

Fikir2kan Kualiti Kakitangan Awam setelah mendapat kenaikan pangkat ?

Tanpa Nama berkata...

Sijil Kejuruteraan Politeknik dah setaraf STPM............tu saja nk bg tau korang

AKU SOKONG KO

Tanpa Nama berkata...

Bengong betul lah budak Politekinik ni , Tajuk cerita Forum ni tentang Ijazah palsu ?

Tanpa Nama berkata...

Drs XXXXX XXXX XXXX
Ph.D
Glastonbury University (United Kingdom)

Tanpa Nama berkata...

Sijil Kejuruteraan Politeknik tak palsu...Ijazah palsu ?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
bagaimana pula kalau KSN berfikiran terbuka dan mengkaji semula sistem pengambilan kakitangan supaya mengiktiraf kakitangan sokongan yang mempunyai ijazah & master supaya diserapkan secara "dalaman" ke jawatan peringkat P&P.

P&P sedia ada tak perlu risau! kekananan, kehebatan, kecerdikan anda tidak akan tergugat walaupun bekas anak buah anda telah masuk ke dalam kumpulan anda.

graduan baru juga tak perlu risau kerana kekosongan masih ada. bukannya semua tempat akan diisi oleh kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd. tetap ada kekosongan untuk graduan baru punya. ataupun graduan baru boleh mengisi kekosongan sedia ada dalam kumpulan pelaksana.

itupun sekiranya KSN sedia ada ni mahu berTRANSFORMASI. jika tidak, anda tiada bezanya dengan KSN KSN terdahulu. berfikiran jumud, terkebelakang, closed-minded, lapuk dan sewaktu dengannya. samala dengan tipikal-tipikal PTD di SPA/JPA yang TAKUT untuk mengangkat cadangan kepada kerajaan supaya kumpulan pelaksana yang ada ijazah/master/phd diserap ke dalam kumpulan P&P sebab takut dengan bayang-bayang sendiri.

Selasa, Julai 31, 2012 8:26:00 AM

%%%%%%%%%%%%

hullo bro., wa sokong lu !
SERAP jangan tak SERAP.
Jika fikiran pihak atasan JUMUD, tindakan mereka pun JUMUD.

PA mengharapkan PERUBAHAN dan ANJAKAN transfOMARsi.

Sokong2. Sepatutnya itulah yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Atasan hari ini yang diterajui oleh PTD2 Unggul. Transformasi dalam perkhidmatan awam.. Minda2 mereka ini juga perlu di transformasikan.. Usahlah risau dengan golongan pelaksana, mereka boleh bekerja dengan anda dengan baik.Hasilnya organisasi akan menjadi lebih utuh lagi, jika kena caranya.. Oleh itu, berilah peluang kpd golongan pelaksana terutamanya dalam kump pentadbiran yg telah memenuhi kelayakan tersebut, walaupun umurnya telah melebihi 40 tahun...

TUKANG K2 R11 BERIJAZAH berkata...

Tanpa Nama berkata...

Bengong betul lah budak Politekinik ni , Tajuk cerita Forum ni tentang Ijazah palsu ?

Selasa, Julai 31, 2012 1:07:00 PM

nak buat camana, itulah kualiti J. tak reti sesuaikan diri dengan majlis. topik pasal ijazah, dia pegi selit pasal sijil kokak dia tu. sebab tu la bila angan2 mat jenin tak jadi dia bising 1 dunia. perangai macam tabika.


Sokong2. Sepatutnya itulah yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Atasan hari ini yang diterajui oleh PTD2 Unggul. Transformasi dalam perkhidmatan awam.
masalah disini pengurusan atasan diterajui oleh PTD TUNGGUL (baca dengan huruf T di depan). tu sebab perubahan susah nak berlaku. semua takut dengan bayang2 sendiri. semua masih guna fahaman komunis. petani tetap jadi petani. pelombong tetap jadi pelombong. peniaga tetap jadi peniaga.

nampaknya PTD warisan tentera british ni telah mendapat ideologi komunis.

mamat berkata...

