SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 November 2013

CUEPACS BIDAS 4 AGENSI ENGGAN LAKSANA INSENTIF

Berita Harian
20/11/2013


Kuala Lumpur: CUEPACS membidas empat Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) kerana enggan melaksanakan insentif untuk kakitangannya seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 25 Mac lalu.

Keempat-empat agensi itu ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Berikutan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, memberi tempoh sehingga 15 Disember ini bagi agensi terbabit melaksanakannya.


Omar berkata, Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai insentif itu di hadapan kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan BBDS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perlekeh arahan Najib

Beliau menyifatkan agensi yang enggan melaksana keputusan itu seolah-olah memperlekehkan arahan Perdana Menteri selain menafikan hak pekerja.

“Kita akan menghantar surat rasmi dan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Negara berhubung kegagalan empat agensi ini,” katanya kepada BH.
Pada majlis 25 Mac itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan empat insentif iaitu penubuhan dana pencen, imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan dan pelarasan caruman majikan dalam KWSP.

Omar berkata, tiga lagi agensi BBDS iaitu Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah melaksanakan insentif itu.

Ditanya punca empat agensi itu belum melaksanakannya, Omar mendakwa mereka mempertikaikan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenainya.

“Mereka tidak faham ke pengumuman Perdana Menteri? Kalau tiga agensi boleh laksana, kenapa selebihnya tak boleh?

“Jika empat agensi itu tidak memberi sebarang keputusan selepas tempoh diberikan, kita akan mengadakan piket,” katanya.

29 November 2013

SAINGAN SENGIT PEMILIHAN CUEPACS

Berita Harian
28/11/2013

Kuala Lumpur: Pemilihan barisan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS sesi 2014-2016 menyaksikan beberapa jawatan penting termasuk Presiden dan Timbalan Presiden berdepan saingan sengit. Bagi jawatan Presiden yang dikosongkan Datuk Omar Osman selepas tidak mempertahankan jawatan itu, tiga calon menawarkan diri termasuk Timbalan Presiden I, Azih Muda, selepas pencalonan ditutup 4 November lalu.


Azih yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), mengakui pencalonannya menerima perakuan daripada Omar untuk mengisi jawatan itu.Saya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden bagi meneruskan kesinambungan kepemimpinan terdahulu dalam usaha memastikan hak penjawat awam terus diperjuangkan dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan, katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas EXCO ANULAE, di sini, semalam. Tamat khidmat bulan depan Omar, 62, menyandang jawatan Presiden CUEPACS pada 26 Oktober 2006 dan bakal menamatkan perkhidmatannya bulan depan.

Azih bakal bersaing dengan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Suhaimi Osman, yang juga Pengerusi CUEPACS Perak. Pemilihan akan berlangsung pada Konvensyen Tahunan CUEPACS pada 17 hingga 19 Disember ini yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bagi jawatan Timbalan Presiden yang menawarkan dua kerusi menyaksikan tujuh calon bertanding termasuk penyandang, Zainal Ismail.

28 November 2013

ANULAE GESA AMBIL TINDAKAN TEGAS BAWAH AKTA HASUTAN


Utusan Malaysia
27/11/2013




Azih Muda (tengah) bersama Exco Anulae menunjukkan memorandum bantahan terhadap Jeff Ooi dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jelutong itu di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NOOR AZLINA JAAFAR

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan digesa bertindak tegas di bawah Akta Hasutan 1948 ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kerana tindakan biadabnya menggelar penjawat awam sebagai kucing kurap.Perkara tersebut disuarakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, berhubung gelaran yang dirujuk kepada pegawai pangkat rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu.Presiden Anulae, Azih Muda berkata, cercaan yang dikeluarkan Jeff itu tidak melambangkan ciri-ciri seorang penggubal undang-undang dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
Beliau berkata, Anulae berasa amat terhina dengan 'label' yang diberikan Jeff itu dan berpendapat jika perkara itu berlaku di negara lain, keadaan huru-hara pasti tercetus."Baru-baru ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggelar Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai 'anjing'. Perkara ini jelas menunjukkan keangkuhan pemimpin-pemimpin DAP yang langsung tidak tahu menghargai usaha dan kerja keras yang diberikan oleh kakitangan kerajaan," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Exco Anulae di sini hari ini.Menurut Azih, pihaknya telah menyiapkan memorandum untuk meminta Jeff menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada kakitangan MPPP dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara.
Katanya, memorandum itu akan turut dihantar kepada Perdana Menteri; Ketua Setiausaha Negara; Ketua Menteri Pulau Pinang; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).Azih berkata, satu perhimpunan melibatkan lebih 10,000 ahli Anulae dan pertubuhan bukan kerajaan lain akan diadakan jika tiada sebarang tindakan diambil oleh DAP.Baru-baru ini, seorang kakitangan awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menyerang Jeff di Pasar Awam Jelutong kerana tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk kepada golongan penjawat awam di negeri tersebut.
"Melalui memorandum itu, Anulae turut menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, melindungi setiap kakitangan kerajaan daripada tuduhan-tuduhan seperti itu dan meminta DAP mengambil tindakan ke atas Jeff," katanya.Azih berkata, satu perhimpunan bantahan di Pulau Pinang yang bakal dihadiri lebih 10,000 ahli Anulae termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain akan diadakan jika tiada sebarang tindakan dibuat oleh Parti DAP berhubung isu berkenaan

 

27 November 2013

TIMBALAN PRESIDEN I CUEPACS AZIH MUDA TANDING JAWATAN PRESIDEN CUEPACS 2014/2016

Bernama
27/11/2013


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden I Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Cuepacs 2014/2016 bagi menggantikan Datuk Omar Osman yang akan bersara tidak lama lagi.
Beliau berkata pencalonan itu telah dibentangkan kepada kongres pada 14 Nov lepas, manakala proses pemilihan akan diadakan pada persidangan Cuepacs yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Dis ini.

Katanya sekiranya dipilih menjadi presiden kelak, beliau akan memastikan kebajikan penjawat awam akan terus dipelihara.

