SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mei 2015

JPA AKAN JUMPA PENJAWAT AWAM DI BAWAH PRESTASI SEBENAR - AHMAD JAILANI

Bernama
28/5/2015

KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka mengadakan pertemuan dengan penjawat awam yang dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata pertemuan itu antara lain bertujuan mengenal pasti lebih lanjut sebab dan alasan prestasi penjawat awam terbabit tidak memberangsangkan.

Beliau berkata pertemuan itu akan diadakan setelah JPA selesai mengumpul maklumat dan mengenal pasti sama ada penjawat awam terbabit berkhidmat di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun.

"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal akan berjumpa dengan mereka (penjawat awam terbabit) untuk melihat (mengetahui sebab) pencapaian dan prestasi mereka rendah," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Perdana Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Sabah, hari ini.

Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kira-kira 5,000 daripada 1.6 juta penjawat awam dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal.

Kesemua penjawat awam itu didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun dan mempunyai komitmen luar tugas.

Ahmad Jailani berkata menerusi pertemuan itu, ia akan memudahkan pihak JPA mengetahui langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi penjawat awam terbabit.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jailani mengingatkan penjawat awam supaya memperkasa dan memelihara integriti ketika bertugas dan tidak sewenang-wenang menggunakan media sosial menyalurkan maklumat sehingga mencemarkan imej jabatan.

Sebaliknya, penjawat awam yang beretika dan bertanggungjawab harus menggunakan media sosial sebagai saluran memberi penerangan berhubung dasar kerajaan secara pantas, katanya.

"Terdapat pekeliling mengenai penggunaan media sosial ini supaya (penjawat awam) tidak menggunakan (media sosial) sehingga menjatuhkan imej jabatan, jika ada (berbuat demikian), tindakan tatatertib akan diambil," katanya.

Mengenai Bicara Perdana Intan, Ahmad Jailani berkata program itu bagi memperjelas usaha transformasi dan inisiatif kerajaan dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam, sekali gus menggalakkan penjawat awam melakukan transformasi menjurus kepada kos rendah tetapi berimpak tinggi.

Bertajuk Transformasi Perkhidmatan Awam: Kepimpinan Kreatif dan Inovatif, program bicara perdana itu disertai lebih 300 penjawat awam pelbagai jabatan di negeri ini dan Labuan.

-- BERNAMA

26 Mei 2015

700 GURU, PENJAWAT AWAM JPN KELANTAN TERIMA KENAIKAN GAJI SEHARI SEBELUM BERSARA

Bernama
26/5/2015



KOTA BAHARU, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak 700 guru dan penjawat awam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menerima kenaikan gaji hadapan sebanyak tiga peratus, sehari sebelum bersara.

Pengarah JPN Kelantan Hussain Awang berkata individu terbabit yang bersara wajib tetapi tidak sempat menerima kenaikan gaji akan diberi kenaikan gaji sehari sebelum hari bersara yang akan dikira sebagai gaji akhir.

"Kerajaan Malaysia bermurah hati dalam inisiatif menaikkan gaji guru dan penjawat awam yang akan bersara sebelum hari bersara supaya mereka dapat menerima gaji yang lebih tinggi dan seterusnya menaikkan nilai pencen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2015 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Mengenai tema Hari Guru 2015 'Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' Hussain berkata ia bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan tanggungjawab guru dalam melahirkan anak didik yang seimbang dan holistik antara pencapaian akademik dengan kecerdasan jasmani, emosi, rohani serta akhlak yang mulia.

"Modal insan yang ingin kita lahirkan bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji yang bakal menyemai sifat jujur, amanah, berintegriti dan sebagainya," katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru kepada dua penerima iaitu bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 2, Aidah Mohd Salleh dan bekas Pengarah Maktab Perguruan Kuala Terengganu Wan Muhamad Wan Ali.

-- BERNAMA

24 Mei 2015

AMARAN KSN: 5,000 STAF AWAM ' MAKAN GAJI BUTA ' DISINGKIR


ALI
Utusam Malaysia
 23/5/2015


KUALA LUMPUR 23 Mei – Kira-kira 5,000 kakitangan awam berjawatan tetap yang ‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi tempoh enam bulan
Kumpulan itu dikenal pasti terpalit dengan pelbagai masalah disiplin antaranya ponteng kerja selama 200 hari dalam setahun, datang lewat ke pejabat, terlibat dengan perniagaan serta hilang fokus sehingga penilaian prestasi mereka berada di bawah 60 peratus.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tegas tersebut perlu diambil selari dengan pelan transformasi perkhidmatan awam kerana tidak adil untuk jabatan terus mengekalkan mereka yang hanya ‘makan gaji buta’.
Bagaimanapun katanya, sebelum ditamatkan perkhidmatan, kumpulan kakitangan awam yang bermasalah tersebut akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi kerja masing-masing dalam tempoh enam bulan terlebih dahulu sebelum penyingkiran dibuat jika masih tidak berubah.
“Kita bukan hina penjawat awam, ini untuk kebaikan penjawat awam tersebut dan juga jabatan. Mereka tak fokus, terlibat dengan perniagaan, ponteng kerja dan macam-macam lagi. Orang macam ini saya rasa kita tidak perlu pertahankan untuk kita bayar gaji buta.
“Jumlah 5,000 bukan angka mengejutkan kerana keseluruhan penjawat awam 1.61 juta tetapi kita akan panggil mereka untuk diberi latihan. Tapi kalau mereka masih tak mahu tolong diri sendiri kita tak dapat berbuat apa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas dasar pemisah personal berprestasi rendah bagi penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam usaha mentransformasi perkhidmatan awam.
Kepada soalan apa reaksi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung langkah tersebut, beliau berkata, sesi perbincangan mengenai perkara itu sudah dilakukan sebelum ini dan kesatuan tersebut melahirkan persetujuan.
Beliau dalam nada yang tegas juga menjelaskan, tindakan yang akan diambil ke atas kakitangan awam bermasalah itu bukan bertujuan mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu tidak akan dibekukan bagi menggantikan mereka yang bersara.
“Kita memberi jaminan tiada langkah mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu akan tetap dibuat bagi menggantikan kakitangan yang bersara berjumlah 25,000 setahun, cuma perjawatan baharu sahaja yang dibekukan,” katanya
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/amaran-ksn-5-000-staf-awam-makan-gaji-buta-disingkir-1.95065#sthash.x2kWj41V.dpuf