J tak sesuaikan diri dgn majlis ape? Ni stakat blog jew..biar la kami geng J nk protes.

Tanpa Nama berkata...

hidup j untuk semua...

Tanpa Nama berkata...

KSN baru mula menyalahkan guna kuasa untuk kepentingan anak buah sendiri dan dia patut dikenakan tindakan tatatertib kerana melangkau dasar yang telah dibuat.Pihak lain terpaksa menunggu tapi disebabkan ada kuasa anak buah dia xperlu tggu dan terus keluar dengan senang hati.Tolong siasat ini KSN bakal hancurkan masa depan negara.

Tanpa Nama berkata...

KSN baru mula menyalahkan guna kuasa untuk kepentingan anak buah sendiri dan dia patut dikenakan tindakan tatatertib kerana melangkau dasar yang telah dibuat.Pihak lain terpaksa menunggu tapi disebabkan ada kuasa anak buah dia xperlu tggu dan terus keluar dengan senang hati.Tolong siasat ini KSN bakal hancurkan masa depan negara.

ULASAN DARI PEMBACA POYO: berkata...

berapa banyak skim perkhidmatan juruteknik J17 sijil poly nak protes??

berapa banyak dorang nak POSTING??

berapa banyak nak hantar petisyen??

berapa kali berapa daaa??

ITU DIA PUNYA PASAIII...

SALAH MAJLIS, SALAH TAJUK ARTICLE??

OBJEKTIF MERAKA, supaya luahan mereka diBACA. itu saja...

adakah anda telah membaca komen mereka??
JANGAN HIPOKRIT ATAU hippopotamus, pasti anda telah membacanya.

ULASAN DARI PEMBACA PALING POYO DI ALAM MAYA INI : berkata...

MASING2 punya " JUSTIFIKASI " dan " OBJEKTIF " untuk mencapai MAKSUD anda...
so jangan " PERTIKAILAH "...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

KSN baru mula menyalahkan guna kuasa untuk kepentingan anak buah sendiri dan dia patut dikenakan tindakan tatatertib kerana melangkau dasar yang telah dibuat.Pihak lain terpaksa menunggu tapi disebabkan ada kuasa anak buah dia xperlu tggu dan terus keluar dengan senang hati.Tolong siasat ini KSN bakal hancurkan masa depan negara.

Selasa, Julai 31, 2012 5:47:00 PM

---------------------

sila beri penjelasan terperinci, pleaseee! nak tau gak nih

Tanpa Nama berkata...

merujuk kepada perkataan " TERPERINCI "

MAKNA NYA, setiap INCHI perlu diperjelaskan!!

Tanpa Nama berkata...

ah. ksn dulu dgn skang sama jer. tipikal ptd. jaga puak sendrik jer. walhal kalu jd ksn tuh patut kena neutral psl nko KETUA SETIAUSAHA NEGARA, bkn ketua setiausaha PTD

sama ler dgn KPPA. patut KP utk PA. nih apa yg aku nmpk, KP utk PTD.

tipikalll

Tanpa Nama berkata...

jika nak tau sila siasat sendiri dan kepada ksn dan keluarga tahniah diucapkan.kami ikut segala saluran yang ada dan polisi yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan sanggup menunggu sehingga tiba masanya akan tetapi anda mempunyai kepentingan dan buat kerajaan nie seperti anda dan keluarga anda punya.kami orang susah dan tiada pangkat besar tapi kami berkhidmat demi rakyat agar rakyat dapat kesempurnaan

Tanpa Nama berkata...

kalu nko nk kata ksn bwk suku sakat dia msk gomen jd ptd tuh xheran ler. rmai lagik wat cam tuh. anak lamien sawiyo kapla spa pun jd ptd. giler per bapak ptd, anak jd pt po? wakaka

perkhidmatan awam ptut tkar jd perkhidmatan anak beranak.