"Saya akan meneruskan perjuangan Cuepacs yang telah dirintis oleh Datuk Omar Osman yang hari ini Cuepacs dihormati, disegani, dan digeruni," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di sini, hari ini.

Azih, yang telah menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden I Cuepacs sejak tujuh tahun lalu turut mendapat sokongan daripada Omar.

Katanya beliau akan bersaing dengan dua lagi rakannya iaitu Presiden Kakitangan Kementerian Pertahanan (Kesatria) Ahmad Shah Mohd Zain, dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), yang juga Pengerusi Cuepacs Perak Suhaimi Othman.

Dalam perkembangan lain, Azih yang juga Presiden Anulae meminta kerajaan dengan kadar segera menyemak baki 168 skim perkhidmatan awam selepas 81 skim disemak dan ditambah baik di bawah Bajet 2014.

"Penjawat awam hari ini tidak termasuk anggota polis dan tentera ialah 1.1 juta orang. Skim perkhidmatan polis dan tentera telah disemak, 81 skim telah disemak yang melibatkan kira-kira 650,000 penjawat awam...baki 700,000 ini sedang menunggu bila lagi (skim perkhidmatan mereka disemak)," katanya.

Azih berkata kerajaan perlu bertindak segera untuk menyemak skim perkhidmatan tersebut memandangkan penjawat awam berhadapan dengan kos hidup yang semakin meningkat.

-- BERNAMA

ANULAE MINTA KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP JEFF OOI GELAR PENJAWAT AWAM : KUCING KURAP"

Bernama
27/11/2013



KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan Akta Hasutan terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai 'kucing kurap'.
Presidennya Azih Muda berkata kenyataan Ooi itu telah membangkitkan perasaan marah dan tidak puas hati orang ramai khususnya penjawat awam hingga boleh menimbulkan kekecohan, selain satu penghinaan yang menjatuhkan maruah penjawat awam di negara ini.

Katanya beliau bersama kira-kira 30 orang anggota Anulae akan ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan berhubung perkara tersebut.

"Ini sensitiviti...boleh berlaku macam-macam. Dia (Ooi) cuba membakar semangat dan membawa perasaan orang lain untuk menanam bibit-bibit permusuhan.

"Saya tidak menyatakan dia rasis, tetapi ini adalah soal penjawat awam. Tidak boleh (buat kenyataan seperti itu). Kita bekerja ikut peraturan, kalau kami (penjawat awam) silap, kami ada undang-undang untuk dikenakan tatatertib," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco Anulae di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ooi telah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

Azih berkata Anulae juga akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada Ooi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, selain turut memanjangkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiuasaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Antara isi kandungan memorandum tersebut termasuk mendesak Ooi menarik balik kenyataannya dan perlu memohon maaf kepada kakitangan MPPP dan juga kakitangan pihak berkuasa tempatan seluruh negara dan Ooi perlu menghormati penjawat awam yang berkhidmat untuk negara dan tidak berpaksikan kepada politik kepartian.

Beliau berkata sekiranya mereka masih belum menerima apa-apa jawapan atau tindakan (memohon maaf atau menarik balik kenyataan) sebelum 10 Dis ini, Anulae akan mengadakan perhimpunan bantahan di Pulau Pinang.

"Kami juga akan meminta rakan-rakan dari Cuepacs untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," katanya.

-- BERNAMA

CUEPACS CADANG TAMBAH ANGGOTA KASTAM DI PELABUHAN ATASI PENYELUDUPAN


Bernama
26/11/2013



KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan ditambah bilangan anggota penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di pelabuhan bagi memastikan kecekapan pasukan itu menangani penyeludupan melalui laut di tahap optimum.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pertambahan itu memudahkan anggota penguat kuasa memantau lebih teliti barangan kontena dengan lebih pantas tanpa mengorbankan masa proses kemasukan dan penghantaran barangan dagang.

Beliau berkata pertambahan itu juga dapat memastikan Kastam membuat pemeriksaan terhadap dokumen palsu pengisytiharan barangan kontena dengan efisien.

"Kita dapati anggota KDRM didapati bekerja di dalam bilangan syif yang banyak hingga mereka hilang tumpuan ketika berada di tempat kerja hingga menyebabkan pemeriksaan kastam dapat dibolos dengan mudah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas mengenai pendedahan polis bahawa satu sindiket antarabangsa diketuai rakyat Malaysia menyeludup ke luar negara kereta curi jenis pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV), yang dicuri di negara ini, melalui kapal dengan memalsukan dokumen kastam, bernilai jutaan ringgit.

Semalam, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Abd Manaf Abd Razak berkata statistik polis menunjukkan secara purata antara 35 dan 45 buah kenderaan dicuri setiap hari di negara ini selain 70 motosikal dan 12 buah van, yang menurut Persatuan Insurans Malaysia (PIAM), negara kerugian purata RM550 juta setahun akibat jenayah itu.

Osman turut mencadangkan kerajaan menimbangkan insentif khas kepada anggota KDRM yang berjaya menyelesaikan kes barangan seludup atau rampasan dagangan berprofil tinggi bagi memberikan suntikan semangat kepada anggota.

"Insentif khas juga dapat mengelakkan gejala rasuah di kalangan anggota yang sering dituduh menerima suapan bagi kes melibatkan kehilangan kereta mewah dan barangan di dalam sesebuah kontena," katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar meminta jabatan itu mengadakan latihan berbentuk keintelektualan bagi memberikan pengetahuan mendalam terhadap taktik penyeludupan dan mengesan pemalsuan dokumen dagangan.

"Apa yang perlu dititikberatkan ialah pengetahuan yang mencukupi. Kena latih betul-betul," tegas beliau.

Beliau berkata satu kajian dan siasatan yang menyeluruh harus dilakukan bagi mengenal pasti punca dan siapakah yang terlibat dalam jenayah tersebut untuk menangani perkara itu secara holistik.