23 Mei 2015

100,000 BERJASA

Harian Metro
Oleh Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my
23/5/2015


Ipoh: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan tidak menamatkan perkhidmatan 100,000 penjawat awam berstatus kontrak seperti yang dicadangkan untuk ditamatkan perkhidmatan mereka pada 31 Disember ini.
Presidennya, Datuk Azih Musa berkata, keputusan kerajaan itu menimbulkan kebimbangan kepada mereka ditambah dengan bebanan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
“Seramai 100,000 kakitangan awam berstatus kontrak itu sebelum ini dilantik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan sudah banyak berjasa kepada kerajaan, malah prestasi mereka setaraf kakitangan tetap.
“Golongan ini juga mempunyai komitmen seperti pinjaman perumahan dan kereta, jadi kerajaan harus membantu golongan ini sehingga mereka mendapat pekerjaan sesuai dan untuk itu, prinsip keadilan perlu ada supaya kerajaan lebih mengiktiraf perkhidmatan kakitangan terbabit,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Negara

PULAU PINANG DICADANG PENEMPATAN ROHINGYA

Utusan Malaysia
22/5/2015 



Khalid ABU BAKAR (kanan) bersalaman dengan pegawai-pegawai perkhidmatan KHALID ABU BAKAR (kanan) bersalaman dengan pegawai-pegawai perkhidmatan awam PDRM pada Perhimpunan Pegawai Awam PDRM di Ipoh, Perak, semalam. UTUSAN/HANAFI KHAMIS
IPOH 22 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi terbaik bagi dijadikan penempatan sementara 7,000 pelarian Rohingya yang masih terdampar di perairan antarabangsa.
Bagaimanapun kata beliau, sama ada diterima atau tidak, perkara itu terpulang kepada keputusan mesyua­rat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi-agensi terlibat yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Namun, saya ingat Pulau Pinang sesuai kerana dekat de­ngan perairan tersebut. Jadi, mungkin kerajaan boleh melihat untuk mendirikan pusat penempatan sementara di Pulau Pinang kerana memudahkan semua agensi bagi menguruskan penempatan mangsa-mangsa pelarian," katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada lokasi penempatan sementara membabitkan pelarian Rohingya telah dikenal pasti.
Beliau ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-9 yang turut dihadiri oleh setiap wakil kontinjen polis negeri seluruh Malaysia, di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), Mahamad Bahrum.
Kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan, hampir 7,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh yang tersadai di perairan antarabangsa sejak beberapa minggu lalu akan diberikan bantuan secepat mungkin serta disediakan tempat perlindungan sementara.
Ketika ditanya mengenai perkembangan membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khalid menegaskan siasatan tersebut dikendalikan oleh pasukan petugas khas yang disertai oleh PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
“Kami masih menunggu laporan daripada Jabatan Audit Negara yang khabarnya akan menyelesaikan tugas mereka tidak lama lagi kerana kita tak mahu bertindih-tindih.
“Biarlah satu-satu buat kerja dahulu. Cuma, kita tidak hebahkan 'satu dunia' bahawa kita telah memanggil individu untuk diambil keterangan. Biarlah kita jalankan tugas,” katanya.

CUEPACS WANTS GOVERNMENT TO EXTAND TERM OF SERVICE FOR CONTRACT WORKERS IN THE CIVIL SERVICE

The SundayDaily
IPOH: Some 100,000 contract workers in the civil service throughout the country are in a dilemma as the government has decided not to extend their services after December 31, 2015. Cuepacs president Datuk Azih Muda wants the government to continue to offer them employment."The abrupt termination of service will cause serious financial implications," he told reporters after attending a meeting of civilian staff from all state police contingents with Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar here today.

"How are the employees going to service the loans for their homes, vehicles, education and household expenses," he added.Azih stressed that the performance of the contract staff is on par with permanent staff in the civil service.He noted that if their contracts are extended, they would be able to change their career and move on to permanent posts or fill up vacant positions."Cuepacs hopes Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak will look into the plight of these group of workers," he added..

5,000 PENJAWAT AWAM DI BAWAH PRESTASI SEBENAR - ALI HAMSA

Bernama
23/5/2015



KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kira- kira 5,000 daripada 1.6 juta penjawat awam dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah (exit policy) diperkenalkan pada tahun lepas.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kesemua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun dan mempunyai komitmen luar tugas.

"Kita tidak terus buang mereka. Kita akan bagi latihan, kursus, pemantauan dan pemerhatian dalam tempoh enam bulan sebelum mereka diberi pilihan untuk berhenti," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian sambutan Hari Terbuka NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari Sabtu.

Menurutnya, selain diberi latihan, penjawat awam terbabit juga boleh ditukarkan jabatan atau portfolio masing-masing bagi meningkatkan dan menambah baik prestasi mereka.

Ali berkata dasar pemisah itu juga disambut baik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) demi penambahbaikan perkhidmatan awam ketika ini dan di masa hadapan.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat Khamis lepas, kerajaan bakal memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah selain merasionalisasi sektor awam dan mewajarkan saiz perkhidmatan.