Tanpa Nama berkata...

Bila KSN nak keluarkan arahan VETO beliau? Cuba test power sikit, menjadi ke tidak.

Mulakan dengan skim J ni kasihan mereka.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula kalau KSN mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang masuk kerja guna KABEL? ianya lebih kurang sama dengan menggunakan sijil palsu, dimana walaupun sijilnya tulen, tapi mereka telah memalsukan kemahiran mereka dengan menggunakan KABEL untuk bypass keputusan temuduga.

come on la. sijil palsu tu perkara yang ke-1000 perlu dirisaukan. yang guna kabel ni patut diambil perhatian, sebab orang yang tak reti buat keje, otak lembap, kemahiran menganalisis hancur tapi diambil bekerja sebab ada KABEL.

Tanpa Nama berkata...

KSN harus mengeluarkan surat pekeliling meminta semua PA menyerahkan ijazah masing2 untuk dinilai keesahan dan ketulinannya. Tindakan tegas serta merta harus dikenakan kpd yg didapati bersalah. Kerajaan tak boleh berlembut sebelum keadaan menjadi tidak terkawal pd masa akan datang. Yang peliknya mereka yg melakukan ini adalah org yg kononnya amat bijak di negara ini, suka menuduh kerajaan zalim, mereka mengundi pembangkang dlm pilihan raya. Layakkah mereka menggelarkan diri mereka lebih baik dari org lain sedangkan mereka hidup mewah dgn menipu mereka yg jauh lebih susah dari org lain? Layakkah mereka menjadi pemimpin?

Tanpa Nama berkata...

KSN HARUS MRNGELUARKAN ARAHAN DAN PERINGATAN KEPADA PANEL PENEMEDUGA BAHAWA MEREKA HARUS TERUS DAN TIDAK BERKOMPROMI DAN TUNDUK PADA PENGARUH LUAR YG DIGUNA OLEH SEGELINTUR CALON YG DITEMUDUGA. BANYAK BERLAKU KES DIMANA SESEORANG CALON YG TAK LAYAK LANGSUNG DIAMBIL BEKERJA SELEPAS BERLAKU RUNDINGAN DALAMAN DI ANTARA KELUARGA CALON DGN PIHAK ATAU PANEL PENEMUDUGA SBLM ATAU SELEPAS SESI TEMUDUGA DIJALANKAN. IA ADA BEBERAPA KATEGORI MODUS OPRANDI 1. CALON DIPILIH ATAS DESAKAN ORG YG BERPENGARUH 2. IBU BAPA CALON DTG BERUNDING SECARA 4 MATA UNTUK MEMASTIKAN ANAK.MEREKA DIPILIH. 3. RASUAH MERUPAKAN STRATEGI YG AMAT BRRKESAN 4. CALON DIPILIH KERANA KELUARGA CALON RAPAT DGN PENEMUDUGA, BERSAUDARA. SEMUA ORG TAHU KES2 SEUMPAMA INI SUDAH WUJUD SEJAK SELEPAS MERDEKA LAGI DAN AKHIR2 INI KEADAAN SEMAKIN TETUK. RUMUSANNYA: MUTU KERJA SEKTOR PA TERUK KERANA RAMAI ORG YG TAK LAYAK MENYERTAI PA.

mohd azuan johan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
TUKANG K2 R11 BERIJAZAH berkata...

come on la. sijil palsu tu perkara yang ke-1000 perlu dirisaukan. yang guna kabel ni patut diambil perhatian, sebab orang yang tak reti buat keje, otak lembap, kemahiran menganalisis hancur tapi diambil bekerja sebab ada KABEL.

