SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Mei 2015

CUEPACS HARAP IMBUHAN PENJAWAT AWAM DI ATAS GARIS KEMISKINAN

Bernama
5/5/2015

BUKIT MERTAJAM, 5 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan imbuhan penjawat awam termasuk gaji yang berada di atas paras kemiskinan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan gaji minimum yang bertepatan dengan keadaan semasa akan membolehkan seseorang penjawat awam memberi fokus kepada kerja mereka dan meningkatkan produktiviti.

"Gaji minimum kena atas garis kemiskinan. Kita nak setiap orang kerja kerajaan mampu urus keluarga, mampu beli sebuah rumah kediaman dan dalam keadaan kondusif...kerja dan fokus, tak perlu fikirkan lain. Ini pendekatan produktiviti. Produktiviti tak ada kalau tak boleh tumpu sepenuhnya kepada kerja. Kalau nak fokus perlu ada kecukupan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan CUEPACS sentiasa mengkaji dan membuat analisis sendiri tentang keperluan penjawat awam.

"Kalau penjawat awam dalam keadaan miskin, terpaksa bergantung kepada bantuan, (pendapatan) sekadar boleh 'survive' (hidup) ini tak bagus untuk negara terutama apabila menjadi negara maju.

"Kerana itu, menjadi harapan kami gaji minimum ketika ini dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,200, walaupun kita tahu kalau di bandar besar gaji bawah RM3,000 masih di bawah paras miskin. Kalau letak RM1,200 bermakna kita dah mula nilai kemampuan seseorang individu," katanya.

Sementara itu, Azih berharap akan ada berita baik untuk penjawat awam diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2016.

"Sebelum itu, kami berharap akan ada forum untuk penjawat awam supaya kerajaan boleh nyatakan cadangan-cadangan kerajaan dari segi penambahbaikan sektor awam terutama keperluan kita atas tuntutan yang pernah dibuat," katanya.

Mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini mengawal jumlah perjawatan bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April lalu, Azih berkata beliau tidak menerima pekeliling kerajaan berkenaan perkara itu dan jika maklumat itu betul beliau berharap ia hanya bersifat sementara.

"Saya minta perkara ini bersifat sementara dan bila dah stabil boleh dilakukan pengambilan semula. CUEPACS juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, supaya ia tidak mengganggu "succession plan".

"Pekerja bersara, yang meninggal dan berhenti perlu diganti. Perlu ada pelan penggantian. Dalam hal ini, CUEPACS bimbang persepsi golongan muda kepada kerajaan. Kerajaan mungkin melihat angka 1.6 juta penjawat awam ketika ini agak ramai dan kerajaan hendak kawal pengambilan supaya tidak melebihi waran iaitu 1.7 juta," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

prof2 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

harap..?

Unknown berkata...

harap..?

kzam berkata...

Gaji campur elauan wow rn2000. Tapi tolak kola dll gaji pokok rm1400.tiba tba tak larat bekerja pesaraan pilihan kira punya kira khidmat 10 tahun pencen hanya rm500.Saya harap elaun diserap menjadi gaji supaya bila pencen bukan dibawah garis kemiskinan.

Kay4 berkata...

janji tinggal janji PM tak boleh dipercayai...putar belit

Unknown berkata...

kenapa imbuhan PA perlu menunggu Perbentangan RMK11 dan bajet 2016?
Penambahbaikan skim Perkhidmatan yg dibentangkan dlm bajet 2015 msh belum dilaksanakan.. harap pihak atasan cuepacs lebih agresif lg berhubung perkara ini.. skrg ni PA sedang bertungkus lumus bekerja seharian dan ada juga yg buat part time mlm n hujung minggu.. keadaan ini lbt laun blh menjejaskan kesihatan PA itu sendiri.. jgn hanya tggu n lihat saja Dato.. harapan 1.6 juta PA berada di tgn dato...

Unknown berkata...

MOHON AZIH LETAK JAWATAN.KIPAS UTK KEPENTINGAN DIRI JE TU.DIE MAIN WAYANG JE KT AHLI KUPEK..RAMAI2 DESAK ORG NAJIB NI BERUNDUR.PRESIDEN KUPEK KONON.APA YG DIE PERJUANGKAN?BAGUS LG OSMAN.YG DULU LANTANG YG NI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG.ATAU SAJA NK JD KATAK.DPT PANGKAT DIAM.LANTAK KORG LA NK JD APA.MUNGKIN ITU..

SO ramai2 kasi tukar kerajaan..penjawat awam memainkan peranan besar.ingat ye penjawat awam walaupun kerajaan bertukar kita tetap penjawat awam..bn sudah semakin naik tocang.sptutnya kakitangan awam diutamakan sbb kakitangan awam penggerak utama.kakitangan awam sekalian sesekali ajar lah bn sedar diri.semua oerjuangan kupek hanya dipandang enteng kerajjaan bn.kenyataan diatas semata2 ingin menutup segala kemahuan cupek dan pnjawat awam.ayuh tukar kerajaan.kita tetap kakitangan awam walaupun kerajaan bertukar.sesekali ajarlah bn ni...

MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888