Akhbar berkata peranan unit perisikan untuk mengesan sindiket berkaitan melalui sumber perlu diperkasakan untuk membanteras kegiatan haram membabitkan anggota KDRM.

-- BERNAMA

ZAHID SELAR NEGARA LUAR MENCEROBOH KERAHSIAAN NEGARA

Bernama
26/11/2013



 KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

"Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selasa.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu.

Berhubung dakwaan pembabitan Singapura itu, Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah.

--BERNAMA

26 November 2013

PERHIMPUNAN DESAK JEFF OOI MOHON MAAF

Utusan Malaysia
26/11/2013
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Satu himpunan bantahan akan diadakan di Pulau Pinang dalam masa terdekat bagi menuntut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’.Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae), Azih Muda berkata, tindakan tersebut akan dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

“Mesyuarat tersebut akan membincangkan tindakan sewajarnya yang harus diambil untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen Jelutong itu dan satu memorandum bantahan akan turut dibuat.“Memorandum tersebut seterusnya akan dihantar kepada pejabat pentadbiran kerajaan negeri dan Jeff Ooi sendiri,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan seorang kakitangan awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ‘menyerang’ Jeff Ooi di Pasar Awam Jelutong semalam kerana tidak berpuas hati dengan perkataan ‘kucing kurap’ yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk kepada golongan penjawat awam di negeri ini.Azih berkata, tindakan Jeff Ooi itu menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya mereka yang bekerja sebagai penjawat awam.
“Rakyat Malaysia kesal dan kecewa dengan kenyataan Jeff Ooi. Seharusnya dia berani tampil membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka atas kesalahan dilakukan," katanya.

CUEPACS : TIDAK ADA TOLAK ANSUR PENJAWAT AWAM SALAH GUNA KUASA

Bernama
25/11/2013



LANGKAWI, 25 Nov (Bernama) -- CUEPACS tidak akan membela dan berkompromi dengan penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa kerana perbuatan itu menjejaskan nama baik perkhidmatan awam negara.Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan setiap penjawat awam wajar dihukum dan menanggung kesalahan yang dilakukan.
Penjawat awam seharusnya bekerja dengan penuh dedikasi agar Malaysia berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengukuran Integriti di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuh pegawai awam akan diikenakan tindakan tatatertib susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Omar berkata CUEPACS memandang berat penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dan mahu masalah itu diatasi dengan tegas termasuk mengambil perhatian teguran Ketua Audit Negara.
Beliau berharap semua penjawat awam bekerja dengan rasa tanggungjawab dan mengelak dari terjebak dengan sebarang unsur yang mencemarkan perkhidmatan awam agar dapat menghadapi cabaran lebih besar pada tahun depan.
Katanya CUEPACS sedang merangka beberapa program untuk melahirkan penjawat awam cemerlang khususnya bagi yang masih muda dan mampu menyumbang idea.
Seramai 120 ketua jabatan dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar empat hari itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah.

-- BERNAMA


25 November 2013

SYOR PEGAWAI IMIGRESEN DITUKAR SETIAP 6 BULAN

Berita Harian
25/11/2013



Kuala Lumpur: CUEPACS mencadangkan penempatan pegawai imigresen yang bertugas di kawasan berisiko dan terdedah kepada rasuah seperti di lapangan terbang dan pintu masuk negara ditukar setiap enam bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ia wajar dilaksana agensi itu supaya insiden penangkapan pegawai mereka yang disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah tidak berulang.“Kalau sebulan atau tiga bulan sekali tukar (penempatan) pun lagi baik.. ini akan mengurangkan risiko mereka terdedah kepada rasuah. “Bila lama sangat bertugas di kawasan berisiko (terdedahnya sogokan) terutama di lapangan terbang, kita khuatir mereka mudah dipengaruhi dan menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab terutama sindiket terancang ini,” katanya kepada BH.

HINA PENJAWAT AWAM CERMINKAN KEANGKUHAN

Utusan Malaysia
25/11/2013



KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menggunakan perkataan 'kucing kurap' bagi merujuk kepada penjawat awam di Pulau Pinang mencerminkan keperibadian pembangkang yang angkuh. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sebagai wakil rakyat, Jeff Ooi tidak seharusnya menghina mana-mana penjawat awam walau apa pangkat sekali pun.

Dalam masa sama, tambah beliau, tindakan Jeff Ooi itu juga mencerminkan sifat sebenar Pembangkang yang memandang rendah kepada golongan yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada mereka."Seharusnya sebagai Ahli Parlimen, beliau menghormati pengundi yang memilihnya menjadi wakil rakyat, tidak kira dari serendah-rendah pangkat sehingga kepada orang yang berpangkat besar."Sehubungan itu, beliau perlu memohon maaf kerana menghina penjawat awam yang menjalankan tugas dengan dedikasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

23 November 2013

CUEPACS MINTA SKIM KP TURUT DIKAJI SEMULA

Sinar Harian
22/11/2013


 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
  • Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.

Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam. "Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam."Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini."Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya.

Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan berhubung kajian semula serta cadangan berkenaan. - Bernama

KAJI SEMUL;A SKIM PERKHIDMATAN AWAM SELESAI PERTENGAHAN 2014

Berita Harian
 
 
 
 
Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangkakan kajian semula semua skim perkhidmatan awam akan selesai sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sebelum ini kerajaan telah melakukan kajian semula terhadap 81 skim tahun ini.

 “Bagi memastikan perkhidmatan awam mempunyai modal insan berkemahiran, seiring keperluan menzahirkan wawasan negara, kajian skim sedia ada perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Justeru, bagi skim perkhidmatan lain yang tidak terbabit dengan kajian pada 2013, kita akan kaji secara berperingkat, malah 100 skim perkhidmatan sudah dikenal pasti untuk dikaji mulai Januari 2014.

Penawaran opsyen

“Seperti pelaksanaan kajian sebelum ini, ia turut dirunding bersama pihak berkepentingan termasuk Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, CUEPACS, Majlis-majlis Bersama Kebangsaan dan kesatuan pekerja,” katanya selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013, di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Bajet 2014 mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik sektor awam, selain menambah baik laluan kerjaya serta mudah alihan penjawat awam.
Menurutnya, penambahbaikan membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.