CALON DIPILIH KERANA KELUARGA CALON RAPAT DGN PENEMUDUGA, BERSAUDARA. SEMUA ORG TAHU KES2 SEUMPAMA INI SUDAH WUJUD SEJAK SELEPAS MERDEKA LAGI DAN AKHIR2 INI KEADAAN SEMAKIN TETUK. RUMUSANNYA: MUTU KERJA SEKTOR PA TERUK KERANA RAMAI ORG YG TAK LAYAK MENYERTAI PA.


itulah realitinya walaupun pihak yang berkenaan cuba menyangkal. perkhidmatan awam ni sekarang dah jadi tempat longgokan suku sakat. sudahnya mereka ini telah memancung rezeki orang lain yang sepatutnya. jangan pulak kau nak claim bahawa "guna kabel" itu adalah rezeki yang telah ditetapkan. baik kau kata mencuri itu pun rezeki yang telah ditetapkan?

KSN harus mengeluarkan surat pekeliling meminta semua PA menyerahkan ijazah masing2 untuk dinilai keesahan dan ketulinannya. Tindakan tegas serta merta harus dikenakan kpd yg didapati bersalah
setuju! mereka yang sudah berkhidmat menggunakan kelayakan ijazah (P&P) perlu mengisytiharkan semula transkrip/skrol ijazah/master mereka kepada suruhanjaya khas. ini termasuklah mereka yang baru mula kerja 2 hari lepas mahupun sudah bekerja berpuluh tahun lamanya. tidak terkecuali KSN juga. dari situ kita boleh tahu bahawa KSN cakap serupa bikin atau cakap saja lebih.

Tanpa Nama berkata...

ooo....patutla ramai pegawai kerajaan yang tak tau buat kerja,beli sijil palsu rupanya....

Tanpa Nama berkata...

patutlah jugak ramai golongan PTD semcm je..buat reja tak tau, kerah org jer pandai.. tang reja haram satu apa pun tak tau..buat action je.. bodo punya olang! (segelintir je..hehe)

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju semua pegawai awam menyerahkan sijil mereka tanpa mengira kedudukan dan lama mereka berkhidmat dengan kerajaan. Saya juga berharap semuga KSU turut menyerahkan sijil beliau sebagai conton dan bukti kerajaan telus dalam membasmi Sijil Haram. Setelah selesai proses ini maka kerajaan harus menyenaraikan semua nama dan kedudukan mereka yang didapati melakukan jenayah tersebut di dalam akhbar kerana perkara ini adalah hak rakyat untuk mengetahui. Siarkan kesemuanya di dalam akhbar tempatan supaya ia menjadi satu ingatan dan juga sebagai membersihkan nama negara di mata dunia. jika kerajaan tidak mengambil tindakan seperti ini maka harus kerajaan melihat dimana dan siapa yang menyekatnya... dan ambil tindakan ke atas pegawai tersebut pulak kerana memsabotaj. Saya amat menanti2 tindakan dan keputusan seperti ini dan percaya rakyat yang perhatin mahukan tindakan tegas yang ber sesuaian eengan jenayah dan derita rakyat yang ditanggung selama ini. Contoh: DO dan ADO di daerah-daerah khasnya di Segamat, Melaka dan Kedah banyak yang 'bodoh' mengambil tindakan 400 peratus mengikut buku (katanya) menyebabkan ramai rakyat yang terlibat terinaya, bergaduh sesama sendiri dan terus tidak bertegur sapa hingga sekarang. Banyak lagi kes dan contoh yang boleh saya beri.

Tanpa Nama berkata...

ne la orang sekarang malas nak belajar tp nak dapat gaji tinggi, orang lain belajar macam nak mampus hampa tau nak senang beli ijazah, master n phD, ne KSN hang tengok sama manatau ada PA yang masuk guna cara tu,mungkin ada orang lama dalam PA yang beli ijazah coz zaman dulu benda ne bukan isu coz orang tak tau.

