SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 November 2013

KURANGKAN KADAR FAEDAH PINJAMAN RUMAH KAKITANGAN AWAM


Utusan malaysia
20/11/2013



USAHA Kongres Kesatuan Dalam Sektor Awam (CUEPACS) memohon pertimbangan kerajaan untuk menurunkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada satu peratus mulai tahun hadapan amatlah bertepatan dengan situasi harga rumah yang melambung di pasaran pada masa kini.Walaupun perkara ini tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2014, ia amat wajar diteliti untuk pertimbangan kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam.Terima kasih kepada CUEPACS yang amat prihatin dan peka kepada nasib penjawat awam di negara ini. 

Jika Ketua Setiausaha Negara pun mengatakan harga rumah di Putrajaya mahal apatah lagi penjawat awam yang bergaji rendah dan berada pada hieraki jawatan terbawah.Pada hemat saya, melalui pengurangkan kadar faedah dapat mengurangkan beban kewangan penjawat awam untuk memiliki rumah.Ansuran bulanan empat peratus berdasarkan pinjaman selama 25 tahun maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak 100 peratus.Jika 30 tahun maka mereka perlu membayar lebihan sehingga 120 peratus.

Jika sebuah rumah berharga RM170 ribu jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM340 ribu ringgit, melalui penurunan kadar faedah kepada satu peratus jumlah yang perlu dibayar akan berkurang kepada 75 peratus jika pinjaman dilangsung selama 25 tahun bagi maksud yang sama. Justeru saya merayu pertimbangan kerajaan agar dapat menimbangkan perkara ini bagi membulatkan tekad penjawat awam untuk memiliki rumah terutama dibandar-bandar besar. Lambungan harga dan kadar faedah yang tinggi menyebabkan beban penjawat awam menjadi berganda-ganda dan menipiskan peluang mereka untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Sebagai penjawat awam, mereka juga turut membeli kenderaan seperti kereta yang merupakan suatu keperluan pada masa kini yang juga dibeli secara ansuran untuk tempoh bayaran selama 7 hingga 9 tahun. Pengumuman kerajaan baru-baru ini berkaitan kenaikan gaji maksimum pula tidak begitu jelas kerana bukan semua orang yang berkhidmat dalam sektor awam mendapat faedah daripadanya.Pada hemat saya, bukan gaji maksimum yang patut dinaikkan oleh pihak kerajaan tetapi adalah gaji permulaan dinaikkan seperti amalan sebelum ini yang dapat mengerakkan gaji semua orang. 

Pengumuman Perdana Menteri dua kenaikan gaji (KGT) juga tidak jelas. Golongan manakah yang dapat faedah dua KGT tersebut kerana Pekeling Jabatan Perkhidmatan Awam tidak menyebut perkara ini sama ada untuk semua penjawat awam atau yang terlibat dalam penambahbaikan skim tertentu sahaja.Mohon penjelasan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
Penafian Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkaitan khabar angin kenaikan elaun kakitangan awam juga turut menghapuskan ketidaktentuan penjawat awam berkaitan perkara tersebut dan diucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah melakukan penafian tersebut.

5 ulasan:

Khairul Muzzamir bin Alias berkata...

Saya berharap ianya menjadi kenyataan dan kebaikkan daripadanya dapat dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.

J17 Kontrak berkata...

Pada JPA & SPA... minta pihak tuan, serapkan P.A yang mana gred J17 (kontrak) supaya diserapkan ke perjawatan tetap.

ini adalah kerana J17 kontrak mula menjawat jawatan kontrak ini sejak tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2013 (sekarang ini), J17 ini masih keadaan yang sama.

Di sini bukan isu tak ada kekosongan jawatan tetap untuk di isi di dalam organisasi, tapi masih ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, masakan sepanjang kami berkhidmat, setiap tahun ada pengambilan baru juruteknik J17 tetap. sedangkan kami masih J17 kontrak. Dan kami juga sama-sama pergi temuduga semula jawatan J17 tetap dan melampirkan bersama-sama surat pengesahan ketua jabatan dan juga SKT.

Kelayakan semasa temuduga dahulu, menggunakan sijil/diploma yang sama juga iaitu daripada Politeknik.

Kami yang mana staf kontrak ini punyai keluarga untuk kami sara. Dan ada di antara kami yang sedang dalam PJJ belajar dalam sarjana muda yang mana kami belanja pengajian dengan duit poket sendiri, dan tiada kelayakan bantuan pinjaman JPA (pinjaman boleh ubah).

Andai kami yang J17 kontrak ini ditamatkan kontrak seperti yang termaklum dalam pekeliling baru ini, apalah nasib kami... mungkin terpaksa pulang ke kampung halaman, membawa keluarga... dan menamatkan pengajian sarjana muda...

duduk di KL dah tak mampu... jangankan beli umah yang kami tak dilayakkan untuk pinjaman perumahan kerajaan... nak sewa pun kami belum tentu mampu... kuarters apatah lagi kami boleh dapat...

kami mohonla pihak SPA & JPA pertimbangan untuk kami J17 kontrak ini... kami bukanlah ramai... hanya beberapa orang yang tinggal...

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman semua,walaupun kadar faedah pinjaman perumahan kerajaan ditetapkan sebanyak 4%,tetapi angka itu adalah untuk baki atas pinjaman yang dikira setiap tahun,bukannya 4% bagi jumlah keseluruhan pinjaman yang dikira setiap tahun seperti yang dilaksanakan oleh pihak bank.maksudnya disini, jika dikira secara kasar,jumlah keuntungan(interst/faedah) yang di perolehi kerajaan hanya 2.75% sahaja.sebagai contoh,harga rumah bernilai RM180,000 pinjaman kerajaan selama 30 tahun hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM904/bulan berbanding RM180,000 dengan kadar 4% (faedah tetap bukan sistem BLR) yang dikenakan bank perlu bayaran hampir RM1000/bulan..harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

yeke?aku sbnr ye xphm sgt bab ni blh ko xplain skit x?aku wat govt loan utk umah..rege rumah 280k+..dlm surat (loan dh luluz) byrn masa abih nanti regenye jdi 600k+..mmg gitu ke klu 4% int govt?

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT DIKURANGKAN...