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat yang disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan yang lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

-- BERNAMA

ROHINGYA: PDRM PASTIKAN TIADA ELEMEN ACAM KESELAMATAN NEGARA


Bernama
22/5/2015


IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kehadiran sekumpulan 7,000 pelarian Rohingya tidak menimbulkan sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata langkah berkenaan diambil memandangkan latar belakang individu dalam kumpulan itu tidak diketahui.

"PDRM sentiasa waspada semasa menyediakan dokumentasi dengan jabatan-jabatan seperti Imigresen bagi memastikan tidak ada elemen yang boleh mengancam keselamatan negara dalam kumpulan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara ke-9 di Ipoh, Jumaat.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh dan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda.

Beliau berkata pihaknya mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan perairan negara bersama agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam pada itu, Khalid berkata lokasi penempatan 7,000 pelarian Rohingya di negara ini belum dikenal pasti.

"Kami masih menunggu, saya rasa Majlis Keselamatan Negara akan memanggil mesyuarat agensi-agensi yang terlibat dan akan membincangkan lokasi yang sesuai.

"Saya rasa lokasi yang mungkin kita buat ialah di kawasan utara negara kerana mudah untuk memindahkan mereka (pelarian berkenaan).

"Mungkin kerajaan boleh melihat untuk mendirikan pusat sementara ini di Pulau Pinang bagi memudahkan semua agensi menguruskan penempatan mangsa pelarian Rohingya ini," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata PDRM sentiasa berwaspada terhadap ancaman kumpulan IS.

"Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan negara kita tidak terus diancam dan sebarang usaha untuk melakukan apa juga bentuk keganasan di negara ini akan kita ambil tindakan," katanya.

Khalid juga ditanya perkembangan kes penculikan di sebuah restoran di Sabah baru-baru ini.

"Saya tidak mahu mengulas tentang kedudukan ataupun keadaan mangsa, biarlah itu kami uruskan, demi keselamatan mangsa," katanya.

Dalam kejadian pada 7.45 malam itu, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan.

Mangsa kini dilaporkan berada di sebuah pulau di perairan Filipina.

Kedua-dua mereka ialah Thien Nyuk Fun, 50, yang juga kakak ipar pengurus restoran itu dan Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

--BERNAMA

22 Mei 2015

FIX GRADING SYSTEM BEFORE TRIMMIING CIVIL SERVICE, CUEPACS TELLS PUTRAJAYA

Malay Mail
21/5/2015

Fix grading system before trimming civil service, Cuepacs tells Putrajaya

BY SYED JAYMAL ZAHIID
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fix-grading-system-before-trimming-civil-service-cuepacs-tells-putrajaya#sthash.JRokimUs.dpuf

Fix grading system before trimming civil service, Cuepacs tells Putrajaya

BY SYED JAYMAL ZAHIID
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fix-grading-system-before-trimming-civil-service-cuepacs-tells-putrajaya#sthash.JRokimUs.dpuf

  KUALA LUMPUR, May 21 — The federal government must reform its performance grading system or it could lead to the “unjust” sacking of hardworking civil servants, the civil service union said today amid plans to trim a bloated civil service sector under the 11th Malaysia Plan (11MP).Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (Cuepacs) President Datuk Azih Muda acknowledged that a “rationalisation” programme could be good, but stressed that it could end up victimising staff who are allegedly exposed to arbitrary grading by superiors under the current system.

“Cuepacs have received so many complaints that the grading system is flawed.“There are so many cases where bias and favouritism influence the grading,” he told Malay Mail Online when contacted. “One such example is this hospital. We received a complaint that just because he did not want to do what he was told because it was wrong, he got bad marks for 10 years straight and was denied a promotion,” he added.

Earlier today, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that public sector institutions would be rationalised under the 11MP for greater productivity and performance in line with changes in the structure of the economy and national demographics.The five-year plan ending 2020 proposes an exit policy for under-performing public servants, aimed at achieving a high-performing and dynamic public sector that will support the national agenda.
This means civil servants who do not meet stipulated performance criteria will undergo improvement programmes within a specific time to improve their performance, failing which their service will be terminated.

Azih today said while Cuepacs believes the proposed programme could be good for efficiency, it should be formulated with the input of all stakeholders to ensure fairness.“They should consult us first… consult all stakeholders first so that any exit programme can be scrutinised in detail so as to ensure fairness and transparency.“It may be good for performance, but it has to be fair,” Azih said.

Malaysia’s civil service is among the biggest in the world, numbering at around 1.4 million staff, according to figures from the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu).
The operational costs of the federal government alone often chalk up more than 75 per cent of its annual budget and the numbers have steadily increased every year. Malaysia has run on a budget deficit since 1998.

The ballooning debt alongside constant public complaints of inefficiency have prompted calls for Putrajaya to trim the public sector down, but doing so could prompt a backlash as the civil service forms a key vote bank for the ruling Barisan Nasional coalition. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fix-grading-system-before-trimming-civil-service-cuepacs-tells-putrajaya#sthash.JRokimUs.dpuf

13 Mei 2015

CUEPACS KEMUKA LIMA PERKARA DALAM RMK-11

Sinar Harian
13/5/2015


  • Azih Muda Azih Muda
KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan kepada kerajaan lima perkara berkaitan penjawat awam untuk diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
  
Presidennya, Azih Muda berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan terhadap penjawat awam khususnya yang berpendapatan rendah melibatkan kebajikan, perbelanjaan kesihatan, perumahan, kos sara terkawal serta insentif termasuk elaun.
  
Beliau berkata dari aspek kesihatan seperti pemberian insurans kepada penjawat awam terutamanya anggota beruniform, bukan hanya kepada polis dan tentera sahaja, tetapi kepada anggota beruniform lain berikutan cabaran kerja yang cukup tinggi masa kini, dan ia perlu dinyatakan dengan jelas dalam RMK-11.
  