Tanpa Nama berkata...

dari cara pembelajaran mereka di kolej/universiti kita boleh tahu samada mereka benar-benar cemerlang dalam peperiksaan, mengadaptasi segala yang dipelajari dalam kehidupan seharian, atau sekadar lulus dengan cara menipu samada bodek pensyarah, tiru dari rakan sebelah, tiru dengan meletakkan "toyol" dalam poket, tapak tangan, dalam tandas. malah yang lebih teruk, tak belajar pun, tapi BELI IJAZAH PALSU.

satu lagi yang perlu kita faham zaman sekarang ni, pendidikan di kolej/universiti tidak menjamin seseorang itu akhlaknya baik, mempunyai kemahiran menganalisis. pendidikan kita bersifat MENGHAFAL. bukan tak ada kita jumpa seorang pegawai yang bangga dengan ijazah itu ini, tapi tak reti buat benda yang sebenarnya berkaitan dengan ijazah yang sedia ada.

konsep ijazah ni senang. tak semestinya anda belajar kursus A, anda tak reti buat kerja B ketika bekerja. seseorang yang telah berjaya memperolehi ijazah tidak akan mempunyai masalah untuk mempelajari benda baru ketika di alam pekerjaan.

jadi kalau dalam dunia pekerjaan, mereka jadi lembap, tak mempunyai kemahiran menganalisis/membuat keputusan yang cekap, suka merepek, kita sudahpun tahu bagaimana keadaan mereka ketika di universiti/kolej. jangan terkejut sekiranya mereka dapat CGPA 3.99 sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

Tuan KSN, Kalau tuan benar-benar serius, apa kata semua penjawat awam diwajibkan menunjukkan salinan ijazah yang asal. Saya rasa ada yang 'terlepas'.

Tanpa Nama berkata...

takda la tu. cakap jela lebih. sama macam cakap cakap KSN terdahulu.

Tanpa Nama berkata...

INI KES ATAU ISUE PERTAMA BAGI KSN...KSN..KSN. KITA TENGOK AJA DULU.. CAMANA DIA (KSN) TU BUAT KEJA. ENTAH2 KSN PUN SAMA TAK? KITA TENGOK DULU YA..........

Tanpa Nama berkata...

Di Bulan Ramadan Yang Mulia ini, marilah semua pejuang-pejuang Islam, bangun dan bangkit menegakkan syiar dan syariat Islam di bumi tercinta ini, menentang kezaliman, membetulkan semula Intitusi spa,jpa dan kerajaan khususnya, ramai 1.4juta PA bawahan yg memiliki ijazah,master dan Phd di nafikan haknya dengan menafikan kenaikan pangkat dan menjawat jawatan baru, begitu juga PA bawahan amnya, kebanyakan jawatan-jawatan tue di monopoli oleh kroni-kroni pihak atasan yg tidak mencintai Islam sebaliknya merobohkan Islam dan cara-hidup mereka yang melanggar syariat Islam, bangkitkan wahai PA umat Islam khususnya rakyat malaysia.. PRU-13 kita mengubahnya..

Tanpa Nama berkata...

Kepincangan dalam pengurusan sumber manusia PA makin terserlah, yang ada Ijazah palsu pun tidak dapat dikesam...Mungkin itulah standard kerja pegawai atasan PA hari ini. JPA atau SPA seharusnya telus dan berlaku adil dalam urusan pengambilan kakitangan awam.. Jangan ketepikan kakitangan lama yg telah memiliki Ijazah untuk dinaikkan pangkat, mereka itu sebenarnya aset kepada organisasi.. Hairan bin Ajaib- yg ada Ijazah betul,tidak dapat .. yg ada ijazah palsu tu!, boleh lepas pula. Angkara Siapa Ini? Renung-renung la....