Berikutan itu, beliau berkata pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober lalu.

“Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan,”katanya.

“Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan,” katanya.

CUEPACS MINTA SKIM KP DISENARAI DALAM 100 SKIM PERKHIDMATAN YANG DIKAJI SEMULA

 Bernama
22/11/2013



SHAH ALAM, 22 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.
Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam.
"Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam.
"Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
"Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya.
Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.

Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan berhubung kajian semula serta cadangan berkenaan.

-- BERNAMA

22 November 2013

HARGA RUMAH TERUS NAIK

Utusan Malaysia
22/11/2013


HARGA rumah terus melambung naik, tiada peraturan yang boleh menyekatnya daripada terus naik, sama ada kegiatan spekulator yang didakwa banyak pihak memainkan sentimen pasaran atau sebaliknya perkara ini adalah hipotesis yang belum dapat dibuktikan. Kenaikan harga lazimnya adalah didorong kenaikan harga barang binaan, kos upah serta lonjakan harga tanah serta kos-kos lain yang berkaitan di peringkat global terutama di pinggir dan bandar besar. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan bahawa rumah biasa bersaiz 20 kali 70 kaki mencecah ratusan ribu jika didirikan dua tingkat dan berbeza harga antara lot tengah, hujung dan lot tepi. Ianya bergantung lokasi di mana kawasan rumah tersebut didirikan.Jika didirikan di Gopeng adalah berbeza harga dengan di Meru iaitu pusat pentadbiran Aman Jaya di Ipoh.

Bagi golongan muda memiliki rumah pada masa kini agak sukar kerana pemaju akan mengenakan pelbagai syarat untuk pembeli meletakkan deposit sebanyak sepuluh peratus daripada harga rumah berserta kos guaman. Sebuah rumah berharga RM139,000 kos peguam pula mencecah RM3,800.00Untuk mendapatkan deposit sebanyak 10 peratus dan kos guaman itulah yang menyulitkan dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memiliki rumah kediaman terutama yang baru bekerja ataupun sudah lama bekerja.

Setakat ini tiada kawalan harga terhadap rumah yang didirikan oleh pemaju perumahan atau adanya sesuatu garis panduan peletakan harga untuk menetapkan harga. Harga rumah ditentukan oleh pasaran, serta pihak pembiayaan iaitu institusi kewangan. Kerajaan sentiasa menguar-uarkan Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020 rakyat berpendapatan tinggi.Namun jika masalah rumah tidak dapat diselesaikan adalah tidak bermakna Malaysia sebagai negara maju sedangkan rakyat tidak mempunyai rumah.

Mereka mungkin tidak tinggal di bawah jambatan atau hutan namun pastinya mereka akan menjadi penyewa rumah dari muda hingga ke hujung perkhidmatannya ataupun selepas mereka bersara dari perkhidmatan.Justeru selain rancangan kerajaan untuk bina lebih banyak rumah mampu milik, serta pelbagai jenama lain perlulah diteliti semula adalah kaedah pemilikan rumah yang dipermudah kepada rakyat untuk memilikinya termasuk kos peguam yang dirasakan sangat tinggi supaya pembeli tidak terbeban dengan pelbagai hutang lain.

Saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) amatlah wajar dipertimbangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan sehingga satu peratus sebagai penghargaan kepada kakitangan awam untuk memiliki rumah pertama mereka.

20 November 2013

KURANGKAN KADAR FAEDAH PINJAMAN RUMAH KAKITANGAN AWAM


Utusan malaysia
20/11/2013



USAHA Kongres Kesatuan Dalam Sektor Awam (CUEPACS) memohon pertimbangan kerajaan untuk menurunkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada satu peratus mulai tahun hadapan amatlah bertepatan dengan situasi harga rumah yang melambung di pasaran pada masa kini.Walaupun perkara ini tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2014, ia amat wajar diteliti untuk pertimbangan kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam.Terima kasih kepada CUEPACS yang amat prihatin dan peka kepada nasib penjawat awam di negara ini. 

Jika Ketua Setiausaha Negara pun mengatakan harga rumah di Putrajaya mahal apatah lagi penjawat awam yang bergaji rendah dan berada pada hieraki jawatan terbawah.Pada hemat saya, melalui pengurangkan kadar faedah dapat mengurangkan beban kewangan penjawat awam untuk memiliki rumah.Ansuran bulanan empat peratus berdasarkan pinjaman selama 25 tahun maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak 100 peratus.Jika 30 tahun maka mereka perlu membayar lebihan sehingga 120 peratus.

Jika sebuah rumah berharga RM170 ribu jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM340 ribu ringgit, melalui penurunan kadar faedah kepada satu peratus jumlah yang perlu dibayar akan berkurang kepada 75 peratus jika pinjaman dilangsung selama 25 tahun bagi maksud yang sama. Justeru saya merayu pertimbangan kerajaan agar dapat menimbangkan perkara ini bagi membulatkan tekad penjawat awam untuk memiliki rumah terutama dibandar-bandar besar. Lambungan harga dan kadar faedah yang tinggi menyebabkan beban penjawat awam menjadi berganda-ganda dan menipiskan peluang mereka untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Sebagai penjawat awam, mereka juga turut membeli kenderaan seperti kereta yang merupakan suatu keperluan pada masa kini yang juga dibeli secara ansuran untuk tempoh bayaran selama 7 hingga 9 tahun. Pengumuman kerajaan baru-baru ini berkaitan kenaikan gaji maksimum pula tidak begitu jelas kerana bukan semua orang yang berkhidmat dalam sektor awam mendapat faedah daripadanya.Pada hemat saya, bukan gaji maksimum yang patut dinaikkan oleh pihak kerajaan tetapi adalah gaji permulaan dinaikkan seperti amalan sebelum ini yang dapat mengerakkan gaji semua orang. 