"Dalam tempoh lima tahun negara menuju ke 2020, masih ada penjawat awam mengalami tekanan hidup ekoran kos sara hidup yang tinggi ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada lebih 3,000 penjawat awam yang hadir pada perhimpunan Hari Pekerja 2015 peringkat Sabah di sini, hari ini.
  
Azih berkata Cuepacs juga meminta kerajaan secara jelas menyatakan dalam RMK-11 peruntukan perumahan bagi penjawat awam, dan dalam tempoh lima tahun, peruntukan perumahan itu perlu ditambah merangkumi pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), MyHome dan projek rumah mampu milik.
  
"Kerajaan perlu memastikan kos tidak meningkat dengan ketara. Hari ini penjawat awam yang gaji RM3,000 ke bawah tidak mampu membeli rumah harga RM180,000 dan kalau beli, mereka tidak mampu lagi untuk membeli keperluan lain.
Ini yang kerajaan perlu pertimbangkan iaitu membina rumah yang harga RM130,000 ke bawah dan mampu milik," katanya.
  
Mengenai aspek sara hidup, Azih berkata Cuepacs mahu dalam RMK-11,  apapun yang dicadangkan oleh kerajaan, mekanisme itu dapat membantu penjawat awam di kawasan bandar menangani kos sara hidup yang meningkat secara mendadak.
  
Katanya insentif untuk sektor awam termasuk elaun yang sudah lama tidak dikaji dan tidak dapat membantu penjawat awam menampung perbelanjaan seperti  elaun perumahan wilayah, elaun pedalaman, Cola dan elaun sewa rumah, perlu diteliti semula agar sesuai dengan peredaran masa.
  
"Insentif ini pelbagai termasuklah hospitaliti, perumahan, elaun dan sebagainya dan telah 13 tahun tidak dikaji. Ini yang kita sebut kerana harapan Cuepacs agar sektor awam (menjadi) pemangkin kepada hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan negara berpendapatan tinggi," katanya
  
Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah. -Bernama

CUEPACS TO SUBMIT 11TH MALAYSIA PLAN WISH LIST TO GOVEMENT

Malaysia Insider
13 May 2015 10:41 PM


The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) will submit five points to the government for consideration in the 11th Malaysia Plan (11MP).
Its president Azih Muda (pic) said the five points, with regards to fairness and equality for lower income civil servants, pertained to welfare, health, housing, cost of living, and incentives including allowances.
He said in the aspect of welfare, Cuepacs wanted the government to provide adequate insurance, not only for police and army personnel, but also other uniformed staff who similarly had to face daunting challenges in their jobs.
"In the five years leading to 2020, many civil servants are still struggling against the high cost of living," he told reporters after addressing more than 3,000 civil servants at a rally to mark Labour Day 2015 in Kota Kinabalu today.He also said the government must ensure that the cost of houses for the target group must not go up drastically.
"Civil servants who are earning RM3,000 and below cannot afford to buy a house that costs RM180,000. If they do, they will not have enough money for other necessities."What we want is for the government to consider building homes that cost RM130,000 and below," he said.
He also pointed out that incentives for the public sector, including housing, regional and other allowances had not been reviewed for 13 years to correspond to the increase in living expenses, such as house rent.
Also present at the event was Sabah federal secretary Datuk Borhan Dolah. – Bernama, May 13, 2015.

CUEPACS SOKONG KEPIMPINAN NAJIB

Bernama
13/5/2015


KOTA KINABALU, 13 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mengumumkan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata CUEPACS akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib tanpa rasa prejudis dan berbelah bahagi.

"Kita minta Perdana Menteri untuk meneruskan tugas-tugas beliau dan tidak perlu memikirkan perkara remeh-temeh yang mengganggu fikiran serta tidak memandang kebelakang dan terus maju," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas perhimpunan Hari Pekerja 2015 peringkat negeri di sini, Rabu.
Azih menegaskan bahawa pendirian yang diambil oleh CUEPACS itu merupakan pendirian dan sokongan semua penjawat awam.

"Kita penjawat awam komited bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan pelbagai agenda khususnya untuk membantu golongan rakyat pelbagai lapisan pendapatan termasuk kami penjawat awam," katanya.
Menurutnya, hasrat CUEPACS adalah melihat impian kerajaan menjadikan Wawasan 2020 itu tercapai.
--BERNAMA

12 Mei 2015

REVERSE FREEZE HIRING DECISION CUEPACS

Reverse freeze hiring decision: Cuepacs By KOI KYE LEE - 12 May 2015 @ 8:16 PM

Read More : http://www.nst.com.my/node/84021
NST
12/5/2015



KUALA LUMPUR: The decision to freeze hiring for the public sector must be reversed as it would discourage graduates from seeking e mployment in the civil service. Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Azih Muda said the moratorium on new posts would result in a negative perception. “The government needs to reverse the decision. “This will create a negative perception among graduates and young Malaysians who wants to work in the civil service,” he told the New Straits Times today. Azih said the government had always said the people’s welfare and well being would come first and the freeze on new posts contradicts the objective. “The hiring process should continue.

The implication from this freeze will be detrimental to civil servants seeking a promotion. “If there are no new hires, a civil servant will be stuck in his or her position and will not be able to upgrade his position for a promotion,” said Azih. The umbrella body which represents over 800,000 workers in the public sector, also labelled the freeze as “unreasonable” and “uncalled for”, and cautioned that it would affect public support for the government. On May 8, the Public Services Department (PSD) announced in a statement the freeze on new posts as a rationalisation measure to control the size of the civil service as implemented in 2008, 2010, and 2011.