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni memang ramai pegawai p&p yang memandai-mandai buat kerja. keputusan pun mengarut-ngarut sampaikan jadi bahan lawak oleh kumpulan pelaksana.

percayalah, seorang pegawai yang bagus takkan menjadi bahan gelak ketawa oleh orang bawah. sebaliknya dia akan disanjung dan dihormati.

sekiranya orang bawahan terutama dari kumpulan pelaksana boleh mempertikaikan arahan/kata-kata dari seseorang pegawai, bermakna pegawai itu TIDAK BAGUS.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat khuatir dan ragu2 dgn cara pemimpin atasan sektor awam menangani masalah seumpama ini kerana banyak pemasalahan yg timbul sebelum ini tidak dpt diselesaikan langsung dan kalau dpt diselesaikan pun sekadar lepaskan batuk ditangga sahaja. Kebanyakan kes hanya hangat diperkatakanpada peringkat awal sahaja dan selepas beberapa bln ia hilang dibawa angin entah ke mana. Justeru kita minta KSN yg baru ini tidak ikut cara salah yg diamalkan selama ini jika ingin melihat kejayaan program transformasi kerajaan yg dilaung2kan skrg. Tolong dengarlah rintihan org bawahan kerana jika tidak ada org bawahan tak wujud org atasan spt KSN.

Suka Aku Baca Komen Korang berkata...

Aku grad dr UTM tahun 2004. Aku pnya ijazah tu sijilnya lebih kurang mcm sijil penyertaan camping masa sekolah darjah 6 je. Cuma ada tandatangan dr canselor je. Harganya mungkin sekkitar RM2.50-RM3.00 kot. Aku rasa kalau setakat nk wt duplicate sijil palsu mmg x de masalah. Yg susah sikit nak duplicate aku rasa transkripsi keputusan exam je. Tp pun x mustahil diorg blh duplicate.

Maksudnya bahagian human resource kena kerja lebih la utk chek dkt pengkalan data universiti ni utk verify sama ada ijazah tu genuine atau fake.

Tanpa Nama berkata...

Ya saya setuju dgn encik. Kertas sijil ijazah UiTM adalah yg paling tak kelihatan bermutu tinggi ditambah lg dgn kurang umph dari segi seni. Tak kreatifkah uitm? Sijil pernyataan mesyuarat NGO lg cantik/kreatif.

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin dan percaya tentu sudah ramai PA yg menggunakan ijazah palsu sedang selesa menikmati kemewahan hidup skrg ini. Punyai rumah besar, banyak keteta besar dan mewah, bini 2 atau 3 org, semua bank ada sahaja simpan. Nah kan senang. Lepas tu anak2 tak perlu bersusah payah belajar kerana bapa telah berjanji untuk beli sijil/ijazah palsu utk mereka. Bah kata pepatah inggeris:'like father like son',

Tanpa Nama berkata...

ada 2 jenis kategori penipu yang mempunyai ijazah:

1. ijazah palsu. tak pernah belajar tapi beli ijazah, ataupun tak layak dianugerahkan ijazah sebab bengap sangat tapi ntah macam mana, boleh dapat skrol.

2. belajar tak pandai, patut dapat C, D pada setiap kertas, tapi dengan kemahiran merayu dan membodek pensyarah (biasa berlaku pada universiti/kolej dimana pensyarah/tutor adalah orang yang menanda kertas jawapan) untuk mendapatkan A atau paling cikai pun B+

orang macam ni apabila diambil bekerja hasil dari penipuan, kita akan nampak bagaimana mereka melakukan tugas, membuat keputusan mahupun merangka strategi :-)

Tanpa Nama berkata...

yep. aku duk fed dept caw negeri. p&p kt opis aku mmg suka wat mende mngarut. so kita leh tau ler time study dulu mmg suka wat assg, exam & kije ngarut tp still dpt a. wakakaka.

spa mmg fail ler. pi amek pegawai kategori sampah camnih utk jd bos kt org bwh.

Tanpa Nama berkata...

