SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Februari 2017

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN, KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2017




NO SEBUTHARGA : CUE BIL 1/2017

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]
(Pendaftaran No 195)

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2017

                                                 Tarikh :23 FEBRUARI 2017


KEPADA :

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………


Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:
CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu
55100 Kuala Lumpur.

1.        Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA / TENDER DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

2.        Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 09 MAC 2017, tidak lewat dari jam 12.45 tengahari. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No 1/2017

3.        Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Ibu Pejabat CUEPACS Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu Kuala Lumpur.

4.        Jawatankuasa setuju terima sebutharga/tender tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

5.        Sebutharga hendaklah sah selama 60 HARI selepas itu.

6.        Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang disenaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.





BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH HARGA

01





Membekal Baju Korporat dan mencetak logo CUEPACS di baju. Jenis kain Comb Cottons  warna merah, putih & hitam (Pelbagai Saiz) :
                        Lelaki  : Wanita
                7XL :   1                
                6XL :   2 
                5XL :   8             3
                4XL :   10           4
                3XL :   90           43
                2XL :   259         83
                XL   :   534        138
                L     :   600        146
                M    :  158        139
                S     :   15          35
                XS   :                10
Catitan: Semua penender adalah dikehendaki  untuk memberi contoh corak rekabentuk  Baju Korporat Comb Cottons warna merah, putih & hitam (tidak di kembalikan)
  

2,300







Jumlah




Tawaran sebutharga dengan perkataan :

Ringgit Malaysia….…………..................................................................................

Tempoh bekalan boleh dihantar : ………………………………………………….

[ Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai, cukai GST 6% dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

Tandatangan dan cop penender             :……………………………………….

Alamat                   :………………………………………..

Tarikh :………………………………..                                        …………………………………………..

27 Februari 2017

CUEPACS BANTAH CADANGAN PENUBUHAN SPBT

Sinar Harian
27/2/2017






KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan kerajaan Johor berhubung penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), yang dikatakan bertujuan meningkatkan prestasi penjawat awam kerajaan tempatan.Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penubuhan suruhanjaya itu tidak memenuhi peruntukan undang-undang kerajaan Persekutuan dan negeri, malah bercanggah dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

"Cuepacs membantah cadangan untuk menubuhkan SPBT sama ada di peringkat Pusat atau negeri-negeri," katanya pada sidang media di Wisma Cuepacs di sini, hari ini. Pada masa ini, terdapat 154 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.Azih berkata, penubuhan SPBT itu akan memberi kesan kepada kira-kira 5,000 kakitangan di 16 PBT di Johor, yang juga anggota Cuepacs di negeri berkenaan.
Katanya penubuhan SPBT itu tidak relevan kerana sistem perjawatan sedia ada sudah mencukupi dan tiada masalah dalam kenaikan pangkat seseorang penjawat awam.Pada 22 Februari lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi berkata cadangan penubuhan SPBT itu sedang dalam peringkat perangkaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerajaan Johor dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. - Bernama

16 Februari 2017

KSN KESAL DENGAN ISU KETIDAKHADIRAN PEGAWAI PERUBATAN KE TEMPAT KERJA


Bernama
13/11/2016


KLANG, 13 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama.
Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, ada beberapa pegawai baharu yang menjalani latihan gagal hadir ke tempat kerja untuk tempoh masa lama sehingga mencecah ratusan hari dipercayai kerana tidak dapat menerima tekanan di tempat kerja.

Katanya, perkara ini perlu ditangani secara baik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kementerian itu berikutan ia boleh memberikan kesan terhadap nama baik profesionalisme pengamal perubatan dan imej negara.....

CADANGAN KECILKAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM TIDAK MUNASABAH - CUEPACS

Bernama
15/2/2017


KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Cuepacs hari ini menolak cadangan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim supaya kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata cadangan itu tidak munasabah dan bercanggah dengan realiti keadaan semasa apabila negara sebenarnya masih mengalami kekurangan kakitangan dalam sektor awam.

Katanya perbandingan jumlah penjawat awam negara ini dengan negara lain adalah tidak tepat kerana negara lain mengasingkan perkhidmatan pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.....