The department also said the freeze in new posts in the civil service would be offset by efforts to increase employment opportunities in the private sector. At present there are 1.61 million civil servants as of December 31, last year, and the rationalisation approach was taken to ensure the continuous development of the country and the prosperity of the people. Meanwhile, Malaysian Medical Association (MMA) president Dr H. Krishna Kumar said there was no freeze on the hiring of new housemen as there was a long waiting list. “The association has enquired (with the department) and there are no problems in hiring new doctors (as housemen) as the waiting list is very long,” he added. Dr Krishna was responding to the call made by Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam that the Public Services Department (PSD) should reconsider the hiring freeze especially for the health sector. On Monday, Dr Subramaniam had said the policy would affect the health services provided by the ministry especially when it wants to expand its services and new manpower would be needed to run the facilities in the new hospitals and clinics. It was learnt that there are approximately 40,000 doctors in both government and private hospitals.


CUEPACS TIDAK SETUJU JPA BEKUKAN JAWATAN

Utusan Malaysia
5/5/2015



PERMATANG PAUH 5 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membekukan pengambilan pekerja baharu jika benar keputusan itu sudah dibuat.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah itu boleh menjejaskan peluang generasi muda untuk menyertai perkhidmatan awam.
“Saya minta JPA melihat semula pembekuan itu kerana ia memberikan persepsi negatif kepada kerajaan.
“Pekerja yang bersara, berhenti dan meninggal dunia perlu diganti kerana jika tidak, ia akan mengganggu proses perkhidmatan sesebuah jabatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Hari Pekerja peringkat negeri di Politeknik Seberang Perai yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Azih mengulas laporan sebuah portal berita tentang JPA yang kini mengawal jumlah perjawatan bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April lalu.
Sementara itu, Azih berkata, beliau tidak menerima pekeliling kerajaan berkenaan perkara tersebut dan jika betul, beliau berharap ia hanya bersifat sementara.
“Mungkin terlalu ramai kakitangan awam sekarang dan dalam masa yang sama kerajaan mahu kawal pengambilan pekerja agar tidak melebihi waran perkhidmatan 1.7 juta yang ditetapkan,” katanya.

KEMENTERIAN KESIHATAN BINCANG DENGAN JPA KAJI SEMULA PEMBEKUAN PERJAWATAN

Bernama
11/5/2015


MELAKA, 11 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengkaji semula pembekuan perjawatan baharu untuk kementerian, kata Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata pembekuan itu dikhuatiri akan memberi kesan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat terutama melibatkan pembukaan hospital atau klinik baharu.

Memberikan contoh, katanya Hospital Shah Alam di Selangor dijangka dibuka pada September depan memerlukan tambahan kakitangan baharu bagi operasi di hospital berkenaan.

"Bila kita meluaskan perkhidmatan melalui pembukaan hospital atau klinik baharu, jawatan tambahan mesti diberikan dan ia tidak boleh dibekukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Malaysia 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman JPA berhubung pembekuan perjawatan baharu sebagai langkah pengawalan saiz dan pendekatan rasionalisasi perkhidmatan awam yang pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.

JPA dalam dalam kenyataannya Jumaat lepas berkata pembekuan pewujudan perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam akan diimbangi dengan usaha menambah peluang pekerjaan di sektor swasta.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata jus sari daun betik yang dikatakan boleh merawat demam denggi hanya boleh diiktiraf sebagai herba dan bukannya satu daripada ubat yang diiktiraf Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata ini kerana produk berkenaan perlu melalui pelbagai proses saintifik termasuk proses klinikal untuk diiktiraf kementerian.

"Saya tidak dimaklumkan terdapat mana-mana syarikat yang telah menjalani proses klinikal bagi penghasilan jus betik yang mampu merawat denggi jadi ia boleh dijual sebagai herba dan bukannya ubat," katanya.

Media hari ini melaporkan sebuah syarikat tempatan dari Pulau Pinang berjaya menghasilkan produk rawatan alternatif jus sari daun betik yang dikatakan mampu merawat demam denggi dengan lebih cepat.



-- BERNAMA

09 Mei 2015

GOVEMMENT HIRING FREEZE NOTHING NEW SAYS EX- CHIEF SECRETARY

 Malay Mail
8/5/2015
 

  On Tuesday, Mahmood (left) said that the government was no longer recruiting for any positions effective April, but declined to explain the rationale for the decision. — File picKUALA LUMPUR, May 8 — Putrajaya has frozen hiring of civil servants in the past, former Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said today.
When asked if Putrajaya's recent hiring freeze for 15 government agencies was due to overstaffing in civil service, Mohd Sidek said questions should be directed to his successor Tan Sri Ali Hamsa.
"You have to ask the current KSN. I'm sure they have the reason for it, which I'm not privy to," he told reporters here when door-stopped after the launching of the "30% Club".
He confirmed that the federal government had in the past frozen hiring, saying: "There were, when there is a need, we'll have to do it."
But when probed about the reasons for past hiring freezes during his term, Mohd Sidek declined to answer and walked off.
On Tuesday, Public Service Commission (PSC) chairman Tan Sri Mahmood Adam told Sin Chew Daily that the government was no longer recruiting for any positions effective April, but declined to explain the rationale for the decision.
Mahmood told the Chinese-language newspaper that 15 agencies, including the police, army and the Education ministry, have already received notice of the freeze.
He said agencies that required emergency replacements could still apply to do so via the PSD and said the moratorium does not affect recruitment for vacancies that were advertised prior to the April 22 directive.
His remarks confirm a report by whistleblower website Sarawak Report across the weekend that said Putrajaya was no longer hiring, based on a leaked copy of the memorandum from the PSC.
Malaysia has one of the highest public workers to population ratios in the world and its civil service force currently costs some RM60 billion in wages annually, accounting for a third of total government spending.
Putrajaya was forced to reduce its operating budget for 2015 owing to a sharp drop in oil prices since last year.
Yesterday, the Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (Cuepacs) told Malay Mail Online that Putrajaya must reverse its decision to freeze hiring for the public sector as this would prevent Malaysian youths from getting jobs.
The umbrella body representing over 800,000 workers in the public sector nationwide said it would not make sense to say Putrajaya cannot afford to hire more people, noting that many positions go vacant each year from the retirement and deaths of civil servants.