Pengumuman Perdana Menteri dua kenaikan gaji (KGT) juga tidak jelas. Golongan manakah yang dapat faedah dua KGT tersebut kerana Pekeling Jabatan Perkhidmatan Awam tidak menyebut perkara ini sama ada untuk semua penjawat awam atau yang terlibat dalam penambahbaikan skim tertentu sahaja.Mohon penjelasan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
Penafian Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkaitan khabar angin kenaikan elaun kakitangan awam juga turut menghapuskan ketidaktentuan penjawat awam berkaitan perkara tersebut dan diucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah melakukan penafian tersebut.

18 November 2013

BILANGAN PENJAWAT AWAM RAMAI BUKAN ISU


 Sinar Harian
18/11/2013
GEORGETOWN - Bilangan penjawat awam di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana apa yang penting adalah bagaimana mahu meningkatkan sistem penyampaian dan kecekapan perkhidmatan awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Beliau berkata, kecekapan perkhidmatan dan inovasi penjawat awam seharusnya menjadi agenda utama dalam usaha mentransformasikan sektor perkhidmatan awam agar ia selaras dengan perubahan dan perkembangan semasa.
 
"Kita tidak bercakap dari segi jumlah, tetapi kita bercakap dari segi produk yang kita nak buat...yang boleh memberi kejayaan kepada negara."Kalau kita bercakap dari segi nombor semata-mata tapi dari segi hasil dan produknya kita tidak bercakap, jadi tidak nampaklah kejayaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Inovasi Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2013 di sini hari ini.
 
Beliau berkata, demikian sebagai mengulas cadangan sesetengah pihak supaya bilangan penjawat awam dikurangkan bagi meningkatkan kecekapan sektor perkhidmatan awam.Mohamad Zabidi berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan setiap penjawat awam dapat meningkatkan perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi membolehkan sektor itu bergerak seiring dengan status negara maju menjelang 2020.
 
"Pegawai-pegawai perkhimatan awam adalah tulang belakang kepada pelaksanaan. Daripada dulu lagi mereka memainkan peranan penting dan peranan ini akan kita teruskan. Ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran baharu yang kita perlukan, ini yang akan kita tingkatkan," tambahnya.Mengulas mengenai seminar itu, Mohamad Zabidi berkata kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor awam menganjurkan program seumpama itu mampu membentuk dimensi baharu dalam memperkasa pembangunan modal insan.
 
Beliau berkata, jalinan kerjasama itu adalah cerminan pendekatan kreatif dan inovatif dalam menterjemahkan hasil dengan lebih cepat dan berkesan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.Katanya kolaborasi proaktif itu wajar dikembangkan kerana ia secara langsung menyumbang kepada usaha meningkatkan kebolehan dan keupayaan perkhidmatan awam ke tahap yang lebih baik.
 
Seminar dua hari bertemakan 'Kreativiti dan Inovasi Menjana Modal Insan Produktif' itu adalah anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara dan Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia bertujuan membincangkan pendekatan pembangunan budaya inovasi dalam perkhimatan awam. - Bernama

70 peratus penjawat awam tanpa ijazah

Sinar harian
18/11/2013





Shahidan Kassim  
  • Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.8 peratus atau 801,871 orang menyertai kumpulan pelaksana dalam sektor perkhidmatan awam tanpa kelayakan ijazah sarjana muda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. 
Beliau berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda."Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Lip Eng bertanya mengenai jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut bangsa, jantina, mahasiswa, bukan mahasiswa dan bilangan yang perlu ditambah setiap tahun untuk lima tahun akan datang.Shahidan berkata, jumlah penjawat awam mengikut kaum ialah 77.4 peratus Melayu, Cina (6.2), India (4.1), bumiputera Sabah (6.6), bumiputera Sarawak (4.3) dan lain-lain kaum 1.4 peratus."Jumlah penjawat awam mengikut jantina pula ialah lelaki sebanyak 45.5 peratus manakala wanita 54.5 peratus," katanya.

Shahidan berkata, pada masa ini, pertambahan perjawatan adalah bagi memenuhi keperluan negara khususnya bagi keselamatan, pendidikan dan kesihatan."Pendekatan penugasan semula dan tukar ganti pula digunakan bagi memenuhi fungsi dan tugas agensi," katanya. - Bernama

17 November 2013

CIVIL SERVANTS TALANTED LOT' GIVE THEM SOME RESPECT

Theantdaily
ShareThis  
Sonia Ramachandran
 
 
 
PETALING JAYA: If there is one thing the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) cannot stomach, it is belittling the civil servants.
Being the national umbrella union body for civil servants, Cuepacs will naturally come to the defence of its 1.2 million members if their capability is not recognised.
So when the government said it is engaging private consultants to carry out certain work ostensibly because the civil servants lack the expertise to do the job, it jolted Cuepacs.
“The nation’s civil servants are a talented lot. They [the government] have to give us a bit of respect,” Cuepacs president Datuk Omar Osman told theantdaily.
He was commenting on a Finance Ministry statement that the capabilities of government researchers are limited with regard to their competency and manpower”, thus the need to engage external government services.
The ministry had revealed the justification for hiring private consultants in a written response to PKR MP Wong Chen in Parliament on Nov 12.
It also revealed that from 2009 to 2013, the government had spent over RM7.2 billion on private consulting firms.
In its reply to Wong, the ministry also reportedly said that despite Putrajaya developing the skills of government researchers and consultants in public universities, the National Institute of Public Administration and many other government agencies and ministries, the capabilities of those produced from these institutions were limited.
Omar is quick to rebut the ministry’s statement.
“We don’t agree with the statement. How can they say something like this?” he said.
He said the government must be absolutely sure the civil servants do not have the expertise needed before engaging private consultants to fill the void.
He pointed out that the government is expecting the same level of expertise from civil servants that they do from private consulting firms, but with drastically different fees or salaries paid to both parties.
He also questioned what the government meant by “capabilities”.
“You have to compare capabilities with salaries. How much does the government pay private consultants and how much do they pay civil servants? A civil servant who is at a director’s level after 30 years of working only draws a salary of about RM15,000 a month.
“You have to compare an apple to an apple. Civil servants are paid so much less than private consultants, but with the same expectations placed upon the former. If you want the same kind of capabilities and commitment, then pay us the same fees you pay private consultants,” said Omar.
Wong had said an average of RM4 million was spent daily, or RM125 million monthly, on private consultants.
The Prime Minister’s Department alone spent RM212.5 million on foreign consultants from 2008 to 2013.
The ministry’s reply said that in 2009, the year Prime Minister Datuk Seri Najib Razak took office, RM1.3 billion was spent on private consultancy services, which then rose to RM1.63 billion in 2010, followed by RM1.8 billion in 2011, RM1.82 billion in 2012 and RM722 million in the 10-month period from January to October this year.CIVIL

