SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

09 November 2013

CUEPACS DESAK PERCEPATKAN KAJI NAIK ELAUN

Utusan Malaysia
8/11/2013

IPOH 8 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mempercepatkan kajian terhadap kenaikan elaun dan insentif baharu untuk penjawat awam ekoran peningkatan kos sara hidup.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan-cadangan mengenai kajian itu telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada awal tahun ini.Namun, jelas beliau sehingga kini kesatuan belum menerima maklum balas."Cadangan itu merangkumi kajian terhadap kenaikan imbuhan tetap perumahan, Elaun Sara Hidup (COLA) yang diselaraskan serta mengkaji semula pinjaman perumahan untuk penjawat awam.
"Kenaikan elaun dan insentif itu tidak diumumkan di bawah penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam sedia ada di dalam Bajet 2014 baru-baru ini," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.Di bawah penambahbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, lebih 600,000 penjawat awam akan mendapat faedah.
Antaranya kenaikan taraf skim perkhidmatan, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan.Omar berkata, kenaikan elaun dan insentif perlu disegerakan untuk membantu penjawat awam terutama untuk membeli rumah kerana harga hartanah itu yang semakin tinggi sehingga membebankan golongan berpendapatan rendah.Beliau berkata, ini kerana kelayakan untuk membeli rumah bergantung kepada gaji bakal pembeli.
"Sebagai contoh, seseorang penjawat awam bergaji RM1,200 sebulan, sudah tentu tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah yang berharga RM150,000. "Jadi kita mahu pinjaman perumahan mestilah mengikut harga yang telah ditawarkan kepada pembeli," katanya.

7 ulasan:

pokku berkata...

Teruskan Perjuangan Mu Dato..Semoga Dipermudahkan..

Tanpa Nama berkata...

Pak Omaq.......
JAngan mengambil tindakan melulu, pi tanya dulu pihak yang terlibat secara personal sbb skim untuk tahun depan belum dilaksana. Betul ke tiada perubahan untuk elaun dan gaji? TAkut nanti kupek Mencanang seluruh alam tentang perkara ini dan seterusnyua harga barang melambung tinggi la woi..... TAk guna ada peningkatan pendapatan 3 4 ratus tapi kos sara hidup meninbgkat 5 6 ratus. Fikir-fikirkan laaaaaa

JAngan jadikan keadaan semasa untuk menambahkan kredibiliti kupek. Kupek takde sape nak dengak puuun./ Gomen dah ada JPA yang diiktiraf utk gaji PAAAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah..
harap banar sprti dkata.
biar kaji mngundang kota..

Tanpa Nama berkata...

Harap jadikkk... pak najib... usya2 laa... skit permintaan kami nii... elaun rmh naik... mana ada kat kl nii rmh sewa rm 180... bijik pun susahh... nak dpt harga tuu..

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian kat pak Omaqqqq

KAu tau tak, pak omaq dah jadi absorber, tak mintak, orang bawah marah, mintak orang atas tak kasi.

heheheh

tapi yang sebenarnya kita patut sedar, pak omar ni tak lebih macam pengerusi PIBG jeee. Puat penyeri blog ni je, dia tak ada kuasa apa2, jd dah la duk kutuk dia. Sian dia aku tengok doh makin tua orang tua tu.

Pas ni omaq bersara, yang naik pas ni pun sama jeee.... bukan ada taring pun, cakap je pong pang pong pang

Apa kata PA sekalian bagi komen kat blog PM Najib plak....

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya mahu cadang pd cuepecs n jabatan perkhidmatan awam bawa usul mengenai penjawat awam yg sambung belajar atas modal sendiri tapi tak dibela.padahal pihak kerajaan yg cakna rakyat ini suruh kita up-grade akedemik kita.walhal kita berhutang dgn bank bagi bayar yuran n lain2 demi mendapat diploma,ijazah n master n phd.dahlah hutang kena bayar pd bank tidak pulak diambil pusing oleh org kuat cuepecs @ jabatan jpa.yg peliknya tidak ada peluang sambung belajar tajaan oleh kerajaan dlm jabatan bagi sesetengah jawatan seperti kami.jadi biarla adil n kena dgn slogan rakyat ddahulukan pencapaian diutamakan. Apalah salahnya minta pihak berwajib bayarlah yuran pengajian yg telah kami bayar dgn duit sendiri nak tunggu kenaikan pangkat jauh sekali.fikirkanlah kesedihan kami ini tuan.

Tanpa Nama berkata...

sian hampa semua,tu la sokong lagi BN,tak nak perubahan,klau PRU 13 pembangkang menang,mungkin ada baik bagi kakitangan kerajaan,hampa yang silap tak nak try 5 tahun,la ni hampa dok kecoh,tengokla janji BN tak nak naik harga minyak,naik jugak 2 kupang,kata nak bagi BRIM RM1000 klau subsidi harga gula ditarik,kena tipu lagi,tu....pun hampa dok percaya tiap kali p/raya,janji macam2...semua autaje..kincin punya olang.....