PEMBEKUAN JAWATAN BAHARU LANGKAH RASIONALISASI PERKHIDMATAN AWAM - JPA

Bernama
8/5/2015


 PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- Pembekuan pewujudan jawatan baharu merupakan langkah pengawalan saiz perkhidmatan awam yang diperkenalkan kali ini, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam kenyataan hari ini berkata pengisian kekosongan jawatan berikutan persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, jumlah penjawat awam sehingga 31 Dis tahun lepas ialah sebanyak 1.61 juta, yang memperlihatkan kedinamikan sektor awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Perkhidmatan awam Malaysia merangkumi keseluruhan perkhidmatan termasuk tentera dan polis.

Menurut JPA, pendekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.

"Usaha rasionalisasi ini berpaksikan kepada produktiviti dan penggunaan sumber manusia secara optimum," kata kenyataan itu.

JPA berkata pembekuan pewujudan perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam akan diimbangi dengan usaha menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta.

Menurut kenyataan itu, sepertimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 28 April lepas, sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020.

"Usaha merasionalisasikan perkhidmatan awam merupakan langkah terbaik kerajaan dalam mendepani realiti pada masa kini bagi memastikan kelangsungan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat," kata kenyataan JPA itu.

-- BERNAMA

08 Mei 2015

MORE JOBLESS YOUTHS WITH PUBLIC SERVICE JOB FREEZE, CUEPACS WARNS

Malay Mail 
7/5/2015


KUALA LUMPUR, May 7 — Putrajaya must reverse its decision to freeze hiring for the public sector as this will discourage Malaysian youths from seeking gainful employment, the Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (Cuepacs) said.The umbrella body representing over 800,000 workers in the public sector nationwide labelled the freeze, which Putrajaya has yet to explain, “unreasonable” and warned that it could affect public
support for the government.“We (Cuepacs) vehemently oppose this move, is this because they are in power therefore they can do this?“Why do youths go and study hard to obtain degrees? This move, this is shutting them out, preventing them from getting any chance at employment,” Cuepacs president Datuk Azih Muda told Malay Mail Online when contacted.“Every year, there are people in the public sector who retire and some even pass way, so there are indeed positions to be filled.“And to say that the government cannot afford to hire people...well to me that does not make sense,”

 Azih added.The Public Service Commission (PSC) has confirmed that the government is no longer recruiting for any positions effective April.PSC chairman Tan Sri Mahmood Adam told Sin Chew Daily on Tuesday that the government was not taking in any more people into its service, but declined to explain the rationale for the decision.Mahmood told the Chinese-language newspaper that 15 agencies, including the police, army and Education ministry, have already received notice of the freeze.He insisted, however, that agencies that needed emergency replacements could still apply to do so via the Public Service Department.According to Mahmood, the moratorium does not affect recruitment for vacancies that were advertised prior to the April 22 directive.His remarks confirm a report by whistleblower website Sarawak Report across the weekend that said Putrajaya was no longer hiring, based on a leaked copy of the memorandum from the PSC.Malaysia’s civil service force currently costs some RM60 billion in wages annually, accounting for a third of total government spending.Malaysia also has one of the highest public workers to population ratios in the world.Putrajaya was forced to reduce its operating budget for 2015 owing to a sharp drop in oil price since last year.
-

07 Mei 2015

Utusan Malaysia
6/5/2015 


AHMAD ZAHID HAMIDI (kiri) beramah mesra dengan para penerima Sijil  
AHMAD ZAHID HAMIDI (kiri) beramah mesra dengan para penerima Sijil Penghargaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/SAZALI CHE DIN 


PERMATANG PAUH 5 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan selepas 11 hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Katanya, ini kerana kebanyakan pengundi telah serik dengan apa yang dialami mereka sejak 17 tahun lalu yang sekadar bersandarkan retorik dan perasaan tidak puas hati.
Beliau berkata, mereka kini kecewa dengan kegagalan wakil rakyat sebelum ini menjaga kebajikan mereka.
“Saya merasakan suatu kelainan pada kali ini, saya pernah menjadi Pengarah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir suatu ketika dahulu, rakyat ketika itu terlalu bersimpati kepada tokoh tertentu dan kita lihat kesatuan mereka adalah jelas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja peringkat negeri di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh menyeru semua pihak yang terlibat dalam PRK itu supaya berkempen dengan baik.
Katanya, pada masa ini sudah ada jentera parti dari negeri lain cuba melakukan provokasi supaya Barisan Nasional (BN) dipersalahkan.
“Saya harap semua pihak bertenang dan menerima hakikat bahawa kuasa rakyat adalah kuasa mutlak untuk menentukan wakil ke Dewan Rakyat.
“Sikap agresif tidak beri kelebihan kepada mana-mana pihak sebaliknya pengundi menjadi semakin benci,” katanya.
Diminta mengulas cadangan supaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ahmad Zahid berkata, sebagai rakyat negara ini, tiada alasan untuk mana-mana pihak tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
“Di Thailand, ahli Parlimen mereka perlu bertutur dalam bahasa Thai, di Indonesia dalam bahasa Indonesia manakala di Filipina dalam bahasa Tagalog,” katanya.
Beliau mengulas cadangan ahli akademik, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensyaratkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau DUN, perlu sekurang-kurangnya mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.
Selain itu, Mohd. Ridhuan Tee turut mencadangkan agar calon pilihan raya ditemuduga mengenai penguasaan bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.