14 November 2013

Malaysia Insider
OLEH DIYANA IBRAHIM
November 14, 2013
Latest Update: November 14, 2013 05:07 pm


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas .

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan."Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja."Sebelum ini kita memberi masa sehingga November ini untuk melaksanakan tuntutan kami dan sekarang Cuepacs panjangkan tempoh itu dan berharap dalam masa tujug bulan ini, kerajaan dapat menyelesaikan apa yang kita minta, " katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur, hari ini.

Antara penambahbaikan yang dituntut oleh Cuepacs ialah faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada  1% dan elaun bantuan sara hidup (Cola).11 Mac lalu, Najib mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).Pelaksanaan tersebut ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Najib ketika pengumuman mengenai SSR berkata kerajaan bersetuju dengan tuntutan Cuepacs bahawa semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai memandangkan situasi  membabit  182,434 penjawat awam yang berada di paras gaji maksimum pada 2013 menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 dimana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. Bagaimanapun menurut Osman, Cuepacs melihat pelaksaan  SST yang menggantikan skim lama iaitu Sistem Saraan 1 Malaysia masih mempunyai kekurangan terutama yang melibatkan isu berbangkit seperti imbuhan perumahan, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya. – 14 November, 2013.

CUEPACS MINTA KERAJAAN TAMBAH BAIK 168 SKIM PENJAWAT AWAM

Bernama
14/11/2013


KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan menambah baik, baki 168 skim perkhidmatan awam sebelum akhir Jun 2014. Presidennya Datuk Omar Osman berkata skim tersebut membabitkan kira-kira 700,000 petugas atau 60 peratus penjawat awam.

Ketika ini 81 skim perkhidmatan melibatkan lebih 600,000 penjawat awam atau kira-kira 40 peratus kakitangan awam sudah diluluskan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs di Wisma Cuepacs di sini.

Mesyuarat itu, antara lain, membincangkan persiapan Konvensyen Cuepacs Ke-26 yang bakal diadakan dari 17 hingga 19 Dis depan di Menara PGRM Cheras, di sini.

-- BERNAMA

PENAFIAN KENYATAAN TAN SRI KPPA BERKAIATAN PENYELARASAN KADAR ELAUN YANG BARU

JPA
13/11/2013


"Berhubung Kenyataan Berkaitan Penyelarasan Kadar Elaun Yang Baharu Seperti Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Perumahan Dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Untuk Penjawat Awam Yang Sedang Tersebar Melalui Sms, Ingin Saya Nyatakan Di Sini Bahawa Kenyataan Tersebut Adalah Tidak Benar. Sidang Media Saya Bersama Pihak CUEPACS Tempoh Hari Hanyalah Pengumuman Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan Bagi Penjawat Awam Terbabit Dan Tiada Kenyataan Mengenai Apa-Apa Elaun" - Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

13 November 2013

NAFI PENYEBARAN SMS KENAIKAN GAJI, ELAUN

Utusan Malaysia
12/1/2013


PUTRAJAYA 12 Nov. - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (gambar) menegaskan, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar berhubung kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam adalah tidak benar.Menurutnya, sidang akhbar yang beliau adakan bersama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman baru-baru ini hanyalah pengumuman penambahbaikan 81 skim perkhidmatan yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi penjawat awam terlibat.

"Tiada kenyataan tentang apa-apa elaun berkaitan penyelarasan kadar elaun baharu seperti Elaun Sara Hidup (COLA), Elaun Perumahan dan Imbuhan Tetap Kakitangan Awam (ITKA) yang sedang tersebar melalui SMS," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Semalam, tersebar SMS kononnya lebih 1.1 juta penjawat awam akan menikmati pelarasan tiga elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi perkhidmatan awam 2014 yang akan diumumkan pada 15 November ini.

SMS yang tersebar sejak tengah hari itu memetik kenyataan Mohamad Zabidi kononnya pemberian elaun itu sesuai dengan peningkatan kos sara hidup. Antara kandungan SMS tersebut ialah elaun kritikal khas bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diperkenalkan dengan kadar RM1,200 bagi semua gred tanpa melibatkan tiga pelarasan elaun utama. Kandungan lain dalam SMS tersebut ialah mereka yang berada di bandar dengan kadar COLA RM300 tetapi tidak terlibat dengan Elaun Perumahan akan diberikan kenaikan sama rata iaitu RM600.

PATUHI ETIKA BERPAKAIAN SEMASA KE PEJABAT, ELAKKAN YANG MENJOLOK MATA

Utusan Malaysia
12/11/2013


TERPANDANG, Seremban.
KUNJUNGAN saya ke Kafeteria Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di Jalan Semarak dan pemerhatian cara berpakaian segelintir kakitangan Jupem memberikan ilham untuk mengetengahkan isu ini, iaitu cara berpakaian dalam kalangan kakitangan awam wanita. Bahkan kemungkinan juga berlaku di jabatan kerajaan yang lain.Mungkin selari dengan perubahan fesyen, ramai kakitangan awam wanita di pejabat-pejabat kerajaan memakai pakaian yang boleh dikatakan menjolok mata sewaktu masa bekerja. 