Ijazah palsu @ Kualiti Ijazah itu sendiri . Ada kalangan Universiti Swasta yg menawarkan kursus Degree tanpa menduduki periksaan & hanya berlandaskan asgment semata2 yg boleh diupah oleh manusia lain ,Tetapi diiktiraf oleh MQA/KKM/Lembaga Berkaitan & SPA serta telah pun dinaikkan pangkat .
Bagaimana dgn calon yg bertungkus lumus mendapatkan Degree secara exam + asment + exam mid term + Final exam + Research & dibandingkan dgn MAHSA University yg menawarkan kursus Top Degree Nursing hanya berlandaskan asment sahaja ?
Fikir2kan kualiti Penjawat Awam tersebut ?

Tanpa Nama berkata...

Ohw ! Ini cerita hangat nih . boleh diketengahkan kpd Media pendedahan umum .

Tanpa Nama berkata...

MINTA KERAJAAN SIASAT DIPLOMA ATSU IJAJAH ATAU IJAJAH DI DLM PETKHIDMATAN AWAM DI SEMUA NEGERI DLM MALAYSIA SAMADA PALSU ATAU SEBALIKNYA

Tanpa Nama berkata...

MINTA KERAJAAN SIASAT DIPLOMA ATAU IJAJAH ATAU IJAJAH SARJANA BAGI SEMUA PENJAWAT AWAM DLM KERAJAAN NEGERI SAMADA BENAR ATAU PALSU ATAU MAIN BELI.INI BERTUJUAN MEMASTIKAN SAMADA MEREKA LAYAK ATAU BERKUALITI

KAKITANGAN PELAKSANA BERIJAZAH berkata...

tan sri abu bakar abdullah (TSAB) semasa "hayatnya" di JPA telah mengeluarkan cadangan, malah meminta pendapat umum terutamanya dari kakitangan awam:

1. kakitangan kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari kelulusan syarat lantikan untuk diserap terus ataupun melalui pengambilan secara dalaman ke jawatan pengurusan & profesional.

2. kesemua skim yang menggunakan syarat lantikan mengikut kelulusan sekian-sekian diletakkan pada gred yang sepatutnya. sebagai contoh skim J itu sendiri yang menggunakan sijil yang setaraf dengan STPM, perlu diberikan gred 27. begitu juga dengan seseorang yang mempunyai kelulusan sarjana(master) seharusnya diletakkan ke gred yang lebih tinggi dari gred lantikan menerusi ijazah, sebagai contoh gred 43.

3. mengiktiraf kumpulan sokongan/pelaksana yang menyambung pengajian ketika dalam perkhidmatan samada secara separuh masa, jarak jauh mahupun sepenuh masa dengan memberikan mereka kenaikan pangkat secara dalaman/internal, mahupun memudahkan perjalanan mereka untuk sesi temuduga dan tidak perlu besaing sama rata dengan lantikan baru. ini untuk menjadikan skim lain mendapat manfaat seperti skim perguruan.

malangnya, tak sempat TSAB untuk memanjangkan cadangan tersebut kepada pihak kerajaan, karier beliau telahpun DIBUNUH oleh tangan-tangan ghaib dalam perkhidmatan awam. ramai orang syak bahawa beliau mempunyai cadangan yang bakal mengganggu periuk nasi:

1. budak-budak hingusan yang nak dilantik ke dalam perkhidmatan secara lantikan baru
2. budak-budak yang mempunyai KABEL BESAR dalam perkhidmatan awam untuk menjamin tempat mereka dalam perkhidmatan
3. budak-budak yang telah dilantik dalam perkhidmatan yang tidak boleh terima kenyataan bahawa mereka yang dianggap sebagai anjing kurap dalam kumpulan pelaksana bakal menduduki tempat yang sama dengan mereka.

tangan-tangan ghaib ini tidak semestinya lagi tinggi dari level KPPA, malah taraf budak hingusan baru masuk kerja gred 41 pun ada. mereka ini melobi orang-orang besar di atas sana untuk menjatuhkan TSAB, kerana apabila TSAB diangkat menjadi KSN, boleh jadi apa yang diperjuangkan oleh kumpulan pelaksana selama ini akan berhasil.