06 Mei 2015

CUEPACS HARAP IMBUHAN PENJAWAT AWAM DI ATAS GARIS KEMISKINAN

Bernama
5/5/2015



BUKIT MERTAJAM, 5 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan imbuhan penjawat awam termasuk gaji yang berada di atas paras kemiskinan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan gaji minimum yang bertepatan dengan keadaan semasa akan membolehkan seseorang penjawat awam memberi fokus kepada kerja mereka dan meningkatkan produktiviti.

"Gaji minimum kena atas garis kemiskinan. Kita nak setiap orang kerja kerajaan mampu urus keluarga, mampu beli sebuah rumah kediaman dan dalam keadaan kondusif...kerja dan fokus, tak perlu fikirkan lain. Ini pendekatan produktiviti. Produktiviti tak ada kalau tak boleh tumpu sepenuhnya kepada kerja. Kalau nak fokus perlu ada kecukupan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan CUEPACS sentiasa mengkaji dan membuat analisis sendiri tentang keperluan penjawat awam.

"Kalau penjawat awam dalam keadaan miskin, terpaksa bergantung kepada bantuan, (pendapatan) sekadar boleh 'survive' (hidup) ini tak bagus untuk negara terutama apabila menjadi negara maju.

"Kerana itu, menjadi harapan kami gaji minimum ketika ini dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,200, walaupun kita tahu kalau di bandar besar gaji bawah RM3,000 masih di bawah paras miskin. Kalau letak RM1,200 bermakna kita dah mula nilai kemampuan seseorang individu," katanya.

Sementara itu, Azih berharap akan ada berita baik untuk penjawat awam diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2016.

"Sebelum itu, kami berharap akan ada forum untuk penjawat awam supaya kerajaan boleh nyatakan cadangan-cadangan kerajaan dari segi penambahbaikan sektor awam terutama keperluan kita atas tuntutan yang pernah dibuat," katanya.

Mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini mengawal jumlah perjawatan bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April lalu, Azih berkata beliau tidak menerima pekeliling kerajaan berkenaan perkara itu dan jika maklumat itu betul beliau berharap ia hanya bersifat sementara.

"Saya minta perkara ini bersifat sementara dan bila dah stabil boleh dilakukan pengambilan semula. CUEPACS juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, supaya ia tidak mengganggu "succession plan".

"Pekerja bersara, yang meninggal dan berhenti perlu diganti. Perlu ada pelan penggantian. Dalam hal ini, CUEPACS bimbang persepsi golongan muda kepada kerajaan. Kerajaan mungkin melihat angka 1.6 juta penjawat awam ketika ini agak ramai dan kerajaan hendak kawal pengambilan supaya tidak melebihi waran iaitu 1.7 juta," katanya.

-- BERNAMA

03 Mei 2015

ASPEK KEBAJIKAN PEKERJA DITAMBAH BAIK, LONJAKAN PRODUKTIVITI - CUEPACS

Bernama
2/5/2015



 KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata penambahbaikan terhadap kebajikan pekerja diharap dapat melonjakkan lagi produktiviti.
Katanya, tiga inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena Hari Pekerja semalam, merupakan 'hadiah istimewa' kepada golongan pekerja.

"Cuepacs lihat ia bagus dan baik sekali kerana perlindungan kesihatan penting terutama kepada pekerja. Perlu dilihat mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM4,000 ke bawah masih ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah.

"Maka kami (Cuepacs) juga berharap pihak majikan perlu menerima baik perkara ini demi kebajikan pekerja bagi menjamin kelangsungan produktiviti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Azih berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman siling caruman pekerja yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Dalam pada itu, Azih juga menyambut baik pengumuman kemudahan cuti tiga hari buat penjawat awam bagi urusan kematian keluarga terdekat memandangkan perkara itu pernah dibangkitkan kesatuan sebelum ini.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai akan diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang.

"Situasi seperti kematian merupakan perkara luar jangkaan, maka apabila ia diperluaskan maka penjawat awam dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berpendapat langkah kerajaan menambah baik aspek kebajikan golongan pekerja bukan hanya membolehkan golongan itu menarik nafas lega malah membantu melonjakkan produktiviti dan kualiti kerja.

Katanya, kejayaan sesebuah organisasi ditentukan oleh tenaga pekerja yang memikul amanah diberikan majikan.

"Jika kebajikan terjaga dan terbela, maka mereka (pekerja) bukan hanya rasa dihargai malah akan terus meningkatkan momentum sedia ada kepada suatu tahap yang lebih membanggakan," katanya.

Justeru, Wan Mahmood berkata situasi tersebut secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri semalam turut mengumumkan program saringan kesihatan percuma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun diteruskan, dengan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membolehkan pemeriksaan saringan kesihatan diadakan di premis majikan.