Peraturan tentang etika pakaian pegawai awam semasa bertugas telah digariskan dalam peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi. Malangnya ramai kakitangan wanita tidak mematuhinya terutama kakitangan wanita generasi baru yang terlalu terdedah dengan perubahan fesyen semasa.Pakaian yang dipakai oleh kakitangan wanita semasa bertugas seumpama memperagakan fesyen di antara mereka.

Jika berbaju kurung pun sengaja menampakkan bentuk badan terutama bahagian pinggul, apatah lagi menjadi trend baru memakai pakaian jubah pada hari Jumaat.Pemakaian jubah adalah baik kerana bertujuan menutup aurat, malangnya pemakainya menggunakan jubah yang mengikut bentuk badan sehingga menampakkan bentuk pakaian dalam dan ketulan daging punggung. 

Baru -baru ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam memutuskan untuk membenarkan pegawai awam wanita memakai Two/Three- Piece Pant Suit melalui surat pekeliling bilangan 9 Tahun 2013. Adalah diharapkan kakitangan awam wanita tidak menyalahgunakan kebenaran ini dengan menempah pakaian terutama baju yang singkat dan boleh dikategorikan sebagai menjolok mata. Sehubungan dengan itu pihak JPA perlu membuat keputusan sama ada pakaian jubah ini boleh dipakai atau tidak semasa bekerja. 

Pemerhatian, nasihat dan teguran oleh suami kepada isteri juga perlu dilakukan tentang cara berpakaian ke pejabat, ini kerana dosa cara berpakaian yang menjolok mata oleh isteri dalam khalayak ramai akan ditanggung oleh suami.

11 November 2013

CUEPACS WANTS GOVERMENT TO IMPROVE REMAINING 249 SALARY SCHEMES

Astro Awani
9/11/2013


Cuepacs wants government to improve remaining 249 salary schemes ALOR SETAR: Cuepacs wants the government to improve the remaining 249 public service salary schemes by year end.
Its president Datuk Omar Osman said with this, the 249 schemes would be completed together with the 81 schemes slated for improvement by the government.

Improvement to the 81 salary schemes took seven months to complete.

Omar said this is necessary to enable all civil servants to enjoy the benefits of the improved schemes.

"The government should inform Cuepacs so that we can explain to civil servants about the state of their salary schemes.

"I am confident that the Public Service Department (PSD) will not find it difficult to improve the 249 schemes," he told reporters at a dialogue session with Cuepacs members at Bangunan Sultan Abdul Halim, here Saturday.

10 November 2013

MINTA PERCEPAT KAJI SEMULA ELAUN

Berita Harian
9/11/2013

Ipoh: CUEPACS meminta kerajaan mempercepat kajian semula semua jenis elaun dan insentif penjawat awam bagi menseimbangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya sudah menghantar semua maklumat berkaitan perkara itu kepada Perbendaharaan awal tahun ini dan hanya menunggu untuk dipanggil bagi memberi penjelasan lanjut mengenainya. “Bagaimanapun, sehingga kini kami belum dipanggil untuk membincangkan perkara itu. Justeru, kita minta Perbendaharaan mempercepatkan kajian semua elaun serta insentif baru dalam perkhidmatan awam yang tiada dalam Bajet 2014, baru-baru ini. /> “Kajian berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh, contohnya menaikkan elaun perumahan, penyelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) dan pinjaman perumahan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mempercepat pelaksanaan Skim Saraan Transformatif (SST) kepada kira-kira 700,000 penjawat awam di negara ini yang belum menerima tawaran opsyen itu.
Sebelum ini, katanya, 600,000 penjawat awam yang terbabit dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik dalam Bajet 2014 sudah menerima opsyen berkenaan, tetapi kongres mempunyai 1.3 juta penjawat awam seluruh negara.


Sertai badan sukarela

“Jadi, kita berharap kira-kira 60 peratus lagi yang belum menerima tawaran, dapat diselesaikan pada tahun ini supaya mereka dapat menikmati SST,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar juga mencadangkan penjawat awam supaya menyertai sekurang-kurangnya satu badan sukarela seperti Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Wataniah, bomba atau polis bantuan bagi memupuk daya inovasi, kreatif dan ‘berfikiran di luar kotak’.

“Selain menjaga kesihatan, ia turut membantu meningkatkan tahap perkhidmatan dan memberi sumbangan kepada kerajaan kerana penjawat awam tidak hanya semata-mata melakukan tugas mereka yang hakiki, sebaliknya mampu berfikiran di luar kotak,” katanya.

Pada sidang media sama, beliau juga menegaskan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden CUEPACS bagi memberi laluan kepada pemimpin pelapis selepas tujuh tahun menerajui kesatuan itu.

KERAJAAN DIMIMTA SELESAIKAN BAKI 249 SKIM PERKHIDMATAN AWAM TAHUN INI

Bernama
9/11/2013



 ALOR SETAR, 9 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyelesaikan baki 249 skim perkhidmatan awam selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sejumlah 81 skim yang diumum baru-baru ini mengambil masa tujuh bulan, oleh itu, bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh sama bagi membolehkan semua penjawat awam menikmati skim baharu berkenaan.

"Kalau boleh kerajaan perlu beri maklumat awal bagi membolehkan CUEPACS memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai kedudukan skim mereka dan kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.

"Saya yakin 249 baki skim yang tertangguh itu tidak kritikal untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selesaikan," katanya kepada pemberita pada sesi dialog bersama anggota CUEPACS di Bangunan Sultan Abdul Halim, Sabtu.

Omar berkata ada penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan penambahbaikan skim itu, yang melibatkan lebih 600,000 petugas, di bawah Bajet 2014.

Beliau berkata CUEPACS sudah menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan JPA bagi menambah baik skim perkhidmatan bagi lebih 700,000 daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta penjawat awam, termasuk unit beruniform.

"Saya harap penjawat awam yang terlibat dalam penambahbaikan skim dapat melakukan tugas dengan baik sekali gus dapat melonjakkan produktiviti kerja," katanya.