ingatlah tuan-tuan dan puan-puan semua didalam kumpulan pelaksana bahawa mereka di dalam kumpulan p&p itu sentiasa tidak senang dengan anda. mereka berfahaman komunis, dimana sekiranya anda gred 17, anda 17 sampai mati, ataupun sekadar naik 22 sahaja. sekiranya anda mempunyai kelulusan lebih tinggi, anda tetap duduk dalam jawatan sedia ada sampai mati walaupun ada ada kelulusan lebih tinggi hasil dari pembelajaran secara pjj/plk.

Tanpa Nama berkata...

Kesannya mutu PA tidak pernah memuaskan rakyat. Banyak berlaku buat kerja sambil lewa maklumlah bos bapanya, datuknya dll. Sektor PA sepatutnya tidak dibuat seperti syarikat keluarga tetapi perlu terdiri dari kakitangan yg berbagai kaum dan latar belakang. Sepatutnya tindakan disiplin harus dikenakan ke atas mana2 pemimpin atau ketua yg dgn sewenang2nya melantik pegawai PA dari kalangan ahli keluarganya meskipun tidak layak dsbnya.

anak selangor penyokong bulan berkata...

Saya pun sokong PAS juga bang tapi jangan la kempen sampai begitu sekali.. semua penjawat awam mesti sedia berkhidmat dan setia kepada kerajaan semasa (government in power) . Ini adalah penting bagi memastikan hala tuju negara di landasan yang betul.

Sudahlah anak2 negeri selangor khusunya ( dan negeri2 lain juga) dah lama perasan bahawa jawatan PA dimonopoli anak klate, itu mungkin memang kebetulan atau mereka lebih layak tapi bila over sangat kempen macam ni nanti penyokong PAS negeri selain klate pun tawar hati..

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak Krjaan/SPRM dpt memantau & mengambil tindakan kpd keluaran Universiti Swasta yg menawarkan Ijazah kpd Penjawat Awam yg janji lulus & dinaikkan pangkat oleh KKM/Lembaga berkaitan & SPA.
Penjawat Awam yg tidak berkualiti & hanya berijazah semata2 .
Fikir2kan pekerjaan anda berdepan dengan nyawa pesakit & kesihatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

KOMEN KEPADA KAKITANGAN PELAKSANA BERIJAZAH berkata...


KALAU TAK BERPUAS HATI DENGAN POLISI PENTADBIRAN KRJAAN SEKARANG PAKAT2 TUKAR KRJAAN PADA PRU13

Tanpa Nama berkata...

pakat pakat membawa berkat lo ....gua caya lu

Tanpa Nama berkata...

Hi kenapa senyap saja. Dah selesaikah isu ijazah palsu ni? Hangat2 tahi ayam pas tu senyap seribu bahasa. Mcm ni kah kita selesaikan masalah? X hairan jika isu ini hangat diperkatakan selepas ini kerana sindikit terbabit tahu kerajaan xserius menangani isu ini. Seharusnya pihak berwajib cuba menjejaki pembeli2 ijazah palsu ini serta memecat pegawai awam yg didapati menggunakan ijazah palsu utk mendapat pekerjaan secara menipu.

Tanpa Nama berkata...

semua ni ada pakai kabel orang dalam.
main cheat2.
Tak semua orang yang Bekerja Dalam KERAJAAN NI SETIA DENGAN KERAJAAN.
ADA JUGAK YANG BEKERJA UNTUK KERAJAAN LAIN.
SATU HARI AKAN TERTUNJUK JUGAK NANTI.TENGOKLAH..PTD KONON..PODAH.
MEMANG RAMAI PAKAI KABEL ORANG DALAM

Tanpa Nama berkata...

100% memang ada