-- BERNAMA

02 Mei 2015

CUTI TANPA REKOD DIPERLUASKAN

Utusan Malaysia
1/5/2015


 
KUCHING 1 Mei - Kakitangan kerajaan akan dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod selama tiga hari bagi urusan kematian membabitkan ibu bapa mertua, ibu bapa angkat dan anak angkat yang sah di sisi undang-undang, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebelum ini, cuti tanpa rekod yang diberikan kepada kakitangan awam hanya melibatkan urusan kematian ahli keluarga terdekat iaitu isteri atau suami, anak-anak dan ibu bapa kandung sahaja.
Beliau berkata, keputusan mem­perluaskan pelaksanaan cuti tersebut merupakan antara tiga penambah baik yang diberikan oleh kerajaan bagi manfaat pekerja awam dan swasta di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2015.
Menurut Najib, beliau tidak mempunyai apa-apa yang menggemparkan untuk diumumkan sempena sambutan Hari Pekerja kali ini tetapi tiga penambah baik itu diharap dapat memberi manfaat kepada para pekerja di negara ini.
“Walaupun tidak ada pengumuman menggemparkan hari ini (sempena Hari Pekerja 2015) tetapi tidak berbaloilah jika tuan-tuan datang dari jauh, saya tidak ada memberi apa-apa (imbuhan).
“Jadi pertama, saya nak umumkan kerajaan bersetuju menambah baik pelaksanaan kemudahan cuti tanpa rekod kepada kakita­ngan kerajaan bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari merangkumi suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa kandung diperluaskan kepada ibu bapa mertua, ibu bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang, berkuat kuasa 1 Julai ini,” katanya.
Beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.
Yang turut, hadir Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan timbalannya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib; Ke­tua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Saripuddin Kasim; Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Presiden Kongres Kesatuan Se­kerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Sambutan Hari Pekerja 2015 Pe­ringkat Kebangsaan kali ini mencatat­kan sejarah kerana pertama kali diadakan di luar Semenanjung dan disambut bersama-sama oleh Kementerian Sumber Manusia, kerajaan negeri, MTUC, CUEPACS, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sambutan kali ini juga paling meriah apabila dihadiri oleh 10,000 pekerja awam dan swasta yang datang dari seluruh negara.
Mengulas lanjut, Najib berkata, penambah baik kedua ialah kerajaan memutuskan supaya Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan.
“Saya sudah mengarahkan Per­keso agar meneruskan program tersebut dengan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan berge­rak di premis majikan.
“Ketiga, sukacita saya mengumum­kan bahawa kita mencadangkan supaya Perkeso memperluaskan liputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000.
“Cadangan ini dijangka memberi manfaat berbentuk nilai faedah yang lebih tinggi untuk perlindungan Perkeso dengan tambahan kira-kira 500,000 pekerja menikmatinya iaitu meningkat kepada 6.5 juta daripada 6 juta pekerja sebelum ini,” jelasnya.
Beliau berkata, semua pekerja dalam sektor swasta yang dilin­dungi di bawah skim terbabit layak menerima faedah perlindungan insurans secara automatik.
Mengenai cadangan CUEPACS yang meminta kerajaan meningkat jumlah gaji minimum pekerja di negara ini, Najib berkata, permintaan tersebut sedang dipertimbangkan tetapi mustahil dapat tunaikan dalam tempoh terdekat kerana perlukan perbincangan lanjut, malah tiada negara yang menaikkan gaji minimum pekerjanya pada setiap tahun.
Dalam pada itu, beliau memin­ta pihak berkuasa berkaitan agar mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) supaya tidak membebankan rakyat.

KERAJAAN SENTIASA JAMIN HAK PEKERJA DALAM NEGARA

Bernama
1/5/2015



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Majikan 1Malaysia (Syarikat Besar) kepada Ketua Pegawai Eksekutif X- FAB Sarawak Sdn Bhd Mike Young sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot (kiri).
KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Hak-hak pekerja dalam negara terus dijamin dalam kesungguhan Malaysia menuju status negara maju di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan terus memperkenalkan pelbagai langkah baharu, antaranya Sistem Insurans Pekerjaan yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 yang lepas.

Selain ini menurutnya kerajaan juga memperkenalkan dasar khusus bagi meningkatkan taraf hidup pekerja dan meningkatkan daya saing industri seperti dasar gaji minimum dan dasar umur persaraan minimum.

"Dalam hal ini, saya menyeru warga pekerja, majikan dan pihak industri khususnya di Sarawak untuk terus menyokong hasrat kerajaan melaksanakannya supaya ia dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2015 yang dilancarkan Najib di Pusat Konvenysen Borneo Kuching di sini hari ini.

Sementara itu, Adenan berkata beliau mahu supaya aspek penguatkuasaan perundangan dan promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Sarawak digiatkan lagi bagi meningkatkan pematuhan dan seterusnya mengurangkan kemalangan industri dan penyakit.

"Adalah amat wajar jika aspek keselamatan dan kesihatan diletakkan sebagai salah satu daripada prosedur tadbir urus terpenting bagi sesebuah organisasi," ujarnya.

Tambahnya, Sarawak sekarang mempunyai 1.1 juta pekerja yang menyokong penuh hasrat kerajaan negeri untuk mencapai status negeri maju pada 2030.

Terdahulu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dalam ucapannya berkata sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan tahun ini mencipta sejarah dengan penyertaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Sekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACs) dan Persekutan Majikan Majikan Malaysia (MEF) buat kali pertama.

-- BERNAMA

CUTI TANPA REKOD PENJAWAT AWAM BAGI URUSAN KEMATIAN DIPERLUAS


Bernama
1/5/2015


KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Kemudahan cuti tiga hari buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga terdekat merangkumi suami atau isteri, anak serta ibu dan bapa kandung, diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemudahan itu yang berkuat kuasa 1 Julai, adalah antara inisiatif kerajaan dalam menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod buat kakitangan kerajaan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga memutuskan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meneruskan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun, dengan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membolehkan pemeriksaan saringan kesihatan diadakan di premis majikan.

Perdana Menteri mengumumkan demikian semasa berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini yang dihadiri kira-kira kira-kira 10,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, anggota Kabinet persekutuan dan negeri, di samping Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Najib seterusnya mencadangkan supaya Perkeso memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosialnya kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, dengan siling caruman pekerja yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Perkeso telah melaksanakan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun dan ke atas sejak 2011.

Pada masa ini, liputan skim keselamatan sosial Perkeso dihadkan kepada pekerja yang bergaji RM3,000 dan ke bawah.

Cadangan ini dijangka memberi manfaat langsung dalam bentuk nilai faedah yang lebih tinggi perlindungan Perkeso kepada tambahan kira-kira 500,000 orang pekerja, daripada 6 juta kepada 6.5 juta orang pekerja.

Semua pekerja dalam sektor swasta akan layak menikmati faedah perlindungan Perkeso secara automatik.

-- BERNAMA