--BERNAMA

KESATUAN SEKERJA PERLU JADI RAKAN TERBAIK JABATAN

Bernama
9/11/2013


KANGAR, 9 Nov (Bernama) -- Kesatuan sekerja perlu menjadi rakan terbaik jabatan dan tidak mewujudkan suasana yang boleh mencalar keharmonian, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan.
Menurutnya, dengan hubungan rapat itu, segala masalah yang berbangkit di peringkat dalaman boleh diselesaikan secara baik dan lebih sempurna.

Berucap pada Malam Semarak Impian JPNIN yang dihadiri lebih 200 kakitangan JPNIN seluruh negara di sini malam tadi, beliau berpuas hati dengan hubungan rapat kesatuan sekerja di bawah jabatan itu dengan pihak pentadbiran. Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Azman Amin berkata pihaknya sentiasa membawa cadangan dan pandangan kesatuan-kesatuan sekerja ke peringkat atasan demi masa depan dan kebajikan mereka.

Antara usaha berterusan yang dilakukan ialah memohon bagi pegawai berstatus kontrak dilantik ke jawatan tetap di samping usaha meningkatkan gred kakitangan.

Azman Amin berkata cadangan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menaikan taraf kakitangan gred 17 yang berkhidmat lebih 13 tahun ke gred 22, yang berkhidmat lebih 20 tahun ke gred 26 dan yang lebih 30 tahun berkhidmat ke gred 32.

"Itu antara usaha jabatan bagi memastikan kakitangan yang memberi perkhidmatan cemerlang dinaikkan gred supaya mereka tidak kekal dengan gred asal sehingga bersara," katanya.

Terdahulu, Presiden Kesatuan Penolong Pegawai Perpaduan dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia Zulazmi Mohd Yusof berkata, pihaknya sentiasa merujuk kepada jabatan dalam membuat apa jua tuntutan dan cadangan.

Katanya, antara yang diperjuangkan oleh kesatuan itu ialah peningkatan gred kakitangan dan penyerapan kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Pada majlis yang diadakan sempena penganjuran "Bengkel Memperkasakan Perpaduan JPNIN" itu, Azman Amin turut berdialog dengan peserta bengkel.

-- BERNAMA

KAJI SEMULA SKIM GAJI JPNIN

MetroHarian
9/10/2013

Kangar: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan mengkaji semula skim gaji Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) kerana skim dilaksanakan tidak melambangkan fungsi dan beban tugas kakitangan di bawah JPNIN.
Presiden CEUPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPNIN adalah nadi kerajaan sebagai penyalur maklumat daripada rakyat kepada kerajaan namun banyak perkara yang tidak dinikmati bersama oleh penjawat awam dalam jabatan itu.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) harus meneliti semula skim penggajian itu yang masih dianggap rendah termasuk kesukaran untuk menikmati kenaikan pangkat.
“Kami akan mendesak kerajaan dan JPA meneliti perkara ini secara menyeluruh bermula daripada peringkat pengurusan sehinggalah ke peringkat guru di bawah JPNIN yang kebanyakannya pegawai yang diambil secara kontrak.

“Jika jabatan ini adalah penting untuk kerajaan dan negara, satu kaedah baru serta penambahbaikan harus dilakukan supaya semua pihak dapat menikmati faedah sama dengan jabatan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Pegawai Perhubungan Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat, di sini, semalam.

 

09 November 2013

CUEPACS GESA KERAJAAN SEGERAKAN KAIAN SEMUA ELAUN, INSENTIF PENJAWAT AWAM

Bernama
8/11/2013



IPOH, 8 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan kajian semula semua jenis elaun serta insentif baharu penjawat awam di seluruh negara memandangkan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu telah menyerahkan maklumat berkaitan kepada Perbendaharaan awal tahun ini bagaimanapun sehingga hari ini CUEPACS tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung permintaan itu.

"Perbendaharaan perlu mempercepatkan kajian mengenai perkara ini sebab semasa pembentangan Bajet 2014, pengumuman mengenai permintaan kita supaya elaun perumahan ditambah, bantuan sara hidup diselaraskan serta kajian pinjaman perumahan tidak dinyatakan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak di sini Jumaat.

Beliau berkata pinjaman perumahan kepada penjawat awam pada masa sekarang yang dibuat mengikut kadar gaji dilihat tidak berpatutan dengan harga rumah yang semakin meningkat dan memaksa mereka membuat pinjaman dengan pihak swasta bagi menampung perbezaannya.

"Penjawat awam yang bergaji RM1,200 tidak dapat buat pinjaman RM150,000 kerana ikut gaji dia layak RM80,000 jadi macam mana nak beli rumah bernilai RM150,000, terpaksa buat pinjaman bank yang faedahnya lain, sudah dua kali hutang, kos sara hidup tinggi," katanya.

Selain itu Omar berkata CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan siri jelajah bersama ke seluruh negara mulai Jumaat depan untuk memberi penjelasan kepada penjawat awam selepas kerajaan bersetuju 81 skim perkhidmatan awam ditambah baik di bawah Bajet 2014.

"60 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam belum terlibat, jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dalam tahun ini juga mengikut cadangan kita supaya mereka dapat menikmati skim di bawah Sistem Saraan Transformatif," katanya.

Beliau berkata kertas kerja khas dan kertas kerja ringkas telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk melihat kesemua skim, sesuai dengan bebanan serta risiko tugas terutama skim yang melibatkan penguatkuasaan.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatankuasa baharu yang dijadual berlangsung sempena Konvensyen Tahunan CUEPACS pada 17 hingga 19 Dis ini di Menara PGRM di Cheras, Kuala Lumpur.

"Sudah tujuh tahun saya sebagai presiden sejak 2006, bagi saya cukuplah, biarlah pemimpin yang baharu dan muda dengan idea-idea baharu untuk membawa CUEPACS ke arah yang lebih maju. Setiap pemimpin itu ada gaya tersendiri," katanya.

Beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan terbaik untuk memilih barisan kepimpinan kongres itu yang mampu mengetengahkan isu perkhidmatan awam kepada Perdana Menteri dan KPPA.

-- BERNAMA